FOLLOW ME


Saturday, 28 April 2018

Penamaan Calon Pru 14 DUN Gombak Setia N17

Nampak Hijau dan Biru Muda jer ingat Biru BN takde tadi rupanya ada sampai kebelakang....

Sekitar penamaan Calon Pilhanraya PRU14 bagi Parlimen Gombak P98, DUN Gombak Setia N17, DUN Hulu Kelang N18 dan DUN Sungai Tua N16.

#DMZ4GS


Wednesday, 25 April 2018

Senator Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin Calon BN DUN Gombak Setia (N17) PRU 14



“Ingat Megat. Kalau engkau nak jadi orang politik yang betul-betul jujur dan ikhlas dengan rakyat dan tidak buat benda-benda yang tak elok, restu seorang ibu dan sebagai bapak akan sentiasa bersama-sama engkau.“Tapi ingat, kalau engkau jadi ahli politik yang korup, salah guna kuasa, menyeleweng dan menipu rakyat maka masa itu kalau aku masih hidup, akulah orang pertama yang akan tentang engkau. Aku jadi musuh engkau nombor satu!”

Itulah pesanan dan amaran dari seorang ayah kepada anakanda beliau yang bernama Megat Zulkarnain kira-kira 20 tahun yang lalu ketika Megat Zulkarnain berumur 18 tahun dan baru nak berjinak-jinak dengan dunia perjuangan Umno di bumi Gombak ini. Namun kita harus ingat bahawa bukan sahaja ianya pesanan atau amaran dari seorang ayah kepada anak tetapi juga amaran dan pesanan dari seorang Mahaguru silat kepada anak muridnya.


Kita orang melayu amat berpegang teguh pada adat, adab kesopanan dan juga pantang larangannya. Bukan Melayu kalau kita ini tidak mempunyai pantang larang dan adab. Apatah lagi kalau kita dalam dunia persilatan. Diantara 9 putera dan puteri Allahyarham Tan Sri Omardin, Megat Zulkarnain lah yang paling dilihat mewarisi bakat dan minat yang begitu mendalam dalam dunia persilatan khususnya Silat Lincah ini. Sewaktu Allahyarham membesarkan Megat Zulkarnain  beliau telah mendidik dan mengajar Megat Zulkarnain dan menyediakan beliau untuk mewarisi dan meneruskan legasi Silat Lincah ini suatu hari nanti. Apabila Allahyarham melihat Megat Zulkarnain cenderung kearah pejuangan politik bangsa, lahir kerisauan dibenak Allahyarham Tan Sri Omardin siapakah dari kalangan putera dan puteri beliau yang satu hari nanti akan meneruskan khazanah bangsa Silat Lincah ini. Namun begitu kerisauan Allahyarham terhapus bila melihat puteranya Megat Zulkarnain dapat mengabungkan kedua-dua pejuangan ini iaitu pejuangan Silat Lincah dan pejuangan politik dalam satu pejuangan iaitu pejuangan bangsa.


Penulis sempat bersama dalam perjuangan dengan Megat Zulkarnain sewaktu beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak dan ketika itu saya amat terasa nilai pejuangan silat dan pejuangan bangsa yang dibawa dan diterapkan oleh Megat Zulkarnain kepada Pemuda UMNO Bahagian Gombak. Rata-rata pemuda UMNO Gombak ketika itu faham erti pejuangan bangsa.


Sekarang ini Megat Zulkarnain dapat buktikan pejuangan silat dan pejuangan bangsa tidak dapat dipisahkan dalam diri beliau. Megat Zulkarnain sekarang telah dilantik dan diberi kepercayaan oleh warga silat Lincah selaku Mahaguru Muda Silat Lincah bagi meneruskan perjuangan silat Lincah dan juga selaku Senator di Dewan Negara untuk memperjuangkan bangsa, agama dan negara.

Kini beliau YB Senator Datuk Hj Megat Zulkarnain bin Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin telah diberi ruang dan peluang untuk memperjuangkan bangsa, agama dan negara diperingkat yang lebih afdal bersesuaian dengan perwatakan beliau, jiwa beliau dan semangat serta keperibadian dan didikan beliau iaitu selaku Calon Barisan Nasional untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Gombak Setia N17 pada Pilihanraya ke-14 ini.


Harus kita ingat dan penulis percaya semua antara kita yang tahu sedikit sebanyak tentang persilatan pasti setuju bahawa seorang guru silat sudah pasti akan mengamalkan apa yang dia pelajari dalam persilatan beliau. Sudah pasti seorang guru silat akan mendidik anak murid silat beliau dengan apa yang telah beliau warisi dari mahaguru beliau.
YB Senator Datuk Hj Megat Zulkarnain bin Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin ini adalah Mahaguru Muda Silat Lincah.

Siapa itu guru silat?
Guru Silat

Guru silat yang beragama Islam hendaklah bukan terdiri daripada:

(a)   mereka yang melakukan perkara-perkara syirik, sama ada melalui perkataan, perbuatan atau iktikad. 
(b)   mereka yang melakukan maksiat/jenayah dan yang bertentangan dengan moral.
(c)   pemecah belah masyarakat.
(d)   Mereka yang mentafsir ajaran agama Islam mengikut hawa nafsu.

Jika seseorang guru silat hendak melibatkan diri dalam hal agama hendaklah mengetahui asas-asas agama Islam sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah seperti rukun Islam, rukun Iman, cara mengerjakan sembahyang dan sebagainya.
Guru silat dilarang memasukkan atau menggunakan unsur-unsur yang bercanggah dengan Islam seperti sihir dan ilmu kebal di dalam ilmu persilatan.

Sudah pasti YB Senator Datuk Hj Megat Zulkarnain bukan terdiri dari perkara diatas dan penulis yakin beliau merupakan calon BN yang tepat bagi kerusi DUN N17 Gombak Setia.


Pernah satu ketika sewaktu YB Senator Datuk Hj Megat Zulkarnain bertandang dan menziarahi Allahyarham ayahanda penulis Dato’ Haji Kaharudin bin Mo’min mantan Wakil Rakyat DUN N17 Gombak Setia merangkap EXCO kerajaan negeri Selangor beberapa bulan sebelum ayahanda saya pulang ke Rahmatullah menemui penciptanya ayahanda saya berpesan, kalau dah rezeki Megat suatu hari nanti jadi calon DUN Gombak Setia, ketika itu lah ayah rasa Gombak Setia dan Selangor akan kembali kepada zaman kegemilangan pemerintahan BN dan UMNO di era Allahyarham Datuk Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor dimana lahir ketika itu pemimpin-pemimpin UMNO berjiwa nasionalis dan memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira parti dan keturunan. Era di mana asal rakyat Gombak Setia, kita wajib bantu dan perjuangkan masalah dan nasib mereka. Ayah lihat ini ada dalam jiwa Megat….


InsyaAllah kalau diizinkan dan dikhendaki oleh Allah Subahanahu watalla…Megat Zulkarnain lah akan mewakili suara rakyat Gombak Setia di Dewan Rakyat selepas PRU14 ini nanti. Amminnnn.







Saturday, 29 November 2014

YB SOUND BLOGGERS OTAI???


Aduhaiiii... Terasa sungguh MN hingga terpanggil untuk menulis kembali.. Dan menyahut cabaran adik Nur Farhana Mohd Anuar untuk menjadi salah seorang YB di tanahair. Bukan yang berhormat tapi "Young Bloggers" seperti ucapan adik Nur Farhana. Sekarang ni jangan kita ingat YB nie hanya panggilan untuk Wakil Rakyat sahaja tapi pejuang rakyat di alam maya pun dah dipanggil YB. MN nie pun YB la Young Bloggers konon-kononnya la kan. Namun umur dah bukan Young lah cuma di dunia bloggers nie MN kira young sebab tak setaraf dengan otai-otai bolggers yang ada yang baik dari faktor umur di alam maya yang telah sekian lama berjuang dengan istiqamah mempertahankan UMNO dan pemimpinnya dari segala tomahan dan fitnah dari bloggers pembangkang atau menyerang pihak pembangkang dengan menceritakan perkara sebenar tipu daya serta perangai pemimpin-pemimpin pembangkang ini. Tak kurang juga yang menghebohkan kepada rakyat melalui alam maya kebaikkan dasar kerajaan dan aktiviti pemimpin-pemimpin UMNO untuk rakyat baik diperingkat national mahu pun di dearah masing-masing. 

Sunday, 8 September 2013

MASIH ADAKAH LAGI PEMIMPIN UMNO BERJIWA BESAR?



Seperti semua sedia maklum cabaran yang getir menanti kita dalam tempoh 4-5 tahun yang akan datang sebelum kita sekali lagi akan diuji sejauh mana kebersanan gerak kerja kita, khidmat kita dalam menjaga kebajikan, memberi khidmat dan memperjuangkan nasib rakyat.  Memandangkan MNK berbangsa Melayu MNK akan membicarakan khusus untuk bangsa Melayu dan wadah perjuangan Melayu Islam tidak lain dan tidak bukan hanyalah UMNO sebagai wadah perjuangan Melayu Islam yang satu. 

Untuk memastikan wadah perjuangan ini dapat di teruskan untuk 30-50 tahun sudah pasti parti UMNO perlu memiliki kuasa pemerintahan. Untuk itu PRU lah menjadi kayu pengukur keberhasilan kerja kita. Jelas faktor penentu kemenangan PRU ke 14 terdiri dari pengundi-pengundi muda dan sudah pastinya pengundi-pengundi baru. Mereka-mereka ini sekarang ini berada di tingkatan 5, tingkatan 6 yang dalam tempoh 4 tahun lagi akan layak untuk mengundi.

Tuesday, 3 September 2013

HARGA MINYAK NAIK


Kelmarin harga minyak naik. Ramai yang merungut termasuklah juga pemimpin Umno diperingkat bahagian-bahagian mahu pun cawangan. Mereka menyuarakan pandangan dan perasaan mereka tidak bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri menaikkan harga minyak. Walhal mereka lupa yang menaikkan harga minyak itu adalah kerana harga pasaran minyak dunia. Kerajaan  Malaysia hanya tidak manaikkan subsidi minyak dan masih mengekalkan subsidi minyak pada jumlah asal. Mereka lupa juga yang membuat keputusan itu adalah juga Presiden Umno mereka, khalifah mereka dan sudah pasti dengan perasaan berat beliau terpaksa mengumumkan perkara tersebut. Bukan suka-suka hati menaikkannya.

Dalam kita menuju kearah negara maju sudah pasti banyak perkara akan naik lagi dan ini baru  sedikit. Gaji akan naik, pendapatan per kapita akan naik, ekonomi akan naik, taraf hidup akan naik, kos sara hidup akan naik, barang akan naik, minyak akan naik. Jadi apakah kita sebagai penyokong Umno memainkan peranan kita ibarat pihak pembangkang yang mana jelas apa sahaja perkara yang kerajaan lakukan akan mereka politikkan demi menanam kebencian rakyat kepada kerajaan? 

WAJIB BACA!!!