FOLLOW ME

JOM SAKSI KOLEKSI VIDEO GOMBAK!!! GEMPUR!!!

Loading...

Wednesday, 29 February 2012

KHALID GAGAP CEMERLANG JAGA HAL-EHWAL AGAMA SELANGOR....



Setinggi-tinggi pujian dan ucapan tahniah diberikan kepada Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Selangor dan petugas-petugas beliau yang telah menjalankan tugas dengan amat cemerlang dalam menjaga Hal Ehwal Agama Islam Selangor walaupun hanya dalam tempoh baru 2 bulan menjawat jawatan tersebut setelah pemecatan Dr. Hassan Ali dari portfolio tersebut. Hanya dalam tempoh 2 bulan setelah kecoh dengan isu pemurtadan terancang dilakukan di Selangor untuk memurtadkan orang Islam dan rakyat Melayu Selangor di dedahkan oleh Dr. Hassan Ali, kini Khalid Ibrahim sudah boleh menepuk dada dengan bangga kerana telah berjaya mengatasi dan  membenteras sepenuhnya gerakan pemurtadan di Sealngor.  Selaku Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Selangor yang baru dan hanya dalam tempoh 2 bulan memikul tanggung-jawab itu kejayaan telah dicapai.

Berikut adalah bukti kejayaan Khalid Ibrahim selaku Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam yang baru



......... OPPSS MNK lupa nak maklumkan. Dia menjaga dan mentransformasikan ISLAM kepada ISLAM LIBERAL yaaa..bukan Islam agama Suci ALLAH.

Gombak!!! Gempur!!!

Thursday, 23 February 2012

ANWAR...THE PROTECTOR OF ISREAL??


MNK heran apa punya perangai pihak pembangkang terutama bloggers dan pemimpin pembangkang dok canang pasal kononnya Malaysia ada hubungan dagangan dengan Isreal lah, kapal Isreal masuk Malaysia la.. semua fitnah yang dilontar kan itu Alhamdullillah dapat dipatahkan oleh pihak kerajaan dan blogger pro kerajaan Barisan Nasional.KLIK SINI 

Jelas kelihatan dek mata rakyat ini merupakan langkah desperate pihak pembangkang untuk menutup dan mengalih pandangan rakyat semua dan bantahan serta kebencian rakyat terhadap Anwar Ibrahim akibat statement beliau yang dilihat sebagai ingin menjadi hero....ala ala "The Protector of Isreal"...

MNK cuma nak lihat dari sudut berbeza kalau betul pun Malaysia ada perhubungan dagangan dengan Isreal melalui perantaraan syarikat MNC seperti Intel, Apple dan lain lain tu seperti yang digembar-gemburkan oleh pembangkang. Dalam erti kata lain Hubungan dagangan yang mereka dok canangkan itu cuba baca dibawah ini....



Hujah ini...(kalau salah tolong tunjukkan yaa)

a) Allah SWT menghalalkan umat Islam memakan sembelihan ahli kitab yang di antara mereka adalah Yahudi. Ini bermakna berurusan dengan Yahudi dan barangan yang dihasilkannya selagi menepati kehendak Allah adalah diharuskan.

b) Allah SWT juga menghalalkan lelaki Islam untuk berkahwin dengan wanita Ahli Kitab yang suci dan baik dengan syarat ia bertujuan kebaikan kepada wanita tersebut. Perihal halal berkahwin dan makan sembelihan ahli Kitab termasuk Yahudi ini disebut dengan jelas dalam ayat 5 Surah Al-Maidah
Ertinya : "Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal pula bagi mereka. (Dan dihalalkan mengawini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar maskawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundikJika perkahwinan dibenarkan, sudah tentu jual beli lebih lagi akan termasuk dalam kategori dibenarkan oleh Islam (selagi mana menurut syarat jual beli Islam).

c) Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-

‏"Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Jadi bagi MNK urus niaga dgn Yahudi tak salah dari segi agama....yang salah ialah mempertahankan dan menyokong apa apa tindakan kekerasan yang mengancam Yahudi yang menindas dan membunuh rakyat Islam Palestine... Dalam bahasa mudah ko sokong Genocide yang dilakukan oleh Isreal terhadap Palestine.... Apa kita nak sokong ker?



Yang salah ialah membenarkan ini dilakukan dan melindungi pihak yang melakukan ini kepada Saudara Islam kamu.....
Muhammad and his father cower behind a concrete wall
 
Muhammad's father, Jamal, tries to shield him (Israeli troops to far right)
"Don't shoot", Jamal shouts towards Palestinian cameraman

A shot rings out and camera shakes

Muhammad collapses in his father's arms

Muhammad dies and the father is badly wounded

Pertahankan Putrajaya dari manusia bernama Anwar Ibrahim!!!!


Gombak!!! Gempur!!!

Wednesday, 22 February 2012

ANWAR BERANI KE CAKAP MACAM TUN M CAKAP?


MNK melayari dan terbaca artikel ini yang mana ia merupakan bukti jelas berhubung dengan  pegangan dan dasar kerajaan Malaysia semenjak zaman pemerintahan TUN Mahathir. Tun M dengan lantang membidas dan menyatakan penentangan kepada Kerajaan Isreal. Sejarah dan bukti amat jelas Kerajaan BN tidak pernah menyokong apa saja bentuk penindasan terhadap sesuatu bangsa apatah lagi Kerajaan BN yang ditunjangi oleh Parti UMNO yang memperjuangkan bangsa Melayu yang semuanya beragama Islam akan menyokong sebarang penindasan dan kekejaman terhadap bangsa lain yang beragama Islam.

Apa kita lupa betapa Malaysia dan Kerajaan Barisan Nasional lah yang menentang keras dasar Apartheid yang menindas kaum kulit hitam di Afrika Selatan....ini semua telah tercatat dengan jelas dalam Sejarah Dunia dan jangan lah pihak Anwar dan Pembangkang nak mengaburi mata rakyat dengan dakyah dan fitnah yang busuk.

MNK mencarik bahan ini sebab MNK masih ingat sewaktu sekitar tahun 1998 hingga 2002 dimana MNK masih menuntut di Jordan, nama Malaysia amat dikenali di dunia Arab ketika itu. Ketegasan dan keberanian Kerajaan Malaysia membidas tindakan dan kekejaman kerajaan Isreal terhadap Palestine amat di hormati dan dikagumi. Rata-rata rakan-rakan MNK di Universiti kagum terhadap keberanian pemimpin Kerajaan Barisan Nasional khususnya Tun M dalam menyuarakan penentangan atas dasar dan tindakan Isreal dan PBB yang berpeluk tubuh. Juga mereka malu dan marah dengan pemimpin-pemimpin negara Arab yang tidak berani untuk menyatakan prinsip dan pegangan mereka serta penentangan mereka terhadapa kerajaan Isreal. Nama Malaysia dan Nama Tun M begitu popular sekali di negara-negara Arab. MNK berkata begini kerana MNK sendiri mengalami pengalaman-pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan membuat MNK begitu bangga menjadi rakyat Malaysia yang berada diluar negara ketika itu. Baik Professor di University rakan-rakan MNK di University hatta driver taxi kat Jordan tu pun kagum kat Tun M dan Malaysia... ikuti perbualannya lebih kurang seingat MNK seperti dibawah ini...

Driver taxi : Kaifak?                           ---Apa Khabar?
MNK : Alhamdullilah                          ---Alhamdullilah
Driver tax: Wen Bit teruhh?                ---Nak ke mana??
MNK : Sweileh                                 ---Nama tempat tinggal MNK di Amman
Driver taxi : Min Aina anta ya habbi?   --- Ko dari mana ya sahabat?
MNK : Ana min Malaysie                            --- Dari Malaysia

Driver taxi : Ana ariff Rais wazirah Malaysie,  hua shakhs  mumtaz jiddan       -- Aku  tahu Perdana Menteri Malaysia, dia insan yang hebat...

MNK : Naam Haza kalam sahih,. Syukran!    --- Betul, kata-kata tu tepat sekali... Terima Kasih

Opss lupa lak nak cakap Teksi yang MNK naik itu ialah Proton Wira...kereta buatan Malaysia ya... Nanti kesempatan lain MNK cerita pasal pengalaman naik teksi kereta Malaysia di Jordan pula.

Namun apa yang MNK nak sampaikan ialah Malaysia memang terkenal diseluruh negara sebagai negara yang menentang kezaliman Iseral terhadap Palestine ini dari dulu kini dan selamanya selagi Kerajaan Barisan Nasional berkuasa sebagai Kerajaan Malaysia kerana moto yang sama diguna pakai oleh UMNO parti yang menunjangi Kerajaan Barisan Nasional. Dulu, Kini dan Selamanya. Janganlah Anwar and kuncu-kuncunya cuba menafikan sejarah dan fakta ini. Apa kita lupa Gelaran Harimau Asia yang diberikan kepada Malaysia???

Malas MNK nak tulis panjang-panjang... nak bukti kalau masih tak percaya...nah..


Petikan-petikan ucapan Tun M (Presiden UMNO merangkap PM Malaysia ketika itu) Ucapan terakhir beliau sebagai Perdana Menteri kepada dunia Islam ketika itu kalau tak silap MNK

Tenth Islamic Summit Conference
Putrajaya, Malaysia, October 16, 2003


"I will not enumerate the instances of our humiliation and oppression, nor will I once again condemn our detractors and oppressors. It would be an exercise in futility because they are not going to change their attitudes just because we condemn them. If we are to recover our dignity and that of Islam, our religion, it is we who must decide, it is we who must act.
To begin with, the Governments of all the Muslim countries can close ranks and have a common stand if not on all issues, at least on some major ones, such as on Palestine. We are all Muslims. We are all oppressed. We are all being humiliated. But we who have been raised by Allah above our fellow Muslims to rule our countries have never really tried to act in concert in order to exhibit at our level the brotherhood and unity that Islam enjoins upon us. ... "

Terjemaahan...

"Saya tidak akan membilang satu persatu peristiwa penghinaan dan penindasan terhadap kami, dan tidak akan saya sekali lagi mengutuk pengkritik dan penindas kita. Ia akan menjadi usaha sia-sia kerana mereka tidak akan mengubah sikap mereka semata-mata kerana kita mengecam mereka. Jika kita inginmendapatkan semula maruah kita dan maruah Islam, agama kita, kitalah yang mesti membuat keputusan, kitalah yang mesti bertindak.
Bermula dengan Kerajaan-kerajaan semua negara Islam boleh merapatkan barisan dan mempunyai pendirian bersama jika tidak mengenai semua isu, sekurang-kurangnya pada beberapa yang utama, seperti Palestin. Kita semua Islam. Kita semua ditindas. Kami semua dihina. Tetapi kita yang telah dibangkitkan oleh Allah atas umat Islam sesama kami untuk memerintah negara kita tidak pernah benar-benar cuba bertindak secara bersama untuk mempamerkan di peringkat kami persaudaraan dan perpaduan yang dituntut oleh Islam. ... "


Nak Lagi.....

There is a feeling of hopelessness among the Muslim countries and their people. They feel that they can do nothing right. They believe that things can only get worse. The Muslims will forever be oppressed and dominated by the Europeans and the Jews. They will forever be poor, backward and weak. Some believe, as I have said, this is the Will of Allah, that the proper state of the Muslims is to be poor and oppressed in this world.
But is it true that we should do and can do nothing for ourselves? Is it true that 1.3 billion people can exert no power to save themselves from the humiliation and oppression inflicted upon them by a much smaller enemy? Can they only lash back blindly in anger? Is there no other way than to ask our young people to blow themselves up and kill people and invite the massacre of more of our own people?
It cannot be that there is no other way. 1.3 billion Muslims cannot be defeated by a few million Jews. There must be a way. And we can only find a way if we stop to think, to assess our weaknesses and our strength, to plan, to strategise and then to counter attack. As Muslims we must seek guidance from the Al-Quran and the Sunnah of the Prophet. Surely the 23 years' struggle of the Prophet can provide us with some guidance as to what we can and should do.

Terjemahan...

Terdapat rasa kehampaan di kalangan negara-negara Islam dan rakyat mereka. Mereka merasakan bahawa mereka boleh berbuat apa-apa hak. Mereka percaya bahawa perkara hanya menjadi lebih buruk. Umat ​​Islam selama-lamanya akan ditindas dan didominasi oleh Eropah dan Yahudi. Mereka selama-lamanya akan menjadi miskin, mundur dan lemah. Ada yang percaya, seperti yang saya katakan tadi, ini semua kehendak Allah, bahawa keadaan umat Islam adalah untuk menjadi miskin dan ditindas di dunia ini.

Tetapi adakah benar bahawa kita harus berbuat dan boleh berbuat apa-apa untuk diri kita sendiri? Adakah benar bahawa 1.3 bilion orang tidak boleh menggunakan kuasa untuk menyelamatkan diri mereka daripada penghinaan dan penindasan yang dilakukan oleh musuh yang jauh lebih kecil? Bolehkah mereka sekadar melawan kemarahan secara membuta tuli? Adakah ada cara lain selain daripada menyuruh anak-anak muda kita untuk meletupkan diri dan membunuh orang lain dan menjemput pembunuhan beramai-ramai rakyat kita sendiri?

Ia tidak boleh menjadi bahawa tidak ada cara lain. 1.3 bilion orang Islam tidak boleh dikalahkan oleh beberapa juta Yahudi. Mesti ada jalan. Dan kita hanya boleh mencari jalan jika kita berhenti seketika untuk berfikir, untuk menilai kelemahan dan kekuatan kita, untuk merancang, mengatur strategi dan kemudian untuk menangkis serangan. Sebagai Muslim, kita mesti mendapatkan panduan daripada Al-Quran dan Sunnah Nabi. Sesungguhnya perjuangan 23 tahun Nabi boleh menyediakan kami dengan beberapa petunjuk tentang apa yang boleh kita buat dan patut buat.

Nak lagi...

Gi lah baca sendiri... KLIK SINI


Si Anwar ni kata apa??



"I support all efforts to protect the security of the state of Israel,"

Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel,
Persoalan agak-agak Anwar berani ke berucap seperti Tun M berucap dipersada dunia? Kenapa konon mereka bersama perjuangan Islam dan konon dia memperjuangkan Islam tetapi bila diluar negara atau dipentas ceramah baik di dalam negara atau diluar, atau ketika ditemuramah oleh wartawan dalam negara atau wartawan dari luar negara nada dia lebih kepada ibarat tikus yang ketakutan bila diminta untuk membidas dan menyatakan penentangan atau pendirian menentang kekejaman Isreal dan Yahudi? Suruh tarik balik kenyataan pun dia main silap mata...Boleh lawan ucapan Tun M tu tak? Jauh panggang dari api ler yeoppp.....Ibarat langit dan Bumi...

 
Puhh Kanan, Puhh Kiri,,
Tipu Sana,.. Tipu Sini...
Puh kanan, puhh kiri...
Berkat dana dari Isreali...

Apa dah jadi nie pak sheikh.....

Namun kita masih bernasib baik kerana masih ada harapan dan kita masih mampu pertahankan. Sekarang ini perjuangan UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional Malaysia telah diwarisi oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dan MNK percaya Malaysia akan terus berkembang maju dan dihormati dan lebih disegani oleh negara luar apabila kita mencapai Wawasan 2020 yang di ilham dan digagaskan oleh Tun M dulu, kini dan selamanya.... Ayuh semua kita pertahankan Putrajaya....



Gombak!!! Gempur!!!

DULU KASUT GOMBAK..KINI PAKCIK BERSIH 2.0 BR1M GOMBAK!!!


MNK rasa bangga bila layari alam maya membaca blog-blog bila melihat begitu meluas sekali coverage yang diberikan oleh rakan-rakan blogger terhadap penyampaian sumbangan BR1M di kawasan MNK iaitu DUN Gombak Setia. Bangga wooo...famous betul mereka-mereka yang kelihatan didalam gambar diatas ini. Mungkin ramai tertanya-tanya siapakah mereka-mereka itu maka biarlah MNK memperkenalkan mereka ini.

Yang sedang menyampaikan sumbangan sambil bersalaman dengan Pakcik Bersih 2.0 dan memakai baju korporat Barisan Nasional itu adalah Penyelaras BN DUN Gombak Setia merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gombak iaitu Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad.

Yang belakang juga memakai baju korporat dan bertudung tu ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Gombak iaitu Datin Sharifah Salmah Syed Agil.

Yang berbaju Kuning Bersih 2.0 itu hanya ingin dikenali sebagai Pakcik Bersih 2.0 BR1M Gombak yang mana dulu luar jer bersih sekarang luar dalam bersih..Hati pun dah bersih Alhamdullillah...pakat sokong BN.

Dibawah ini disertakan sebahagian diantara link-link blog terkemuka tanahair yang telah mempromosikan Program Penyerahan BR1M peringkat DUN Gombak Setia N17 dimana gambar ini telah menceritakan seribu penjelasan. Ribuan rakyat dari seluruh negara hingga menjangkau keluar negara telah membaca dan melihat sendiri gambar yang penuh erti ini. MNK merasa bangga menjadi rakyat Gombak.

Kalau dulu kita ada Kasut Gombak kini kita ada BR1M Gombak!!!

"A picture is worth a thousand words"

AAKJ.COM: BR1M !! PENGANUT JIJIK 2.0 PUN SENYUMMM AMBIL RM50...: BERSIH dan BR1M PAS kata duit BR1M duit haram. Tapi dalam gambar ni, pakcik sokong BERSIH pun ambil duit BR1M. Kalau tengok gambar ni...








Terima Kasih rakan-rakan blogger yang telah memaparkan gambar ini di blog masing-masing.

Gombak!!! Gempur!!!

Tuesday, 21 February 2012

LAGI CERITA SKANDAL PASIR DI SELANGOR - PAPAGOMO



KENAPA KERAJAAN PAKATAN SELANGOR TAKUT TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA SIASAT ISU PASIR? oleh PAPAGOMO.

Skandal Pasir memasuki era baru di Selangor apabila sah KSSB syarikat yang ditubuhkan oleh MB Selangor gagal untuk menepati janji sumbangan RM150 juta kepada rakyat Selangor seperti yang dijanjikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Ucapan Belanjawan Selangor 2009........Klik

Monday, 20 February 2012

TANAH SELANGOR DIROMPAK..GOMBAK?? ADUN PKR BATU CAVES TERLIBAT??


Skandal Pasir di Selangor menjadi-jadi sekarang ini. MNK turut membaca pelbagai kisah termasuk usaha murni untuk menegakkan keadilan dan inginkan kebenaran yang dilakukan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor Dato' Seri Noh Omar dalam menjaga pusaka Negeri Selangor ini. Apa tidaknya kita dok bercakap pasir-pasir walhal pasir ini adalah merupakan quantiti tanah. Dalam erti kata lainnya bagi MNK ini adalah perancangan yang terancang yang cukup dahsyat oleh pihak DAP dan sekutunya dalam merampas hak dan kekayaan orang Melayu di Selangor ini. Memang pada mata kasarnya kita melihat mereka merompak dan menjual pasir tetapi apa kita lupa kawasan pasir itu tadi merupakan quantiti yang merangkumi keluasan tanah negeri Selangor. dalam bahasa mudahnya bila mereka mengorek dan menjual pasir itu mereka telah mengakibatkan kawasan itu tadi tidak boleh lagi dibangunkan, maka tanah tadi tidak boleh diguna-pakai misalnya untuk diberikan kepada orang kampung untuk dibuka kampung dikawasan itu. Sudah pasti kawasan dimana pasir itu tadi dikorek telah mengakibatkan lubang atau kawah yang cukup dalam dan akhirnya akan diklasifikasikan sebagai kawasan yang tidak sesuai untuk pembangunan ataupun penempatan. Maka tanah di Selangor ini sudah berkurangan dan tidak lagi maka harta atau satu-satunya benda bernilai bagi orang Melayu iaitu "Tanah" dirampas dan dijual untuk keuntungan mereka.


Mereka tahu, kalau orang kampung nak bangkit melalui Pelajaran, kita memang sudah ketinggalan berbanding mereka, Ekonomi pun kita ketinggalan, lihat sahaja senarai orang terkaya di Malaysia yang baru dikeluarkan. Satu-satunya wakil Billionaire dari orang kita duduk no. 5.  Jadi apa lagi harta atau aset yang boleh membantu untuk kebangkitan kita di Malaysia ini khususnya di Selangor dimana daerah Selangor ini lah yang paling banyak berstatus pinggir bandar kerana Selangor lah yang mengelilingi dan paling hampir dengan ibukota Kuala Lumpur. Gombak, Pandan, Ampang semuanya pinggiran Bandaraya Kuala Lumpur.  Sudah pasti jawapannya Tanah dan Politik. Kalau kita berjaya merampas kembali Selangor pada PRU13 nanti sudah pasti untuk membantu dan memperkasakan Melayu di bumi Selangor ini kita perlu lah memberikan status Geran kepada penduduk kampung atau membuka kampung-kampung baru untuk generasi baru anak-anak atau warga kampung di Selangor ini. Kita kena telus kalau bapa atau mak duduk kat kampung misalnya, kita bagi satu lot kat anak mereka agar mereka ini anak-anak muda kampung ini tidak duduk sebagai setinggan sahaja dan akhirnya di halau bila tanah itu dibeli oleh pemaju. Kita kena hidupkan kembali dasar satu kampung satu projek dan sudah pasti projek tersebut berbentuk industri kecil, pertanian atau ternakan dan ianya memerlukan tanah berhampiran kampung-kampung tersebut dibangunkan untuk tujuan itu. Tetapi bayangkan lah sekiranya kampung anda sebelah tapak perlombongan ini. Dan tanah kerajaan negeri yang berhampiran dengan kampung anda telah jadi begini seperti gambar dibawah ini. Apa akan ada atau boleh projek atau apa sahaja usaha untuk membantu penduduk kampung anda dijalankan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional itu nanti? Inilah taktik jahat dan tindakan tidak bertanggung-jawab oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Jadi apa mereka buat? Dia korek sana dan korek sini dan jual pasirnya, atas nama penjualan pasir akhirnya Selangor dipenuhi kolam-kolam/kuari-kuari besar yang tidak boleh lagi dibangunkan. Jadi secara tidak langsung Selangor kan kekurangan tanah untuk dimajukan atau di berikan kepada rakyat Selangor. Kita harus ingat kesan dan akibat sampingan perlombongan pasir yang tak terkawal yang sedang rancak berlaku di Selangor ini. Kawasan peninggalan tapak perlombongan pasir tersebut akan menjadi kolam besar yang merosakkan dan memusnahkan kedudukan asal  tanah berhampiran kampung-kampung tersebut. Dengan hilangnya tanah itu tadi ianya akan turut memusnahkan potensi penduduk kampung berhampiran untuk menggunakan kawasaan tanah itu tadi untuk apa sahaja aktiviti yang boleh menjanakan ekonomi orang melayu kampung itu tadi kerana yang tinggal hanya kolam besar yang tidak lagi selamat untuk digunakan. Inilah yang terjadi kepada Kampung Tanjung 12, RTB Bukit Changgang, dekat Dengkil seperti gambar diatas.

Tidak cukup dengan itu, penyelewangan berleluasa pulak tu, pulangan kutipan penjualan pasir yang jauh dari  yang sebenar diberikan kepada kerajaan negeri. Tidak berlaku ketelusan dan sebagainya. Kalau benar dakwaan MB Khalid iaitu tiada penyelewangan dalam pengurusan pasir di Selangor ini dan semuanya dilakukan dengan telus, kenapa takut bila disarankan untuk ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat soal pasir di Selangor ini. Kenapa perlu tolak cadangan penubuhan Suruhanjaya tersebut? Bak kata orang putih "Why be afraid if you have nothing to hide?"


Apa pun hatta kalau telus sekali pun kesan dan akibat perlombongan yang berleluasa dan tidak dikawal yang dipraktik oleh Kerajaan Negeri Selangor itu tadi tetap memberi kesan kepada orang-orang kampung sekitarnya. Ini bukan soal pasir ini tentang tanah negeri Selangor. Tanah dan pasir itu sama sebenarnya kerana Pasir adalah jenis tanah. Ia bersifat kurang baik bagi pertanian yang terbentuk dari batuan beku serta batuan sedimen yang memiliki butir kasar dan berkerikil. Sama dengan Tanah Podzolit juga merupa sejenis tanah dimana Tanah podzolit adalah tanah subur yang umumnya berada di pegunungan dengan curah hujan yang tinggi dan bersuhu rendah / dingin. Pasir ini termasuk 8 jenis tanah. Jual Pasir maknanya Jual Tanah. Bila kawasan Pasir itu tidak boleh digunakan, dibangunkan dan dimajukan lagi maka tanah itu tadi tidak berguna lagi. Maka hilanglah sumber ekonomi untuk orang-orang kampung.


Di Gombak siapa pula antara dalang-dalangnya?  Amiruddin Shaari ADUN Batu Caves sendiri sudah mengaku ada memberi sokongan kepada Double Dignity untuk mendapatkan kontrak pasir bilamana dia sendiri adalah pengarahnya. Betul ker?

Boleh la baca dengan lebih lanjut bab itu kat sini gombakharapan: ADUN BATU CAVES ROMPAK PASIR SELANGOR: PENULIS menjangkakan, dengan terbongkarnya skandal pasir di Selangor ini, akan ada...
Gombak!!! Gempur!!! 

Friday, 17 February 2012

KEISTIMEWAAN BR1M DUN GOMBAK SETIA!!!


Alhamdullillah seramai 7000 penerima voucher sumbangan Bantuan Rakyat 1 Malaysia daerah DUN Gombak Setia telah berjaya selesaikan oleh petugas-petugas dan jentera-jentera Pejabat Penyelaras BN DUN Gombak Setia yang diketuai sendiri oleh Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad selaku Penyelaras Parlimen BN Dun Gombak Setia. Syabas dan Tahniah MNK ucapkan kepada semua yang telah bersengkang mata dan memerah keringat untuk menyelesaikan penyerahaan 7000 voucher kepada semua penerima dengan kadar paling segera yang terdaya. Matlamat utama Pejabat Penyelaras BN DUN Gombak Setia ialah hendak menyerahkan voucher tersebut dalam kadar paling segera kerana tidak mahu rakyat merungut dan rasa marah kerana kelewatan menerima sumbangan dan voucher tersebut. Bab duit beb...mana boleh lambat-lambat...boleh jadi isu nanti. Apa pun tahniah sekali lagi MNK ucapkan  jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya....


Ketua PAS kampung MNK ini yang berkopiah putih tu..takpa pakcik ini hak pakcik tak perlu malu atau segan...jangan lupa ucapkan Alhamdullilah dan terima kasih cukup la...Orang berbudi kita Berbahasa ya pakcik...

 Namun MNK ingin berkongsi detik-detik yang menarik sekitar penyerahan borang tersebut di mana seperti dibawah ini jelas membuktikan Barisan Nasional dan pemimpin Barisan Nasional berlaku adil dan tidak pernah membezakan rakyatnya. Tidak kira mereka ini dari parti pembangkang. Yang tua tetap dihormati, yang kalau misalnya mereka ini pernah satu ketika dulu memaki, hamun, fitnah diri kita, pemimpin kita, parti kita namun itu semua ketepikan demi bangsa, agama dan negara. Lihat sahaja gambar pertama diatas ini. Pakcik ini memakai baju Bersih 2.0 lagi tu. Walaupun mungkin pada awalnya ada niat provokasi atau hendak menyindir pemimpin Barisan Nasional tetapi sikap yang ditunjukkan oleh Penyelaras BN DUN Gombak Setia, Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad dengan melayan secara adil dan saksama pakcik ini akhirnya pakcik ini boleh berlembut dan sudi pula bergambar bersama. Siap lemparkan senyuman lagi tu. Yerlah sekeras-keras hati kalau di siram dengan kasih sayang nescaya akan cair juga hati yang keras itu.

Penerima-penerima sedang menunggu giliran masing-masing untuk menerima sumbangan BR1M

Wahai pemimpin UMNO ingatlah rakyat sentiasa melihat kita dan kalau dilihat kita ini adil, ikhlas, amanah dan jujur dalam menjalankan tanggung-jawab kita dalam semua perkara nescaya mereka akan pasti kembali bersama kita dan menyokong UMNO. Jangan kita berpura-pura dalam menjalankan tugas kita. Ibarat kata ayah MNK kalau nak terjun dalam politik ini kena tanya diri kita dengan ikhlas, apa betul ko minat atau ada perkara lain. Kalau betul minat abah restu dan izinkan. Sekarang baru MNK terfikir ialah ibarat kita minat kereta, kita sanggup berhabis wang ringgit untuk menghiasi kereta kita, kita jaga dan habiskan masa kita kat kereta kita, satu hari 2-3 kali kita basuh kereta kita misalnya. Begitu juga dengan Politik kalau kita minat kita sanggup keluar kan duit kita membantu atau menjayakan program, kita sanggup habiskan masa kita, tenaga kita. Bila disuruh lakukan tugasan membantu parti kita, kita tidak mengharap upah dan bayaran. Ada kita mintak bayaran bila kita main bola bersama pasukan kampung kita atau pasukan persatuan sukan daerah kita? Kenapa kerana kita minat main bola. Kita seronok main bola.  Dan apa kita dapat dek kerana minat kita pada baik kereta, bola dan politik?  Jawapannya ialah kita rasa kepuasan tanpa mendapat apa apa balasan. Kepuasan itu kita sendiri yang rasai. Kita mampu duduk keseorangan tersenyum tanpa perlu pujian atau sanjungan orang lain apabila kita tahu kita telah berjaya melaksanakan apa yang kita minat.


Ibarat Adik dan Abang kedua Penyelaras ini..Mak mana mak.. Opps sorry Ketua Wanita Bahagian nampak setengah jer berbaju dan bertudung biru tuu. Sibuk melayan penerima sumbangan ya mak..

Mungkin itulah tanda senyuman Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad dan Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain didalam gambar diatas. Syabas dan Tahniah sekali lagi MNK ucapkan kepada Penyelaras BN DUN Gombak Setia, Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain dan para para petugas dan jentera baik Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Dun Gombak Setia kerana berjaya melaksanakan dengan jayanya Program Penyerahan Sumbangan BR1M ini tempoh hari.


Gombak!!! Gempur!!! 

Thursday, 16 February 2012

AGENDA SEBENAR DAP!!!


MNK nak berkongsi apa yang MNK baca dari media social agar sama-sama kita dapat mengambil iktibar dan buat menyuntik semangat kita untuk sama-sama menolak Parti DAP dan parti-parti yang bersekongkol dengan dengan mereka pada PRU 13 nanti agar masa depan anak cucu kita terbela. Khusus buat Rakyat Gombak JOM BACA....

CITA-CITA DAP dalam politik Malaysia bukan setakat mahu menawan Pulau Pinang sebaliknya lebih jauh daripada itu. Parti pembangkang tersebut sebenarnya mengimpikan untuk memerintah Malaysia.

Mungkin ramai yang sukar mempercayai 'hajat besar' DAP itu. Malah mungkin ada yang menganggapnya tidak logik. Ini memandangkan DAP tidak diterima majoriti rakyat sebaliknya ditolak pula terutama di kalangan orang Melayu.

Namun hakikatnya, itulah yang sedang direncanakan DAP menerusi gerakan sistematik untuk menawan Malaysia seperti mana dilakukan 'abangnya' iaitu parti PAP di Singapura.

Pendedahan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam, mengenai gerakan sistematik DAP untuk menawan Perak, Melaka dan Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti, perlulah dipandang serius oleh orang Melayu.

Bukan sahaja orang Melayu di tiga negeri terbabit malah di seluruh negara perlu berhati-hati dengan gerakan DAP itu.


DAP hanya mencari orang Melayu untuk dijadikan calon pilihan raya semata-mata bagi memastikan sekiranya menang, Menteri Besar atau Ketua Menteri di negeri majoriti Melayu terbabit daripada parti itu.

Sejarahnya, parti tersebut tidak pernah pun berasa senang atau selesa malah tidak pernah jujur dengan orang Melayu dan Islam di Malaysia. Atas nama demokrasi dan hak sama rata, DAP secara terang-terangan sering kali mempersoalkan kedudukan serta hak istimewa orang Melayu.

Tetapi demi mencapai matlamat menawan lebih banyak kerajaan negeri dan seterusnya kerajaan Persekutuan, parti itu sanggup melakukan apa sahaja termasuk berpura-pura memperjuang Melayu.

Jika tidak kerana kegagalan wakil DAP menjadi Menteri Besar Perak selepas PRU-12 disebabkan perlembagaan negeri mensyaratkan jawatan itu mesti disandang oleh orang Melayu, DAP tidak akan beria-ia mencari orang Melayu untuk menjadi calon parti itu pada PRU-13.

Mana-mana orang Melayu yang sanggup menjadi calon DAP dalam PRU-13, akan menjadi alat dan 'kuda tunggangan' untuk mengkhianati bangsa sendiri dan memenuhi matlamat politik parti itu.


Sebagai perbandingan, orang Melayu harus melihat nasib orang Melayu di Singapura sama ada diperjuangkan atau sebaliknya, walaupun ada orang Melayu menjadi calon atas tiket parti PAP. Ini mungkin dianggap DAP sebagai berbau rasis dan menyekat kebebasan dalam sebuah negara demokrasi. Namun, biarlah DAP membuat apa sahaja tanggapannya kerana orang Melayu tahu bahawa merekalah 'raja rasis' yang berselindung dengan menuduh orang lain rasis.

Kepada orang Melayu di Pulau Pinang, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan negeri lain, usahlah gadaikan maruah bangsa semata-mata janji manis daripada DAP yang bersifat 'dedalu atas pokok'.

Orang Melayu dalam parti pembangkang termasuk Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sepatutnya nampak dan sedar tahap kejujuran DAP kini. DAP mahu lebih kuasa berbanding sekarang. DAP tidak mempedulikan rakan-rakan apabila merancang gerakan sistematik tersebut. Sekali lagi, orang Melayu tiada alasan untuk membenarkan diri mereka masuk ke dalam perangkap DAP dalam memenuhi 'hajat besar' parti itu.-24/5/201


Gombak!!! Gempur!!!

1 MALAYSIA: ANWAR KELUAR KENYATAAN ...PERTAHAN PASAL KESELAMATAN ISREAL...


1 MALAYSIA: Anwar keluar kenyataan ...pertahan pasal keselamat...: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan satu kenyataan petang Khamis dimana beliau mempertahankan kenyataannya mengenai keselamatan Israel...

Tuesday, 14 February 2012

ANWAR IBRAHIM DAN ISREAL..KAN DEN DAH KOBAR TEGURAN PAS SANDIWARA!!!!


Dulu Komunis Kini Yahudi...Slogan Mari Membangun Bersama Islam???
MNK dah agak dah teguran ker amaran ker dari Nik Aziz itu sekadar gimik sahaja la tu kerana andai Anwar tidak menarik balik statement beliau itu pun takde apa apa yang akan berlaku. PAS masih lagi bersama Pakatan Rakyat. PAS tak sanggup kehilangan kuasa dan penyokong tambahan dari parti PKR dan DAP tu. PAS dah rasai kuasa di Selangor, Kedah dan Perak(sekejap) maka mereka dah jadi hanya sebuah parti politik yang matlamatnya hendak berkuasa hingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan yang dulu ingin menegakkan negara Islam kini hanya kebajikan misalnya. Dan banyak lagi la yang mana MNK percaya rakyat dah tahu dan dah mula meluat dengan PAS.

Yang terbaru cuba baca laporan dan statement dari Mohamad Sabu Timbalan Presiden PAS

Baca laporan di bawah :
Terpulang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada mahu memohon maaf dan menarik balik sokongannya terhadap Israel walau pun Majlis Syura memutuskan beliau harus berbuat sedemikian, kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Justeru kata beliau, pendirian Ketua Pembangkang itu tidak akan menjejaskan kerjasama parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).

Mohamad menambah, apa yang diperkatakan oleh Anwar kepada Wall Street Journal (WSJ) adalah pandangan peribadi dan dasar partinya, dan oleh itu, terpulang kepada beliau untuk memohon maaf atau sebaliknya.

"Pas tidak mempunyai halangan, terpulang kepada Anwar sendiri, persamaan dasar yang ada dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan menuju ke Putrajaya, sekiranya ada parti dalam PR mempunyai dasar lain, ia akan diperbincangkan kemudian.

"Namun sekiranya PKR dan DAP mempunyai dasar partinya sendiri, Pas tidak mencampurinya. Terpulang kepada mereka, termasuk menyuarakan pandangan peribadi ataupun mewakili parti," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kekejaman Tentera Isreal menjadikan kanak-kanak Palestine sebagai mangsa agar Banga Palestine terus lemah dan tidak mungkin bangkit kerana yang tinggal hanya orang tua yang lemah.

Laporan diatas jelas menunjukkan bahawa samada Anwar tarik balik atau tidak statement itu atau samaada Anwar memang benar-benar menyokong Isreal hatta kalau Anwar ini agen Isreal pun PAS akan masih bersama dan menyokong visi dan misi Anwar bersama PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat. Alasan yang di guna ialah ini pegangan pribadi Anwar dan bukan Pakatan Rakyat. MNK nak tanya sikit kepada PAS dan Mat Sabu ini apa PAS dan MAT Sabu setuju la menyokong Anwar cuma tak sokong statement dia pasal Isreal la ya. Pas akan bersama dan bersekongkol dengan Anwar walaupun hakikatnya tahu Anwar menyokong dan memperjuangkan keselamatan Isreal. Bukankah ini memperlihatkan yang Anwar menyokong dan memperjuangkan Isreal. Kerana bagi MNK kalau kita dah menyokong keselamatan Isreal maknanya dia menentang negara atau rakyat negara mana yang akan menganggu gugat keselamatan Isreal. Dan bukan kah ini jelas menyatakan bahawa dia menentang Palestine.

Kalau Mat Sabu yang tak berapa bijak ini susah nak paham MNK bagi contoh mudah lah. MNK sokong Man Utd, siapa lawan Man Utd pasti MNK tentang dan boo kan dia.... MNK menyampah dan MNK kutuk habis-habisan siapa lawan Man Utd sebab MNK menyokong apa sahaja pasal Man Utd. Jadi dalam hal Anwar menyokong Isreal maknanya dia menentang Palestine. Dia menentang rakyat Palestine yang dalam jiwa mereka adalah nak menghancurkan Isreal dan menganggu gugat keselamatan Isreal hatta hanya bersenjatakan dengan batu jalanan. Mereka menentang bangsa dan kezaliman kerajaan Zionist Isreal terhadap mereka. Mereka menuntut kemerdekaan negara mereka dari terus dijajah oleh Zionist Isreal. Mereka menuntut keadilan dan menentang Isreal yang menindas mereka.

Kanak-kanak Palestine berperang membela Islam dari kekejaman Yahudi Zionist Isreal hanya dengan bersenjatakan Batu-batu walhal Isreal lengkap dengan senjata ketenteraan.


Jangan lupa Isreal ialah Kerajaan Kafir Zionist Yahudi tetapi Palestine adalah Kerajaan Islam yang rakyatnya beragama Islam. Siapa patut kita sokong keselamatannya, Yahudi Zionist atau saudara seagama kita saudara Islam kita? Lu fikirlah sendiri......


Gombak!!! Gempur!!!

Monday, 13 February 2012

SANDIWARA NIK AZIZ DAN ANWAR, ISRAEL TATAP MENJADI PUJAAN HATIKU!!!!



Hari ini kecoh satu negara Nik Aziz beri amaran dan tegur Anwar Ibrahim suruh tarik balik kenyataan Anwar Ibrahim berhubung dengan sokongan beliau terhadap keselamatan negara Isreal. Terdahulu MNK ada menulis tentang statement Anwar Ibrahim kepada Majalah Wall Street Journal tidak lama dulu berhubung perkara ini. Klik sini http://gombakgempur.blogspot.com/2012/02/anwar-setuju-isreal-tindas-islam-di.html?utm_source=BP_recent 

Namun kini Nik Aziz telah memberikan amaran kepada Anwar dan menegur Anwar supaya tarik balik kenyataan beliau itu. Persoalannya apakah Nik Aziz dengan ini bersetuju bahawa Anwar memang benar telah mengeluarkan kenyataan tersebut. Dengan statement Nik Aziz ini jelas membuktikan bahawa tomahan dan penipuan serta fitnah yang dikeluarkan oleh bloggers-blogger pembangkang yang cuba sedaya membela Anwar kononnya kenyataan Anwar di manipulasi la. Ini semua konspirasi UMNO la dan macam-macam lah tapi terbukti kini bahawa Anwar memang mengeluarkan kenyataan membela Isreal dan kini Nik Aziz telah meminta supaya Anwar menarik balik kenyataannya itu.


Tapi persoalan yang bermain di kepala MNK apakah ini ikhlas atau permainan sandiwara mereka. Anwar malu nak tarik balik kalau tiada sebab munasabah dia nak berikan kepada sekutu Isrealnya itu. Dalam masa yang sama beliau tertekan dengan kutukan dan tekanan dari penyokong BN mahupun penyokong Pakatan Rakyat terutama dari ahli PAS sendiri. Rakyat yang non-partisan pun sudah pastinya benci mendengar kenyataan Anwar yang jelas dilihat untuk membodek sekutu-sekutu Isrealnya memandangkan PRU 13 dah tak lama lagi. Ada mengatakan staement ini kerana nak "raise fund for election".

Dalam masa yang sama kenapa baru sekarang Nik Aziz keluar statement apakah kerana beliau sendiri rasa tekanan apabila dilihat ramai penyokong PAS sendiri yang marah dan ada bertindak keluar parti dek kerana mulut celupar Anwar ini? Jadi untuk mengekang lebih ramai ahli PAS keluar parti maka beliau terpaksa mengeluarkan statement mengutuk dan meminta Anwar tarik balik kenyataan beliau itu. Ini akan dapat mententeramkan hati pengikut-pengikut PAS yang tidak boleh terima kenyataan Anwar itu. Dengan statement ini pula Anwar boleh menarik balik statement beliau tersebut dan menjaga hati sekutu dan funder kerana kononnya beliau terpaksa melakukannya kerana desakkan dan demi menjaga ikatan Parti Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU 13 nanti dan kononnya dia terima desakan dari Mursyidul PAS. Walhal bagi MNK kalau nak tegur hari ini Anwar buat statement esok terus boleh tegur. Tiada apa yang nak dipersoalkan dan kenapa nak tunggu begitu lama?


Namun walaupun Anwar menarik balik kenyataan ia tidak bermakna ia tidak lagi menyokong Isreal itu. Dalam hati beliau pasti masih menyokong dan mengharap pada Isreal cuma tak boleh cakap kuat-kuat dikhalayak ramai atau pada wartawan. Cukup sekadar dalam hati sudah lah. Lagi pun bukan Anwar sendiri yang nak tarik balik kenyataan beliau itu tapi didesak oleh Nik Aziz. Kalau Anwar tak tarik apa pendirian Nik Aziz? PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat ker??? Sama-sama kita tunggu dan lihat....


Gombak!!! Gempur!!!

BN RAMPAS KEMBALI DUN GOMBAK SETIA!!!! ........INSYAALLAH.



Pada tanggal 11/02/2012 hingga 12/02/2012 Pengarah Jentera Pilihanraya BN DUN Gombak Setia merangkap Penyelaras BN DUN Gombak Setia iaitu Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad telah menganjurkan Program Kursus Pemantapan Jentera Pilihanraya DUN Gombak Setia bertempat di Corus Hotel Port Dickson. Seramai 130 orang peserta yang terdiri dari Ketua-Ketua PDM DUN Gombak Setia, Ketua Wanita PDM, Ketua Pemuda PDM, Ketua Puteri PDM, Ketua-ketua UMNO Cawangan DUN Gombak Setia dan JKKKP DUN Gombak Setia telah menyertai kursus ini.

Kata Datuk Said Anuar Said Ahmad tujuan utama kursus ini adalah untuk mengeratkan ikatan perpaduan dan silahturrahim dikalangan jentera-jentera PRU 13 DUN Gombak Setia bagi mewujudkan persefahaman dan kerjasama yang padu bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional pada PRU yang 13 nanti. Selain itu ianya juga bertujuan untuk mengulangkaji kerja-kerja dan tanggung-jawab setiap Ketua-ketua portfolio PRU dan juga penerangan kepada mereka yang pertama kali dilantik menjadi jentera khususnya kepada Pemuda dan Puteri DUN Gombak Setia.
Peserta-peserta kursus sedang kusyuk mendengar penerangan termasuk Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad

Apa pun MNK yang turut menyertai kursus ini berpendapat kursus ini amat baik sekali dan amat bertepatan dijalankan kepada jentera-jentera PRU DUN Gombak Setia ini. Memandangkan kita sedang bersiap siaga untuk menghadapi PRU maka perlu diberikan teknik dan cara-cara atau tips-tips kepada jentera-jentera dalam melaksanakan tanggung-jawab masing-masing. Sekarang ini selain kita perlu berkerja keras untuk memastikan kemenangan kita pada PRU kita juga harus bekerja 'Smart'. Ini yang kadang-kadang kita dalam UMNO kelihatan agak tertinggal berbanding parti pembangkang.

Kita yang asyik mengadaptasikan "Work Hard" hingga kita terlupa kita juga perlu "Work Smart". Namun itu telah berjaya diselesaikan oleh Pengarah Jentera Pilihanraya DUN Gombak Setia dengan penganjuran Program Pemantapan Jentera PRU ini. Seperti kata penceramah pertama yang mana untuk kita berjaya kita kena punya ilmu, dengan ilmu baru kita boleh merangka strategi yang terbaik untuk memastikan kita menang dalam peperangan ini.

Yang Tua dan Muda Pemimpin2 dan Jentera turut sama mengulangkaji dan menjawab soalan untuk memantapkan Ilmu untuk menghadapi PRU. Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad bersama Mantan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Hj. Kaharudin Mo'min turut mengulangkaji dan belajar bersama perserta lain.

Ibarat penulisan Machiavelli tentang kawasan(terrain).

“He [the prince] should, therefore, never take his mind from this exercise of war, and in peacetime he must train himself more than in time of war.…He must also learn the nature of the terrain, and know how mountains slope, how valleys open, how plains lie, and understand the nature of rivers and swamps; and he should devote much attention to such activities,

Kita mesti tahu kekuatan kita sebelum kita pergi berperang, Kita kena tahu struktur Geografi tempat kita nak berperang. Misalnya  kalau kita nak apply kan dalam PRU seperti di Gombak Setia misalnya kata kata Machiavelli ini ialah seperti kita kena tahu ada berapa Masjid/Surau/Rumah Ibadat bangsa lain/ Persatuan NGO/ Persatuan PIBG/Sekolah/ Imam/Guru-guru/Persatuan Belia/Pengundi dan lain-lain. Kena tahu kelompok masyarakat dan penempatan mereka seperti suku Minang/Suku Jawa/ Suku Boyan/ Suku Melayu Asli/ Orang India/Orang Cina etc etc. Kerana itu semua merangkumi lapangan(terrain) tempat kita hendak berperang ini. Dengan mengetahui maklumat itu semua akan menjadi mudah kita merangka strategi dan taktik peperangan kita. 

Kelihatan dua Ketua PDM Pemuda Rantau Gombak antara mereka yang mewakili golongan belia dan orang muda Kampung-kampung Tradisi sedang merangka dan membuat resolusi untuk dimuatkan dalam manifesto BN DUN Gombak Setia bagi memperjuangkan nasib golongan muda.

Ingat kedua-duanya penting kerana ibarat kata Sun Tzu "Strategy without tactics is the slowest route to victory. Tactics without strategy is the noise before defeat"

Apa pun banyak ilmu diperolehi oleh jentera-jentera PRU DUN Gombak Setia dengan adanya kursus ini. Penceramah yang terdiri dari penceramah hebat-hebat yang menberi dan berkongsi ilmu dan pengalaman juga amat menarik sekali dan berjaya memberikan impak dan kesan yang amat mendalam kepada peserta-peserta kursus. Antara-antara mereka yang telah berkongsi cerita, pengalaman dan ilmu mereka kepada perserta ialah Dr.Sidek Baba pensyarah UIAM, Dato' Fuad Hassan Ketua Pengarah JASA, YB Dato' Abdul Shukur Idrus Ketua Perhubungan Negeri Selangor yang mana mereka ini semua tokoh-tokoh dari Gombak atau berdekatan dengan Gombak yang mana mereka arif sangat hal-hal di Gombak dan sejarah serta perkembangan di Gombak.

Di akhir kursus, peserta juga telah dipecahkan kepada kumpulan yang mana mereka di asingkan mengikut PDM merangkumi Kampung-kampung Tradisi dan PDM-PDM merangkumi taman-taman. Mereka ini telah mengutarakan permasalahan dan apa saja cadangan bagi kesemua peringkat yang mana ianya dia bincang dan dibahaskan dan akhirnya akan dikumpul menjadi manifesto BN dan UMNO khususnya untuk DUN Gombak Setia. Ini bagi MNK amat bijak dan tepat kerana lepas ini kesemua jentera ini bekerja dan memperjuangkan untuk kemenangan PRU bagi BN dan UMNO agar perjuangan pembelaan mereka yang termaktub dalam manifesto itu nanti akan memberikan satu semangat dan makna yang begitu mendalam termasuk bagi diri MNK sendiri. Contoh salah satu yang termaktub dalam manifesto ialah pembelaan nasib golongan belia dan anak muda di Kampung Tradisi maka bila jentera Pemuda berkerja keras untuk kemenangan PRU 13 di DUN Gombak Setia ialah kerana mereka mewakili ribuan golongan anak muda di DUN Gombak Setia agar apa yang telah dipersetujui didalam manifesto tersebut dapat dilaksanakan kerana kita telah merampas kembali kuasa kerajaan negeri.



Ini perjuangan dan matlamat kesemua jentera-jentera DUN Gombak Setia yang mana akhir sekali telah sama-sama melafazkan ikrar taat setia seperti mana yang telah dilafazkan oleh mereka yang hadir keperhimpunan Agung UMNO yang lepas dimana pembacaan ikrar tersebut di ketuai sendiri oleh Timbalan Presiden Parti kita iaitu YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pada penghujung kursus ini, kesemua Ketua PDM termasuk Ketua Sayap PDM Wanita, Pemuda dan Puteri juga telah menerima watikah lantikan masing-masing yang telah disampaikan oleh Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri iaitu Dato' Shafei Abdullah pada majlis penutup. Namun apa yang menarik pada MNK  ialah kesemua jentera PRU DUN Gombak Setia telah melafazkan sumpah ikrar walau siapa pun calon BN DUN Gombak Setia mereka akan tetap berkerja keras bagi memastikan Calon Barisan Nasional menang di DUN Gombak Setia seterusnya menyumbang kepada kemenangan Parlimen Gombak dan Selangor.  Bersesuaian dengan Tema Program ini "Selamat DUN Gombak Setia, Selamat lah Selangor"....

video

Tahniah diucapkan kepada Penyelaras BN Dun Gombak Setia merangkap Pengarah Jentera BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad yang telah melaksanakan kursus ini dan diharapkan selepas ini kedua-dua DUN di Parlimen Gombak akan segera melaksanakan kursus seumpama ini.

Gombak!!! Gempur!!!


video

 




WAJIB BACA!!!