Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
Wednesday, 31 October 2012
VIDEO: SIAPA ORANG UMNO?
Tuesday, 30 October 2012
INGATAN DS NAJIB KHAS UTK WANITA SAHAJA....
Harap semua wanita ambil perhatian dan ambil berat pesanan Dato' Seri Najib Tun Razak ini untuk kebaikkan anda semua. Jangan ambil remeh perkara ini kerana sekiranya anda ambil lewa dan ambil mudah perkara ini dan tidak mengambil tindakan segera sudah pasti akan mengundang bencana kepada diri anda dan keluarga anda. Alhamdullillah kita mempunyai Perdana Menteri yang begitu perihatin kepada rakyatnya tak kira golongan tua, muda, baik lelaki mahu pun perempuan. Jadi apa tunggu lagi selepas anda membaca perutusan dan ingatan Y.A.B Perdana Menteri kita ni MNK harap terus mengambil tindakan yang sewajarnya.....
Monday, 29 October 2012
VIDEO: PEMUDA UMNO SUNGAI CHINCHIN LAKSANAKAN KORBAN DS NAJIB TUN RAZAK
27/10/2012 - Pemuda UMNO Sungai Chinchin dan Belianya telah melaksanakan satu program yang agak istimewa dan buat julung-julung kalinya di adakan oleh Pemuda UMNO Cawangan di Bahagian Gombak ini. Apa yang menarik kerana Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak turut mengambil bahagian dalam program ini yang mana 4 ekor kambing telah di sumbangkan oleh beliau kepada Pemuda UMNO dan Belia Sungai Chinchin melalui Najib Razak Club 11 (NRC 11). Pada siang harinya terdiri semuanya dari kalangan Pemuda dan Belia kampung sekitar antara umur 18 tahun hingga 40 tahun melakukan ibadah korban mereka sendiri yang telah mengorbankan 2 ekor lembu dan 4 ekor kambing sumbangan Dato' Seri Najib Tun Razak itu tadi. 3 ekor kambing di laksanakan sebagai ibadah korban manakala 1 ekor lagi untuk majlis Santai dan BBQ Pemuda dan Belia pada malam harinya.
Sunday, 28 October 2012
VIDEO: ANGKARA PAS, ORANG MUDA SG. CHINCHIN LAKUKAN KORBAN SENDIRI.
27/10/2012 - Anak muda Sungai Chinchin yang jelek dengan permainan dan sikap ahli PAS dikampung telah bertindak untuk melaksanakan program korban mereka sendiri tanpa terlibat dengan korban yang dianjurkan oleh parti PAS atas nama Masjid. Senario ini adalah buat pertama kali berlaku di Kampung Sungai Chinchin yang mana kalau dahulunya tiada unsur politik berlaku sewaktu kerajaan negeri Selangor di bawah pemerintahan Barisan Nasional dan setiap kali Raya Haji program korban kampung ini amat meriah dan melibatkan sekurang-kurangnya 15 ekor lembu kerana Masjid menjadi pusat korban bagi penduduk Kampung Sungai Chinchin. Kali ini hanya 9 ekor sahaja.
Thursday, 25 October 2012
DATO SERI NAJIB RASA KECIL DIRI.....
Walau kadang-kadang kita tidak sedar dan kurang memahami bahawa walau pun beliau adalah Perdana Menteri Malaysia dan beliau adalah Presiden UMNO yang mana kalau nak di ikutkan beliau adalah orang yang paling berkuasa dalam Malaysia ini dalam hal-hal berhubung kait dengan UMNO dan Pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional ini tetapi disudut hatinya, beliau masih lagi seorang insan biasa dan manusia kerdil. Beliau sama macam kita semua mempunyai perasaan dan naluri. Tidak lari dari melakukan kesilapan dan tidak kurang pula mengidamkan serta mencari keredhaan Allah dan kebahagian di dunia dan di akhirat.
Wednesday, 24 October 2012
MALAYSIA LUBUK NIAGA KE-12 MENGIKUT LAPORAN BANK DUNIA
Laporan Bank Dunia melaporkan bahawa Malaysia menduduki tangga ke 12 sebagai negara paling baik untuk melakukan perniagaan atau pelaburan oleh peniaga antarabangsa. Sudah pasti penilaian ini berdasarkan kestabilan ekonomi, politik, keselamatan dan sebagainya di ambil kira termasuk kemudahan infrastruktur dan lain lain. Malaysia juga merupakan menduduki tangga pertama dari segi kemudahan untuk mendapat pinjaman. Pengiktirafan Bank Dunia ini sudah pasti adalah bukti nyata keberkesanan dan pentadbiran yang hebat dijalankan oleh Kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri kita.
Tuesday, 23 October 2012
ABBY NAK JADI MURSYIDAH AM PAS?
Abby Abadi yang khabarnya akan bertanding kerusi Mursyidah PAS kini nampak lebih popular dikalangan orang-orang PAS berbanding dengan Musyidul PAS Nik Aziz dan kelihatan lebih kerap mengeluarkan fatwa merapu berbanding Nik Aziz. Malah di kalangan orang UMNO pun populariti Abby lebih meningkat berbanding dengan Musyidul Am Pas. Mana tidaknya... sejak bersama PAS Abby kelihatan lebih bijak dan lebih hebat mengeluarkan fatwa dan hukum-hakam lebih merapu dari Nik Aziz. Walaupun tiada latar belakang agama, tiada ijazah agama atau belajar sekolah agama, fatwa Abby lebih popular dan lebih merapu dari Nik Aziz.
MB SELANGOR KHIANAT KEPADA BANGSA MELAYU SELANGOR?
Blogger kontroversi Raja Petra Kamaruddin minggu lalu mendedahkan keputusan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa agar Yayasan Selangor menyerahkan tanah seluas 18.51 ekar di Klang kepada Exco Selangor, Elizabeth Wong.
Berdasarkan surat bertarikh 21 Mac 2011 yang dimuatnaik dalam blog berkenaan, Elizabeth telah memohon kepada Khalid selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Selangor untuk menyerahkan tanah tersebut kepada Pusat Kebudayaan Cina Negeri Selangor untuk cadangan pembangunan Pusat Kebudayaan Agama dan Kesenian.
Khalid secara ringkas mengarahkan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki untuk menyerahkan tanah berkenaan.
‘Sdr. Ilham, sudah dibincang di lembaga, sila uruskan’,” memetik blog Malaysia-Today. Baca Selanjutnya....
Note MNK: TQ Bro Jinggo...
Orang kampung seluruh Negeri Selangor khususnya Kampung Tradisi di Gombak tiada pula diberikan geran atau hak milik tanah oleh kerajaan negeri kepada mereka yang bertaraf tanah T.O.L di kampung-kampung ini. Tahu-tahu Khalid Gagap ini pakat bagi kat Cina sewenang-wenangnya tanah-tanah di dalam Selangor ini. Habis lah tanah-tanah di negeri Selangor ini kalau Pakatan Haram tak bagi depa jual. Jom kita pakat tolak Pakatan Haram di Selangor ini pada PRU13.
Gombak!!! Gempur!!!
VIDEO: BENARKAH PAS PEJUANGKAN ISLAM DAN UMNO HANYA PEJUANGKAN MELAYU?
Pada tanggal 21/10/2012, Pemuda UMNO Cawangan Taman Selayang telah mengadakan Program Santai Belia bersama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin. Program ini bertujuan disamping beramah mesra belia dengan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, ia juga bertujuan untuk memberi penjelasan hal-hal isu semasa dan hala tuju anak muda khususnya anak muda Gombak dimana didalam program ini diadakan sesi dialog dan soal jawab isu-isu semasa. Salah satu soalan dari salah sorang belia yang hadir yang mana rata-rata belia yang hadir ini adalah mereka yang bukan dikalangan ahli Pemuda UMNO Cawangan Selayang adalah " Benarkah PAS memperjuangkan Islam padahal UMNO hanya memperjuangkan Melayu?"
Sunday, 21 October 2012
MOTO GP TQ TUN M: VIDEO ANAK BANGSA CIPTA SEJARAH
Terima kasih Tun Mahathir atas ilham dan pembinaan Litar Sepang dengan harapan akan lahir anak bangsa anak Malaysia yang akan suatu hari nanti menjadi juara dunia. Berdasarkan perlumbaan semalam jelas hasrat dan harapan itu amat hampir dalam gengaman. Walaupun ilham membina litar Sepang ini pada awalnya mendapat kritikan hebat tak kurang pula tomahan dan kutukkan khususnya dari pembangkang namun semalam segalanya lenyap apabila seluruh rakyat Malaysia bangga menjadi anak Malaysia apabila melihat aksi dan pencapaian pelumba-pelumba negara ZulFahmi dan Hafizh.
Thursday, 18 October 2012
ANWAR JEALOUS KAT ULIL AMRI MALAYSIA?
Baru-baru ini sebagai rakyat Malaysia MNK cukup berbangga mempunyai seorang Perdana Menteri yang begitu hebat seperti Dato' Seri Najib Tun Razak. Sebagai rakyat Malaysia MNK bangga Perdana Menteri MNK dan Kerajaan Negara MNK rupa-rupanya menjadi pihak yang dibelakang tadbir selama ini yang telah berjaya menyelesaikan dan mendamaikan dua pihak iaitu Kerajaan Filipina dan MILF yang mana konflik ini telah berlanjutan selama 40 tahun dan sudah pasti ribuan nyawa telah terkorban dari kedua-dua pihak.
Wednesday, 17 October 2012
VIDEO: ANWAR BAKAL BERTANDING PARLIMEN GOMBAK PRU 13?
Terkejut jugak MNK dengar khabar berita ini ada ura-ura Anwar Ibrahim bakal bertanding di Parlimen Gombak pada PRU13 nanti. Yang khabarkan bukan calang-calang orang Penyelaras BN Parlimen Gombak sendiri iaitu Datuk Hj. Megat Zulkarnain di suatu majlis perjumpaan bersama Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad Penyelaras BN DUN Gombak Setia di salah satu Program Jelajah PDM oleh Datuk Hj. Said Anuar di dalam DUN Gombak Setia. Dari sumber mana beliau dapat MNK tak pasti tapi sudah pasti beliau ini mempunyai sumber-sumber yang boleh dipercayai.
UMNO NIKMAT ALLAH NO.2 KEPADA MELAYU SELEPAS ISLAM.
Seperti yang dijanjikan sambungan dari kisah penulisan MNK Zikir UMNO sama tak dengan zikir PAS tempoh hari. Siapa Ulil Amri nie? Siapa Ulil Amri kita? Sudah pasti Ulil Amri Malaysia ialah Y.A.B Dato Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri Malaysia dalam soal-soal pentadbiran. Khalifah yang menjalankan hal tadbir urus negara Malaysia ini. Ditangan beliau keputusan eksekutif untuk menentukan nasib rakyat Malaysia, nasib umat Islam di Malaysia. Beliau lah yang diangkat oleh Allah melalui untuk menjadi Ulil Amri di Malaysia ini melalui proses atau penyebab(syariat) pilihanraya dan pemilihan parti UMNO itu sendiri untuk menjadi Presiden dan Perdana Menteri.
Tuesday, 16 October 2012
VIDEO: ZIKIR UMNO SAMA TAK DENGAN ZIKIR PAS?
Lihatlah sendiri betapa kusyuknya umat Islam berzikir memuji kebesaran Allah di Surau ini yang mana kalau dilihat perkara ini bukanlah satu perkara yang asing atau ganjil bagi umat Islam di mana-mana surau atau Masjid di negara kita ini di Malaysia. Malah zikir ini jugalah kebiasaan kita dengar di Masjid-masjid di seluruh dunia. Kelazimannya zikir ini akan dibaca selepas solat ataupun ketika bertahlil untuk mengikat dan menguatkan hati serta iman kita kepada Allah dengan melafazkan perjanjian yang setiap umat islam lafazkan sewaktu syahadah.
Monday, 8 October 2012
DAP TIDAK MAMPU HALANG PENYATUAN PAS DAN UMNO.
Berbual dengan salah sorang tokoh veteran UMNO Selangor, MNK diberikan sedikit nasihat dan pengajaran yang agak berguna dan kalau difikir mengikut logik akal ada benarnya. Kata tokoh ini kita bangsa Melayu beragama Islam ini adalah bersaudara, fitrah yang dijadikan oleh Allah semua umat Islam itu bersaudara. Hatinya walaupun jauh tapi masih terpaut secara fitrahnya kerana kita semua telah diikat dengan sumpah Kalimah Shahadah.
Sunday, 7 October 2012
WARGA GOMBAK BERJUANG DI ROHINGYA...
Mungkin ramai yang tidak mengenali beliau kerana beliau adalah orang yang tidak sukakan populariti dan selalu berada di belakang tabir dalam apa-apa program namun bagi mereka yang mengenali beliau tahu betapa pentingnya peranan beliau dalam menjayakan sesuatu program yang dirancang dan dilaksanakan. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Aji dikalangan yang mengenali beliau kini berjuang di Rohingya.
KABINET BAYANGAN PEMBANGKANG UNTUK RAKYAT ATAU UNTUK JAGA HATI PAKATAN RAKYAT???
Semenjak dua menjak ini kecoh dengan pengistiharan kabinet bayangan oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di media masa dan di laman media social di Malaysia ini. Belum pernah dibuat oleh mana-mana parti politik di tanahair ini hatta Barisan Nasional pun tidak pernah mengeluarkan atau mengistiharkan Bakal-bakal Jemaah Menteri kabinetnya sebelum selesai PRU dan hanya Pengerusi Barisan Nasional jer yang tahu hingga saat-saat akhir pengumuman Jemaah Menteri akan dibuat. Tetapi berbeza dengan Insan yang digelar oleh mereka yang tidak berapa cerdik sebagai Anugerah Tuhan ini atau yang sanggap yang mengelar beliau Imam Mahdi telah sekali melakukan kejutan demi meraih simpati dan sokongan rakyat disaat Bahteranya dah nak karam dengan mengumumkan kabinet bayangan Pakatan Rakyat.
Wednesday, 3 October 2012
BAJET 2013 BAJET PILIHANRAYA??
Semalam bermula jam 9 malam telah berlangsung sessi #Tanya Najib berhubung dengan Bajet 2013 secara 'Live' di media cyber melalui laman Google+Hangout. Pada sessi ini rakyat diberi peluang untuk bertanya pada YAB PM soalan-soalan berhubung dengan Bajet 2013 ini dan YAB PM dan telah menjawab segala persoalan yang dilontarkan. Soalan yang mula-mula di jawab oleh YAB Perdana Menteri kita Dato' Seri Najib Tun Razak berhubung dengan soalan atau fitnah yang bermain di dalam media cyber oleh pihak pembangkang dan blogger pro pembangkang yang mengatakan Bajet 2013 ini adalah Bajet Pilihanraya atau "Election Budjet". Betul ker???
#TANYA NAJIB BAJET 2013... MENTALITY PENGIKUT DAN PEMIMPIN PEMBANGKANG 2 x 5...
Buat pertama kali Dato' Seri Najib telah mengambil langkah terbuka untuk perbincangan berhubung dengan Bajet 2013 dengan rakyat yang memberi peluang setiap lapisan masyarakat mahupun latar belakang untuk bertanya kepada beliau jika mereka punyai apa-apa masalah atau sebarang pertanyaan berhubung dengan Bajet2013 yang telah dibentangkan tempohari.
Tuesday, 2 October 2012
Monday, 1 October 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
WAJIB BACA!!!
-
-
Account Update Notice: today 12/18/2024 7:01:37 p.m. - Dear Customer blogger.com Due to our Annual updates on our server your email: lemandecaprio.peluru@blogger.com will stop sending and receiving emails if ...
-
-
Tahun Baharu : Jajaran Politik Baharu? - Hari pertama tahun 2021, artikel ini panjang dan tidak sesuai untuk bacaan mereka yang tiada "political wisdom". Situasi negara masih tidak stabil keran...
-
CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI - Lama aku tak update blog, rindu pulak rasanya, memang best platform BLOG, lagi best dari FACEBOOK milik Mark Zuckerberg yang kuat mengampu Donald Trump y...
-
APA OPTION PALING BAIK YANG TSMY BOLEH PUTUSKAN? - Ketika termetrinya Piagam antara UMNO dan PAS, ramai yang menitis airmata. Terharu dan gembira, bercampur baur perasaan. Berpuluh tahun bersengketa, akhi...
-
PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU - SECANGKIR KOPI 37 PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU Hampir seminggu berlalu Perhimpunanan Agung UMNO 2019 (PAU 2019) melabuhkan tirainya. Se...
-
Helikopter Nuri TUDM Mendarat Cemas Di Kem Gubir - Sebuah helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terpaksa melakukan pendaratan cemas dalam kawasan Kem Gubir, Sik, Kedah, petang tadi. Dalam kejad...
-
Kedudukan Calon Presiden Dan MT Sudah Berubah!!! Senarai Popular Keseluruhan Jawatan Bagi Pencalonan Kepimpinan UMNO Malaysia 2018 - 2021 - Kedudukan Calon Presiden Dan MT Sudah Berubah!!! Senarai Popular Keseluruhan Jawatan Bagi Pencalonan Kepimpinan UMNO Malaysia 2018 - 2021 PENGERUSI TETAP...
-
PELANTIKAN TOMMY THOMAS CETUS KEBIMBANGAN ORANG MELAYU DAN UMAT ISLAM MALAYSIA - 1. Keputusan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong memperkenankan perlantikan Tommy Thomas amat membimbangkan orang Melayu dan umat Islam negara ini. Lebih m...
-
MALAYSIA TANPA TUN MAHATHIR? #MalaysiaBaharu #MalaysiaMemilih - Sudah hampir 3 minggu PRU14 berlalu yang mana telah melakar sejarah negara buat pertama kalinya Barisan Nasional tersungkur jatuh dari kuasanya menjadi ...
-
-
MUHYIDDIN NAFI BELIAU 'BARUA' LIM KIT SIANG... - *RABU, 17 FEBRUARI 2016* *SECARA* lojiknya, bila seseorang itu kecewa jika sesuatu yang dihajatinya tidak kesampaian, atau pun hilang jawatan kerana disingk...
-
Ringgit Tak Laku Di Madinah? Aziz Kecewa Fitnah Bodoh - Pagi tadi bertempat di perumahan FELDA Gelanggi 04 Jerantut Pahang, Pengerusi Tabung Haji, YB Datuk Seri Panglima Hj Abdul Azeez Rahim dengan tegas menaf...
-
DS @MukhrizMahathir BUAT KEJUTAN DI MARKET KG BERJAYA - Semalam Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir meluangkan masa melawat Pasar Karat di Mergong Alor Setar yang terkenal dengan juala...
-
RAFIZI RAMLI PUNYA TEORI EKONOMI SETARAF JAMBAN PENUH.. - Kata rafizi ikut teori ekonomi pala hotaknya Kalau pakatan perintah Minyak turun dan harga barang pun turun.. http://theflyingkick.blogspot.com/2015/01/raf...
-
Jika Zahid tak layak sebagai menteri KDN gantikan kembali dengan Hisham !!! - Sebenarnya isu ini tidak perlu pun diperbesarkan kerana bukan 1000 orang yang diberikan kewarganegaraan Malaysia, malahan tiga orang itu hanya di berikan ...
-
6 Projek setakat Ini Kuala Besut - Salam 1 Malaysia... Apa Khabar warga Kuala Besut..? jangan lupa ya..Nanti Undi BN untuk memudahkan kami merealisasikan projek-projek yang kami janjikan....
-
Anak Cina Maki Anwar Sebabkan Rusuhan Di Depan Wartawan. - Seorang peserta Bersih 3.0 Benji Lim, yang kecewa dengan tindakan dan kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim telah melepaskan geram beliau di hadapan puluha...
-
Luahan Uncle Pet, Bapa Saudara Saiful.... - *Mohd. Saiful Bukhari Azlan diiringi seorang anggota polis tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur semalam (1 Julai) untuk membe...
-
WANG EHSAN RM100 : MASIH BELUM ADA PENJELASAN - Selain daripada bangsat Ng Wei Aik, Amir Ghazali dari PKR dan Yusni Mat Piah dari PAS telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Mala...
-
-