FOLLOW ME


Saturday 27 April 2013

VIDEO CALON BN DUN GOMBAK SETIA N17


Ini rupanya kerja calon BN DUN GOMBAK SETIA DATUK HAJI SAID ANUAR BIN SAID AHMAD....


GOMBAK!!!GEMPUR!!!

Friday 19 April 2013

MARI KENALI CALON BARISAN NASIONAL DUN GOMBAK SETIA N17

Kepada mereka yang mungkin pengundi Gombak yang menetap di luar kawasan Gombak tidak berapa mengenali beliau sekiranya mereka ini bukan anak jati Gombak, tetapi kepada anak jati Gombak atau mereka yang menetap di Gombak, nama Datuk Said Anuar Said Ahmad merupakan tidak asing lagi kerana beliau memang sepenuh masa berkhidmat di Gombak. Orangnya peramah dan mudah di ajak berbual dan senang didekati baik anak muda mahu pun yang tua. Loghat Minang beliau memang tidak dapat dipisahkan, ialah anak jati Gombak bersuku Minang.
 
Setelah berjaya dalam bidang perniagaan beliau telah terjun kedalam arena politik Gombak seawal usia lingkungan pemuda lagi  untuk mencurah bakti kepada orang kampong beliau di Batu 9 Gombak. Kemudian dek ketokohan beliau, beliau telah terpilih untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak. Seterusnya beliau bekerja dan mencurahkan bakti kepada rakyat di Gombak dan parti UMNO hingga lah kini beliau telah diamanahkan tanggung-jawab dalam kepimpinan UMNO Bahagian Gombak selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gombak.
 
Dilahirkan pada tanggal 9hb April 1962 dan merupakan salah seorang anak Gombak yang berjaya dalam bidang perniagaan sebelum menceburi bidang politik. Seorang yang amat menitik beratkan soal pendidikan dan ilmu, dan beliau walaupun dalam kesibukan dalam urusan perniagaan dan berkhidmat kepada rakyat dan UMNO beliau sempat menamatkan Ijazah Sarjana (master) di Universiti Islam Antarabangsa pada 2007.
 
Seterusnya beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan parti Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib Tun Razak untuk menjadi Penyelaras Pembangunan Pusat BN DUN Gombak Setia bermula dari 2008 hinggalah akhirnya nama beliau di pilih sebagai Calon Barisan Nasional DUN Gombak Setia N17 untuk Pilihanraya yang Ke-13 ini.
 
Nak tahu lebih lanjut pasal Calon BN DUN Gombak Setia (N17) Datuk Hj. Said Anuar bin Said Ahmad ini? Jom Saksikan VT ini dan jom Klik link-link dibawah ini.
 
 
MARI KENALI CALON BN DUN GOMBAK SETIA N17 PART 1
 
GOMBAK!!!GEMPUR!!! MARI KENALI CALON BN DUN GOMBAK SETIA (N17) PART 2
 
GOMBAK!!!GEMPUR!!! MARI KENALI CALON BN DUN GOMBAK SETIA (N17) PART 3
 
Gombak!!! Gempur!!!
 
 

Thursday 18 April 2013

INILAH YANG DIKATAKAN PEMIMPIN UMNO SEJATI....

Tinggal 1 hari lagi dan pastinya senarai nama-nama calon yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib untuk mewakili Barisan Nasional pada PRU13 untuk menentang petualang-petualang akan dimuktamadkan. Tiada lagi perubahan di saat akhir akan dibenarkan lagi. Selama seminggu ini juga lah tidak kurang hebatnya cerita mereka-mereka yang dulunya mengatakan soal siapa calon kita serahkan kepada kebijaksanaan YAB PM yang menentukan dan mereka akan sokong dan berjuang habis-habisan walau siapa calon yang PM pilih kini berubah sikap apabila nama sendiri yang mengidam nak jadi calon tidak terpilih. Apakah perjuangan kita untuk jawatan calon tersebut? Atau kita berjuang untuk memertabatkan kembali UMNO dan BN? 
 
Yang heran dah berpuluh tahun berjuang pun masih belum mengerti apa sebenar perjuangan itu hingga sanggup mengugut dan mendesak kepimpinan parti. Sanggup bermain tarik tali dan mencabar keputusan Yang Amat Berhormat Dato' Seri. Dimana nilai taat setia kita kepada parti. Bak kata orang putih. 
 
No matter how great we are, how good we are, no one can be above the Organisation.
 
Maknanya hebat mana pun kita namun kita tidak boleh berada lebih dari parti, matlamat kita tidak boleh berada atas daripada matlamat parti kita. Malah sehebat DS Najib pun beliau tidak boleh menjadi lebih tinggi dari parti. Matlamat DS Najib tidak boleh melebihi atau berada lebih atas dari matlamat parti. 
 
Mungkin masih ramai yang belum paham. Merasakan kepentingan parti berada dibawah kepentingan diri. Sekiranya kita bersikap begini apakah bezanya kita dengan Anwar? Apa bezanya kita dengan  mereka yang berada didalam PKR atau PAS? Dulu mereka ini juga memperjuangkan agama dan bangsa serta tanahair kini mereka mengadaikan segala-galanya. Kerana apa? Kerana mereka rasa agenda mereka berada atas dari agenda parti. Bila tak dapat apa dihajati mereka lompat parti atau buat parti sendiri. 
 
Tetapi tidak di Gombak. Di Gombak ini ada sorang anak muda, Datuk Megat Zulkarnain namanya. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak merangkap 4 tahun menjadi Penyelaras Parlimen Gombak. Berkerja keras siang dan dalam untuk rakyat dan dijangka calon top favourite secara logik akal jadi calon Parlimen Gombak menentang Azmin Ali. Anak muda vs anak muda. Namun nama tidak terpilih menjadi calon. Lemah lesu jentera Pemuda dibuatnya. Ramai rakan-rakan baik yang muda mahupun yang tua bertanya kenapa dan mengapa? Namun cuba lihat apa kata beliau di Majlis Pengenalan calon-calon BN di Gombak ini semalam....  Inilah contoh seorang pemimpin sejati. Inilah sifat pemimpin yang mampu merealisasikan transformasi. Ianya tidak boleh dibeli atau dipelajari kerana ianya hadir dalam diri dan sebati dengan hati dan nurani.... Tahniah kanda!!!


MNK Notes: Harap satu hari nanti MNK dapat contohi... dan menjadi ikutan dan budaya rakan-rakan dalam Pemuda satu hari nanti.

Gombak!!! Gempur!!!

IKRAR SUMPAH SETIA PEMUDA BN GOMBAK

Pembuka kata Bismillahirahman nir Rahim, Semboyan telah pun berbunyi, tiba masa kita menghadapi saat ujian yang maha getir iaitu PRU 13 yang mana ianya menentukan nasib bangsa dan agama kita. Apakah nilai perjuangan kita untuk agama bangsa dan tanahair ini boleh di ukur dengan wang ringgit, boleh dihitung dengan saat dan ketika atau di timbang dengan neraca? Apakah erti sebuah pengorbanan perjuangan kita?
 
Masih MNK ingat pantun Ulil Amri kita Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin.
 
Dalam Bahtera jangan ada dua nakhoda,
Akan hilanglah rindu dan kenangan,
Sungguh murni perjuangan Pemuda,
Ditegur boleh dicantas jangan,
 
Izinkan MNK nak tambah pantun diatas, memandangkan kini semboyan perang telah dibunyikan,
 
Dalam Bahtera mesti ada sorang nakhoda,
Membaca arah dilangit bulan dan bintang,
Siapa lah lagi kalau bukan Ketua Pemuda,
Dibarisan hadapan menentang petualang,
 
Jom saksikan VT Sumpah Ikrar Taat Setia Pemuda BN Gombak....
 
Gombak!!! Gempur!!!
 
 
IKRAR PEMUDA BN GOMBAK
KAMI,
PEMUDA BN GOMBAK,
ADA JIWANYA,
ADA WUJUDNYA,
ADA ASAS-ASAS JIWA DAN SEMANGATNYA,
KAMI PEMUDA GOMBAK,
 BERIKRAR,
AKAN BERUSAHA GIGIH,
MENCURAH TENAGA,
DAN KUDRAT YANG ADA,
MENYAMBUT SERUAN,
YAB PERDANA MENTERI,
MENGEMBELENG USAHA,
BAGI MEMASTIKAN,
KEMENANGAN MUTLAK,
BARISAN NASIONAL,
DI BUMI GOMBAK INI,
BERJUANG DENGAN IKHLAS,
BERKERJA DENGAN JUJUR,
UNTUK MASA DEPAN KAMI,
UNTUK PARTI,
KERANA HANYA BARISAN NASIONAL,
YANG MAMPU MENJANA KESEJAHTERAAN KAMI,
ITU JANJI DAN IKRAR TAAT SETIA KAMI,
KEPADA YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI,
DAN PARTI TERCINTA INI.
GOMBAK!!! GEMPUR!!!

WAJIB BACA!!!