FOLLOW ME

JOM SAKSI KOLEKSI VIDEO GOMBAK!!! GEMPUR!!!

Loading...

Wednesday, 27 March 2013

AZMIN ALI AKAN LARI TINGGALKAN PARLIMEN GOMBAK???

Dikhabarkan khabar angin yang berlegar dikedai kopi di sekitar Gombak ini mengatakan Azmin Ali Ahli Parlimen Gombak Pakatan Rakyat akan lari dan tidak bertanding di Parlimen Gombak. Sejauh mana benar khabar angin ini MNK tidak dapat memastikan namun setelah melihat Gelombang Biru anak muda dan Pemuda UMNO Bahagian Gombak sewaktu pelancaran jentera Pemuda BN Parlimen Gombak tempoh hari, memang tidak dinafikan begitu hebat dan jangankan Azmin Ali, boss dia si Anwar tu pun akan fikir dua tiga kali untuk bertanding di Parlimen Gombak ini.

Apatah lagi sewaktu membaca ikrar sumpah taat setia Pemuda BN Gombak ini yang diketuai sendiri oleh Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin  Tan Sri Omardin iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak merangkap Penyelaras BN Parlimen Gombak dan juga Pengarah Jentera BN Parlimen Gombak ada menyatakan ikrar dans sumpah taat setia kami, Pemuda BN Gombak untuk berjuang dengan ikhlas dan bekerja dengan jujur yang mana bagi MNK merupakan kunci kepada kelancaran gerak kerja jentera di mana mana Parlimen.

Dengan sumpah ini bagi Pemuda BN Gombak walau siapa sekalipun calon hatta sekiranya ditakdirkan oleh Allah bukan insan yang kami harapkan sekalipun kami Pemuda BN Gombak akan terus berjuang dengan ikhlas dan bekerja dengan jujur untuk memastikan tanggung-jawab yang di amanahkan kepada Pemuda akan dilaksanakan sebaik mungkin dalam usaha membantu untuk memenangkan Calon Barisan Nasional pada PRU -13 nanti di kerusi-kerusi di Parlimen Gombak.

Jom saksikan VT ini...


Gombak!!! Gempur!!!

Note MNK: Harap-harap Ketua kami yang malafazkan ikrar ini tetap di hati Big Boss kerana dihati kami compom....
Alhamdullilah terlibat dalam detik bersejarah ini.  24/03/2013  5.25pm Lafaz ikrar

Monday, 25 March 2013

DS HISHAMUDDIN LANCAR JENTERA PEMUDA BN GOMBAK ATAS SEMANGAT GOMBAK!!!! GEMPUR!!!


Perlancaran jentera Pemuda BN Parlimen Gombak pada tanggal 24/03/2013 yang lalu oleh Dato'  Seri Hishamuddin Menteri Kementerian Dalam Negeri yang juga merupakan Naib Presiden UMNO adalah atas semangat Gombak!!! Gempur!!!.... 

Jom Saksikan Vt ini...


Note Mnk: Speechless... Just GOMBAK!!!GEMPUR!!!!

Sunday, 24 March 2013

VIDEO ANWAR PENING TAK JADI TANDINGI KERUSI GOMBAK...?

Anwar Ibrahim pasti marahi Azmin Ali Ahli Parlimen Gombak kerana gagal mengekang kebangkitan Pemuda UMNO Gombak dan Pemuda BN Gombak kerana jangkaan awal para strategist Anwar bahawa beliau akan menang mudah di Gombak dan Parlimen Gombak ini dikatakan kerusi selamat untuk beliau tandingi meleset sama sekali apabila Pemuda UMNO Gombak dan Pemuda BN Gombak   Membuktikan bahawa mereka akan bangkit dan tentang habisan Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti. Ini jelas dapat kita lihat amaran Pemuda UMNO dan Pemuda BN Gombak pada pelancaran jentera Pemuda Gombak yang telah disempurnakan oleh Dato' Seri Hishamuddin Naib Presiden UMNO itu sendiri. Dalam ucapan pelancaran beliau, Dato' Seri turut mrnyatakan semangat yg Pemuda Gombak tunjukkan ini akan beliau bawa ke Sembrong. 

Dato Seri Hishamuddin juga atas semangat GOMBAK GEMPUR ini lah jua dan dengan lafaz Bismillah telah pelancarkan jentera Pemuda BN Gombak.

Jom kita saksikan Video ini....



Gombak!!! Gempur!!!

Friday, 22 March 2013

RIDERSHAVEN DI ASTRO FIESTA BELIA PARLIMEN GOMBAK



Salam 1Malaysia, Dgn segala hormatnya YBhg. Datuk Megat Zulkarnain, Pengerusi Pemuda BN Gombak menjemput Dato'/Datin/Tuan/Puan ke Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Gombak dr 22-24 Mac (Jumaat-Ahad) 9 pagi - 12 mlm  di Padang Hillcrest, Tmn Sri Gombak. Jom hadir beramai-ramai... 
Ridershaven pun ada...nak tahu apa itu jom pakat mai beramai-ramai....





GOMBAK!!!!GEMPUR!!!

Sunday, 17 March 2013

SATU LAGI INITIATIF PEMUDA UMNO GOMBAK DEKATI BELIA KAMPUNG.

Satu lagi initiatif Pemuda UMNO Gombak dalam usaha manarik sokongan golongan belia dan remaja terhadap Kerajaan Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihanraya ke -13 telah berjaya dilaksanakan dan mendapat sokongan yang begitu baik dari kalangan remaja kampung-kampung tradisi di dalam DUN Gombak Setia yang mana mereka ini tidak berparti dan merupakan dari kalangan pengundi atas pagar. Mereka lihat sepanjang 4 tahun Selangor khususnya dalam Parlimen Gombak tiada apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terhadap belia dan remaja di dalam Parlimen Gombak.

Yang benar-benar memberi perhatian terhadap belia dan remaja di Parlimen Gombak ini hanyalah kerajaan BN dan UMNO dan ini pastikan akan mereka ingat dan kenang dengan memberi undi kepada UMNO dan BN pada PRU 13 nanti. Tunggu dN lihat....


Gombak!!!Gempur!!!

Thursday, 7 March 2013

PAKATAN RAKYAT DUN GOMBAK SETIA TERDESAK TIADA SOKONGAN HADAPI PRU-13




Jelas kelihatan Pakatan Rakyat terdesak dan buntu kerana tidak mendapat sokongan rakyat DUN Gombak Setia sehinggakan terpaksa merayu orang ramai untuk menjadi sukarelawan jentera mereka. Mana pergi ahli-ahli parti atau ini samdiwara Pakatan Haram di Gombak ini. Kalau ini situasi sebenar  Pakatan Rakyat di Gombak maka peluang Barisan Nasional Parlimen Gombak untuk merampas kembali kerusi DUN dan Parlimen di Gombak amat cerah.



Ayuh kita perkemaskan jentera kita dan kita satukan hati untuk matlamat yang sama. Kita tawan kembali GOMBAK.....



GOMBAK!!!GEMPUR!!!

Tuesday, 5 March 2013

VIDEO DS ROSMAH PELAKON WANITA TERBAIK - LAHAD DATU...

Memang tak sangka hebat betul lakonan Datin Seri Rosmah berlakon dan wajar diberikan anugerah pelakon wanita terbaik kerana lakonan beliau untuk meraih simpati rakyat sewaktu menyampaikan ucapan berhubung dengan insiden pencerobohan Lahad Datu kematian beberapa anggota keselamatan negara. Lakonan perasaan sebak dan hiba di hati isteri pemimpin nombor satu negara memang hebat setiap kali mengenangkan nasib balu serta anak-anak anggota polis Komando VAT 69 yang maut dalam insiden tembak menembak di Lahad Datu.

Ataupun......

WAJIB BACA!!!