FOLLOW ME


Tuesday 31 July 2012

INIKAH PERANGAI DAN MORAL SEORANG PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT SELANGOR??



 
Namun jawapan suaminya sungguh mengejutkan dan perkara tersebut tidak patut berlaku di bulan Ramadhan, apatah lagi di hari pertama Ramadhan dan dilakukan oleh seseorang yang bertaraf pemimpin.

Dalam perbualan telefon tersebut, ahli parlimen PKR berkenaan telah menengking Halimah dengan berkata AKU DAH HALAU HANG, PASAI APA HANG NAK BALIK SINI LAGI, EHHH AKU DAH TAK SUKA KAU LA.

Apa yang diungkapkan oleh ahli parlimen PKR itu dinyatakan oleh Halimah dalam laporan polis yang dilakukannya. Halimah melakukan laporan itu bagi melindungi keselamatan dirinya.
 Baca Selanjutnya....:


TQ House of PK

Note MNK: Kalau Isteri sendiri yang menjadi ibu kepada enam anak-anak kita pun tak pandai nak hargai dan tak tahu nak jaga inikan pula nak jaga rakyat dan orang yang kita langsung tidak kenali???? Inikah sikap Ahli Parlimen yang wewakili rakyat?? Apa bini dia bukan rakyat ker? Apa punya banggang Ahli Parlimen sorang nie...

Gombak!!! Gempur!!!

Friday 27 July 2012

WINABLE CANDIDATE LARI MALAM??? POLIS TUMPAS SINDIKET IJAZAH PALSU...


Dimana-mana kita sekarang kerap mendengar si polan si anu mengaku dialah yang paling baik memenuhi kehendak YAB Perdana Menteri berhubung dengan "Winable Candidate". Lagi-lagi bahang PRU 13 kian hampir makin ramai bercita-cita dan berangan-angan untuk menjadi atau memenuhi criteria yang disebutkan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Winable Candidate. Baik diperingkat UMNO Pusat, Barisan Nasional Pusat hingga ke cawangan-cawangan malah dikedai-kedai kopi sibuk memperkatakan kita nak calon yang boleh menang. Kita nak calon yang merupakan Winable Candidate. Tidak kira dia Ketua Bahagian atau pun bukan asalkan dia Winable Candidate itu calon yang kita nak dikawasan kita. Itu kata-kata tok aji dan pak aji dikedai kopi dan tak kurang hebatnya di perkatakan dikalangan pemimpin-pemimpin muda.

Tapi siapa dia Winable Candidate? Kita ada role model yang boleh kita contohi atau ikon winable candidate? Apakah kriteria Winable Candidate perlu ada untuk melayakkan beliau sebagai Winable Candidate?

Bagi MNK itu pun kalau betul lah bahawa untuk melayakkan anda menjadi Winable Candidate anda mesti lah sekurang-kurangnya mempunyai pelajaran dan pendidikan atau kata lain orang yang berilmu. Di zaman sekarang ini paling koman pun pada pendapat MNK anda mesti mempunyai segulung ijazah. Hanya dengan ilmu kita boleh membela dan meningkat taraf ekonomi diri kita sendiri apatah lagi untuk memperjuangkan untuk bangsa kita.

Jadi bukan masa yang singkat untuk memperolehi ijazah paling cepat pun mengambil masa 4 tahun kalau tak silap MNK. Jadi apakah disebabkan nak memenuhi kriteria Winable Candidate tadi maka seperti laporan polis terdapat tokoh ternama terlibat dalam kes pembelian Ijazah yang berjaya ditumpaskan oleh pihak polis baru-baru ini?

SHAH ALAM - Kejayaan polis menumpaskan sindiket penjualan sijil palsu bernilai lebih RM5 juta, kononnya daripada lima universiti luar negara, turut mendedahkan pembelinya terdiri daripada kalangan ahli politik dan individu bergelar Tan Sri Baca Selanjutnya.


Namun kita harus ingat bukan bermakna anda mempunyai ijazah anda winable candidate? Siapa yang takde ijazah itu tak perlu la pakat nak beli, kalau dah beli pun tak perlu risaulah. Bekerjasamalah dengan pihak polis untuk menyelesaikan siasatan pihak polis. Bukan sekeping kertas yang tertera nama anda didalamnya menandakan anda seorang yang berilmu atau anda berpelajaran. Tetapi akal dan ilmu didada itu tadi dan samaada ilmu yang baik sedikit ataupun banyak itu tadi anda implimentasikan untuk kepentingan dan usaha memperbaiki keadaan masyarakat disekeliling anda yang lebih utama.

Ilmu sedikit yang ada walaupun tanpa sekeping kertas yang bernama Ijazah itu tadi sekiranya anda menafaatkan kepada rakyat, kepada masyarakat sekeliling anda dalam usaha membantu dan membangunkan bangsa anda itu tadi sebenarnya bagi MNK yang menandakan anda pemimpin masyarakat dan anda seorang Winable Candidate. Kerana usaha anda yang berterusan dengan ilmu yang anda perolehi baik dari pembacaan harian atau pengalaman atau berguru dengan sesiapa walaupun bukan di menara gading tetapi ilmu itu tadi anda curahkan untuk membangunkan masyarakat sekeliling anda dan rakyat itu tadi merupakan faktor menjadikan anda Winable Candidate. Kerana akhirnya  Rakyat jugalah  yang akan menentukan anda winable candidate atau bukan. Pucuk pimpinan baik di Perhubungan negeri atau Pusat boleh menjangka berdasarkan criteria yang telah ditetapkan atau atas laporan yang di kaji dan dianalisiskan untuk menjangka anda merupakan winable candidate tetapi sekiranya anda cermin diri anda dan anda tepuk dada tanya selera apakah rakyat dan masyarakat hendak kat aku? Apakah aku dah bantu sedaya upaya aku untuk membangunkan masyarakat setempat ku? Kalau anda buat itu semua maka pasti rakyat akan sayang kat anda dan pasti anda lah Winable Candidate di mata rakyat.


Jadi kita nak jadi winable candidate di mata Pucuk Pimpinan atau di mata rakyat??? Rakyat nak lihat hasil dan kerja keras kita serta sumbangan kita kepada masyarakat. Mereka takan tanya kita ada ijazah atau tidak? Mereka akan lihat hasil kerja kita atau hasil idea serta perancangan kita untuk masyarakat setempat. Selaku rakyat dimata MNK YAB PM Dato' Seri Najib Tun Razak seorang "Winable Candidate" dan patut menjadi ikon kepada semua yang mencari criteria "Winable Candidate" itu tadi.


Gombak!!! Gempur!!!

Wednesday 25 July 2012

BLOGGER PEMBANGKANG MOHON AMPUN DARI DS ROSMAH???  


Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, MNK minta maaf yer kalau ada penulisan MNK dalam Blogg ini selama ini yang tanpa sedar atau secara sedar merupakan fitnah atau tipu daya dunia semata mata. Malah bukan Hanya Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sahaja..siapa siapa lah yang ada terkeluar artikel dalam Gombak Gempur ini benar atau tidak kisahnya itu MNK minta maaf ya. Salam Ramadhan!!!  

Ulamak pondok tersebut tidak berumah besar dan tidak berjawatan dalam mana-mana parti. Beliau tidak bekerja dengan kerajaan mahu pun menjadi penceramah bebas yang dibayar. Beliau ulamak yang orang tidak tahu kecuali anak murid beliau yang pergi belajar bersama beliau atau di surau atau masjid yang beliau mengajar. Oppss bukan Nik Aziz yer... beliau adalah Tuan Guru kepada MNK sendiri.

MNK masih ingat antara banyak dosa-dosa yang cukup ditakutinya ialah dosa antara manusia kerana hati manusia ini kita tidak tahu. Katanya kalau tak silap MNK la yang paling susah nak kita jaga adalah Habblul MinnaNass iaitu Hubungan dan Dosa kita dengan manusia daripada Habblul minnAllah iaitu Hubungan dan dosa kita dengan Allah. Dosa kita dengan Allah kita boleh bertaubat dan memohon ampun kepada Allah yang mana ianya terletak atas jemala diri kita sendiri untuk berusaha mendapatkan keampunan dan keredhaan Allah S.W.T. Dan Allah itu Maha penyayang lagi Maha Mengasihani.

Selagi Roh tidak meninggalkan jasad kita pintu taubat kita masih terbuka dan sekiranya kita ikhlas bertaubat dan minta ampun kepada Allah nescaya Allah akan ampunkan.  

Hadith : Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:

”Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.”   (Muslim)    

Tetapi Habblul minna Nass iaitu hubungan kita dengan Manusia, dosa kita pada manusia. Ia bergantung kepada sama ada manusia itu masih hidup atau dah mati. Kalau dah mati memang pintu keampunan dosa kita terhadap si polan itu tidak akan terbuka lagi hinggalah hari pembalasan nanti. Kalau masih hidup kita tidak boleh pakat niat dan berdoa kepada Allah supaya si polan itu mengampunkan dosa kita atau pun kita berdoa kepada Allah agar Allah mengampunkan dosa kita pada sipolan tersebut.

Hanya tuan diri sendiri sahaja yang boleh mengampunkan kita dan memaafkan kita. Jadi kita kena mengadap dan memohon ampun atas segala fitnah dan apa sahaja tomahan kita terhadap sipolan itu. Itu pun kalau sipolan nak maafkan dan ampunkan dosa kita. Kalau dia tak nak maafkan atau ampunkan itu hak dia dan dia berhak untuk menuntut kepada kita di padang masyar nanti. Jadi kan lebih berat untuk terima keampunan dari Manusia tentang dosa kita pada manusia berbanding Allah S.w.t.  

Jadi MNK nasihatkan kepada mereka yang sering fitnah Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ini. Hentikanlah dan pergilah mohon sungguh-sungguh kemaafan daripada beliau selagi beliau masih hidup.

Tengok tu korang tak tahu apa dia buat dimasa lapang beliau di rumah pada bulan Puasa ini. Hanya perempuan yang baik-baik dan dekat dengan Penciptanya atau berusaha untuk mendekati dengan Penciptanya akan melakukan sesuatu seperti ini di setiap pagi. Kot-kot di tengah malam hari beliau bangkit bertahjud dan bermunajat mana kita nak tahu kan. Gambar ini jelas bukan lakonan semata-mata dan Gambar ini benar. Sama ada kita berhati lapang dan bersangka baik di bulan Ramadhan ini menerima kenyataannya terpulanglah kepada kita. Kita cermin diri kita. Apa kita bertadarus setiap pagi? Apa sempurna dan kita layak berkata keji dan menfitnah orang? Apakah kita insan kamil yang Mahsum?  

Note MNK: Oppss MNK bukan Blogger Pembangkang...cuma  harapan MNK kepada mereka-mereka sahaja dan sebagai peringatan untuk diri MNK dan juga saudara seIslam yang lain.  

Gombak!!! Gempur!!!

Tuesday 24 July 2012

X-Files - ANWAR ALAT KEPADA AJEN SINGAPURA KER??? KEBETULAN???



Terkejut MNK apabila menerima sekeping gambar ini dilaman FB MNK kerana rasa macam ada yang tidak kena? Betul ker mereka ini semua lahir di Singapura dan apakah benar mereka ini mempunyai KN pada IC mereka sama iaitu 71? Baiklah kita biarkan dulu perkara ini dan kita lihat pula fakta dibawah ini. Nanti MNK sambung balik apa kaitan ceritakan diatas dan tajuk artikel ini diakhir penulisan ini

Sebelum ini kita banyak terdengar kononnya Anwar ini ajen CIA yang ditanam didalam arena politik negara kerana pihak Amerika ingin mencatur perjalanan negara Malaysia yang berdaulat ini kerana belah Timur ini hanya Malaysia lah satu-satu negara Islam yang tidak tunduk pada kehendak Amerika. Maka mereka mula mencari siapa yang boleh mereka tarik, didik dan mereka tanam dalam satu organisasi hatta kerajaan sebuah negara berdaulat itu sendiri. Ini memang cara pihak Barat yang kecanggihan teknologi yang mereka ada dan sumber kewangan dan pengaruh mereka ianya tidak mustahil benar berlaku atau amat mudah dapat dilakukan oleh mereka. 

WAN AZIZAH WAN ISMAIL PRESIDEN PKR ISTERI KEPADA ANWAR IBRAHIM. KOD NEGARA 71

AZMIN ALI TIMBALAN PRESIDEN PKR .....KEPADA ANWAR IBRAHIM. KOD NEGARA 71
 
ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN KETUA WANITA PKR. "BIG MAMA aka MAK LAMPIR" ANWAR IBRAHIM. KOD NEGARA 71
  
SAIFUDDIN NASUTION SETIAUSAHA AGUNG PKR. "OFFICE BOY" ANWAR IBRAHIM KOD NEGARA 71
  
Seperti cerita yang direka dan diada-adakan serta propaganda yang mereka mainkan di Iraq tentang kewujudan Longokkan Senjata Kimia (weapons of mass destruction (WMD) kononnya yang akhirnya menghalalkan mereka menyerang Iraq hingga runtuhnya satu tamaddun Islam dan kerajaan Iraq yang berdaulat hanya atas rekaan dan propaganda yang dimainkan dan ditanam kepada rakyat Iraq sendiri untuk membenci dan menyokong tindakan mereka untuk menjatuhkan kerajaan berdaulat Iraq dan menggulingkan Saddam Hussien. Namun terbukti hingga ke hari ini tiada satu pun  Longokkan Senjata Kimia (weapons of mass destruction (WMD) dijumpai di Iraq.

KERAJAAN DAN TAMADUN IRAQ YANG DIGULINGKAN AKIBAT SERANGAN TENTERA US DAN NATO BERDASARKAN PROPAGANDA SEMATA-MATA UNTUK MENGUASAI DASAR KERAJAAN IRAQ.
 Setelah berjaya di Iraq mereka telah mula sedar ada cara lagi mudah dari pada perlu berperang dan menyerang serta menghabiskan berbillion-billion ringgit termasuk nyawa dan keselamatan rakyat mereka untuk menjatuhkan kerajaan negara berdaulat. Belanja mungkin hanya mencecah ratusan jutaan sahaja malah puluhan jutaan sahaja.. Bagaimana? Melatih dan merekruit warganegara kerajaan tersebut sendiri dan rampas atau jatuhkan kuasa kerajaan yang ada sekarang ini samada melalui process demokrasi atau autocrasi bergantung kepada sistem kerajaan tersebut dan akhir sekali demonstrasi atau revolusi. Lihat sehaja kejatuhan kerajaan-kerajaan Arab di Timur Tengah selepas Iraq. Mesir, Libya, dan terbaru ini Syria semuanya dengan meniup api kebencian dan fitnah dengan mengunakan warga negara itu sendiri dan akhirnya negara itu pecah terbahagi kepada dua yang setia menyokong atau menentang dan akhirnya berlaku perang saudara. Walaupun mereka gagal menjatuhkan kerajaan yang ada namun akibat kesan perang saudara itu kerajaan yang ada itu tadi telah menjadi lemah dan banyak usaha perlu untuk membaik pulih negara akibat kesan perang saudara untuk kembali bangkit menjadi pesaing negara maju misalnya. Apa pun keputusannya itu tadi negara tadi tidak lagi menjadi ancaman kepada mereka dan mereka dikira berjaya.


MUAMMAR GADDAFI MEMERINTAH LIBYA HAMPIR 41 TAHUN. PEMENANG ANUGERAH ORDER OF GOOD HOPE AKHIRNYA MATI SEPERTI BINATANG DIDERA DAN DITEMBAK OLEH RAKYAT SENDIRI (ORDER OF GOOD HOPE BACA SELANJUTNYA) APA BENAR BELIAU ZALIM?
Jadi kalau Amerika benar ingin mencampuri urusan negara Malaysia negara manakah yang paling sesuai agaknya dijadikan base atau pusat mereka untuk menggerakkan usaha mereka ini? Tentu Singapura berdasarkan pengalaman dan ikatan hubungan baik Amerika dan Singapura ini. Regim Zionist.

Jadi cuba pembaca simpulkan lah sendiri apakah ini satu kebetulan atau kebenaran yang terancang? Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail Kod IC negara beliau 71 sama kesemuanya 71 termasuk Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pun Kod Ic Negara Beliau 71, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pun 71 malah Setiausaha Agung PKR pun Kod Negara pada IC 71??? Semua lahir Singapura??? Kod negara itu menandakan tempat negara atau negeri kelahiran. Jadi kalau di situ kita lahir bermakna pada azali kita ini rakyat kawasan tersebut atau negara/negeri tersebut. Bumi Malaysia ini pun tidak terima mereka lahir di tanah bertuah ini. Takdir dah menentukan.

Padanlah mereka tak heran apa yang berlaku kat Malaysia ini asal matlamat mereka tercapai. Mereka ini bukan lahir di bumi bertuah ini pun. Kalau lahir di Wilayah atau Selangor akan ada Kod Negeri macam 10 Selangor 14 Wilayah Persekutuan. Mereka ini lahir luar semuanya ini.


Jadi Anwar Ibrahim dikelilingi oleh mereka ini dalam PKR...??? Jadi anda boleh lihat sendiri dan buat penilaian sendiri samaada ianya kebetulan dimana kesemua pimpinan dan pentadbiran PKR ini Kod Negara pada IC mereka 71 ataupun iainya satu yang terancang untuk memastikan Anwar dikawal dan terus diperalatkan atau sebaliknya?

Nak tahu pasal Kod IC 71 ini cuba tanya sendiri pada JPN.....

Gombak!!! Gempur!!!

Sunday 22 July 2012

JENTERA GOMBAK BERSATU DAN BERTEKAD MENANGKAN CALON!!!


Pada tanggal 18/07/2012 bersamaan hari Rabu malam bermula dari jam 8.30 malam, telah diadakan perjumpaan kesemua Ketua-ketua Jentera Pilihanraya Parlimen Gombak bersama Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin dan juga Penyelaras-Penyelaras Barisan Nasional DUN-DUN didalam Parlimen Gombak seperti Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad Penyelaras BN DUN Gombak Setia dan Encik Jayakumar Penyelaras BN DUN Batu Caves. Wakil parti-parti komponen juga turut hadir pada program yang julung-julung kali diadakan ini yang mana buat kali ini Hulu Kelang menjadi tuan rumah perjumpaan ini yang mana program ini telah dilangsungkan di KK Club Taman Melawati, Hulu Kelang. Penyelaras BN DUN Hulu Kelang Tuan Hj. Rahim Kamaruddin tidak hadir.

Semua yang hadir pada malam itu telah diberikan penjelasan serta penerangan malah suntikan semangat baik dari Ketua Puteri, Wakil Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Pimpinan parti komponen yang hadir, Penyelaras-penyelaras DUN dan akhir sekali dari Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak. Sessi soal jawab turut diadakan pada akhir program tersebut untuk memberi ruang kepada sesiapa saja untuk bertanya apa sahaja soalan atau ingin melontarkan ketidak puas hatian mereka kepada sesiapa sahaja baik Penyelaras Parlimen, Penyelaras DUN ataupun pimpinan sayap atau parti komponen. Di peringkat awal perjumpaan ini, kata persetujuan telah tercapai yang mana perjumpaan ini adalah perjumpaan keluarga yang mana kita semua dianggap sebagai adik beradik dan kita ingin dengar pendapat luahan apa sahaja secara ikhlas untuk satu matlamat dan satu objektif iaitu untuk kita semua memenangkan siapa jua calon Barisan Nasional di semua kerusi di Parlimen Gombak pada PRU13 nanti.


Tak perlu lah MNK ceritakan apa yang dilontarkan, apa yang ditanyakan cukup lah untuk pengetahuan mereka yang hadir mengetahuinya tetapi yang menarik perhatian MNK ialah ucapan dari Timbalan Ketua Gerakan Gombak yang mana beliau menyatakan kita semua dalam Barisan mesti ikhlas bekerja sebagai 1 keluarga. Jangan kita menyalahkan atau menyoalkan kerja parti masing-masing atau kita mengata parti itu buat kerja parti ini buat kerja. Semua pun buat kerja. Kita ini mesti bantu membantu dan kalau PM kita laungkan 1Malaysia. "Saya ingin melaungkan 1Barisan!!". Jelas semua menyambut baik saranan beliau apabila beliau melaungkan Saatuuu!!!! terus disambut oleh para hadirin....Baarrrissaannnn!!!!

Ucapan dari Wakil Gerakan dengan konsep 1Barisan
Manakala Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad disamping memohon maaf kepada semua peringkat UMNO cawangan atas apa jua kesalahan dan kesilapan yang beliau lakukan atau apa perkara yang mungkin menguris perasaan sesiapa beliau turut memohon maaf kepada UMNO cawangan Hulu Kelang dan Batu Caves kerana kurang bersama mereka dalam program kerana beliau ingin mengelakkan persepsi di kalangan kita sendiri orang UMNO, yang mana disebabkan persepsi jugalah yang telah menyebabkan UMNO tewas di Gombak ini pada PRU12 dulu. Persepsi yang mana beliau tidak mahu dilihat bergerak di luar kawasan Penyelarasan Beliau sebagai Penyelaras Barisan Nasional DUN Gombak Setia dan bergerak di DUN DUN lain sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian.


Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak pula, Datuk Hj. Megat Zulkarnain pula membuka ucapan dengan menyatakan terima kasih kepada begitu ramai Ketua-ketua PDM dan Ketua PDM Pemuda,Wanita dan Puteri yang turut hadir dari ketiga-tiga DUN yang mana beliau menekan kita tujuan kita dan kenapa kita bekerja adalah semata-mata nak menangkan calon Barisan Nasional hatta siapa sekali calon itu. Beliau juga memohon tunjuk ajar daripada veteran-veteran UMNO yang cukup berpengalaman dalam menghadapi Pilihanraya ini. Sebagai anak muda beliau mohon tegur beliau sekiranya ada perkara-perkara yang beliau lakukan yang tidak kena atau tidak sesuai atau salah sama sekali. Tegurlah beliau.


 
Mesej dan matlamat program tersebut pada hemah MNK berjaya apabila melalui soalan dan penjelasan yang diberikan semua bersepakat yang penting sekarang ini ialah memenangkan Calon Barisan Nasional pada PRU13. Itu matlamat kita. Kita akan tolak segala usaha untuk mensebotaj atau usaha yang akan mengakibatkan parti kita lemah dan kekalahan Barisan Nasional pada PRU akan datang nanti. Kita sudah tidak sanggup di perintah dibawah Pakatan Rakyat. Kita perlu bersatu dan yang penting sekarang ini ialah mengekalkan perpaduaan dikalangan kita semua jentera-jentera parti yang akan bekerja mati-matian pada PRU 13 nanti sebagai 1Barisan.



Note MNK :- Jangan lah kita cantas dan kita patahkan semangat anak-anak muda ini. Seperti di peringkat Jentera cawangan, ramai anak anak muda yang berminat nak bekerja sebagai jentera PRU tetapi sekiranya tidak diberi ruang dan peluang oleh Ketua-ketua cawangan, sekiranya tidak dilatih atau ditunjuk ajar oleh Ketua Cawangan mana mungkin anak-anak muda ini dapat belajar dan dapat perbaiki kelemahan mereka dan kita takut kalau budaya ini diteruskan makin lama anak anak muda yang selama ini melihat dan sentiasa memerhatikan kita ini akan makin terpinggir dan akhirnya menjauhkan diri terus dari perjuangan UMNO ini.


Gombak!!! Gempur!!!

Tuesday 17 July 2012

IM4U BELIA GOMBAK DEKATI PEMIMPIN BN GOMBAK



Pada tanggal 15/07/2012 di mana pada petang Kerajaan Barisan Nasional menganjurkan pelancaran IM4U untuk mendekati dan bersama dengan belia-belia di KLCC namun berlaku sebaliknya di Gombak. Mengapa MNK berkata demikian? Kerana di Gombak pula pada malam harinya bermula jam 9 malam Belia Gombak menganjurkan program BBQ Belia Gombak 2012 untuk bersama dengan pemimpin-pemimpin BN Gombak. Untuk mengenali dengan lebih rapat lagi Pemimpin BN Gombak sambil mendengar dan menilai sendiri apa yang hendak disampaikan oleh pemimpin Barisan Nasional Gombak.


Pemimpin yang dimaksudkan itu ialah Penyelaras Parlimen Barisan Nasional Gombak merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak Datuk Megat Zulkarnain dan Penyelaras Barisan Nasional DUN Gombak Setia merangkap Timbalan Ketua Bahagian UMNO Gombak Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad. Segala persiapan dan perancangan program ini telah diatur dan dirancang oleh Belia tempatan di Rantau Gombak ini yang mana mereka ini bukan dikalangan Pemuda UMNO Gombak dan bukan juga dari kalangan Belia 4B. Mereka ini adalah anak-anak muda yang telah timbul kesedaran dan keinsafan dihati mereka di mana mereka ingin mendekati para pemimpin UMNO khususnya di Gombak ini dan bersama perjuangan UMNO. Rata-rata rakan-rakan mereka juga menyatakan hasrat yang sama dan ingin bersama dan menyokong usaha program ini yang mana hampir 100 belia dari sekitar Gombak ini yang bukan dikalangan Pemuda UMNO Rantau Gombak telah hadir pada program ini.


MNK turut bersama pada program ini setelah selesai acara pelancaran IM4U di KLCC dan pada pengamatan MNK cara dan corak penganjuran mereka ini agak berlainan sedikit. Lihat saja pada banner yang telah dinaikkan seminggu lebih awal dari tarikh program ini yang mana tidak ada satu pun tanda-tanda iainya program anjuran Barisan Nasional atau UMNO. Mereka sendiri menyatakan walaupun ingin mendekati pemimpin BN dan UMNO, mereka tidak mahu iainya dilihat seperti program parti dan mereka inginkan perlaksanaan program ini mengikut cara mereka. MNK puji sikap terbuka Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain dan Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad yang bersetuju untuk mengikuti rentak anak-anak muda atas pagar rantau Gombak ini.

Seperkara lagi dalam mengisi aturcara program ini atas initiatif belia-belia ini sendiri mereka telah menyediakan tayangan video yang mana ianya pada penilaian MNK akan pasti menimbulkan rasa semangat dan rasa cinta dan sayangkan bangsa kepada setiap yang menonton video ini dengan teliti. Disamping itu turut mengisi aturcara program ini penceritaan ala ala santai tentang pengalaman beliau iaitu mantan Exco Kerajaan Negeri Selangor Dato' Hj Kaharudin Momin merangkap mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Beliau telah berkongsi pengalaman dan cerita beliau bermula dari 1957 hingga lah 1969 cerita yang menurut kata beliau "Tidak akan dapat di mana mana buku atau apa saja bahan bacaan. Cerita sebenar dari pengalaman seorang yang melalui dan melihat sendiri tragedi berdarah 13 Mei". Tak terbeli waktu dan ruang ketika mendengar pengalaman pribadi Datuk Hj Kaharudin Momin ketika itu.


Para tetamu disamping menonton tanyangan video, mendengar penceritaan dan ucapan serta penerangan isu-isu semasa turut di sajikan dengan makanan nasi lemak, BBQ ayam, daging, hotdog, burger dan menu istimewa Kambing panggang. Turut diadakan cabutan bertuah untuk menceriakan majlis tersebut. Pendek kata program santai sambil beramah mesra itu serta penuh ceria itu dikatakan mencapai objektif zahir dan tersembunyi disambil seronok-seronok dan enjoy belia ini disuntikkan kesedaran dan maklumat serta saranan kepada anak muda bangsa agar jangan mudah lupa dan jangan mudah percaya kepada fitnah dan hasutan pembangkang dan perlu belajar bersyukur dan menabur budi sekurang-kurangnya pada ibu bapa sendiri yang telah membesarkan kita.

Pantun kata nasihat Hamka seperti apa yang disampaikan oleh Datuk Hj Kaharudin Momin.

Kuat Rumah Kerana Sendi,
Rosak Sendi Rumah Binasa
Kuat Bangsa Kerana Budi,
Rosak Budi Bangsa Binasa

Seperkara lagi yang masih terngiang-ngiang di telinga MNK persoalan yang dilontarkan oleh Datuk Hj Kaharudin Momin kepada mereka yang hadir.

Kata beliau:-
Benar kata DAP sekiranya Pakatan Rakyat Menang Jawatan Perdana Menteri akan diberikan atau disandang oleh Anwar Ibrahim, tetapi Jawatan-jawatan Menteri Kanan dan Menteri Utama akan disandang oleh siapa? Menteri Keselamatan Dalam Negeri? Menteri Pertahanan? Menteri International Trade? Sudah pasti DAP semuanya.. PAS dia bagilah Menteri Kebajikan, Menteri Agama kepada PAS. Jadi apa akan jadi sudah pasti yang kaya belah sana akan bertambah kaya yang miskin akan bertambah miskin.


Ayuh Belia dan Anak Muda Gombak jangan kita tersilap lagi. Mari kita bersama merealisasikan Impian kita semua mencapai wawasan 2020 dan kita tidak ketinggalan dalam bersama Perdana Menteri menuju kearah itu. Belia cintakan keamanan dan kesejahteraan!!! Belia Gombak Setia!!! Nama pun dah Setia.....

Gombak!!! Gempur!!!

Sunday 15 July 2012

IM4U - CERITA SEBENAR YANG RAMAI TIDAK TAHU....



 Kelmarin satu lagi bukti keperihatinan YAB Perdana Menteri terhadap belia-belia negara telah direalisasikan dengan terlancarnya IM4U yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak. Puluhan Ribu Remaja Muda Belia berkumpul di Perkarangan Taman KLCC yang mana perlbagai aktiviti menarik telah disediakan. Dari pagi hingga ke petang ribuan anak muda tidak berganjak dari perkarangan KLCC itu yang mana pentas dan ruang pameran serta perlbagai persembahan telah disediakan. Ada pentas yang mempersembahan tarian kesenian pelbagai bangsa, ada pentas tarian "shuffle" yang digilai sebilangan besar anak muda, ada pentas "live" jamming session oleh artis-artis terkemuka tanahair. Ada ruang untuk mat-mat motor berhimpun di perkarangan masjid KLCC pula yang mana "topi keledar" IM4U percuma telah di berikan kepada mereka.



 Jelas terpampang kepuasan hati YAB Perdana Menteri kepada kejayaan program semalam yang mana hingga selesainya majlis semalam dalam perjalanan ke kereta beliau para-para VVIP masih bercakap tentang kejayaan program IM4U ini malah bukan hanya bercakap sampai bernyanyi-nyanyi lagi hatta sebelum YAB PM masuk ke kereta di pintu masuk utama Mandarin Oriental Hotel para VVIP bertepukan tangan dan benyanyi lagu rasmi IM4U...IM4U..IM4U...IM4U....IIIIMMM444UUU...


Namun ramai yang tidak tahu kerja kuat dan pengorbanan mereka -mereka yang berada dibelakang tabir untuk menjayakan program ini. Ramai yang memainkan peranan masing-masing untuk menjayakan program ini. Petugas-petugas dan sukarelawan-sukarelawan yang terlibat baik agensi-agensi kerajaan mahupun NGO-NGO. MNK terlibat secara langsung dengan sukarelawan dan petugas dari Kelab Putera 1Malaysia yang bertanggung-jawab menyediakan dan  mengedarkan helmet IM4U itu. Bayangkan lah hampir 42,000 helmet yang tiba seawal 2 minggu sudah dari kilang terpaksa di siapkan sebelum semalam pagi kesemuanya kerana akan diedarkan di perkarangan KLCC sewaktu pelancaran IM4U ini.  

Segak barisan helmet IM4U lorong laluan YAB PM

42,000 helmet ini melibatkan 5250 kotak yang mana setiap kotak boleh memuatkan 8 biji helmet. 5250 kotak ini pula memerlukan lebih kurang 20 trailer untuk penghantaran ke pusat simpanan sementara disekitar Lembah Kelang dimana setiap trailer boleh memuatkan max 288 kotak. Petugas-petugas Kelab Putera 1Malaysia pula melaksanakan kerja-kerja penurunan kotak-kotak ini dari atas trailer ke pusat simpanan sementara, kemudian mengeluarkan setiap topi keledar ini untuk di tampalkan pelekat Sirim setelah ianya lulus ujian Sirim yang mana sample awal kumpulan topi keledar tersebut telah pun dihantar untuk ujian Sirim. Turut bersama pegawai Sirim yang sepanjang masa memantau tugas-tugas menampal sticker Sirim itu tadi oleh petugas-petugas Kelab Putera 1Malaysia. Setelah selesai menampal sticker Sirim dan Sticker IM4U , topi keledar tersebut dimasukkan semula kedalam kotak dan disusun semula menunggu hari pemunggahan untuk dibawa ke KLCC untuk majlis pelancaran IM4U nanti. Sehari sebelum hari perlancaran bermula awal pagi hingga jam 6 pagi hari keesokkannya iaitu di pagi hari perlancaran tersebut kerja pemunggahan dari tempat simpanan sementara ke dalam trailer dan lori untuk dibawa KLCC baru selesai.

Barisan Pemuda UMNO Sg. Chinchin di malam terakhir

Pengerusi Kelab Putera 1 Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim boleh dikatakan setiap hari selepas beliau selesai dengan program dan tugasan harian beliau akan melawat tempat-tempat simpanan helmet ini dan melihat sendiri perkembangan kerja-kerja menyiapkan helmat IM4U ini agar tidak ada masalah atau apa apa perkara yang tidak di ingini berlaku yang boleh menyebabkan helmet tersebut tidak dapat disiapkan. Kadang-kadang jam 3-4 pagi pun beliau masih bersama petugas di tempat simpanan helmet sambil berbincang dengan penyelia-penyelia tugasan ini.

Datuk Abdul Azeez Rahim Pengerusi Putera 1Malaysia melihat sendiri helmet yang telah siap ditampal. Ala-ala "Spot check" ke ni Tok?

Pemuda UMNO Cawangan Sungai Chinchin juga tidak ketinggalan membantu dan menjadi petugas-petugas sementara Kelab Putera 1Malaysia bermula dari trailer pertama yang sampai 2 minggu sudah hingga trailer terakhir yang sampai sabtu malam ahad, malam sebelum hari perlancaran IM4U di KLCC oleh YAB PM. Batch terakhir yang membawa 288 kotak terakhir yang perlu di punggah dari kontena ke ruang simpanan dikeluarkan ditampal sticker Sirim dan disusun semula telah disempurnakan oleh petugas-petugas dari Pemuda UMNO Sungai Chinchin. Kumpulan  Pemuda UMNO Sungai Chinchin juga lah merupakan petugas yang terakhir meninggalkan pusat simpanan apabila helmet terakhir yang siap ditampal sticker Sirim dan dipunggah semula keatas lori sekitar jam 6am hari pelancaran IM4U.

Ini baru satu pusat simpanan nie ada lagi 3 pusat simpanan lagi besar seumpama ini kat pusat simpanan yg sama. Tu Belum masuk yang kat Gudang Kompleks SMS PDRM tu.

Tahniah dan Syabas MNK ucapkan kepada petugas-petugas Kelab Putera 1Malaysia dan juga Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim kerana telah bertungkus lumus siang malam untuk menyiapkan dan menyediakan puluhan ribu helmet IM4U untuk menjayakan pelancaran IM4U kelmarin. Tidak lupa petugas-petugas dari kalangan Pemuda UMNO Sungai Chinchin sendiri, ini sedikit sumbangan kita bagi perjuangan kita selaku Pemuda untuk berjuang habis-habisan bagi memastikan kemenangan kita pada PRU 13 nanti. Kita pun ada pegangan Janji Di Tepati,  iaitu  janji kita pada pucuk pimpinan untuk bekerja kuat memastikan kemenangan BN.


Gombak!!! Gempur!!!


MNK Note: Tok nak satu Helmet IM4U... lawa la Tok. Petugas Pemuda Sg. Chinchi..janji abg pun InsyaAllah ditepati..nanti kita pegi bercuti....

YAB PM Note -  "Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menggerakkan idea ini, anggaplah 1M4U ini gerakan untuk kita dan saya sebagai Perdana Menteri bersama rakan-rakan dalam kerajaan pada hari ini akan terus menyumbang dan membantu para belia tanah air," katanya.-Utusan "


Thursday 5 July 2012

ANWAR BERSARA? TINDAKAN TERDESAK PRU 13....


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan, beliau mungkin bersara daripada politik sekiranya Pakatan Rakyat tidak berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini merupakan satu lagi langkah desparate Anwar Ibrahim untuk meraih simpati rakyat terhadap cita-cita beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kalau tidak pun untuk mendapat kembali sokongan ahli-ahli PKR khususnya yang sejak kebelakangan ini sudah mula menyampah dan sedar tentang hakikat dasar perjuangan PKR bukan lagi untuk memperjuangkan nasib mereka apatah nasib Melayu tetapi lebih kepada citai-cita pribadi Anwar dan keluarganya.

Anwar mungkin berpendapat rakyat dan penyokong PKR yang telah lari dari menyokong PKR akan kembali memberi sokongan kepada beliau apabila beliau mengertak untuk bersara. Langkah ini juga untuk menyakinkan serta menarik kembali sokongan ahli parti-parti dalam Pakatan Rakyat kerana kononnya dek sebab Anwar lah mereka telah berjaya menang beberapa negeri pada PRU12 dulu dan kini kalau Anwar takde maka parti PKR serta parti-parti lain seperti PAS dan DAP juga akan berkubur bersama Anwar.

Cuba lihat apa kata Nik Aziz dari parti PAS.

Saya kurang bersetuju dengan hasrat beliau untuk bersara dan kembali mengajar. Berjuanglah di medan politik dan teruskan perjuangan mengajar rakyat," katanya menerusi laman facebook di sini, Khamis 05/07/2012.


Harapan mereka tidak lain tidak bukan apabila para penyokong mereka sendiri mendengar atau membaca kenyataan Anwar ini mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk PRU 13 kerana tidak mahu kehilangan Anwar. Tetapi Anwar silap kerana rakyat dan ahli mereka sendiri dah masak dengan sandiwara Anwar. Mereka tidak mahu lagi tertipu dengan provokasi Anwar yang memang terkenal dengan "Bapak Provokasi". Semenjak tertipu dengan Peristiwa September 16 dulu para penyokong parti mereka dan rakyat telah tahu dan sedar siapa Anwar sebenarnya.

Pak Nik pun patut bersara jugak dah lama sangat dah duduk kat atas tu bagi lah bakat bakat muda dalam PAS tu pulak menentukan corak hala tuju PAS pula. Ingatlah Parti PAS bukan milik kamu seorang jer. Bukan PAK NIK saja malah pemimpin-pemimpin Parti yang ada dalam Pakatan Rakyat tu semua dah patut bersara dah pun. Kadang-kadang kalau dah terlalu lama kita pegang jawatan tu kita rasa kita ini hebat sangat dan kita akan rasa riak dan bongkak nanti. Kita ini manusia biasa tidak lari dari hasutan syaitan dan nafsu.


Apa pun kesimpulannya sama ada benar atau tidak Anwar nak bersara atau Pak Nik ke nak bersara, kami rakyat Gombak khususnya tidak heran dan tidak ambil peduli kalau nak benar bersara itu yang terbaik dan memang itu yang dinanti-nantikan oleh kami. Tetapi jangan ingat dengan statement nak bersara ini kami akan rileks dan kurang bekerja demi memastikan kemenangan BN pada PRU 13 nanti. Kami tetap akan bekerja habis-habisan untuk kemenangan BN pada PRU 13 dan kami akan memberi sokongan undi kami kepada BN nanti sama ada kamu bersara atau tidak.


Note MNK: Jangan ingat nak bersara dari politik hakim akan simpati dan kurangkan hukuman kesalahan-kesalahan kamu tu. Sungai Buloh tetap menanti bersara atau tidak kena pergi.


Gombak!!! Gempur!!!


Wednesday 4 July 2012

VIDEO KLIP YAB PM TERSEBAR DI YOUTUBE???



MNK tak tahu nak kata apa lah...speechless!!! You all tengok lah sendiri. Siap background guna lagu favourite dia pulak tu... Najib Oh Najib!!! Apa dah Jadi? Ingatkan Anwar jer ada video kat youtube. Rupanya ada jugak.....

Nah saksikanlah sendiri...


Link Youtube...



Tuesday 3 July 2012

SELANGOR !! AHLI MAJLIS PBT BERPESTA "GERUDI" D JAKARTA?


Jakarta Nite Life

Belum reda isu desakan pecat Faekah dan pemberhentian Rafizi di pejabat penasihat ekonomi...kini ada satu lagi isu bisa gegarkan kerajaan Selangor di bawah Khalid Gagap - Sam ketot!

Baru-baru ini Sam ketot telah disponsor oleh 2 ahli majlis dan 1 kontraktor merangkap taukeh cybercafe judi internet sama2 ke Jakarta! kenapa sam ketot sering ke Jakarta? padahal Anwar aljuburi sendiri pun dah kurang ke Jakarta.

2 ekor ahli majlis yg sponsor Sam ketot ini adalah ahli majlis yg baru dilantik Khalid Gagap tak sampai sebulan! hebat tak hebatlah elaun sebagai ahli majlis bagi bulan pertama pun belum dapat tapi dah mampu bawa Sam ketot ke Jakarta! disahkan duduk di hotel 5 bintang!

Sekor ahli majlis MBPJ yang namanya Azman Yusof khabarnya belum angkat sumpah lagi dah merayau satu MBPJ dgn menjaja jawatan politiknya melobi projek dgn drp pengarah dan timbalan datuk bandar! bukan tu shj si Azman ni pun awal-awal dah lantik tukang pengutip ufti di kawasan Sunway dan Mentari!

So, tak heranlah kalau mamat ni boleh usung Sam Ketot tiap-tiap minggu ke jakarta! ada sekor lagi ahli majlis mps yg namanya Juzarim Isma. kisahnya sama elaun pertama belum rasa tapi nak celebrate Sam ketot punya pasal yg fight utknya jadi ahli majlis pun mampu kongsi bawa Sam ketot ke Jakarta!

Sam Ketot??

Bukan rahsia lagi bawah jajahannya ni banyak pasar2 malam, rumah urut, kedai judi online dan yg special sekali kilang haram! apa lagi collect la...alasan? bos aku Sam ketot mau ke Jakarta! apa nak jadi dgn Sam ketot ni hingga memerah budak2 ahli majlis buat benda tak senonoh demi memuaskan nafsu bermewah di Jakarta!

Kalau nak tuduh UMNO rasuah, si 2 ekor ahli majlis yg baru angkat sumpah, elaun pun belum dapat tapi mampu usung Sam ketot ke Jakarta duduk hotel 5 bintang tidakkah penuh dgn 1001 rasuah!

Kiriman Emel Kakitangan MBPJ
 
Gomo tidak tahu apa yang Shamsul Iskandar Ketua AMK lakukan di Jakarta tetapi pastinya ianya merupakan satu urusan peribadi. Urusan Peribadi kerana sudah berbini dua kata orang? Ntah benar atau tidak adalah elok jika Sam Ketot sahaja jawap berhubung pekara ini.

 
Ahli Majlis MBPJ

Berkenaan dengan perbelanjaan Sam Ketot ke Jakarta yang ditanggung oleh ahli majlis MBPJ itu Gomo tidak mahu mengulas panjang kerana kita semua tahu sejak Pakatan PAS,PKR,DAP mengambil alih Kerajaan Selangor banyak rumah Pelacuran, Urut , Pusat Judi wujud dalam meraih untung yang disalurkan buat pemimpin Pakatan Selangor. Jadi perbelanjaan Sam Ketot ke Jakarta yang disponsor oleh dua Ahli Majlis MBPJ bukanlah satu pekara yang pelik sama sekali.

 
SUMBER PAPAGOMO 

TQ Papa Gomo & AAJK 


Gombak!!! Gempur!!!

SELANGOR SCANDAL 1 BILLION - KHALID GAGAP BUKTI KEPAKARAN KOPARAT BELIAU???


Luar biasa dan mengejutkan! Tan Sri Khalid Ibrahim - anda benar-benar cemerlang. Talam Corporation Bhd yang dimiliki oleh Tan Sri Chan Ah Chye berhutang negeri Selangor RM392 juta tetapi melalui kecemerlangan dan kepakaran koparat anda, kerajaan Selangor Pakatan Rakyat kini berhutang kepada kroni  Tan Sri Chan Ah Chye.

Apakah hubungan istimewa anda dengan Tan Sri Chan Ah Chye ini?

Cube beri penjelasan bagaimana yang pada awalnya bahawa Talam Corporation yang kepunyaan Tan Sri Chan Ah Chye berhutang kepada kerajaan negeri sebanyak RM392 juta namun kini atas kebijaksanaan Khalid Gagap ianya telah menjadi RM1 bilion - Tetapi yang peliknya dan perbezaannya adalah bahawa kerajaan negeri kini berhutang kepada Tan Sri Chan Ah Chye dan bukan sebaliknya!

Apa yang berlaku ini "reversed" kan pemiutang ini adalah hasil dan merupakan satu langkah cukup bijak dan licik yang terancang dalam apa yang boleh diklasifikasikan sebagai "penipuan dan pengaburan korporat"  abad ini.

Tiga Syarikat GLSs yang dimaksudkan iaitu Universiti Selangor dan Permodalan Negeri Selangor Bhd sebanyak RM277 juta, dan SAP Holdings Bhd RM115mil, anak syarikat Kumpulan Hartanah Selangor jumlah keseluruhan RM 392 juta tetapi mereka tidak mendapat satu sen pun dari Chan Ah Chye. Maknanya hutang RM 392 juta kepada mereka belum berbayar.

Anda memberitahu orang yang mengundi kerajaan negeri PR ke tampok kuasa yang anda perbodohkan bahawa Unisel tidak mempunyai wang dan perlu untuk menjual aset-aset UNISEL. Mereka sudah tentu percaya semua yang anda beritahu mereka.

Portal ini telah lama mendengar cerita urus niaga yang melibatkan urus niaga tanah yang telah membawa berjuta-juta ringgit kepada Khalid Ibrahim dan Chan Ah Chye.

Kami telah dimaklumkan bahawa Menteri Besar telah menggunakan wang kotor ini untuk membeli sebuah banglo yang berharga berjuta-juta pound di bahagian yang berprestij dan mewah di Central London. Kami mencabar MB untuk menafikan atau menyangkal kenyataan ini!


Gambar Hiasan
Rumah teres Di Central London - Pada Pasaran Untuk GBP 100 Juta
Pandangan am 10 Belgrave Square, sebuah rumah teres enam tingkat yang telah diletakkan harga untuk dijual sebanyak 100 juta GBP pada 15 April, 2009 di London, England. Rumah tersebut dimiliki oleh seorang pemaju Lubnan Musa Salem dan ianya mempunyai keluasan lebih daripada 21,000 kaki persegi.
KLIK SINI!!!

Super kroninya Chan Ah Chye pula telah cuba untuk mengubah dirinya menjadi seorang "Super Kudus",  mengubah syarikatnya yang sudah bankrap  itu kepada Trinity Corporation Bhd dalam susah untuk mengaburi orang ramai.

Sudah tiba masanya Badan Pencegah Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia  menyiasat dakwaan-dakwaan yang dibangkitkan oleh salah seorang pemimpin Parti MCA yang juga ahli Parlimen Labis iaitu Chua Tee Yong ini kerana ia melibatkan wang pemegang saham biasa dan rakyat yang mempunyai saham daripada ketiga-tiga GLC ini malah ada GLC ini yang yang tersenarai awam.

Skandal ini lebih mengejutkan Penasihat Ekonomi Selangor iaitu Anwar Ibrahim akan tetapi beliau memberitahu kita dia tidak mengetahui apa apa dan berada dalam kegelapan soal perkara ini.

Pemimpin DAP termasuk Teresa Kok dan Ronnie Liu juga perlu bertanggung-jawab juga kerana mereka yang terlibat dalam meluluskan bajet Tambahan, meluluskan geran sebanyak RM392 juta kepada Menteri Besar Incorporated on Nov 9, 2009. Atau mereka begitu bodoh dan mereka tidak tahu apa yang telah mereka luluskan? Adakah Hannah Yeoh pula terlalu sibuk dengan perkara remeh-temeh seperti Facebook beliau? Terdapat 13 melaun DAP di dalam sana....

Terjemaahan daripada Stop The Lies. Baca versi English dan selanjutnya di Klik Sini...

TQ Stop The Lies
Note MNK: Macam magic daripada berhutang dengan kerajaan Negeri Selangor RM 392 juta boleh terbalikkan Kerajaan Negeri pulak berhutang 1 billion??? Hebat Kerajaan Negeri Selangor bawah pentadbiran Pakatan Rakyat ni....

Gombak!!! Gempur!!!


Monday 2 July 2012

SKANDAL 1 BILLION KERAJAAN NEGERI SELANGOR PAKATAN RAKYAT AKAN TERBONGKAR???



Satu skandal RM1 bilion melibatkan kerajaan Selangor Pakatan Rakyat, sebuah syarikat yang disenaraikan dan penyalahgunaan wang rakyat bakal dibongkarkan.Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong menyatakan menerusi beberapa tulisannya di Twitter mengenai kontroversi itu pada Ahad bahawa beliau akan mendedahkan “skandal yang melibatkatkan penyelewengan dan urusan bernilai RM1 bilion”.Chua berkata,beliau menerima maklumat mengenai urusan yang tersembunyi di sebalik transaksi yang merumitkan.Beliau berkata,urusan itu antara lain berkaitan dengan pemindahan aset,taktik penstrukturan semula dan pelaksanaan korporat Baca Selanjutnya...:

TQ Badut Rakyat


Gombak!!! Gempur!!!

MENGAPA MB SELANGOR TETAP BERDEGIL PERTAHANKAN...???



Masa adalah senjata ampuh untuk mendedahkan belang ahli politik. Masa membawa cabaran tersendiri yang menguji sama ada ahli politik terbabit akan mengotakan janji atau setakat bersifat retorik sahaja.

Masa yang dimaksudkan itu telah sampai untuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim …tetapi berlalu begitu sahaja tanpa Menteri Besar Selangor itu mengambil sebarang tindakan untuk menyiasat perilaku Setiausaha Politiknya Faekah Husin.

Faekah menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar untuk menulis dan mencadangkan kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) supaya melantik firma anak saudaranya sebagai panel peguam kepada syarikat kerajaan negeri itu. Baca Selanjutnya....



TQ MatKilau Penang.

Gombak!!! Gempur!!!

PEKUNG PKR SELANGOR TERBUKA SATU PER SATU.....


Skandal RM1 Bilion Kerajaan Selangor Serius PKR TUDUH DAP...DAP TUDUH PAS..PAS TUDUH PKR...SENANG CERITA BAGI KERAJAAN BN DAN UMNO MEMERINTAH BARU SELESAI....HA HA HA.

PETALING JAYA, 2 Julai - Koordinator Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, Pakatan Rakyat perlu menjelaskan kepada rakyat kenapa aset yang dimiliki oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan telah menyusut.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong menyatakan menerusi beberapa tulisannya di Twitter mengenai kontroversi itu pada Ahad bahawa beliau akan mendedahkan “skandal yang melibatkan penyelewengan dan urusan bernilai RM1 bilion”.


TQ Melayu Berwawasan.

Gombak!!! Gempur!!!

Sunday 1 July 2012

PEMIMPIN BN GOMBAK SETIA TEPATI CITARASA ANAK MUDA!!!



Berakhir sudah demam Euro 2012 awal pagi tadi apabila pasukan Spain telah menewaskan pasukan Italy dengan 4 - 0 seterusnya mejadi pasukan pertama yang memenangi 3 kejohanan besar berturut-turut dan dalam masa yang sama pasukan pertama yang berjaya mempertahankan Kejuaraan Eropah. Dengan berakhirnya kejohanan Euro 2012 ini juga maka berakhirlah  siri-siri mata lebam dan bengkak di pejabat atau tertidur didepan komputer atau waktu bekerja anak-anak muda yang sanggup bercekang mata menyaksikan perlawanan-perlawanan pasukan pilihan mereka pada awal pagi antara jam 2.45 pagi hingga 4.30 pagi.


Atas kegilaan bolasepak yang begitu mendalam pada anak-anak muda khususnya anak muda Rantau Gombak, maka Penyelaras BN DUN Gombak Setia iaitu Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad mengambil langkah bijak dan pendekatan yang boleh dikatakan "out of the box" apabila menganjurkan 3 siri program "Nonton Bola Dun Gombak Setia" di perkarangan Pejabat Penyelaras Barisan Nasional DUN Gombak Setia.

Bermula dengan Perlawanan Kumpulan di antara France menentang Ukraine pada 15/06/2012. Baca Selanjutnya..... 

Kemudian Germany menentang Italy pada 29/06/2012 dan kemuncaknya Final Euro 2012 pada 02/07/2012 ini.


Anak muda Rantau Gombak bukan saja diraikan dengan diberi kemudahan untuk menonton secara live perlawanan Euro pada layar besar tetapi mereka juga di sajikan dengan jamuan seperti nasi lemak serta "free flow" teh o dan kopi o untuk menghilangkan rasa mengantuk ketika menonton perlawanan tersebut. Disamping itu pada siri 1 dan siri 2 telah diadakan cabutan bertuah yang mana hadiah utama berupa 2 helai jersey pada pada setiap siri telah diberikan pada para pemenang hadiah-hadiah utama yang bernasib baik.

Pada kali ini untuk Perlawanan Final ini pula lebih banyak hadiah utama dan lebih banyak acara telah disediakan. Sebelum sepak mula perlawanan akhir Euro ini telah diadakan 2 pertandingan yang terbuka kepada sesiapa sahaja. Pertama Pertandingan Timbang Bola dan kedua Pertandingan Sepak Berliku. Untuk Pertandingan Timbang Bola para peserta akan menimbang bola dengan apa cara sekali pun dan kiraan timbangan terbanyak akan menjadi johan. Manakala Pertandingan Sepak Berliku pula para peserta dikhendaki untuk menjaringkan gol secara sepakan leret yang mana bola tersebut terpaksa mengharungi laluan yang berliku dan struktur tanah yang tidak rata sebelum sampai ke pintu gol kecil. Siapa yang dapat menjaringkan gol pada cubaan pertama akan lepas ke saringan seterusnya dan pada saringan kedua, jaringan terbanyak akan dinobatkan sebagai juara. 


Namun acara kemuncak iaitu cabutan bertuah adalah acara yang amat mendapat perhatian para anak muda dan merupakan acara yang dinanti- nantikan kerana hadiah utama berupa "Boot" Bola jenama Adidas Predator yang terbaru menjadi rebutan disamping beberapa helai jersi pasukan-pasukan ternama liga Perdana Inggeris.

Kesimpulannya Penyelaras Barisan Nasional Dun Gombak Setia menepati cita rasa anak muda Rantau Gombak Utara dengan menganjurkan program yang anak muda minati dan gemari seperti ini apabila hampir 80 orang anak muda rantau berkumpul pada malam final ini bermula jam 1.30 pagi hingga jam 5.00 pagi walaupun pada hari bekerja. Rata-rata dikalangan anak muda rantau Gombak ini wujud keakraban dan perpaduan serta silahturrahim yang erat diperlihatkan pada pagi tadi melalui acara-acara yang di anjurkan dan sorakan serta gurau senda sewaktu menonton perlawanan akhir Euro 2012 ini. Tahniah dan Syabas kepada Penyelaras Barisan Nasional Dun Gombak Setia serta ahli jawatankuasa penganjur program "Nonton Bola Dun Gombak Setia" kerana telah berjaya membuktikan Barisan Nasional lah pilihan anak muda rantau Gombak....

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!