FOLLOW ME

JOM SAKSI KOLEKSI VIDEO GOMBAK!!! GEMPUR!!!

Loading...

Monday, 22 August 2011

40 PEMUDA PKR MENYERAHKAN BORANG KEAHLIAN SERTAI UMNO KEPADA KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN GOMBAK !!!


video
   Tn. Hj. Megat Zulkarnain menceritakan kisah pertama kali beliau berjumpa Saudara Ijat
Tanggal 21/08/2011 merupakan satu tanggal yang mana Pemuda UMNO Gombak dibawah kepimpinan Tn Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin sekali lagi melakarkan satu sejarah. Pada tarikh ini telah berlangsungnya Program Berbuka Puasa dan Penyerahan Borang Keahlian UMNO bersama Tn. Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak merangkap Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak. Mungkin ramai bertanya apa yang menjadi sejarahnya kerana berbuka puasa adalah perkara biasa begitu juga dengan penyerahan borang keahlian baru UMNO juga amat biasa di tempat-tempat lain di Gombak ini. Memanglah  kalau orang biasa mengisi borang untuk menyertai UMNO adalah perkara biasa namun apa yang menjadikan ianya sejarah yang dilakar oleh Pemuda UMNO Gombak ialah buat kali pertamanya dalam sejarah Pemuda UMNO Gombak diadakan program Penyerahan Borang sebanyak 40 keahlian Baru Pemuda UMNO dari Pemuda-pemuda PKR yang telah mengistiharkan keluar dari Parti PKR dan menyertai UMNO.
Kalau masih ingat tulisan saya yang lepas pada bulan Julai 2011 atau mungkin pembaca boleh melayari kembali artikel yang diterbitkan oleh Gombak Ku Sayang bertajuk Pemuda UMNO Gombak Terima Tetamu Istimewa PKR!!!!. . pada tanggal 27 Julai 2011, hari ini ialah kesinambungan dari rentetan Pemuda UMNO Gombak Terima Tetamu Istimewa PKR yang mana akhirnya diterjemahkan dengan kemasukan 40 Pemuda PKR menyertai UMNO dan mengistiharkan mereka keluar dari Parti PKR.
Mereka ini bukan rakyat atau belia biasa disekitar Gombak tetapi mereka-mereka ini merupakan jentera dan anak-anak muda yang mengerakkan Angkatan Pemuda Keadilan atau AMK di Dearah Gombak khususnya dia Dun Batu Caves ini.  Seramai 40 orang anak muda yang dulunya terpedaya dengan perjuangan PKR telah mula marah dan sedar diatas penipuan yang telah dilakukan kepada mereka oleh pemimpin-pemimpin PKR. Mereka telah sepakat bertindak keluar dari PKR dan menyertai UMNO serta berikrar akan bekerja dan membantu UMNO untuk merampas kembali Gombak dari tangan PKR kerana mereka sudah masak dan muak dengan penipuan yang dilakukan  kepada rakyat oleh pemimpin-pemimpin PKR yang mana mereka melaungkan disana-sini diatas pentas-pentas ceramah bahawa mereka memperjuangkan keadilan untuk rakyat walhal sebenarnya mereka hanyalah memperjuangkan kepentingan peribadi dan kekuasaan serta jawatan untuk diri sendiri. Mereka melaungkan tentang keburukkan Barisan Nasional seperti rasuah walhal bila berkuasa di Selangor mereka lagi teruk rasuahnya, mereka mengatakan UMNO salah guna kuasa walhal apabila mereka berkuasa mereka lagi teruk menyalahgunakan kuasa.
Diketuai oleh dengan panggilan mesra Ijat atau nama penuhnya Khairul Jasry yang merupakan tenaga pengerak AMK di DUN Batu Caves seperti beliau merupakan salah sorang counting agent untuk parti PKR masa pilihanraya 2008 manakala Sdr Saharudin@Begar yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Taman Selayang merupakan counting agent untuk BN ketika itu dan mereka ini tidak boleh untuk duduk semeja walaupun bermastautin dalam satu taman yang sama. Beliau juga merupakan bertanggung-jawab sebagai Ketua unit Keselamatan di Dun Batu Caves untuk beberapa program-program PKR di Dun Batu Caves ini. Beliau telah menganggotai PKR semenjak awal PKR ini ditubuhkan lagi. Namun hari ini Alhamdullillah seperti kata Tn. Hj Megat Zulkarnain dalam ucapannya mungkin ini lah berkat doa serta barakah bulan Ramadhan ini doa ibu dan bapa Saudara Ijat yang mana kedua-duanya merupakan penyokong UMNO agar Allah membuka hati anaknya ini untuk menyokong perjuangan yang benar akhirnya termakbul pada tanggal 21 Ramadhan bersamaan dengan 21/08/2011 dengan tindakan Saudara Ijat bersama 39 rakannya yang lain bertindak keluar parti PKR dan menyertai Parti UMNO.


Pada peringkat awalnya iaitu lebih kurang 3 bulan yang lepas dengan bantuan Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Taman Selayang iaitu Saudara Imran Kassim atau lebih dikenali dengan panggilan Bob telah berusaha untuk menemukan Saudara Ijat dengan Tn. Hj Megat Zulkarnain. Akhir pertemuan telah dapat diaturkan di sebuah restoren atau lebih tepat kedai kopi dalam kata lainnya di Melawati. Sejak itu Saudara Ijat mula mengikuti sessi perbincangan kedai kopi bersama rakan-rakan Pemuda UMNO yang lain dan bersama dengan Tn. Hj Megat sendiri dan akhirnya beliau telah menyatakan hasrat untuk bersama UMNO dan akan membawa rakan-rakan yang lain bersama UMNO maka akhirnya pada 21/08/2011 sempurnalah kemasukkan Sdr Ijat bersama 39 rakannya ke UMNO dan sekaligus keluar dari Parti PKR. Mereka juga berjanji akan bekerja habis-habisan untuk menarik lebih ramai lagi rakan-rakan mereka untuk bersama umno / BN dan akan memastikan jentera PKR akan lumpuh di Gombak ini khususnya di DUN Batu Caves.

Dalam ucapan Saudara Ijat beliau berkata "Setelah saya berdebat dan berbincang dengan Megat Zulkarnain sejak tiga bulan lepas, saya mendapat gambaran dan tidak lagi yakin dengan perjuangan PKR,"

Cerita ini tersebar seperti pisang panas di alam cyber juga dimedia masa utama, antaranya seperti senarai dan capaian dibawah ini

Mereka bertindak keluar PKR masuk UMNO adalah kerana mereka sama sekali hilang keyakinan dengan perjuangan PKR. Mereka takut dengan masa depan anak-anak mereka bila melihat agama juga telah berani dipermainkan dan diperdagangkan demi kelangsungan politik sempit PKR.  Disamping itu saudara Ijat juga menyatakan beliau amat tertarik dan jatuh minat dengan cara dan corak kepimpinan yang dibawah oleh Tn. Hj Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin bersama Pemuda UMNO Bahagian Gombak. Walaupun Tn. Hj. Megat memegang jawatan-jawatan penting didalam UMNO diperingkat Pemuda seperti menjadi Exco Pemuda Malaysia dan Penyelaras BN Parlimen Gombak, beliau amat mudah didekati dan boleh dibawa berbincang dan berdebat walaupun hanya  dikedai kopi.

Tunggu pula nanti Ketua Pemuda Kedai Kopi selepas ini.....

Gombak!!! Gempur!!!

EDARAN EDISI PERTAMA BULETIN GOMBAK KU SAYANG


Adik Baca apa tu Dik?? Oh Buletin Gombak Ku Sayang Ya..terbaeekk!!!
Alhamdullilah cetakan Edisi Pertama Buletin Gombak Ku Sayang telah berjaya diedarkan semalam di suatu Program Berbuka Puasa bersama Rakyat di Dun Batu Caves bertempat di Taman Selayang bersama Pemuda UMNO Gombak. Saya telah memikirkan bagaimana caranya untuk lebih mendekati rakyat dan masyarakat agar mereka dapat membaca buah fikiran yang dilontarkan  didalam artikel-artikel yang dipaparkan di dalam Blog Gombak Ku Sayang ini agar rakyat boleh menilai dan mendapatkan cerita serta maklumat dari satu lagi pihak.
Makcik-makcik kusyuk membaca Buletin Gombak Ku Sayang!!!
 Memandangkan kadang-kadang ada diantara rakyat dan masyarakat yang kurang berminat , tidak mahir dengan dunia Internet, tiada masa atau tidak mengetahui tentang kewujudan Blog-blog di Alam Cyber ini ataupun mereka tidak mengetahui wujud Blog Gombak Ku Sayang ini maka dengan pengeluaran Buletin Gombak Ku Sayang ini diharapkan dapat berkongsi maklumat serta pandangan atau buah fikiran bersama rakyat dan masyarakat Gombak.

Eh..nie Gambar YB-YB PKR berpelukan tangan dengan bukan muhrim sewaktu Demo Bersih 2.0.....Astagfirrullahh....
Mungkin agak berat untuk dikatakan ianya sebuah Buletin kerana saya hanya memuatkan artikel-artikel yang telah ditulis didalam Gombak Ku Sayang ini kedalam sehelai kertas berukuran A4 dan photostat sebanyak mungkin yang termampu dan mengedarkannya kepada masyarakat dan rakyat sekitar Gombak bila berpeluang. Dengan cara ini ianya lebih murah dan menjimatkan. InsyaAllah suatu hari nanti bila kewangan semakin kukuh mungkin akan keluar Edisi Gombak Ku Sayang edisi berwarna namun itu semua kosmetik yang penting rakyat membaca isi kandungan dan apa yang cuba disampaikan didalam Buletin tersebut. Maklumat dan info sampai kepada masyarakat, itu matlamat buletin ini diwujudkan.

Mak Demo Bersih 2.0 tu jahat la kan mak... apalah diorang ini tak kisah masa depan adik nie mak kan..
Inilah sedikit usaha peribadi untuk membantu dan menyumbang dalam perjuangan ini....


Gombak!!! Gempur!!!

Tuesday, 16 August 2011

PENGISIAN JIWA PEMUDA UMNO GOMBAK DI BULAN RAMADHAN

Pemuda UMNO Gombak Bersahur di Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin Baiti Saidati Khadijah Batu 8 Gombak.

video

17/08/2011 4.15am, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak Tn. Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin telah mengetuai sekumpulan Ketua-Ketua Pemuda dan Barisan Exco Pemuda UMNO Bahagian Gombak bersahur di Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin Baiti Saidati Khadijah Batu 8 Gombak. Ini merupakan tradisi Pemuda UMNO Gombak semenjak kepimpinan Tn. Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin yang mana pada setiap Bulan Ramadhan akan diadakan program bersahur di rumah-rumah anak-anak yatim didalam kawasan Parlimen Gombak yang telah dikenal pasti dan kunjungan 'adhoc' hari ini bukan merupakan kunjungan kali pertama ke rumah ini untuk bersahur bersama adik-adik penghuni Baiti Saidati Khadijah.


Terpancar kegembiraan diwajah-wajah adik-adik penghuni rumah ini apabila ramai abang-abang datang bersahur bersama mereka pada pagi yang istimewa ini. Kunjungan ini juga disamping memberikan kegembiraan kepada penghuni rumah tersebut ia juga merupakan satu pengisian kerohanian yang amat bermakna pada Pemuda UMNO Gombak sendiri. Yang mana dalam kita mengharungi ibadah puasa ini kita menahan dan melatih diri untuk tidak makan dan minum  kerana hendak memberi pengajaran puasa itu sendiri kepada kita, ia sebenarnya hendak mengajar kita untuk turut merasai kesusahan fakir miskin yang terpaksa berlapar dan dahaga, tidak makan dan tidak minum yang  biasa dialami oleh saudara kita yang susah dan kurang bernasib baik itu. Cara bagaimana paling berkesan disamping kita menahan makan dan minum itu sendiri sebagai pengajaran merasai kesusahan orang lain kita turun kepadang dan melihat sendiri kesusahan mereka dan merasai sendiri pengalaman mereka.


Sedang ramai kita berpuasa dengan bersahurkan 5-6 jenis lauk dan didalam keadaan yang cukup selesa berhawa angin, berkerusi empuk  dan bermeja, terdapat anak-anak ini yang bersahurkan hanya 1 atau 2 jenis lauk sahaja, bersila dilantai dan beralaskan tikar getah yg usang. Melihat dan merasai sendiri pengalaman ini amat terkesan dan tersentuh hati kita dari mendengar dan melihat di kaca tv. Sewaktu Ketua Pemuda UMNO Gombak memberi sedikit ucapan, beliau berpesan kepada adik-adik penghuni yang satu hari nanti pasti akan ada yang telah keluar dan menjadi insan berjaya, jangan adik-adik lupa untuk menziarahi dan membantu rumah-rumah sebegini walau di mana adik-adik berada, hatta di luar negara. Adik kena ingat bahawa suatu ketika dulu sewaktu adik-adik menetap di Baiti Saidati Khadijah ada sekumpulan Pemuda yang diketuai oleh Abang Megat datang bersahur bersama dan membantu adik dan dia pesan adik-adik  kena lakukan perkara yang sama bila adik-adik dah berjaya nanti. 


Disamping itu Tn. Hj Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin juga menasihati adik-adik Baiti Saidati Khadijah yang mana tiada siapa boleh membantu mengubah nasib kita melainkan diri kita sendiri dan untuk kita mengubah nasib kita tiada lain yang boleh membantu kita melainkan Ilmu pelajaran. Jadi adik -adik harus walau apa sekalipun keadaan kita, sama ada kita tinggal dirumah Baiti Saidati atau pun kita tinggal di rumah besar, rumah mewah. Kita tidak akan menjadi orang yang berjaya kalau kita tidak mempunyai ilmu pelajaran. Adik-adik kena belajar sungguh-sungguh dan gunakan lah sedikit masa yang ada lagi ini untuk adik-adik yang akan menduduki peperiksaan SPM untuk belajar bersungguh-sungguh. Percayalah hanya Ilmu sahaja yang boleh membantu adik-adik untuk mengubah nasib adik-adik.

Tn. Hj. Megat Zulkarnain juga berpesan kepada Pemuda-pemuda yang hadir "Pesan Abg kepada kalian, Abang-abang Pemuda yang hadir ini, Esok ada diantara kalian yang dah jadi pemimpin,  kalian buat begini, kalian jangan tidak, ziarah dan bantu rumah-rumah sebegini". Perasaan sugul dan sedih jelas terpampar diwajah-wajah Pemuda yang mana kadang-kadang cuba disorokkan dengan lawak dan jenaka namun ianya jelas. Masing-masing yang mengalami pengalaman sebegini akan pasti terasa sugul dan sedih sepanjang berada di Rumah ini. Kecil lagi adik-adik ini sudah tidak mempunyai ibu dan ayah untuk bermanja dan begini keadaan mereka setiap pagi ketika bersahur dengan bertemankan "Nenek".

Diakhir program sebelum Pemuda-Pemuda UMNO Gombak meninggalkan Baiti Saidati Khadijah, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak Tn. Hj Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin  menghulurkan sedikit sumbangan. Selepas itu kami semua meninggalkan Baiti Saidati Khadijah dengan nasihat "Nenek" pada Pemuda dan ucapan terima kasih dari adik-adik Baiti Saidati Khadijah serta  diiringi doa.


Ya Allah, KAU berikan lah Barakah dan Rahmatmu kepada anak-anak Baiti Saidati Khadijah dan KAU jadikan lah mereka ini menjadi Insan yang Berjaya suatu hari nanti di dunia dan di akhirat.  

Gombak!!! Gempur!!!

Tuesday, 9 August 2011

12 NAMA MELAYU YG MURTAD SUDAH ADA !! Sambungan Isu Gereja DUMC


Apa dah jadi dengan anak-anak Melayu di Selangor ini. Dulu seburuk-buruk zaman pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional di Selangor kita tidak pernah terdengar perkara sebegini terjadi. Mana ada kita dengar orang Melayu Islam berbuka puasa di Gereja? Mana ada kita dengar Orang Melayu Islam meminta bantuan dari Gereja? Mana kita dengar Orang Melayu Islam sembahyang mengikuti agama Kristian di Gereja sebagai tanda Hormat si mati? Mana ada kita dengar Orang Melayu Islam dengar khutbah Paderi Kristian di Gereja dengan laungan Allahuakbar dan Allamdullillah ini. Mana ada Exco Kerajaan Negeri Hal Ehwal Agama Islam di hentam dikritik dan diherdik kerana mengambil tindakan bersama JAIS menahan mereka yang disyaki ingin memurtadkan anak Melayu Selangor?

Heran ini semua terjadi apabila kerajaan Negeri Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang diangotai oleh PAS yang mendokong dan memperjuangkan negara Islam. Bukan ianya menambah kepada kebaikkan tetapi lebih kearah keburukkan bila PAS bersama Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor. Kenapa ini tidak terjadi di Kelantan? Cukuplah wahai PAS janganlah kamu mengadai agama kamu demi sebuah dendam dan nafsu untuk berkuasa. Apalah guna kamu memegang jawatan tetapi kuasa sebenar bukan ditangan kamu dan kamu hanya di tunggang oleh DAP dan PKR?  Mana harga diri Parti kamu? Mana Maruah Parti Kamu?

Nama mereka yang dicuba dimurtadkan atau mungkin telah murtad...Wallahuwallam.
  1. Nadeane Binti Che Mohd Salleh
  2. Muhammad Khairul Dhillon Bin Abdullah
  3. Ina Reima Fitriza Binti Mahadzir
  4. Ade Andrian Putra Bin Mahadzir
  5. Nea Reima Mareana Binti Mahadzir
  6. Rasyidah Binti Razak
  7. Nur Umrah Binti Razak
  8. Mohd Haslan Bin Bob Hasnan
  9. Faridah Binti Abdul Rahman
  10. Nur-Al Ashikin Binti Shaikh Dawood
  11. Faridah Binti Abdul Latep
  12. Sahrunida Binti Asaad
Untuk rekod, sepatutnya 12 orang ni di kehendaki hadir ke bangunan MAIS, tapi mereka tidak hadir.
 
 
Gombak!!!! Gempur!!!!

TAHNIAH PEMUDA PAS!!! ISU GEREJA DUMC

Baru-baru ini di Selangor kita digemparkan dengan isu dimana tindakan Jabatan Agama Islam Selangor atau lebih dikenali dengan nama JAIS yang dikatakan kononnya telah menyerbu atau didalam bahasa Inggerisnya “Raid” sebuah gereja. Tindakan ini telah dikecam oleh semua kepimpinan baik Kerajaan Negeri Selangor atau Kepimpinan Parti-parti yang memerintah negeri Selangor yang terdiri dari Kepimpinan PKR, DAP dan PAS. Namun masih ada seorang insan didalam kepimpinan Parti PAS walaupun baru digugurkan dari jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor 2 bulan lepas tetap berdiri teguh mempertahankan prinsip beliau sebagai seorang umat Islam apatah lagi beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggung-jawab menjaga hal ehwal Islam, adat-adat melayu, infrastruktur dan kemudahan. Beliau ialah Dato' Dr Hasan Bin Mohamed Ali Exco.


Apa yang menyedihkan ialah perlbagai dakyah, kutukan, kritikan tak kurang denga caci-maci telah dilemparkan kepada JAIS dan Hassan Ali oleh kepimpinan DAP dan PKR ini. Walhal walau pun mereka merupakan kepimpinan diperingkat parti tetapi mereka lupa atau memang sengaja tidak ambil peduli dan heran tentang jawatan yang di sandang oleh Dr. Hassan Ali sebagai Exco Hal Ehwal Islam ini. Sebelum ini tidak pernah kita mendengar kerajaan negeri sendiri mengkritik tindakan agensinya yang sudah pasti bertindak secara professional dan sudah pasti sebelum melakukan apa-apa tindakan seperti serbuan dan penahanan mereka akan menyiasat dan merujuk dari segi perundangan yang termaktub apakah ianya dibawah bidang kuasa mereka untuk melakukan sesuatu perkara itu.

Kecaman hebat dilemparkan kepada Dr. Hassan Ali seperti ada usaha-usaha untuk menjatuhkan beliau dari memegang kerusi Exco Hal Ehwal Agama Selangor ini kerana ini bukan kali pertama beliau bertindak menentang arus corak kepimpinan negeri Selangor kerana beliau masih mempunyai jati diri sebagai seorang Islam. Apa kita lupa isu Arak?? Terbukti beliau tidak sanggup Islam dilacurkan dinegeri Selangor ini. Beliau lebih takut kepada Allah dari takut kepada DAP dan PKR. Walhal cerita sebenar yang tidak dimainkan atau diceritakan oleh bloggers pembangkang atau Media Pembangkang seperti Malaysian Insider ialah ianya bukan serbuan tetapi lebih kepada siasatan dan pencegahan.

Versi mereka yang mengkritik JAIS dan mengecam Dr. Hassan Ali yg dipetik dari Malaysia Insider

Laporan memburukkan JAIS oleh The Malaysia Insider
Terjemahan - PETALING JAYA, 4 Ogos (Bernama) - Pihak polis dan pihak berkuasa agama Selangor menyerbu majlis makan malam pelbagai kaum di Damansara Utama Methodist Church (DUMC) di sini malam tadi ke atas aduan yang tidak ditentukan.-  Sila rujuk gambar diatas atau layari http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/jais-cops-raid-church-over-multi-racial-dinner

Versi Dr. Hassan Ali – Fakta-fakta yang dipetik dari Kenyataan Akhbar Dr. Hassan Ali (Exco Agama Selangor) August 6, 2011 – (http://pondokhabib.wordpress.com/2011/08/08/kenyataan-akhbar-dr-hassan-ali-exco-agama-selangor/)

Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir 1 jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai. Di dalam majlis tersebut juga, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan ‘pray’. Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan. Mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.

Namun sedang ramai mengkritik Dr. Hassan Ali hatta dari kepimpinan PAS sendiri seperti Khalid Samad dan lain-lain, dari PKR seperti Khalid Ibrahim dan dari DAP jangan cakap lah tiada seorang pun dari “sahabat” seperjuangan Dr. Hassan Ali didalam PAS yang tampil mempertahankan tindakan Dr. Hassan Ali dan JAIS yang jelas dituntut didalam agama untuk mencegah daripada umat Islam menjadi murtad atau menjaga akidah seramai 12 umat Islam yang berada pada majlis tersebut lahir Pemuda yang bangkit menegakkan dan membela keadilan.

Tindakan Dewan Pemuda PAS Pusat(DPPP) menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pendirian Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dalam isu serbuan terhadap Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC) yang dipercayai cuba memurtadkan umat Islam pada satu majlis makan malam amal minggu lalu merupakan satu keberanian dan tindakan yang terpuji dimana ia membuktikan masih ada mereka didalam PAS yang berlandaskan prinsip pejuangan dan bukan kuasa semata-mata. Jika didalam UMNO masih wujud insan-insan yang berpegang teguh pada prinsip pejuangan dan bukan jawatan dan kuasa menjadi kejaran maka tidak mustahil didalam PAS juga masih wujud individu-individu seperti Hassan Ali dan Nasruddin Hassan Tantawi.


Nasrudin Hassan Tantawi berkata, ketetapan(DPPP) berkenaan dibuat berasaskan kepada prinsip bahawa usaha pencegahan seperti yangdilakukan JAIS agar akidah umat Islam sentiasa terpelihara perludisokong oleh semua pihak.

“Secara prinsipnya tugas pihak berkuasa agama adalah untuk menjagaakidah dan memelihara kesucian agama Islam, jadi kalau itu asas yangdigunakan JAIS dalam isu ini… kita sokong.
“Jadi sebarang bentuk tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa agamauntuk mempertahankan Islam, menjaga kesucian agama Islam, itu adalahtindakan yang wajar disokong oleh semua pihak dan tak perlu timbulsebarang keraguaan di atas tindakan tersebut,” katanya di sini,Selasa.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan selama hampir satu jam dengan Hasan Ali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor bagi mendapatkan penjelasan berhubung insiden berkenaan. (http://din.huluselangor.net/?p=7458)

Tahniah DPPP dan Ketuanya kerana Pemuda beginilah yang diharapkan didalam mana-mana parti yang akan menjadi pendesak dan pembela kebenaran. Saya percaya sekiranya dalam hal ini Pemuda PAS dan PEMUDA UMNO boleh mengenepikan fahaman politik dan meletakkan asas ISLAM dan akidah ISLAM sebagai wadah perjuangan yang mana Pemuda PAS menyokong tindakan Hassan Ali dan JAIS begitu juga Pemuda UMNO turut menyokong dan mempertahankan tindakan JAIS dan Hassan Ali maka bab sebegini kita boleh duduk semeja dan runding untuk tindakan yang sewajarnya untuk membela Islam.

Kalau Pemimpin kita baik Dato Seri Najib atau Dato Seri Nik Aziz tidak bersetuju atau tidak merestui, sebagai anak yang nakal kita tetap duduk merancang tindakan bersama demi Agama kerana akhirnya anak-anak pasti akan membela dan menjaga keluarga masing-masing dan tindakan anak-anak yang dianggap nakal itu tadi mungkin sebenarnya lahir dari hati yang bersih. Kalau Pemuda PAS nak buat Bersih 3.0 di Stadium Shah Alam  menyatakan sokongan atas tindakan JAIS dan HASSAN ALI berhimpun membela Islam dan Jabatan Agama ISLAM Selangor, cuba jemput Pemuda UMNO nescaya ribuan Pemuda UMNO akan bersama Pemuda PAS berdemo menyatakan sokongan kepada JAIS dan Hassan Ali.

Apa prinsip Nik Aziz, Hadi Awang, Mat Sabu dalam hal ini????? Tidak sama dengan Hassan Ali dan Nasaruddin Tantawi ker?? Kenapa senyap!


Gombak!!!! Gempur!!!!!




WHERE DO YOU GO AFTER BEING A MEMBER OF “KELAB UMNO LUAR NEGARA” (KULN)?



I believe most of us all who join UMNO CLUB is because of our love and adore for UMNO. We have a dream that one day when we are back for good in our homeland we will support and contribute to the UMNO struggle. Equipped with professional qualification we will be championing the UMNO cause and give back our share to society at our village. However sad to say that from my experience it is not that easy and nothing that I've learn during my days in KULN is helping me towards that direction practically. Only dreams and vision was I able to gain during my days as Club UMNO Member and Chairman. I strongly believe there is a way where we can enhance and better utilized the existence of KULN.

Below are some of the ideas or my two cent thoughts of how The KULN Secretariat might consider adopting the changes to really benefit the members of KULN for the future.


• Should hold once in every 2 years a Kelab UMNO General assembly during the period or prior to UMNO General Assembly in KL. Here they will bring up current issues and to have an Election to elect Head Chairman of UMNO CLUB, Vice Chairman and high members at secretariat/ (Malaysia) level via the election process. In order for any Chairman to stand for election he or she must obtain nomination from all the Club UMNO Chairman and there is a quota for eligibility. Eg Nomination must be more than 7 for HEAD, 5 for Vice Chairman and 3 nominations for high member. Then voting will take place to elect and fill all those position.

Wednesday, 3 August 2011

YAB PM UNDUR SELANGKAH UNTUK MENTERI-MENTERI LANGKAH KE HADAPAN


Saya ingin berkongsi satu kata-kata hikmah dari bekas boss saya Pak Anjar  seketika didalam kerjaya saya sebagai seorang Business Analyst di salah sebuah syarikat  swasta. Katanya setelah diterjemahkan dalam bahasa Melayu berbunyi begini lebih kurangnya “ Kadang-kadang untuk maju kehadapan bersama pasukan kita, sebagai ketua kita perlu mengambil selangkah kebelakang dan biarkan pasukan kita mendahului kita”.  Ini merupakan satu tamparan yang amat hebat kepada saya ketika itu, susah untuk menerimanya dan memahaminya. Apa yang salah saya lakukan? Apakah salah saya menyuarakan idea saya? Apakah salah saya membetulkan pandangan dan idea yang kurang bernas atau salah dari pasukan saya didalam mesyuarat tertinggi pengurusan atau mesyuarat peringkat Divisyen Syarikat?
Saya cuba fahami kata-kata itu dan untuk kepastian saya sering bertanya pada beliau apabila berpeluang berjumpa dengan Pak Anjar untuk mendapat kefahaman lebih mendalam yang apa sebenar maksud kata-katanya itu.  Penjelasan yang berikut telah membuat saya akhirnya benar-benar faham maksud kata-kata hikmah itu.
“Saya tahu apa yang kamu katakan didalam mesyuarat itu semua betul dan lebih baik berbanding cadangan atau idea yang dilontarkan oleh seorang staff kamu. Tetapi ini yang saya maksudkan kadang-kadang awak perlu mengambil selangkah kebelakang “ Take one step back”  dan biarkan sahaja lontaran idea staff tadi tanpa kamu melontarkan idea kamu yang lebih baik dan lebih bernas itu. Ini akan menjadikan pasukan atau staff kamu tadi kelihatan arif dan benar, kelihatan hebat dan dia “seize the moment” ketika itu. Selepas mesyuarat kamu duduk balik dengan dia dan kamu bincang dan lontarkan idea kamu kepada dia dan ibarat kamu menambah baik ideanya bersama idea kamu. Department lain akan melihat kejayaan staff kamu tadi, cukup hebat kerja staff kamu tadi. Walaupun pada hakiki kamu yang banyak memberikan penambah-baikan kerja itu tadi namun yang mendapat pujian adalah staff kamu.
Aku terfikir, ibarat Lembu punya susu, Sapi yang dapat nama. Kata Pak Anjar lagi namun mereka akan bertanya dia tu siapa, oh staff Si Najib, Department mana, Department Business Analyst. Semuanya pujian atau pengiktirafan itu tadi akan akhirnya kembali kepada Department kamu dan kamu sendiri akhirnya kerana kamu adalah ketua department kamu bukan. Baik buruk pujian atau cercaan sebagai ketua kamu yang pegang ‘accountability’ nya. Maknanya kamu tidak perlu dilihat dihadapan sepanjang masa untuk memastikan department kamu mendapat pujian dan pengiktirafan department-department lain atau dari pengurusan tertinggi sekalipun.
Saya setuju dan benar sekali kata Pak Anjar ini setelah hampir lebih 3 tahun kali terakhir saya bertemu beliau. Ini cara seorang pemimpin. Dalam erti kata lain tidak perlu sebagai pemimpin kita hanya inginkan diri kita kelihatan hebat dan semua idea kita jer yang kelihatan bernas dan hebat. Kadang-kadang kita haruslah membiarkan agar pengikut kita, penyokong kita kelihatan hebat, biar mereka “seize the moment” kita hanya dibelakang tabir mencorak dan menambah-baik idea dan cadangan atau kerja itu tadi. Akhirnya orang akan mengiktiraf kita sebagai pemimpin terhebat kerana pengikut kita terdiri dari orang-orang yang telah diiktiraf sebagai hebat.

Ini boleh juga di implimentasikan dalam satu organisasi politik dan kerajaan. Seperti sekarang ini kita kedengaran dari mulut rakyat yang mana rata-rata gembira dan bangga dengan apa yang telah dilakukan oleh YAB Perdana Menteri dalam gerak-kerjanya dan usahanya tetapi ramai yang merungut juga mengatakan 'Itu hanya dia seorang'. Menteri-menteri atau Kementerian lain tidak kelihatan bekerja dan melaksanakan tanggung-jawab seperti YAB Perdana Menteri. YAB Perdana Menteri, Menteri Kewangan kelihatan hebat dan berjaya dengan segala gerak kerja yang amat baik, sebagai seorang Perdana Menteri memang itulah yang sepatutnya. Namun kerana semua kehebatan telah diberikan atau tertumpu kepada beliau seorang telah mengakibatkan kementerian-kementerian dan menteri-menteri lain tenggelam dan tidak mendapat ruang atau pengiktirafan sewajarnya atau mungkin tidak dapat mengejar kehebatan YAB PM mengakibatkan mereka terus cicir dan terpinggir akhirnya. Kalau kita mengambil pendekatan seperti kata hikmah diatas itu tadi, kadang-kala seorang Perdana Menteri pun harus mengambil satu langkah ke belakang dan membiarkan kementerian-kementerian lain atau menteri-menteri lain melangkah kehadapan dan mendapat pengiktirafan dan pujian. Biar mereka ‘seize the moment’ agar rakyat akan memberikan pujian dan pengiktirafan kepada menteri dan kementerian tersebut dan dalam masa yang sama rakyat memberi pengiktirafan dan pujian kepada Ketua atau Boss kepada menteri-menteri tersebut dan kementerian tersebut dan sudah pasti ianya akan kembali kepada Perdana Menteri dan Kerajaan itu sendiri.
Mungkin perlu 'rebranding' kembali kesemua kementerian-kementerian yang agak tenggelam itu tadi dan menampilkan suatu imej yang lebih mesra rakyat, utamakan rakyat, dahulukan pencapaian dan sebagainya bersesuaian dengan konsep 1Malaysia. Sudah lebih 50 tahun kementerian-kementerian ini wujud dan sudah sampai masanya kementerian ini melalui satu proses ‘rebranding’ atau  ‘make over’ seperti yang biasa dilalui oleh syarikat-syarikat swasta untuk menwujudkan satu budaya baru, satu hala tuju dan misi serta visi malah semangat yang baru dalam memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Itu kerajaan dalam parti juga boleh dipraktikkan dimana diperingkat Bahagian-bahagian misalnya. Ketua Bahagian mungkin boleh melakukan yang sama keatas ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian, Ketua-ketua sayapnya dan Pemimpin-pemimpin Cawangan kerana akhirnya mereka ini semua adalah ahli pasukan kita didalam Bahagian kita. Kalau pujian datang dari rakyat Gombak kepada mana-mana ahli UMNO baik, ahli biasa Pemuda, Exco Pemuda hatta Ketua Pemuda UMNO Bahagian sendiri sudah pasti kerana keberkesanan dan kehebatan UMNO Bahagian Gombak itu sendiri yang diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian. Kalau Pemuda UMNO Bahagian Gombak hebat pujian akan akhirnya kembali kepada UMNO Bahagian Gombak. Kalau Wanita UMNO Bahagian Gombak hebat pujian tetap dikembalikan kepada UMNO Bahagian Gombak juga. Sudah pasti kehebatan ini akan hanya berlaku kerana Ketua Bahagiannya mengkhendaki dan membenarkannya serta berusaha kearah itu.

Apapun ini hanyalah pandangan peribadi saya dan saya percaya untuk kita melangkah selangkah kebelakang dan membenarkan pengikut, pekerja atau penyokong kita maju kehadapan dan mendapat pujian dan pengiktirafan memerlukan pemahaman dan jiwa yang besar. Maklumlah kadang-kadang kita tidak mendapat atau terlepas pengiktirafan dan sudah pasti kita akan merasa kecewa kerja kita orang lain dapat nama misalnya namun jangan lupa walaupun kita tidak mendapat nama namun kalau direnungkan diakhirnya pasukan kita juga yang menang dan mendapat nama. Akan pasti tiba waktu kita juga pasti akan mendapat pengiktirafan dan pujian yang sewajarnya. Sebagai pemimpin ini mungkin sedikit pengorbanan kita kepada pekerja, pengikut, penyokong dan akhirnya rakyat.

Gombak!!!! Gempur!!!!!


 

Tuesday, 2 August 2011

PROGRAM PEMUDA UMNO SUNGAI CHINCHIN GOMBAK ATASI GEJALA REMPIT


Kampung Sungai Chinchin yang terletak di Batu 8 Jalan Gombak merupakan salah satu kampung tertua di Rantau Gombak ini. Ianya hanya lebih kurang 10km dari Pusat Bandar Kuala Lumpur. Dalam erti kata lain merupakan satu kampung di pinggiran bandar.  
Panggangan kumpulan ayam pertama. Oppss api kena jaga jangan terlalu besar nanti hangus ayam tu!!!!
Pada 30hb Julai 2011 bersamaan hari Sabtu, saya berkesempatan bersama seramai lebih 30 orang Pemuda  UMNO Kampung Sungai Chinchin ini telah menjayakan  Program Santai BBQ dan Beramah Mesra Sempena Menyambut Bulan Ramadhan. Program ini telah di ilhamkan oleh Pemangku Ketua Pemuda UMNO Cawangan dan telah disempurnakan dan dijayakan oleh Setiausaha Pemuda Cawangan Saudara Hazwan bersama beberapa Pemuda cawangan. Semuanya dijalankan secara gotong-royong, baik dari soal pembelian bahan-bahan mentah di pasar, memotong, membersih, memasak dan memanggang hingga terhidangnya segala juadah. Walaupun program ini berskala kecil namun pengisiannya amat bermakna kepada pemuda-pemuda Sungai Chinchin. Apa yang telah diterapkan melalui program ini iaitu kerjasama, bantu-membantu, melaksanakan amanah dan tugasan yang telah diberi, pengorbanan dan ikhlas berjalankan tanggung-jawab antara sedikit sebanyak pengisian dan latihan melalui perlaksanaan program ini.

Chef ayam panggang sorang tu jer...yang lain tu tukan sibuk jer tu tengok ayam dah masak ker belum..Lapar sudah!!! hahaha!!!
Seawal jam 8.00 pagi Pemangku Ketua Pemuda dan Setiausaha telah bangun untuk ke pasar pada hari Sabtu yang kebetulan pula hujan agak lebat dimana waktu-waktu sebegini ramai yang masih berselubung dengan selimut. Maklumlah hari cuti dan cuaca hujan pula. Beberapa Pemuda pula diamanahkan untuk menyediakan tempat program hendak dijalankan. Ianya dipersetujui semua untuk diadakan dibangsal tinggal ditepi padang bola kampung. Jadi kena bersihkan kawasan program, kena tarik wayer untuk pemasangan beberapa lampu kalimantan agar terang dan selesa untuk menjamu selera. Al maklumlah BBQ pasti seronok pada waktu malam dan maklumlah padang kampung mana ada ‘spotlight’. Beberapa Pemuda pula ditugaskan untuk mencari atau menyediakan tempat untuk pembakaran, dalam ertikata bekas untuk panggang atau bbq ayam tadi. Pendek kata semua dibahagikan tugasan masing-masing dan untuk memastikan program ini berjaya setiap yang telah diberikan tugasan haruslah ikhlas dan amanah dalam menjalankan tugasan yang telah diberikan.

Wakil UMNO Cawangan yang hadir yang mesra dengan panggil Abang Ayim dan pemimpin belia kampung Ayie. Isteri dan anak Pemangku Ketua Pemuda Cawangan juga turut hadir.
Ini merupakan salah satu bentuk latihan kepada Pemuda Sungai Chinchin pada masa yang sama di mana dalam berseronok untuk BBQ mereka juga dilatih untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Ada pula Pemuda yang hadir pada malam itu yang mana tidak dinyatakan tugasan mereka dengan ringan tulang telah turut membantu tanpa diarah, menyalakan arang, membakar dan memanggang, mengangkat dan menyusun kerusi, meja dan barang-barang makanan dari rumah Saudara Hazwan tadi. Semua ini dilakukan dengan rasa ikhlas demi menjayakan sebuah program yang tidak seberapa ini. 

Menu yang disediakan... Ayam Panggang BBQ, Bihun Goreng, Kerang Bakar, Sausage, Bubur Lambuk... puas makan dan habis kesemua hidangan.
Disamping menikmati juadah yang disediakan bersama oleh mereka sendiri, pemuda-pemuda juga dapat beramah mesra dan merapatkan silahturrahim antara sama satu sama lain. Ini bukan bermakna mereka tidak rapat tetapi maklumlah kerana sibuk dengan pekerjaan masing-masing hingga kadang-kadang sebulan tidak berjumpa, maka di program seperti ini dapatlah mereka bertemu-sua dan bertukar-tukar cerita terkini dan perkembangan masing-masing.

Sedang ramai anak-anak muda berpesta dan merempit di kota raya pada hari Sabtu malam minggu terakhir sebelum ketibaan Ramadhan, terdapat lebih 30 orang anak muda Sungai Chinchin memilih untuk bergotong-royong menjayakan Program Pemuda UMNO Sungai Chinchin dan beramah mesra sambil menikmati ayam panggang dan kerang bakar.

Pemuda-pemuda Sungai Chinchin memilih untuk mengikuti Program dan aktiviti sihat UMNO pada Sabtu Malam Minggu dari merempit dan berpesta di tengah Kotaraya.

Kalaulah boleh buat program setiap malam minggu di Cawangan.....

Gombak!!! Gempur!!!!

WAJIB BACA!!!