FOLLOW ME


Wednesday, 30 January 2013

VIDEO MENANGIS...KENAPA WAN AZIZAH PUN NGANGIS?

Bak kata orang-orang gambar dapat memberikan 1000 penjelasan apatah lagi video rakaman. Namun begitu walau ada video yang jelas "China doll" misalnya, masih ramai yang tetap membutakan hati dan memekakkan telinga semata-mata inginkan kuasa dan jawatan sanggup menjual dan menggadai segala-galanya. Namun kita yang cekal dalam arus perjuangan yang hak kita doa-doakan lah agar Allah membuka hati saudara kita disebelah sana untuk kembali kepangkal jalan untuk bersama-sama jamaah yang benar-benar dari dulu kin dan selamanya, dah lebih 65 tahun memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair ini. 

Entri MNK kali ini ingin MNK lakarkan kesedihan wanita-wanita yang menjadi tunggak kejayaan laki-laki bernama suami yang merupakan pemimpin parti pembangkang dan juga parti kerajaan di Malaysia ini. Kenapa wanita-wanita ini menangis?? Anda lihat sendiri dan hayati la.

Tuesday, 29 January 2013

VIDEO KEPULANGAN WIRA NEGARA. KENAPA DATIN SERI ROSMAH MENANGIS?

Mungkin ramai antara kita lupa dan sengaja buat-buat tak ingat barang kali, terutama mereka yang suka mengkeji dan mencaci apatah lagi menabur fitnah terhadap seorang wanita bergelar isteri Perdana Menteri. Kita lupa bahawa wanita itu tadi juga merupakan seorang ibu kepada anak-anak beliau. Lantas tidak akan lari sifat keibuan yang merupakan fitrah yang Allah beri dan campakkan kedalam hati sanubari seorang wanita yang bergelar ibu. Walau sekeras mana hati kita, walau sehebat mana diri kita namun apabila kita bergelar ibu pasti tidak akan dapat kita menidakkan fitrah seorang ibu yang akan pasti tersentuh hatinya bila ianya melibatkan anak-anak kecil. Akan lahir secara semula jadi rasa kasih dan sayang terhadap anak kecil dan bayi. Sedangkan haiwan pun akan merasa kasih dan sayang serta melindungi anaknya inikan pula kita bernama manusia.

Friday, 25 January 2013

VIDEO BR1M, BS1M, BL1M TIDAK MEMADAI KINI MENYUSUL PULA BP1M...


Sumbangan Bantuan Alat Pertanian Bandar 1 Malaysia (BP1M) DUN Gombak Setia oleh Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad......

Tuesday, 22 January 2013

DS ROSMAH KELUAR NEGARA PERABIH DUIT RAKYAT?

Blogger PRO Pembangkang dan pencacai Pakatan Rakyat pasti berlonjak-lonjak dengan pendedahan yang MNK buat ini berhubung dengan Datin Seri Rosmah isteri Perdana Menteri Malaysia. Akibat tidak dapat hendak menyerang dan menfitnah Dato Seri Najib maka, orang yang paling hampir dengan beliau iaitu isteri beliau yang menjadi sasaran mereka. Namun begitu nak buat cam mana walau berat dihati MNK terpaksa dedahkan jua atas rasa tanggung-jawab bersama.

Wednesday, 16 January 2013

LISTEN!!! APA YANG SHARIFAH ZOHRA TAK KATAKAN PADA BIWANI....

Jumlah kemasukkan pelajar pada 2012/2013 ker IPTA adalah lebih kurang 38,000 orang pelajar setahun. dari jumlah itu tidak diambil kira pelajar-pelajar yang dihantar keluar negara untuk melanjutkan pembelajaran dengan biasiswa kerajaan. Namun begitu purata bayaran untuk satu course dianggarkan lebih kurang 1500RM per semester dan kita ambil 8 semester untuk seseorang student menamatkan pembelajaran di Universiti misalnya jadi jumlah keseluruhan yang perlu ditanggung dianggarkan lebih kurang 500juta setahun untuk 38,000 pelajar yang masuk ker IPTA setahun di Malaysia. Maka mungkin ada yang memikirkan ini jumlah yang kecil yang mana seperti kata Cik Bawani dalam skandal UUM Listen,listen, listen mengikut pengiraan beliau hanya 2 billion ringg kalau di ambil keseluruhan pelajar-pelajar yang masuk IPTA dan IPTS di negara ini. Tidak tahu dari mana sumber pengkiraan yang dilakukan oleh beliau mungkin dari saudara Rafizi sewaktu Debat Rafizi dan KJ satu ketika dulu untuk menghapuskan PTPTN. 

Monday, 14 January 2013

UUM - PENCACAI PAKATAN RAKYAT KATA NEGARA CUBA "FREE EDUCATION"?

On April 4, 1961 the Cuban dictator created the "Unión de Pioneros de Cuba" (Union of Pioneers of Cuba). Almost all Cuban children, including Elian Gonzalez (below), have to become 'pioneros.'

If you don't want your child to be a pionero his chances of getting an education in Castro's Cuba are almost non existent Pioneros have to participate in many extra-curricular activities, like marching in front of the US Interests Section whenever the dictator wants, or any other activities being promoted by the Castro regime.

Wednesday, 9 January 2013

VIDEO BUAT AZMIN ALI LARI??? DIALOG 1MALAYSIA TOLAK FITNAH DI GOMBAK

Video ini pasti membuat para penyokong Pakatan Haram Pas, PKR dan DAP di Gombak ini tak senang duduk dan para pemimpin mereka terutama Ahli Parlimen Gombak dan Wakil Rakyat di Dun Batu Caves dan Hulu Kelang dari Pakatan Rakyat tak tido malam. Ini bukti nyata rakyat di Gombak dah mual dengan tipu daya mereka serta janji yang tidak pernah di kota oleh pemimpin Pakatan Rakyat khususnya di Gombak ini. Kalau tempoh hari Anwar Ibrahim sendiri yang turun selaku Defacto Pakatan Rakyat bersama pemimpin besar yang tak berapa nak besar Pakatan Rakyat dari PKR dan PAS di Batu 8 Gombak sekali pun, tetapi sambutan rakyat tetap hambar dan agak lesu. Hanya sekitar 300 orang yang hadir. Namun berbeza dengan Program Dialog Rakyat 1Malaysia Tolak Fitnah yang mana Gombak di beri penghormatan sebagai tuan rumah pelancaran program ini yang man telah disempurnakan pelancarannya oleh YB. Dato Noh Omar. Jumlahnya jauh lebih besar dari program Ceramah Anwar tempoh hari. Cuba bayangkan sekiranya sekiranya Presiden UMNO sendiri yang turun pada malam itu sudah pasti ribuan rakyat akan hadir.

Tuesday, 8 January 2013

MAT SABU BAKAL JADI PRESIDEN PAS???

Cuba lihat betul-betul gambar ini...apa yang tidak kena? Kalau kita lihat dengan mata hati dan secara tersirat sudah pasti kita nampak bahawa yang berada diatas itu semua adalah Presiden dan De Facto Parti-parti pembangkang. Dalam erti kata pemimpin no.1 yang parti masing-masing dalam pembangkang yang menentukan dasar dan hala tuju parti masing-masing. PKR sudah pasti tidak lain dan tidak bukan Si Anwar Ibrahim, DAP pula tentulah Lim Kit Siang tapi opppss nanti dulu PAS siapa yang tentukan ni? Kenapa ada dua orang diatas pentas? Walaupun kedua-duanya hadir yang patut ada atas pentas adalah Hadi Awang lah selaku Presiden PAS. Atau ini signal Anwar kepada semua bahawa Hadi Awang hanya boneka sekarang ini dalam PAS yang menentukan hala tuju PAS sekarang ini ialah Mat Sabu. Anwar lebih selesa dengan Mat Sabu daripada Hadi Awang yang dilihat akan sebagai sorang yang gila kuasa juga seperti Anwar kerana tiba-tiba sejak kebelakangan ini dah pasang cita-cita nak jadi Perdana Menteri. Mana boleh itukan hak mutlak Anwar Ibrahim. Kalau Hadi Awang pun nak jadi Perdana Menteri mana nak campak Anwar Ibrahim yang dah memasang cita-cita begitu lama dan dah buat kerja giler dan gadai segalanya sekian lama untuk mencapai cita-cita nak jadi Perdana Menteri negara. Hang Hadi Awang baru masuk gelanggang tup tap tup tap nak jadi Perdana Menteri lak. Wait in line ler jawabnyer.

Monday, 7 January 2013

VIDEO PENDEKAR-PENDEKAR MALAYSIA NAK AMUK?

Tempoh hari MNK sempat mengikuti satu himpunan pendekar-pendekar Malaysia di Perak. Dari segenap pelusuk negara mereka turun dan menyatakan bahawa mereka ini sedia mempertahankan seni adat pusaka bangsa masing-masing dan budaya tanahair Malaysia tercinta. Ya budaya masing-masing kerana bukan hanya pendekar Melayu, malah mereka dari bangsa Cina dan India juga turut hadir berdiri teguh di sebelah Pendekar-pendekar Melayu. Mereka ini yang mana tidak rela negara Malaysia kehilangan raja-rajanya seperti apa yang berlaku di tanah asal nenek moyang mereka. Mereka tidak sanggup melihat Malaysia menjadi seperti India yang hilang maharaja nya atau China yang hilang Dinastinya. 

WAJIB BACA!!!