FOLLOW ME

JOM SAKSI KOLEKSI VIDEO GOMBAK!!! GEMPUR!!!

Loading...

Sunday, 24 February 2013

SENARAI PEMBELI DATUM JELATEK DI DEDAHKAN ?


Projek megalomania DETUM JELATEK telah membuktikan tentang KEJAHATAN PAKATAN RAKYAT Selangor yang diterajui oleh Azmin Ali dan Khalid Ibrahim dalam MENGHAPUSKAN Melayu-Bumiputera dari kawasan bandar selain menjual semua PUSAKA Melayu-Bumiputera kepada warga asing.
DETUM JELATEK yang mengandungi empat menara bangunan, dikatakan oleh Pengurus Perhubungan Awam PKNS kononnya tidak dapat dijual walau satu unit pun.

Sedangkan, dua menara iaitu Menara A serta C telah pun dibeli oleh warga Singapura secara pukal. Mengapa agaknya Azmin Ali mengarahkan Pengurus Perhubungan Awam PKNS menipu?

DATUM JELATEK - KERAJAAN PAKATAN SELANGOR LEBIH UTAMAKAN RAKYAT SINGAPURA BERBANDING ANAK SELANGOR


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor terus membuat kejutan demi kejutan dengan pelbagai konflik dalaman yang melanda pertubuhan itu serta pengumuman projek tidak masuk akal sejak Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kerajaan Selangor pada 2008.

Terdahulu pergolakan PKNS berlaku apabila buat kali pertama dalam 44 tahun penubuhan kesatuan tersebut, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim melantik dari kalangan bukan Melayu, Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar pertubuhan tersebut. Lantikan ini mendapat pelbagai bantahan dari ramai pihak terutama rakyat selangor.

Wednesday, 20 February 2013

PRU 13 BANGSA MELAYU CONFIRM TERGADAI?

Satu persoalan bermain diminda semua orang yang mengikuti perkembangan politik tanahair. Apakah kemenangan akan memihak kepada UMNO yang menunjangi Barisan Nasional ataupun DAP yang menguasai Pakatan Rakyat. Kita tahu sekiranya Barisan Nasional diberi kepercayaan dan mandat oleh Rakyat pada PRU13 nanti maka Plan Transformasi yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri akan terus dilaksanakan untuk memanfaatkan dengan lebih luas kebajikan rakyat dan kemakmuran negara. Bukti jelas ada didepan mata dimana negara dibawah kepimpinan Y.A.B Dato' Seri Najib yang hanya baru 4 tahun selaku Perdana Menteri telah berjaya membawa pelbagai transformasi yang telah mula membuahkan hasil yang jelas dapat dilihat. Tetapi apa pula akan terjadi sekiranya Pakatan Rakyat pula yang menang? Apakah akan jadi dengan nasib orang melayu di Malaysia ini?

Untuk mengetahui lebih lanjut Jom kita hadir ke Program Ceramah

Tajuk Ceramah : " Pilihanraya Umum Ke-13 Bangsa Melayu "Confirm" Tergadai?"

Lokasi                   : Jalan SG 9/25,
                               Taman Seri Gombak,
                               Batu Caves 

Tarikh                    : 23/02/2012 (Sabtu ini) 

Masa                     : 8.30 malam

Penceramah          : Muhd Zahid Mat Arip (Mursyidul Am Tibai)
                                Abdul Ghani Harun (Bekas Tahan ISA)
                                Dato' Kaharudin bin Momin (Penasihat 
                               Persatuan Ikatan Kebajikan Minangkabau 
                               Malaysia) 
             

Semua di jemput hadir!!!!!

Gombak!!! Gempur!!!

Monday, 18 February 2013

DATUM JELATEK - PENDUDUK KERAMAT BERI INGATAN TRAGEDI 13 MEI KEPADA REJIM PAKATAN SELANGOR


Bapa MNK selalu cerita tentang bagaimana pengorbanan dan semangat kental Pemimpin UMNO yang terdahulu mereka yang merupakan nasionalis Melayu. Orang Melayu Anak Selangor memang berjiwa besar, mereka rela tanah mereka dikongsi bersama dengan anak Melayu lain dari negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak, Kelantan Pahang Johor dan lain lain. Itulah kerana ingin Melayu turut menikmati pembangunan dan serpihan ekonomi hasil pembangunan bandar-bandar terutama ibukota, maka Pemimpin UMNO  Selangor yang cukup terkenal ketika itu Datuk Harun Idris membuka kampung-kampung baru seperti Kampung Pandan, Kampung Ampang, Keramat, Gombak dan menjemput orang Melayu dari seluruh semenanjung dan diberikan sebidang tanah untuk mereka duduki. Kemudian disambung pula dasar tersebut oleh penyokong dan pengikut yang rapat dengan Datuk Harun dan berpeluang menjadi wakil rakyat atau Exco Kerajaan Selangor. Mereka ini yang berjuang bersama-sama Datuk Harun terus melaksanakan agenda ini.

Sunday, 17 February 2013

VIDEO RAMLI SARIP VS DATUK MEGAT ZULKARNAIN - SHOWCASE ANAK MUDA


Ramli Sarip atau lebih dikenali dengan Papa Rock Malaysia memang hebat, apatah lagi dengan suara rock yang unik beliau punyai dan pengalaman selama lebih 30 tahun dalam persada musik tanahair dalam genre rock tidak dapat di sangkal akan gelaran yang telah diberikan kepada beliau selaku Papa Rock Malaysia. Lagu-lagu beliau yang lebih berbentuk mirip puisi dan sajak dengan lyric-lyric yang mendalam ertinya dan juga cenderung dengan lyric rock kutahanan amat menyentuh kalbu.  Namun begitu semalam lahir seorang penyajak yang tidak kurang hebat bisanya, Penyajak baru tanahair ini telah mendeklamasikan sajakhasil nukilan khas buat program semalam tidak lain dan tidak bukan adalah Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Penyelaras BN Parlimen Gombak merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak.

Tuesday, 12 February 2013

VIDEO AMRI YAHYA DI GOMBAK....PROGRAM IKON BOLASEPAK.

Pada tanggal 10/02/2013 merupakan hari istimewa buat peminat-peminat bolasepak tanahair di Parlimen Gombak dan juga pemain-pemain pasukan bolasepak sekitar Parlimen Gombak dimana bintang bolasepak Pasukan Harimau Malaya dan juga Pasukan Selangor Amri Yahyah telah bertandang dan meluangkan masa sambil beramah mesra serta berdialog dan memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak muda dan adik-adik di Parlimen Gombak. Disamping Amri Yahyah, bintang bolasepak tanah air era awal tahun 2000 iaitu Rusdi Suparman juga turut hadir didalam Program Ikon Bolasepak Malaysia Parlimen Gombak.

Tidak kurang 250 orang yang melibatkan 6 pasukan jemputan dan orang ramai telah bertandang dan tidak melepaskan peluang bergambar serta mendapatkan "autograf"  kedua-dua bintang bolasepak tanahair ini. Sesi soal jawab dan berdialog berkenan sukan bolasepak juga turut diadakan. Program yang di anjurkan oleh Badan NGO Pertubuhan ALUMNI Kelab-kelab UMNO Luar Negara dengan kerjasama Pemuda BN Gombak dan NRC 11 ini merupakan julung-julung kalinya diadakan dan Gombak merupakan perintis program seumpama ini.


Walaupun Amri Yahyah hebat didalam padang namun beliau agak pemalu dan amat merendah diri orangnya dan apabila di jemput untuk berucap beliau agak kekok sedikit namun pujian MNK berikan kepada beliau yang tidak mahu menghampakan para peminat yang hadir, beliau tetap memberi ucapan dan menceritakan bagaimana bermulanya karier bolasepak beliau yang mana beliau mula bermain bola semenjak umur 8 tahun dengan menggunakan kasut getah, bukan kasut bola kerana tidak mampu hendak beli boot bola ketika itu. Jelas kata-kata beliau merupakan satu inspirasi buat adik-adik yang hadir malam itu kerana jelas kata perangsang dan contoh untuk berjaya dalam sukan bolasepak ini tidak semestinya memerlukan kelengkapan yang mahal-mahal dan berjenama terkemuka, tapi yang penting ialah keazaman dan semangat yang bersungguh serta berdisiplin. Yang buat MNK bangga ialah Amri turut menasihati adik-adik yang hadir yang paling utama ialah pelajaran. Jangan abaikan pelajaran dan perlu belajar bersungguh-sungguh.


Manakala Sdr Rusdi Suparman pula menasihati adik-adik yang hadir agar menghindarkan diri dari menghisap rokok kerana jelas terbukti perbezaan antara pemain bolasepak yang merokok dan tidak merokok bila diberikan ujian "endurance" nyata mereka yang tidak merokok akan berjaya menjalani ujian endurance ini dengan jayanya berbanding dengan mereka yang merokok. Jadi kalau nak jadi pemain bolasepak yang baik dan bagus sudah pasti adik-adik harus jauhkan diri dari merokok. Ini satu nasihat dan kata perangsang yang tepat dan pasti berkesan kepada adik-adik kerana datangnya dari bintang bolasepak negara.


Diakhir program 6 pasukan sekitar Parlimen Gombak telah disumbangkan dengan set jersey bolasepak dan disampaikan oleh Datuk Kamarul Rashdan selaku Timbalan Pengerusi Pertubuhan ALUMNI Kelab-kelab UMNO Luar Negara  yang mewakili Datuk Ahmad Maslan selaku Pengerusi Pertubuhan ALUMNI Kelab-kelab UMNO Luar Negara merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri  yang tidak dapat hadir atas tugas-tugas lain. Kedua-dua bintang bolasepak negara ini juga turut menyampaikan set jersey kepada pasukan-pasukan tersebut dan sudah pasti ianya akan menjadi satu sejarah buat pasukan-pasukan ini dan juga sejarah bolasepak Gombak dimana mereka ini telah diberikan jersey dari tangan pemain-pemain terkemuka bolasepak negara dari dua era berbeza.

Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu Datuk Hj. Megat Zulkarnain selaku Penyelaras BN Parlimen Gombak merangkap Ketua Pemuda UMNO Gombak dan juga Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad selaku Penyelaras BN DUN Gombak Setia merangkap Timbalan Ketua Bahagian Gombak dan juga Timbalan Pengerusi Pertubuhan ALUMNI Kelab-kelab UMNO Luar Negara Datuk Kamarul Rashdan.


Terima kasih MNK ucapkan kepada kedua-dua Penyelaras BN ini kerana telah hadir dan meluangkan masa yang cukup lama walaupun sepatutnya perlu meninggalkan majlis lebih awal kerana dalam masa yang sama Timbalan UMNO Perhubungan Negeri Selangor Dato' Seri Noh Omar hadir dalam satu lagi program yang lain di Hulu Kelang namun kedua-dua tokoh ini tetap meluangkan masa bersama anak-anak muda pada malam itu di Program ini. Begitu juga kepada Datuk Kamarul Rashdan selaku Timbalan Pengerusi Pertubuhan ALUMNI Kelab-kelab UMNO Luar Negara tetap meluangkan masa dan hadir ke program ini walaupun ketika dan saat itu Nenda beliau sedang tenat di Hospital Sungai Buluh, beliau tetap hadir setelah berada seharian di Hospital Sungai Buluh menemani Nenda beliau. Didoakan semoga nenda Datuk Kamarul Rashdan segera sembuh dari segala penyakit.


Tidak lupa kepada para-para petugas dan para-para sahabat yang membantu dan berusaha serta melaksanakan tanggung-jawab masing-masing untuk menjayakan program ini diucapkan terima kasih dan percayalah usaha kita semua ini adalah sedikit sumbangan kita kepada anak bangsa untuk memastikan nasib mereka terbela di negara kita ini dibawah pemerintahan yang sedia ada. Pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional.

Gombak!!! Gempur!!!



Saturday, 9 February 2013

AMRI YAHYA TURUN GOMBAK!!!


Buat julung-julung kali satu program telah dianjurkan oleh Alumni Kelab Umno Luar Negara bersam dengan Pemuda BN Gombak dan NRC11 untuk belia khususnya pasukan-pasukan bola dan pemainnya serta mereka yang minat sukan bolasepak. Para peminat Amri Yahyah dan penyokong pasukan Harimau Malaysia berpeluang untuk mendekati dan berdialog dengan pemain negara tersebut. Program Ikon Bolasepak Malaysia Parlimen Gombak ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada anak-anak muda yang mempunyai minat mendalam dalam sukan bolasepak dan mereka berpeluang untuk bertanya sendiri kepada Amri tips serta pengalaman pahit manis yang Amri perlu harungi sebelum dapat menyarung jersi Pasukan negara dan bergelar sebagai pemain Harimau Malaya...

Jom  hadir beramai-ramai dan jangan lepaskan peluang ini.


Program Ikon Bolasepak Malaysia Parlimen Gombak. 
Tarikh: 10hb Feb 2013

Masa: 9.30pm
Tempat: Padang Bola, Taman Greenwood. Gombak

Ikon Jemputan: Amri Yahyah & Rusdi Suparman

Harap sebarkan kepada rakan2. 



Gombak!!! Gempur!!!



Friday, 8 February 2013

WE LOVE U PM

The coolest PM and when he said transformation, he really means it. Just look at this video, i bet we never imagine this. 


Monday, 4 February 2013

VIDEO: TAK SAMPAI 20 ORANG HADIR CERAMAH UMNO CAWANGAN SUNGAI CHINCHIN DUN GOMBAK SETIA?

Rakyat Selangor khususnya di Gombak telah meluat dengan Pakatan Rakyat yang di pimpin oleh Parti DAP di Selangor ini. Rakyat telah merasakan keperitan dan kesengsaraan dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor selama 4 tahun lebih sudah mula berpaling arah kepada Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO. Ini jelas kelihatan di program Ceramah dan Penerangan Isu semasa di Kampung Sungai Chinchin yang telah diberikan oleh Tan Sri Badruddin Amiruldin yang merupakan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia. Turut memberi ucapan dan ceramah pendek sebelum memberi ruang dan masa yang secukupnya kepada Tan Sri Badruddin ialah Dato' Haji Kaharudin Momin mantan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan juga Ketua UMNO Cawangan Sungai Chinchin.

WAJIB BACA!!!