FOLLOW ME


Monday 30 January 2012

ANWAR BERJAYA MALUKAN TUN DR MAHATHIR..Dr MiM



MNK malas nak tulis panjang-panjang dah pasal manusia bernama Anwar ini. Kalian boleh baca lah sendiri kat link dibawah ini. Kecewa dan amat memalukan bila MNK membaca kisah Anwar ini. Agak-agak apa  pendirian PAS yer? Ketua UMUM PKR bela nasib Isreal, Menteri Besar PKR Negeri Selangor jaga Hal Ehwal Agama Islam negeri. Opposite attraction ker nie??? atau perancangan halus dan jahat untuk menjahanam kan Malaysia bermula dengan negeri Selangor.....Naauzzubillah.... Ya Allah Kau Lindungi lah Negeri ku dan Kau berilah Hidayah dan Petunjuk kepada sekalian rakyat negeri Selangor untuk kembali memberikan Kerajaan negeri Mu ini kepada mereka yang benar dan sewajarnya dalam mentadbir dan menguruskan Kerajaan Mu seperti yang Kau berikan kepada mereka-mereka yang terdahulu iaitu kepada pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional....Amin ya Rabbi Ala Min.

WANITA UMNO GOMBAK TUNJUK TARING MENGEMPUR PRU 13


Pada 29/01/2012 di Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu Gombak Batu 7 telah di adakan satu program Himpunan Jalinan Rakyat(JR) Wanita UMNO Bahagian Gombak bersama Dato' Sri Ir Mohd Zin Mohamed Pengarah Operasi Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Selangor. Ketua Wanita UMNO Bahagian Gombak Datin Sharifah Salmah Syed Agil bersama barisan jentera Wanita UMNO Bahagian Gombak telah memenuhi segenap ruang Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu itu seawal jam 8.00malam. Turut hadir pada program tersebut ialah Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin dan Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad disamping tetamu terhormat dari Perhubungan UMNO Negeri yang lain.
Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj Said Anuar Said Ahmad sedang memberikan ucapan
MNK yang berkesempatan untuk hadir ke program tersebut amat terkejut dengan jumlah kehadiran srikandi-srikandi Wanita UMNO Gombak ini yang akan menjadi barisan hadapan Wanita UMNO Gombak selaku jentera Wanita pada PRU13 nanti. MNK dimaklumkan bahawa seramai 1670 orang jentera yang hadir dan berdaftar pada malam itu dan pada pandangan MNK kehadiran mencecah 2000 orang kerana turut hadir ialah suami mereka, anak-anak mereka, Pemuda, Puteri dan juga ahli Wanita UMNO sendiri tetapi tidak mendaftarkan diri kerana tidak menjadi jentera tetapi sekadar membantu jentera atau ketua masing-masing diperingkat Cawangan atau Pusat Daerah Mengundi.

Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu itu dipenuhi dengan warna biru baju rasmi BN Selangor dan tudung Merah yang dipakai oleh ibu-ibu atau srikandi-srikandi Wanita UMNO Gombak ini. Ada segelintir kelihatan bertudung merah jambu itu pasti ahli Puteri UMNO Gombak yang mungkin dilantik untuk membantu jentera Wanita. Semangat dan komitmen ibu-ibu Wanita UMNO Gombak ini amat memberangsangkan sekali walaupun pada malam yang sama pertandingan Akhir Juara-juara lagu sedang berlangsung. Namun seperti kata salah sorang ibu yang hadir pada malam itu. "Perjuangan ini lebih penting dari AJL". Sorang lagi ibu berkata, Lagu Keramat UMNO lagi sedap dan best dari lagu-lagu yang dipertandingkan pada AJL.



Riuh berkumandang nyanyian lagu UMNO di dewan ini apabila hampir 2000 orang wanita UMNO Gombak menyanyikan nya sewaktu permulaan program ini. YB Dato Sri Ir Zin juga dalam ucapan dan taklimat dia berseloroh mengatakan kalau diadakan pertandingan nyanyian lagu UMNO nescaya Wanita UMNO Gombak akan memenanginya. Kalau diukur dari segi komitmen dan semangat Jentera JR Wanita UMNO Gombak pada malam itu dan semangat dan komitmen ini dapat dikekalkan hingga ke Pilhanraya ke-13, sudah pasti harapan untuk merampas kembali DUN Gombak Setia, DUN Batu Caves, DUN Hulu Kelang dan Parlimen Gombak dari tangan Pakatan Rakyat adalah amat cerah. Perpaduan dan kesepakatan Wanita UMNO Bahagian Gombak yang ditunjukkan pada malam itu dibawah kepimpinan Datin Sharifah Salmah Syed Agil selaku Ketua Wanita UMNO Bahagian Gombak amat hebat dan wajar diambil perhatian oleh semua.
Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak sedang menyampaikan ucapan.
Jelas kelihatan Ikatan Wanita UMNO Gombak dan Pemuda UMNO Gombak ibarat ikatan kasih Ibu dan Anak - MNK 

Sokongan  yang ditunjukkan oleh Jentera JR Wanita UMNO Bahagian Gombak kepada kedua-dua penyelaras yang hadir juga amat hebat apabila dewan menjadi gamat dan riuh gemuruh dek sorakan dari JR Wanita UMNO Bahagian Gombak yang hadir apabila MC mengumumkan nama kedua-dua Penyelaras, Datuk Hj Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin Penyelaras BN Parlimen Gombak dan Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad Penyelaras BN DUN Gombak Setia. Namun MNK percaya hatta siapa pun menjadi calon PRU-13 di Gombak ini Jentera JR Wanita UMNO Bahagian Gombak akan menyokong, bekerja dan bertungkus lumus untuk memastikan kemenangan kepada Barisan Nasional pada PRU 13 nanti. Bak kata Dato Sri Ir Zin, UMNO Gombak takan kalah dalam PRU kalau ini lah semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh Wanita UMNO Bahagian Gombak kecuali ada unsur-unsur sebotaj dan khianat dari dalaman sendiri. Prinsip Perdana Menteri kita YAB Dato Seri Najib Tun Razak apa itu khianat dalam kamus beliau? Jawabnya hatta kalau ada pemimpin UMNO mengatakan pada PRU 13 ini kawasan itu atau kawasan ini BN atau UMNO akan kalah maka itu sudah merupakan satu pengkhianatan pada parti. Jadi di Gombak kita mesti menang. Bukan kita yakin menang atau kita hendak menang tetapi kita mesti menang. Tidak sekali-kali kita akan mengaku kalah atau ada dalam kamus diri kita yang Gombak kita tidak boleh menang. Biarlah kalau ada yang mengatakan Gombak kawasan hitam tetapi yang pasti kita akan bekerja sehabis-habisnya hingga ke wisel penamat untuk memastikan kemenangan pada Barisan Nasional di Gombak ini untuk ketiga-tiga DUN dan satu Parlimen.


Tahniah kepada kepimpinan Wanita UMNO Bahagian Gombak Datin Sharifah Salmah Syed Agil dan yang lebih penting lagi Tahniah dan Syabas kepada semua srikandi-srikandi Gombak, ibu-ibuku wahai ahli-ahli Wanita UMNO Bahagian Gombak.


Gombak!!! Gempur!!!

PENYELARAS BN PARLIMEN GOMBAK "HIJACK" MENTERI BANTU SELESAI MASALAH 4000 PENGUNDI !!!

Ikrar pembeli-pembeli Residensi Bistaria mereka akan ingat sampai bila-bila pihak yang bantu mereka dan tidak akan lupa pihak yang tidak membantu mereka.
Pada tanggal 28/01/2012, MNK menyaksikan sendiri kegembiraan wajah-wajah rakyat DUN Hulu Kelang atau boleh dikatakan pengundi-pengundi DUN Hulu Kelang yang telah diselesaikan masalah mereka oleh Kerajaan Barisan Nasional. Mereka ini adalah pembeli-pembeli unit di blok A,D dan E Residensi Bistaria yang mana telah terbengkalai semenjak 2003.

Masalah mereka ini telah mendapat perhatian Datuk Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin selaku Penyelaras BN Parlimen Gombak yang mana beliau telah "menculik" Dato' Noh Omar ketika Dato' Noh mengadakan lawatan ke pasar tani di Taman Melawati pada bulan Julai tahun 2010. Tiada dalam jadual beliau ketika itu untuk melawat tapak pembinaan Kondo/Apartment ini, tiada jemputan untuk melawat tapak ini ataupun  beliau dimaklumkan berhubung dengan permasalahan projek terbengkalai ini memandangkan beliau merupakan Menteri Pertanian dan permasalahan ini tiada berkait dengan kementerian beliau, namun tindakan berani dan berhemah Datuk Hj. Megat Zulkarnain selaku Penyelaras BN Parlimen Gombak ketika itu yang telah "Hijack" dalam erti kata lain menculik Dato' Noh Omar dan membawa beliau melawat sendiri tapak perumahaan Residensi Bistari itu telah memutikkan tindakan penyelesaian bersama campur tangan kerajaan Barisan Nasional peringkat Pusat.

Hasil dari insiden Dato' Seri Noh Omar di "Hijack" oleh Datuk Hj. Megat Zulkarnain, Penyelaras BN Parlimen Gombak untuk melihat sendiri permasalahan yang dihadapi oleh pembeli-pembeli unit Kondo Residensi Bistaria dan diberi penjelasan terperinci berhubungan dengan masalah mereka, permasalahan ini telah dibawa ke Kabinet dalam tahun yang sama dan mendapat perhatian YAB Perdana Menteri ketika itu yang telah mengarahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Kedua-duanya memakai baju BN. Dato' Noh Omar dan Datuk Hj. Megat Zulkarnain yang bertanggung-jawab membawa kepada penyelesaian masalah pembeli-pembeli Residensi Bistaria

Alhamdullillah, pada 28/01/2012 ini masalah mereka telah selesai yang mana telah diadakan majlis penyerahan kunci dimana kira-kira 500 pembeli pangsapuri Residensi Bistaria menerima kunci rumah selepas menunggu sejak 2003. Masa ada lagi unit-unit yang hampir siap yang dijangkakan akan siap sepenuhnya pada bulan April tahun ini.

Dianggarkan hampir 2000 pembeli kesemuanya dan kalau campur isteri hampir 4000 pengundi beralamat di dalam DUN Hulu Kelang telah berikrar akan membalas budi baik Kerajaan BN.


INI IALAH ANTARA APA YANG MEREKA KATAKAN DI MAJLIS SERTA SEMASA DI TEMUBUAL TV
— Saya beli rumah ni dah 9 tahun. Saya / Kami xkan lupa “siapa” yg tak mahu tolong kami. Ada 2000 pembeli kalo campur suami/isteri = 4000 pengundi. Saya / kami ingat siapa yg tolong kami. Jadi Saya / Kami akan undi UMNO BN.
Kata Dato' Seri Noh Omar,

- “Pada masa itu, saya tidak ada jemputan, saya pun tidak tahu yang pembeli sedang berpiket, saya telah di’culik’ untuk dibawa ke sini lalu simpati dengan masalah pembeli dan berjanji untuk membawa perkara ini ke Kabinet,” katanya.

MNK harap mereka tidak akan lupa budi yang ditaburkan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada mereka dan akan terus mengundi kerajaan Barisan Nasional. Jelas terbukti siapa yang benar-benar menjaga kebajikan mereka. Tak perlu lah apa yang MNK dengar sendiri dari mereka yang menghadapi masalah ini apabila mereka membawa masalah mereka ini kepada Wakil Rakyat Hulu Kelang yang ada sekarang ini ataupun Ahli Parlimen Gombak. Yang jelas kedua-dua Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat dari Pakatan Rakyat ini tidak membantu dan tidak ikhlas dalam menjaga kebajikan rakyat hinggakan rakyat Residensi Bistaria cukup marah. Lihat sendiri apa yang mereka luahkan dibawah ini....

Tahniah dan syabas MNK ucapkan kepada Datuk Hj. Megat Zulkarnain Penyelaras BN Parlimen Gombak atas tindakan berani dan "daring" beliau "menculik" Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor Dato' Seri Noh Omar pada bulan Julai 2010 itu. Ini membuktikan Penyelaras Barisan Nasional Gombak ini akan melakukan apa sahaja untuk menyelesaikan masalah rakyat di Gombak. Nasib baik beliau tidak kena black listed dari Perhubungan Negeri atau didakwa kerana menculik Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri. Nasib baik ketika itu yang turun Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri. Kalau Pengerusi Perhubungan Negeri yang turun ketika itu, silap-silap Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor yang kena "culik". Oppss itu Perdana Menteri kita...takpa ini memang kita inginkan dari seorang yang mewakili rakyat di peringkat Parlimen Gombak ini bertepatan dengan konsep 1Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian di Utamakan.... YAB PM pun tak marah rasanya dan pasti amat gembira sekali kerana 4000 rakyat diselesaikan masalah mereka hasil tindakan berani Penyelaras BN Parlimen Gombak.....


Gombak!!! Gempur!!!




Sunday 29 January 2012

KETUA PEMUDA UMNO GOMBAK HIMPUN RIBUAN RAKYAT DI PULAU MUTIARA...



Pada tanggal 24/01/2012 yang lepas MNK turut bersama menyaksikan sendiri satu sejarah dicipta di Pulau Mutiara Malaysia iaitu Pulau Pinang dimana ribuan rakyat telah berhimpun dan hadir di Program Perhimpunan Malam Pendekar 1Malaysia yang telah diadakan di Anjung Times Square Pulau Pinang. Tahniah MNK ucapkan kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia. Program Malam Pendekar 1Malaysia ini telah diilhamkan dan dicetuskan oleh Mahaguru Tan Sri Omardin bin Mauju sendiri selaku Mahaguru dan Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia yang mana beliau  juga merupakan bapa kepada Datuk Hj Megat Zulkarnain. Jadi siapa lagi kalau bukan anakanda beliau sendiri yang menjadi salah sorang pengerak utama program ini bersama sahabat dan rakan-rakan lain dari AJK Pusat Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia dan juga dari Pertubuhan Seni Bela yang lain dan NGO-NGO Pulau Pinang serta agensi-agensi kerajaan.

Program yang buat julung-julung kalinya diadakan di Pulau Pinang yang mana kesemua pertubuhan seni bela diri baik dari Silat, Taekwando, Karate, Wushu, Silambam, Gujeraj dan macam-macam lagi telah diberi penghargaan dan pengiktirafan pada malam tersebut oleh YAB Perdana Menteri Malaysia sendiri  yang mana beliau juga merupakan Ulul Amri ketiga Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia. yang telah sudi hadir merasmikan program perhimpunan tersebut. Puluhan ribu rakyat Pulau Pinang dan sekitarnya telah hadir pada malam tersebut dan hampir 70 pertubuhan seni bela diri dan NGO-NGO di Pulau Pinang telah turut serta dan berhimpun pada malam tersebut bagi menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan dibawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

YAB Perdana Menteri juga pada malam tersebut telah sudi untuk memberi sijil penghargaan kepada kesemua 70 orang Tok Guru-Tok Guru, Pengerusi, Ketua atau Pemimpin  pertubuhan-pertubuhan silat, Seni bela diri dan NGO-NGO yang berdaftar menyertai Perhimpunan Malam Pendekar 1Malaysia ini. Upacara penyerahan sijil ini telah disempurnakan di "Rumah Adat" Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia yang telah didirikan bersebelahan dengan pentas utama. Pada malam tersebut sewaktu ucapan YAB PM beliau turut menekankan bahawa Pertubuhan-pertubuhan Seni Bela mempertahankan diri merupakan benteng ketiga pertahanan negara dan beliau turut mengiktiraf Mahaguru Tan Sri Omardin diibaratkan seperti jambatan yang mendekatkan lagi dunia persilatan dan mempertahankan diri dengan kerajaan.

Turut hadir memeriahkan lagi majlis tersebut ialah isteri YAB PM  iaitu YABhg Datin Seri Rosmah Mansor yang juga merupakan Penyandang Selendang Tun Fatimah Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia.  MNK dipahamkan beliau amat teruja dengan sambutan rakyat dan masyarakat serta pertubuhan seni bela diri dan NGO-NGO terhadap program ini dan telah meminta secara pribadi kepada Mahaguru Tan Sri Omardin untuk diadakan program yang sama seperti ini di Negeri Kedah pula. MNK  sendiri terasa teruja kerana pada satu malam sahaja MNK telah diberikan dengan begitu banyak pendedahan tentang seni-seni mempertahankan diri yang ada di Malaysia ini.


Pelbagai Buah Silat dan Bunga Silat dipertontonkan kepada pengunjung secara live oleh pertubuhan-pertubuhan seni silat yang turut serta. Malah bukan Seni Buah dan Bunga Silat, seni dan buah bunga Silambam pun turut ada yang buat pertama kalinya MNK melihatnya pada malam tersebut. Seperti pengunjung-pengunjung lain MNK berpeluang melihat demonstrasi-demonstrasi baik dari Silat, Silambam, Taekwando dan lain-lain. MNK begitu kagum sekali dengan demonstrasi kerohanian Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia yang telah dilakukan oleh Ketua Pemuda UMNO Gombak sendiri iaitu Datuk Hj. Megat Zulkarnain dihadapan puluhan ribu pengunjung yang mana mereka boleh melihat dengan jelas daripada dua "big screen" yang disediakan untuk menayangkan secara live aksi yang dilakukan dihadapan pentas utama. Bukan calang-calang orang Ketua Pemuda UMNO Gombak ini rupanya. Beruntung Pemuda UMNO Bahagian Gombak kerana mempunyai Ketua Pemuda yang hebat. Kalau bapanya diberi anugerah Pendekar Negara maka beliau ibarat Pendekar Muda Gombak.  

MNK melihat program seumpama ini amat perlu dan sepatutnya lebih kerap dilaksanakan oleh Kementerian atau Jabatan Kerajaan yang bertanggung-jawab dalam hal seumpamanya kerana seni mempertahankan diri seperti Silat merupakan satu budaya bangsa yang kurang mendapat pendedahan khususnya kepada anak bangsa kita sendiri. Ramai diantara kita lebih gemar menghantar anak-anak kita untuk belajar budaya bangsa orang Korea dari belajar budaya bangsanya sendiri iaitu budaya Orang Melayu. Mana tidaknya kita lebih gemar hantar anak kita belajar Taekwando dari belajar Silat. Mungkin ada yang bukan gemar namun itu sahaja kurikulum seni mempertahankan diri yang ada kat sekolah anak kita jadi nak tak nak kita hantar lah belajar budaya Korea. Tak salah kalau nak belajar budaya Korea ker budaya Jepun(Judo, Akido etc) ker tapi belajar lah dulu budaya Malaysia. Budaya Silat.  Dengan kita mempelajari dan sayang serta jaga budaya Malaysia ini sikit sebanyak melatih kita mempunyai perasaan sayang dan bangga kepada negara kita Malaysia ini. Jadi MNK rasa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan  boleh lah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk merangka dan merancangan agar suatu hari nanti budaya Malaysia ini boleh diadakan sebagai satu kurikulum sekolah di Malaysia ini.

Apa pun  Tahniah dan syabas MNK ucapkan kepada Mahaguru Tan Sri Omardin dan anakanda beliau Datuk Megat Zulkarnain atas usaha yang cukup baik ini dan atas kejayaan program ini yang mana telah berjaya menghimpun hampir kesemua pertubuhan seni mempertahankan diri yang ada di Pulau Pinang serta NGO-NGO untuk turut serta didalam program Perhimpunan Malam Pendekar 1Malaysia. Tidak lupa juga kepada semua mereka yang terlibat untuk menjayakan program yang cukup baik ini yang mana selain menyatukan kesemua pengamal seni mempertahankan diri di Pulau Pinang, ianya juga telah memberi peluang kepada pertubuhan seni bela diri untuk mempromosikan pertubuhan masing-masing serta memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat sendiri kehebatan seni-seni mempertahankan diri yang ada di  Malaysia ini dan tidak lupa pula kesenian seni-seni itu sendiri.


Mungkin lepas ini boleh difikirkan pula untuk mewujudkan Hari Mempertahankan Diri Malaysia yang mana ianya sebagai satu acara tahunan dimana kesemua mereka berkumpul dan dihimpunkan dan diadakan booth pameran, demonstrasi, promosi dan sebagainya sebagai satu acara  bawah Kementerian Pelancongan bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang akan mengisi calendar tahunan kementerian.

Gombak!!! Gempur!!!


Friday 27 January 2012

AHLI-AHLI PAS DUN GOMBAK SETIA TERIMA RM500 BR1M DARI PENYELARAS DUN GOMBAK SETIA


Pada 21/01/2012 yang lepas telah diadakan penyerahan Voucher RM500 Bantuan Rakyat 1 Malaysia peringkat DUN Gombak Setia N17 kepada kumpulan pertama yang permohonan mereka berjaya. Penyerahan ini telah diselenggarakan oleh Pejabat Penyelaras BN DUN Gombak Setia bersama sayap-sayap UMNO Bahagian Gombak baik Wanitanya, Pemudanya dan Puterinya. Penyampaian Voucher tersebut telah disempurnakan sendiri oleh Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad di Dewan Sekolah Kebangsaan Sg. Pusu. Dua sesi penyerahan telah dilakukan yang mana sesi pagi bermula jam 9.00am- 12.00 tgh dan disambung pada jam 2.00 ptg hingga jam 5.00ptg.  
Penerima-penerima yang telah diluluskan telah dimaklumkan melalui surat yang dihantar terus kepada penerima oleh Pejabat Penyelaras BN DUN Gombak Setia melalui JKKKP mahupun Ketua Cawangan masing-masing.

MNK tertarik apabila pada sesi pagi tersebut dimana MNK bersama-sama berada didewan Sekolah Kebangsaan Sg. Pusu itu sebagai  salah sorang wakil petugas dari sayap.  MNK terlihat Ketua PAS Kampung MNK turut berada dikhalayak ramai menunggu giliran untuk menerima sumbangan dari kerajaan Barisan Nasional ini. MNK turut melihat beberapa pemimpin UMNO Cawangan MNK atau Kampung MNK menegur dan melayan Ketua PAS tersebut dengan begitu mesra seperti tiada benteng kepartian yang wujud diantara mereka. Ini satu sikap yang baik dan MNK cukup terharu melihat keterbukaan dan jiwa besar yang ditunjukkan oleh kepimpinan UMNO Cawangan/Kampung MNK itu. MNK bukan hendak memuji atau dicategorikan umpama masuk bakul angkat sendiri, tapi inilah realiti apa yang berlaku pagi itu. MNK merasakan dimana-mana sahaja dimana diadakan program seumpama ini pemimpin atau ahli UMNO akan melayan saudara seagama mereka dengan berhemah dan penuh perihatin dan hormat walaupun berlainan parti yang hadir untuk menerima sumbangan RM 500 dari kerajaan Barisan Nasional itu. MNK merasakan ramai dikalangan ahli-ahli parti pembangkang diseluruh negara menerima sumbangan BR1M ini dari Kerajaan Barisan Nasional seperti apa yang berlaku sewaktu sumbangan RM 100 persekolahan dulu.


Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad ketika menyerahkan sumbangan tersebut walaupun tahu mereka ini dari Parti Pembangkang, ada yang ahli biasa dan ada yang pemimpin tertinggi diperingkat kampung atau kawasan masih boleh melemparkan senyuman  kepada mereka. Senyuman yang sama diberikan sewaktu bersalaman dengan mereka yang dikalangan parti UMNO sendiri. Cuma harapan MNK kalaupun mereka tidak mahu sedar siapa sebenarnya menjaga kebajikan mereka dan hak mereka sebagai rakyat Malaysia kalau bukan Kerajaan Barisan Nasional. Kalau pun mereka masih tidak mahu berterima kasih dan bersyukur atau terasa terhutang budi kepada kerajaan Barisan Nasional yang telah menabur budi dengan memberi sumbangan RM  500 ini dan banyak lagi semenjak kita merdeka hingga kehari ini. Satu sahaja harapan MNK ialah agar Allah lembutkan hati mereka dan menyedarkan mereka agar tidak lagi memaki, mencaci atau menfitnah kerajaan Barisan Nasional dan pemimpin-pemimpin UMNO. Harapan MNK agar mereka juga boleh melakukan perkara yang sama seperti apa yang telah ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dari Cawangan dan kampung MNK dan juga seperti sikap Penyelaras BN DUN Gombak Setia yang mereka tidak membezakan kepartian kamu tetapi melayan dan mengganggap kamu rakyat Malaysia dan saudara seagama apabila berlaku sebaliknya dimana kami orang UMNO berada dimajilis mereka.

Tiada yang dihalau, tiada yang dimaki atau diperli tiada yang ditindas atau dibezakan atas nama parti tetapi sebaliknya diutamakan dan diberi pengitirafan yang sama walau pun kita tahu mereka dari Parti yang sedang cuba merampas dan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dengan apa cara sekali pun. Namun menolak dan menyisih mereka tidak sama sekali kerana mereka masih lagi saudara kita, bangsa kita. Marilah kita kembali kepada pegangan adat dan susila bangsa kita yang diajar oleh ayah, atuk nenek moyang kita.

Kuat Rumah kerana Sendi,
Rosak Sendi Rumah Binasa,
Kuat Bangsa Kerana Budi,
Rosak Budi Bangsa Binasa.

Gombak!!! Gempur!!!

Thursday 19 January 2012

House PK: PANAS BERAPI! LAYAKKAH KALID GAGAP MENJAGA HAL EHWAL AGAMA ISLAM SELANGOR...


House PK: PANAS BERAPI! LAYAKKAH KALID GAGAP MENJAGA HAL EHWAL AGAMA ISLAM SELANGOR...: Selesai sudah upacara angkat sumpah yang berlangsung pagi tadi, di mana perlantikan Exco baru kerajaan negeri Selangor, YB Dr. Ahmad Yunus Hairi, ADUN Sijangkang, telah mendapat perkenan baginda Tuanku Sultan Selangor atas kekosongan yang “dirancang”.


Ternyata, tekaan ramai bahawa YB Dr. Rani Osman bakal menjadi Exco Agama Islam yang baru meleset. Penulis percaya, baginda Sultan Selangor punya alasan yang kukuh untuk tidak memberi perkenan, sekalipun nama YB Dr. Rani disenaraikan oleh kerajaan negeri.Bagaimana pun, terdapat rombakan portfolio, di mana YB Dr. Ahmad Yunus akan hanya memegang portfolio Hal Ehwal Adat Istiadat Melayu dan portfolio Belia dan Sukan.


Perkara ini sangat mengejutkan kerana kapasiti kekosongan yang ditinggalkan oleh Hasan Ali ialah Exco Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu.Lebih mengejutkan apabila Khalid Ibrahim telah melantik dirinya untuk memegang portfolio Exco Agama Islam!

Wednesday 18 January 2012

MAHASISWA MENGAMUK LAGI??? OPPSS BUDAK SURUHAN NI JER RUPANYA....


 MNK NO COMMENT.....LU FIKIRLAH SENDIRI BAK KATA NABIL

Semalam 18/01/2012 sekali lagi kita dikejutkan lagi dengan berita demonstrasi para mahasiswa dan mahasiswi yang diketuai oleh Adam Adli ini. MNK dapat makluman mereka berkumpul di Sogo dan berdemo disitu sebelum ke Pejabat PAS di Kampung Baru kemudian kononnya berarak ke Bangunan PWTC. Tweeter, BB Mesenger MNK dihujani dengan makluman sekumpulan mahasiswa-mahasiswi dan disyaki kumpulan yang sama yang "menyerang" PWTC dan menurunkan Bendera Presiden Parti UMNO akan  "menyerang" PWTC sekali lagi. Ada juga makluman yang lebih agresif menyatakan "PWTC akan diserang kali kedua oleh Adam Adli dan kuncu-kuncunya ayoh Pemuda kita pertahankan maruah kita...." 

Maaf sekiranya MNK menggunakan istilah kuncu-kuncunya dan bukan mahasiswa dan mahasiswi bagi kumpulan kamu ini Adam Adli. Kerana cara pemikiran dan tindakan anda langsung tidak membayangkan anda dan rakan-rakan anda seorang mahasiswa atau mahasiswi. Tidak layak anda digelar dengan panggilan itu yang melambangkan golongan yang cendiakawan, pandai, bijaksana, smart and intelligent. Kali ini mereka berdemo kerana ingin menyuarakan pembelaan terhadap Adam Adli yang telah digantung selama 3 semester  oleh pihak pentadbiran UPSI atas tindakan menyerang PWTC dan menghina Perdana Menteri pada kali pertama dan dan pengantungan 5 pelajar KUIN yang diambil tindakan kerana menentang AUKU. Kenapa mahasiswa - mahasiswi berdemo dengan alasan kononnya memperjuangkan hak bersuara mahasiswa dan mahasiswi?



TINDAKAN SEGELINTIR MAHASISWA-MAHASISWI MELAYU..NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA!!!
Cuba kita lihat, apa maksud mereka dengan hak mahasiswa-mahasiswi bersuara? Kenapa hendak bersuara? Adakah suara mereka sedap? Adakah mereka hendak kita dengar mereka bernyanyi dengan alunan suara yang merdu? Tentu tidak, apa yang mereka inginkan ialah pandangan mereka, pemikiran mereka, kehendak mereka didengari dan diberi pertimbangan atau lagi baik semuanya dituruti. Ini maksud dan intipati kenapa mereka berdemo. Ini alasan Adam Adli dan rakan-rakan kenapa mereka mahu suara mereka didengari. Bukan kemerduan suara yang ingin kita dengari tetapi pemikiran, pendapat, kehendak dan cadangan serta rintihan mereka yang mereka ingin kita dengari. Ini lah puncanya mereka terpaksa ambil pendekatan berdemo kononnya dan alasan ini diguna pakai kerana tiada cara lain lagi suara mereka akan didengari. Sekiranya benar itu semua tidak didengari oleh kerajaan atau pentadbiran apakah tiada cara lain kalau suara atau percakapan mereka tidak didengari atau disekat?

Bukan hanya dengan bersuara dan bercakap sahaja kita boleh menyampaikan buah fikiran, pendapat, pemikiran, rintihan, cadangan dan sebagainya. Banyak cara lain boleh kita gunakan dan sebagai mahasiswa dan mahasiswi sudah pasti kita boleh memikirkan cara bagaimana kita boleh melaksanakannya? Contoh terdekat seperti penulisan blog yang MNK sedang lakukkan ini. Bukankah ini salah satu cara bagaimana MNK boleh meluahkan segala idea, pemikiran, rintihan, cadangan kehendak MNK kepada sesiapa sahaja? Kita sekarang dizaman yang penuh kecanggihan teknologi dan dunia cyber ini boleh menembusi sempadan negara dan manusia. Jadi apa masalah kumpulan Adam Adli ini yang berdemo konon suara mereka tidak didengari? Haruskah kamu berdemo semata-mata kononnya kamu inginkan hak kamu bersuara sebagai mahasiswa atau yang terbaru ingin menyatakan ketidak puas hati kamu atas hukuman digantung 3 semester itu didengari?


INIKAH CARA TERBAIK YANG MAHASISWA-MAHASISWI DAPAT FIKIRKAN UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT DAN BUAH FIKIRAN????
Mahasiswa-mahasiswi harus lebih "intelligent" dalam melakukan sesuatu tindakan samada sah atau tidak disegi undang-undang sesuai dengan gelaran kamu itu. Kalau takat berdemo ini dan melakukan provokasi dan kerosakkan harta benda awam itu bukan cara mahasiswa - mahasiswi. Budak kampung, kutu, samseng dan mat rempit pun boleh lakukan benda itu semua. Jadi apa bezannya kamu dengan mereka? Mahasiswa patut boleh menggunakan pelbagai cara yang lebih bijak, misal kata curi gelombang frequency dan buat station radio sendiri secara haram dan sebarkan lah pendapat, pandangan, ketidak puas hatian kamu itu misal kata. Kalau nak kamu memberontak jugak? Memberontak cara smart dan sesuai dengan gelaran kamu sebagai mahasiswa dan mahasiswi itu. Lebih baik kalau secara sah dan mengikut undang-undang yang ada.  Tak pun buat siaran tv kamu sendiri,  rakaman video kamu menyuarakan ketidak puas hatian kamu itu, pendapat kamu itu dan keudarakan di alam cyber, di billboard di kotaraya dan sebagainya. Rakamlah kamu dan rakan-rakan kamu berdemo dipadang UPSI dan keudarakan lah di Adam Adli Net TV misalnya. Paling simple tulis, buletin, flyers, blog, buku, lukisan karikatur dan edarkan kepada rakyat dan masyarakat tentang apa saja yang kamu cuba sampaikan itu. Ini cara mahasiswa dan mahasiswi. Bukan cara berkumpul, terpekik terlolong dijalanan, memegang sepanduk, manila kad, melakukan kerosakkan harta benda awam, menghalang lalu-lintas dan menyebabkan kesusahan kepada rakyat dan masyarakat.



PENGGUNA LALU-LINTAS YANG MARAH AKIBAT KESAN PERHIMPUNAN HARAM 20 ORANG MAHASISWA DI PEJABAT PAS KELMARIN
Contoh seperti semalam akibat tak sampai 20 orang kumpulan kamu itu berdemo, habis sesak Kuala Lumpur. MNK nak balik ke rumah melalui jalan Raja Laut dan Jalan Kuching tu pun jem teruk kerana pihak polis terpaksa melakukan sekatan jalan raya misalnya, pemandu bergerak perlahan kerana ingin melihat misalnya, tidak kurang yang berhenti dibahu jalan dan sebagainya. Cuba fikirkan cara yang MNK lontarkan diatas yang mana tidak menyusahkan orang lain dan mereka yang tidak mahu terlibat dan tidak ingin ambil tahu tentang kamu itu. Jangan lah jadi insan yang pentingkan diri sendiri dan kerana pentingkan diri sendiri, kamu menyusahkan orang lain.

Semua tentang apa yang kamu inginkan, apa yang kamu harapkan. Hak kamu nak bersuara, kamu berdemo. Hak pembelaan keatas kamu yang digantung 3 semester, kamu berdemo. Semua pasal diri kamukan dan akibat apa yang kamu mahu, kamu berdemo dan kamu menyusahkan rakyat yang lain. Sebab apa yang kamu mahu, hak kamu, kamu merosakkan imej negara di mata dunia. Sebab hak kamu apa yang kamu mahu, kamu memalukan dan menjatuhkan maruah Negara, Bangsa dan Agama kamu?
RAKAN-RAKAN DARI PEMUDA UMNO GOMBAK YANG HADIR UNTUK MEMPERTAHANKAN PWTC DARI SERANGAN ADAM ADLI N THE GENG KALI KEDUA KELMARIN
Apa MNK nak jawab bila rakan MNK dari bangsa lain menyatakan apa lah ini budak melayu suka berdemo, sikit-sikit berdemo. Apa nak jawab bila kawan dari agama lain tanya ini budaya orang Islam ker? Sebab lu tengok itu Mesir, Tunisia, Libya, Syria haa itu semua Arab Islamic countries maa? Dia punya Demo haa manyak dahsyat. Ini budak Adam Adli ini agamanya Islam kaa? Ini ajaran Islam yang dia ikut dari itu Arab Islamic countries kaa?? U Islam bukan suka pada peace and harmony ker? Love, Sharing and Caring ker?

Kami anak orang Cina masuk U kami belajar pandai-pandai kami keluar kami kerja kuat jadi Big Boss, CEO, MD, Chairman itu Multinational companies. Itu masa aaa...semua orang dengar cakap kami. Bukan saja orang Melayu, Orang India dalam Malaysia saja tau. Tapi orang putih, orang Negro, orang Arab pun dengar aaa sebab dalam saya punya company ada itu Mat Saleh, Negro, Arab pun kerja sama saya.... Belajar rajin-rajin bukan jadi Cikgu saja, jadi itu Chancellor, Vice Chancellor itu International Universtities.

SEKEPING GAMBAR MENGHURAIKAN SERIBU MAKNA!!! BETUL KER TRANSLATION MNK NI.." A PICTURE IS WORTH A THOUSAND WORDS"

Itu baru mahasiswa-mahasiswi Top Class..itu cara mahasiswa-mahasiswi. Be The cream of the crop...Not The bottom of the barrel.... Be the best among the best not the worst among the rest.

Bak kata Nabil.... Lu fikir la sendiri!!!


Gombak!!! Gempur!!!

Tuesday 17 January 2012

HASSAN ALI DIPECAT, KHALID IBRAHIM JAGA HAL AGAMA ISLAM DI SELANGOR.


ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Hasan Ali yang digugurkan dari jawatan tersebut minggu lalu.

Dr Ahmad Yunus yang juga pembantu exco belia dan sukan - portfolio yang dipegang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - mengangkat sumpah sebagai exco di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pagi ini.

Ahmad menggantikan Hasan selepas beliau dipecat dari PAS pada 8 Januari lalu susulan tindakan beliau yang merugikan parti itu.

Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa calon pilihan adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman tetapi menurut sumber beliau menolak pencalonan berkenaan.

Pada sidang akhbar selepas majlis berkenaan, Abdul Khalid mengumumkan bahawa Dr Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap Kebudayaan Melayu, Belia dan Sukan yang sebelum ini dipegangnya.

Manakala jawatankuasa mengenai hal ehawal Islam, infrastruktur dan kemudahan awam akan disandang oleh Abdul Khalid. sumber: malaysiakini.

MNK rasa sekarang ini sudah pasti tiada masalah berhubung dengan Hal Ehwal Agama Islam di Selangor ini kerana yang memegang portfolio tersebut adalah Menteri Besar sendiri yang sudah pasti boleh menggunakan kuasa Veto beliau demi kepentingan agama Islam di Selangor ini. Tapi Khalid Ibrahim ini arif ke berhubung dengan Hal Ehwal Agama Islam?? Dia dari PKR yang selalu jaga dan memperjuangkan agama ini PAS kalau dikirakan dalam Pakatan Rakyat tu PAS lah yang paling mahir dalam Hal Ehwal Agama Islam dan calon-calon PAS kan semua terror bab agama ini, Al-Ustaz belaka tapi kini disandang oleh PKR? Hmmmmm.....



Tak tahu la nak kata macam mana kita lihat dan tunggu la macam mana Khalid Ibrahim ni pegang dulu dan kita menilai lah sendiri.

Jangan kita lupa siapa menentang Murtad di Gereja DUMC dan siapa menyokong dan mempertahankan Gereja DUMC?




Dah la menyokong dan mempertahankan lepas tu berbohong pula tu http://www.anwaraidc.com/?p=16229 (sila baca).


Hassan Ali menyerbu Gereja DUMC Khalid Ibrahim membela Gereja DUMC atas usaha dan gerakan gereja DUMC memurtadkan orang Melayu. La nie Hassan Ali di pecat dari menjadi EXCO HAL EHWAL AGAMA ISLAM, Khalid Ibrahim pula memegang EXCO HAL EHWAL AGAMA ISLAM.

Kerajaan Selangor memandang serius kejadian di mana polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya, malam tadi.

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim secara peribadi telah menghubungi Paderi kanan DUMC, Pastor Daniel Ho dan menyatakan KEKESALAN pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.

"Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan. Saya berharap dapat berjumpa dengan Pastor Daniel Ho sebaik sahaja laporan lengkap ini diterima".

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim


Apa nak jadi ni?  Bersorak riang gembira lah DUMC dan sekutu-kutunya. Islam bagaimana?
Apa pun kat Gombak kita pastikan lepas PRU13 kita kembali memegang kuasa di Selangor ini. Cukup-cukuplah huru-hara yang dilakukan di Selangor ini.

Ini yang terbaik!!!







Gombak!!! Gempur!!!











Sunday 15 January 2012

DR. HASSAN ALI LUMPUHKAN PAS GOMBAK...UMNO AKAN RAMPAS DUN GOMBAK SETIA!



Rata-rata semua penyokong PAS di Gombak Setia kebinggungan dan seperti layang-layang terputus tali. Keyakinan mereka kepada perjuangan mereka yang selama ini diyakini dan diperjuangkan tanpa berbelah bagi menjadi goyah. Mereka keliru, mereka hilang keyakinan, mereka rasa diri mereka tertipu dan paling sedih mereka teranaiya.

Kalau dulu mereka berjuang bersama PAS adalah semata-mata mereka ingin menegakkan Islam dan memperkasakan Islam dibumi Malaysia ini khususnya di DUN Gombak Setia. Mereka lah yang bertungkus-lumus dan bekerja untuk memastikan calon PAS pada PRU-12 dulu di DUN Gombak Setia iaitu Dato' Dr. Hassan Ali menang. Mereka berkorban masa, tenaga dan harta untuk memastikan kemenangan calon PAS yang bertanding. Mereka ahli marhain tidak mengharapkan apa-apa kecuali ingin melihat pemimpin mereka dan calon mereka ketika itu yang mewakili DUN Gombak setia menang dan membawa aspirasi perjuangan mereka iaitu menegakkan Islam di Selangor dan DUN Gombak Setia khususnya.


Dan secara jujur MNK katakan bahawa Dato' Dr Hassan Ali tidak mengkianati mereka. Beliau berpegang dan memikul tanggung-jawab itu dengan sebaik mungkin dan telah membuktikan beliau memperjuangkan Islam dan Melayu walaupun bersorangan malah mendapat kritikan, teguran dan hinaan oleh pemimpin-pemimpin parti beliau sendiri iaitu PAS. Namun agama dan bangsa tidak boleh dijual beli bagi Dato' Dr. Hassan Ali. Tidak seperti rakan-rakan beliau  walaupun  sama parti. Akhirnya ketegasan dan pegangan kuat pada prinsip, beliau telah dipecat.



Persoalannya sekarang apa pula pegangan dan prinsip ahli-ahli PAS yang lain? Apa pula pegangan dan prinsip pengundi-pengundi dan penyokong PAS marhain di Dun Gombak Setia ini? Masih kah kita tidak sedar lagi? Pemimpin yang kita pilih untuk mewakili kita sebagai wakil rakyat dikawasan kita yang mana beliau telah membawa tanggung-jawab dan amanah kita dengan begitu baik sekali telah diperlakukan sebegini. Dipecat dari Parti dan dilucutkan dari Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO)? Walhal kalau kita imbas sekali apakah salah tindakan dan kritikan serta perlaksanaan yang telah Dato' Dr. Hassan Ali lakukan itu kalau dilihat dari sudut Agama, Bangsa dan Negeri? Sudah pasti jawapannya tidak.


Namun kalau dilihat dari sudut perikatan parti, gabungan PAS, PKR dan DAP. Beliau salah dan mesti dipecat kerana beliau melemahkan dan boleh memecah-belahkan ikatan Parti. Boleh memecah-belahkan ikatan Pakatan Rakyat. Yang mana kita hendaklah menuruti dan menjaga apa saja kehendak DAP. Kena jaga hati DAP. Kena ikut cakap DAP kena tunduk dan patuhi kehendak DAP. Bagaimana kehendak kita punya parti? Bagaimana pula kehendak Parti PAS punya Ahli? Berapa banyak prinsip dan manifesto parti yang sanggup kita perjudi? Berapa banyak lagi yang sanggup kita gadai kerana turuti kehendak DAP?


Mana pergi Ustaz Ismail Kamus? Mana pergi Ustaz Harun Din? Kini tiba giliran Dato' Dr. Hasan Ali 
Fikir-fikirlah wahai pemimpin, ahli, penyokong dan pengundi PAS.... Tanya pada hati dimana harga diri?...
Depa untung kita rugi....



Gombak!!! Gempur!!!

KERIS 7 LOK: VIDEO AHLI-AHLI PAS YANG 'DIBELI' UMNO GOMBAK


SALAH SEORANG PEMIMPIN PAS KG. KERDAS YANG MASUK UMNO MENUNJUKKAN KAD KEAHLIAN PAS BELIAU SEBAGAI BUKTI.

Keris 7 Lok: Video Ahli-Ahli PAS Yang 'Dibeli' UMNO Gombak: Bersambung daripada artikel pagi tadi, Keris ingin berkongsi video temuramah GreenHood dan Keris kepada 3 orang bekas ahli PAS Cawangan Ker...

AAKJ.COM: HANYIRR TERKINI !! AZWAN ALI PULA HINA TUN M !! KA...




AAKJ.COM: HANYIRR TERKINI !! AZWAN ALI PULA HINA TUN M !! KA...: TINDAKAN Azwan Ali yang masuk campur pertelingkahan antara abangnya, Azmin dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengunda...

Wednesday 11 January 2012

1 MALAYSIA: Hasan Ali Mangsa Pertama Kumpulan “Anwarinas” Dala...



1 MALAYSIA: Hasan Ali Mangsa Pertama Kumpulan “Anwarinas” Dala...: CUBA Lihatlah bulatan merah tu semuanya Geng ANWAR..jadinya apa kebenda nya..HJ Hadi terkapai kapai lah nampaknya.Nafsu puak-puak “Anwarinas di dalam Pas nampaknya cukup ghairah dan mula mengeluarkan kukunya apabila Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali dilihat menjadi mangsa pertama golongan berkenaan.....

Duke of UMNO: PANASSSS..!!! SURAT "CINTA" UNTUK USTAZ AZHAR IDRUS..!!!

Sunday 8 January 2012

AZMIN AHLI TERKEDU!!! PROGRAM FORUM "MEMERTABATKAN MARUAH UMNO GOMBAK" BERJAYA!!!


UMNO Cawangan Kampung Sungai Chinchin telah melakarkan sejarah dan menjadi satu pencetus gelombang baru bagi UMNO Bahagian Gombak apabila pada tanggal 07/01/2012 selaku tuan rumah dan penganjur bersama iaitu Pusat Daerah Mengundi (PDM) Batu 8 Gombak buat julung-julung kalinya  telah melaksanakan satu Program Forum terbuka. Forum ini telah diadakan kepada bukan sahaja ahli UMNO Cawangan-cawangan didalam Pusat Daerah Mengundi Batu 8 Gombak DUN Gombak Setia tetapi juga kepada rakyat-rakyat dan masyarakat sekitar PDM Batu 8 Gombak. Forum yang bertajuk "Memertabatkan Maruah UMNO Gombak" ini dilihat oleh rakyat setempat sebagai satu tindakan yang amat berani dan ikhlas dilakukan oleh pucuk pimpinan UMNO cawangan-cawangan PDM Batu 8 Gombak, pimpinan diperingkat DUN Gombak Setia dan juga Parlimen, iaitu Penyelaras BN DUN Gombak Setia iaitu Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad dan Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin.

Ahli-ahli panel yang dijemput juga kesemuanya memberikan komitmen yang tinggi yang mana mereka hadir pada program ini. Ahli-Ahli Panel terdiri daripada Datuk Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin selaku Penyelaras BN Parlimen Gombak merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad Penyelaras BN DUN Gombak Setia merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datin Sharifah Salmah Syed Agil Ketua Wanita UMNO Bahagian Gombak, Puan Rozazita Daud Ketua Puteri UMNO Bahagian Gombak dan dua tokoh atau orang lama setempat Encik Basri Mohamad dan En. Zakaria Saidi Mara yang mana kedua-dua mereka ini juga merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Gombak. 

Oleh kerana ia bebentuk Forum maka ianya bukanlah program satu hala yang mana kita memanggil rakyat untuk hanya mendengar apa yang nak disampaikan oleh pimpinan UMNO di Gombak ini tetapi ianya merupakan komunikasi dua hala yang mana rakyat juga boleh menyuarakan apa sahaja persoalan atau pertanyaaan dan lebih dari itu rakyat juga boleh mengkritik, meluahkan apa saja yang terpendam di hati dan terbuku di kalbu kepada setiap ahli panel forum pada majlis ini. Dalam bahasa kasarnya kalau hendak menghentam, balun apa sahaja mereka boleh lakukan. Selain itu rakyat juga boleh memberikan idea-idea dan cadangan-cadangan agar pemimpin-pemimpin UMNO Gombak ini lebih memahami khendak rakyat, detik nadi rakyat dan yang utama permasalahan rakyat setempat.

Idea untuk mengadakan Forum ini tercetus pada mesyuarat PDM Batu 8 Gombak apabila ada cadangan untuk mengadakan Ceramah Perdana sebagai satu aktiviti PDM Batu 8 Gombak ketika itu dan ingin menjemput penceramah-penceramah yang hebat dari luar seperti kelaziman program-program ceramah oleh UMNO Gombak ini. Namun MNK mencadangkan ketika itu agak lebih baik kalau kita buat ceramah dalam kelompok kecil yang mana ianya di laksanakan di dalam kampung-kampung atau cawangan-cawangan itu sendiri dan kita guna penceramah-penceramah tempatan sahaja. Cukup kalau yang hadir hanya 50 orang sahaja tetapi pasti kan PA system boleh dengar satu kampung. Ini lebih menjimatkan kos kerana kadang-kadang kos penceramah luar ini agak mahal dan sudah pasti kalau jemput penceramah hebat kita hendak pastikan yang hadir ramai dan kos akan menjadi lebih besar dan tinggi. MNK melihat setelah beberapa siri ceramah Perdana ini dilakukan ianya lebih kepada orang UMNO yang keluar untuk menghadiri ceramah tersebut tidakpun peratus orang UMNO yang keluar pasti lebih tinggi daripada rakyat atas pagar atau "non-partisan".



Juga selalunya ceramah perdana ini dilaksanakan ditempat yang agak jauh dari kampung-kampung kerana inginkan kawasan yang luas dan kemudahan parking dan sebagainya diambil kira. Maka agak sukar kita ingin membawa kesemua ahli-ahli kita dicawangan untuk menghadiri ceramah perdana tersebut dan mungkin ramai diantara mereka berat hendak pergi kerana agak jauh dan masalah pengangkutan dan sebagainya. Jadi pada pendapat MNK ketika itu kita lakukan ceramah kelompok tetapi kerap, maknanya kalau di PDM Batu 8 Gombak ini ada 5 Cawangan maka akan ada 5 ceramah kelompok kecil dilaksanakan di setiap cawangan tersebut. Perlu dipastikan peralatan PA system yang agak baik digunakan agar mereka yang tidak datang ketempat program masih boleh mendengar apa yang diperkatakan walaupun duduk didalam rumah. Maklumlah rumah dikampung-kampung ini dekat-dekat dan pasti mereka yang tidak menyokong kita juga masih boleh mendengar dari rumah-rumah mereka. Biar mereka tahu apa UMNO Gombak ingin laksanakan apa penjelasan isu-isu semasa tentang segala fitnah dan penipuan mereka.

Cadangan MNK ini mendapat sokongan ramai dan mereka yang hadir bersetuju dan telah memilih cawangan MNK sendiri selaku tuan rumah untuk siri pertama ceramah kelompok ini.Maka dalam mesyuarat itu pada ketika itu ada cadangan kita jemput tokoh lama sebagai penceramah dan salah satu nama yang dipersetujui ialah Dato' Kaharudin selaku bekas Wakil Rakyat Gombak dan Exco Selangor, ada yang mencadangkan nama Pak Basri dan  dan Sdr Ismail Ahmad, Datuk Megat Zulkarnain dan lain-lain. Namun keputusan ketika itu ianya diserahkan kepada Jawatankuasa perlaksanan program iaitu UMNO Cawangan Kg. Sungai Chinchin sebagai penganjur untuk bermesyuarat dan memutuskan persiapan dan aturcara serta penceramah-penceramah itu nanti.

Namun apabila MNK pulang dan menceritakan pada ayah MNK sendiri iaitu Dato' Kaharudin Mo'min beliau telah menyarankan agar ditukar daripada ceramah kelompok kepada Forum dan dia sendiri akan menjadi moderator dan bukan penceramah. Maka pada mesyuarat perlaksanaan program beliau telah memberikan cadangan ini dan kesemua bersetuju atas cadangan tersebut dan kesemua ahli-ahli panel telah diputuskan dalam mesyuarat tersebut. Tajuk Forum juga diberikan oleh beliau sendiri.
Maka Pemuda UMNO Cawangan Sg. Chinchin dan rakan-rakan Pemuda yang lain seperti Pemuda UMNO Cawangan Air Panas, Cawangan Gombak Utara dan lain-lain diberikan tanggung-jawab untuk persiapan urusan Khemah, Kerusi, Banner, Flyers dan hebahan, Pemasangan Bendera. Jamuan Ringan dipertanggung-jawabkan pula kepada Wanita UMNO Sungai Chinchin. Segala tanggung-jawab bagi menjayakan program ini telah digalas dengan sebaik mungkin oleh semua yang terlibat di mana jumlah kehadiran diluar jangkaan semua pihak dimana pada awalnya dianggarkan lebih kurang 150-200 kehadiran yang disasarkan dimana kerusi disediakan hanya sebanyak 200 kerusi nyata meleset dimana lebih daripada 300 kehadirian yang terdiri dari rakyat setempat dan bukan dikalangan majoriti bukan dikalangan ahli UMNO hadir untuk mendengar hala tuju UMNO pada malam tersebut.

Kalau boleh diterjemaahkan mereka yang hadir pada malam itu bersama dengan perjuangan UMNO atau sekurang-kurangnya mereka ini ada minat dan mula hendak mendekati UMNO maka matlamat program tersebut amat berjaya sekali dalam mendekati mereka yang diatas pagar ini. Ianya merupakan satu tamparan hebat kepada parti pembangkang di PDM Batu 8 Gombak ini. Program ini juga membuktikan bahawa pendekatan ini amat bersesuaian dan perlu diperhebatkan dan mungkin di PDM-PDM kawasan lain boleh dipertimbangkan untuk mengadakan program sebegini atau pendekatan sebegini.
Diakhir program Forum in Datuk Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin sebagai anak muda yang mana sudah pasti dibahu anak-anak muda ini telah satu perubahan pemikiran, tindak-kerja, perlaksanaan dan terutama Tranformasi UMNO itu boleh dilaksanakan telah mengepalai pembacaan Ikrar Sumpah Setia UMNO yang telah dibacakan oleh YAB Timbalan Presiden kita pada perhimpunan Agung UMNO 2011 tempoh hari... Dibawah rakaman pembacaan Ikrar Sumpah Setia tersebut. Tahniah kepada semua yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program forum ini khususnya Pemuda-pemuda UMNO Cawangan dari PDM Batu 8 Gombak dan berhampiran dan juga kepada mereka yang telah hadir untuk memeriahkan majlis forum ini.



Gombak!!! Gempur!!!


Thursday 5 January 2012

DENDAM DAP PADA MELAYU....

Semalam MNK mengikuti satu program Majlis Penerangan Isu-Isu Semasa dan Bajet 2012 yang dianjurkan Pusat Daerah Mengundi Kampung Nakhoda, Batu Caves. Program penerangan ini telah dilakukan oleh Penceramah Jemputan iaitu Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor YB Dato’ Satim Diman dan juga Panel Pemikir JASA Tn. Haji Yahaya bin Abdullah. Sambutan terhadap program dari penduduk setempat amat memberangsangkan dan seperti memberi satu keyakinan baru kepada UMNO Gombak yang mana iainya seperti memberi satu gambaran yang orang Melayu sudah mula kembali bersama UMNO di Gombak. Mereka sudah muak dan meluat dengan segala janji-janji kosong yang ditaburkan oleh Pakatan Rakyat yang mentadbir urus negeri Selangor.
Penceramah pertama iaitu YB Dato’ Satim Diman pula memberikan penjelasan yang amat padat dan tepat dalam bahasa yang mudah difahami dan lengkap dengan visual untuk memudah dan memberi gambaran yang begitu jelas kepada rakyat yang hadir untuk mendengar penjelasan berhubung segala permasalahan dan hal sebenar keadaan negeri Selangor sekarang ini yang dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat.
Baik dari isu pasir bagaimana Menteri Besar Pakatan Rakyat sekarang ini memperbodohkan Duli Tuanku Sultan Selangor dan rakyat Selangor dengan pembohongan kononnya dibawah Pakatan Rakyat oleh kerana kononnya pentadbiran mereka yang hebat dan telus boleh menjana pendapatan negeri Selangor dari pasir sahaja sebanyak 150 juta. Rakyat yang hadir dilontarkan dengan satu persoalan untuk memikir sendiri dan buat penilaian siapa nak pangkah masa PRU 13 nanti. Persoalannya "Mengapa begitu banyak tanah kerajaan dan tanah persendirian dibenarkan menjalani kegiatan perlombongan pasir tetapi hasil hanya sekitar RM 4 juta setahun. Ini jauh berbeza dengan zaman BN dahulu di mana kita hanya membenarkan perlombongan pasir atas tanah persendirian tetapi mampu mengutip sekitar RM 22 juta setahun. Mana pergi jumlah kononnya PR boleh kutip 150 juta setahun dari hasil pasir Selangor ini. Terang-terang rakyat ditipu dan diperbodohkan, malah bukan rakyat sahaja, Sultan Selangor sendiri ditipu oleh Menteri Besar Pakatan Rakyat ini.
Itu hal pasir, bagaimana pula bab air, YB Dato Satim menjelaskan pada rakyat apa benda yang subsidi air ini, kalau masih berhutang dan kerajaan Selangor tidak mahu membayar dan meminta KBSB menanggung subsidi air percuma tersebut. Dan Laporan Audit KBSB menyatakan yang KBSB akan bankrap kalau dibebani dengan bayaran air percuma tadi. Mereka yang tidak reti bagaimana hendak mentadbir dan bertindak demi memancing undi dengan memberikan subsidi air percuma tetapi tidak mahu membayar dan menyerahkan kepada KBSB untuk menanggungnya. Akhirnya ia boleh mengakibatkan KBSB  jatuh bangkrap. Begini ker yang dikatakan tadbir urus yang cekap. Kemudian konon dibentang perbelanjaan berimbang tetapi terpaksa minta perbelanjaan tambahan untuk membayar hutang air ini. Perbelanjaan tambahan ini datang dari mana? Sudah tentu dari hasil cukai yang rakyat Selangor bayar kepada Kerajaan negeri Selangor. Perbelanjaan berimbang ini diterjemaahkan kalau pendapat negeri 160 juta maka 160 juta juga akan dibelanjakan dalam erti kata lain semua hasil diserahkan kembali kepada rakyat. Kalau dengar memang lah cair hati rakyat, malah kita orang UMNO pun akan menggangguk bagus pentadbiran PR ini di Selangor. Tapi semua itu hanya indah di bibir sahaja. Penipuan. Penipuan demi penipuan dilakukan untuk memperbodohkan rakyat negeri Selangor.  MNK suka contoh yang YB Dato Satim berikan ibarat dia mintak kerajaan negeri minta kepada rakyat 20 RM kemudian beri balik 10 RM kepada rakyat dalam bentuk subsidi air. Ini subsidi ker? Mintak kita 20 RM kemudian bagi kita balik 10 RM.
Yayasan Selangor habis di jual, PKNS yang equity 70 Bumiputera dan 30 bangsa lain yang mana ia merupakan dasar penubuhannya sudah tidak lagi berlandaskan dasar ini. Lihat bagaimana apabila di wujudkan PKNS Holding dan melantik Pengurus Besarnya dari DAP ini. Maka apakah dia akan memperjuangkan dasar penubuhan PKNS itu? Lihat sahaja bagaimana sewa di Kompleks PKNS yang mana rata-rata dasar pembinaan Kompleks PKNS tersebut dahulu adalah untuk meningkatkan taraf peniaga-peniaga kecil Melayu yang berniaga dijalanan di sekitar Shah Alam untuk ditempatkan didalam satu kompleks yang tersusun dan selesa dan menaikkan taraf mereka dari peniaga jalanan kepada peniaga gedung dengan kadar sewa yang murah selama bertahun-tahun dibawah pemerintahan Kerajaan BN. Tetapi apabila mereka memerintah apa yang dilakukan? Sewa naik hingga RM3000-RM4000. Ini tidak lain tidak bukan untuk menghalau peniaga Melayu sekarang yang ada menyewa di PKNS untuk kembali berniaga dijalanan kerana sudah pasti tidak mampu untuk membayar sewa yang mahal itu. Jadi bila mereka keluar siapa yang masuk mengantikan ruang-ruang yang kosong didalam Komplek PKNS itu? Adakah ini taktik yang sama seperti yang dilaporkan sebelum-sebelum ini kalau tak silap MNK yang dipakai oleh DAP di Pulau Pinang dengan membina rumah-rumah kos tinggi yang mana Melayu tidak mampu untuk membeli dan akhirnya menghalau secara halus Melayu keluar dari Pulau Pinang.  
Banyak lagi isu yang dijelaskan dan diberi suntikan kepada rakyat dan MNK sendiri sewaktu mendengar penerangan oleh YB Dato Satim semalam. MNK terfikir dan merasakan dendam kesumat DAP kepada orang Melayu masih menebal. Mereka tahu dulu berdasarkan penempatan British, Melayu tinggal dikampung, India di Ladang Estet dan Cina di bandar. Hasil dari perjuangan pemimpin UMNO yang bijaksana terdahulu, ramai Melayu menetap dan diberi hak milik di bandar-bandar dan bersama-sama bersaing menikmati kemajuan dan keselesaan hidup di bandar. Contoh di Selangor, Arwah Datuk Harun Idris membuka Ampang, Pandan. Dijemput orang Melayu dari seluruh negeri dan diberi hak milik kepada mereka walaupun mereka bukan anak jati Selangor ketika itu. Jadi apabila Kuala Lumpur membesar hingga melangkaui Ampang dan Pandan maka orang Melayu mempunyai tanah dan harta di Bandar. Namun apabila dinaikkan gedung-gedung indah dan Kondo atau apartment mewah dipinggir bandar itu, orang Melayu akhirnya di halau balik ke kampung-kampung. MNK teringat laungan DAP pada 13 Mei 1969. “Orang Melayu balik Kampung”. “ Orang Melayu Masuk Hutan, bagi monyet makan bagi beruk makan” etc etc seperti yang diceritakan oleh bapa MNK dan seperti yang selalu MNK dengar di ceramah atau sewaktu cerita-cerita politik dalam Pemuda UMNO Gombak ini. Mungkin ini niat DAP dan dendam DAP tidak pernah berubah Cuma cara pelaksanaannya sahaja berubah. Seperti contoh diatas itu tadi.
Sekarang ini siapa sebenarnya yang memerintah di Selangor? Adakah Pakatan Rakyat (MB Tan Sri Khalid)? Adakah PAS (Dato’ Hassan Ali) ? Atau DAP ( Ronnie Liu & Elizebeth Wong) ????
Ibarat kata-kata pepatah “Pelanduk selalu lupakan jerat tetapi Jerat tidak sekalipun lupakan pelanduk”
Ayuh Rakyat Gombak kita bangkit dan kita hentikan penipuan dan pembohongan yang berlaku keatas diri kita rakyat Selangor. Cukuplah sepenggal kita tertipu. Cukuplah mereka meratah kekayaan Selangor yang telah kita bina kita kumpul selama hampir 50 tahun semenjak merdeka itu. Cukup lah penindasan kepada bangsa kita sendiri dilakukan didepan mata kita secara halus dan licik sekali oleh mereka. Kita lakukan Transformasi pada PRU13 nanti. Kita ubah landskap politik Selangor ini kembali kepada tangan Barisan Nasional. Hidup UMNO, Hidup Barisan. Sayangi Selangor...Yakini BN...

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!