FOLLOW ME


Sunday, 15 July 2012

IM4U - CERITA SEBENAR YANG RAMAI TIDAK TAHU....



 Kelmarin satu lagi bukti keperihatinan YAB Perdana Menteri terhadap belia-belia negara telah direalisasikan dengan terlancarnya IM4U yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak. Puluhan Ribu Remaja Muda Belia berkumpul di Perkarangan Taman KLCC yang mana perlbagai aktiviti menarik telah disediakan. Dari pagi hingga ke petang ribuan anak muda tidak berganjak dari perkarangan KLCC itu yang mana pentas dan ruang pameran serta perlbagai persembahan telah disediakan. Ada pentas yang mempersembahan tarian kesenian pelbagai bangsa, ada pentas tarian "shuffle" yang digilai sebilangan besar anak muda, ada pentas "live" jamming session oleh artis-artis terkemuka tanahair. Ada ruang untuk mat-mat motor berhimpun di perkarangan masjid KLCC pula yang mana "topi keledar" IM4U percuma telah di berikan kepada mereka.



 Jelas terpampang kepuasan hati YAB Perdana Menteri kepada kejayaan program semalam yang mana hingga selesainya majlis semalam dalam perjalanan ke kereta beliau para-para VVIP masih bercakap tentang kejayaan program IM4U ini malah bukan hanya bercakap sampai bernyanyi-nyanyi lagi hatta sebelum YAB PM masuk ke kereta di pintu masuk utama Mandarin Oriental Hotel para VVIP bertepukan tangan dan benyanyi lagu rasmi IM4U...IM4U..IM4U...IM4U....IIIIMMM444UUU...


Namun ramai yang tidak tahu kerja kuat dan pengorbanan mereka -mereka yang berada dibelakang tabir untuk menjayakan program ini. Ramai yang memainkan peranan masing-masing untuk menjayakan program ini. Petugas-petugas dan sukarelawan-sukarelawan yang terlibat baik agensi-agensi kerajaan mahupun NGO-NGO. MNK terlibat secara langsung dengan sukarelawan dan petugas dari Kelab Putera 1Malaysia yang bertanggung-jawab menyediakan dan  mengedarkan helmet IM4U itu. Bayangkan lah hampir 42,000 helmet yang tiba seawal 2 minggu sudah dari kilang terpaksa di siapkan sebelum semalam pagi kesemuanya kerana akan diedarkan di perkarangan KLCC sewaktu pelancaran IM4U ini.  

Segak barisan helmet IM4U lorong laluan YAB PM

42,000 helmet ini melibatkan 5250 kotak yang mana setiap kotak boleh memuatkan 8 biji helmet. 5250 kotak ini pula memerlukan lebih kurang 20 trailer untuk penghantaran ke pusat simpanan sementara disekitar Lembah Kelang dimana setiap trailer boleh memuatkan max 288 kotak. Petugas-petugas Kelab Putera 1Malaysia pula melaksanakan kerja-kerja penurunan kotak-kotak ini dari atas trailer ke pusat simpanan sementara, kemudian mengeluarkan setiap topi keledar ini untuk di tampalkan pelekat Sirim setelah ianya lulus ujian Sirim yang mana sample awal kumpulan topi keledar tersebut telah pun dihantar untuk ujian Sirim. Turut bersama pegawai Sirim yang sepanjang masa memantau tugas-tugas menampal sticker Sirim itu tadi oleh petugas-petugas Kelab Putera 1Malaysia. Setelah selesai menampal sticker Sirim dan Sticker IM4U , topi keledar tersebut dimasukkan semula kedalam kotak dan disusun semula menunggu hari pemunggahan untuk dibawa ke KLCC untuk majlis pelancaran IM4U nanti. Sehari sebelum hari perlancaran bermula awal pagi hingga jam 6 pagi hari keesokkannya iaitu di pagi hari perlancaran tersebut kerja pemunggahan dari tempat simpanan sementara ke dalam trailer dan lori untuk dibawa KLCC baru selesai.

Barisan Pemuda UMNO Sg. Chinchin di malam terakhir

Pengerusi Kelab Putera 1 Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim boleh dikatakan setiap hari selepas beliau selesai dengan program dan tugasan harian beliau akan melawat tempat-tempat simpanan helmet ini dan melihat sendiri perkembangan kerja-kerja menyiapkan helmat IM4U ini agar tidak ada masalah atau apa apa perkara yang tidak di ingini berlaku yang boleh menyebabkan helmet tersebut tidak dapat disiapkan. Kadang-kadang jam 3-4 pagi pun beliau masih bersama petugas di tempat simpanan helmet sambil berbincang dengan penyelia-penyelia tugasan ini.

Datuk Abdul Azeez Rahim Pengerusi Putera 1Malaysia melihat sendiri helmet yang telah siap ditampal. Ala-ala "Spot check" ke ni Tok?

Pemuda UMNO Cawangan Sungai Chinchin juga tidak ketinggalan membantu dan menjadi petugas-petugas sementara Kelab Putera 1Malaysia bermula dari trailer pertama yang sampai 2 minggu sudah hingga trailer terakhir yang sampai sabtu malam ahad, malam sebelum hari perlancaran IM4U di KLCC oleh YAB PM. Batch terakhir yang membawa 288 kotak terakhir yang perlu di punggah dari kontena ke ruang simpanan dikeluarkan ditampal sticker Sirim dan disusun semula telah disempurnakan oleh petugas-petugas dari Pemuda UMNO Sungai Chinchin. Kumpulan  Pemuda UMNO Sungai Chinchin juga lah merupakan petugas yang terakhir meninggalkan pusat simpanan apabila helmet terakhir yang siap ditampal sticker Sirim dan dipunggah semula keatas lori sekitar jam 6am hari pelancaran IM4U.

Ini baru satu pusat simpanan nie ada lagi 3 pusat simpanan lagi besar seumpama ini kat pusat simpanan yg sama. Tu Belum masuk yang kat Gudang Kompleks SMS PDRM tu.

Tahniah dan Syabas MNK ucapkan kepada petugas-petugas Kelab Putera 1Malaysia dan juga Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim kerana telah bertungkus lumus siang malam untuk menyiapkan dan menyediakan puluhan ribu helmet IM4U untuk menjayakan pelancaran IM4U kelmarin. Tidak lupa petugas-petugas dari kalangan Pemuda UMNO Sungai Chinchin sendiri, ini sedikit sumbangan kita bagi perjuangan kita selaku Pemuda untuk berjuang habis-habisan bagi memastikan kemenangan kita pada PRU 13 nanti. Kita pun ada pegangan Janji Di Tepati,  iaitu  janji kita pada pucuk pimpinan untuk bekerja kuat memastikan kemenangan BN.


Gombak!!! Gempur!!!


MNK Note: Tok nak satu Helmet IM4U... lawa la Tok. Petugas Pemuda Sg. Chinchi..janji abg pun InsyaAllah ditepati..nanti kita pegi bercuti....

YAB PM Note -  "Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menggerakkan idea ini, anggaplah 1M4U ini gerakan untuk kita dan saya sebagai Perdana Menteri bersama rakan-rakan dalam kerajaan pada hari ini akan terus menyumbang dan membantu para belia tanah air," katanya.-Utusan "


Thursday, 5 July 2012

ANWAR BERSARA? TINDAKAN TERDESAK PRU 13....


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan, beliau mungkin bersara daripada politik sekiranya Pakatan Rakyat tidak berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini merupakan satu lagi langkah desparate Anwar Ibrahim untuk meraih simpati rakyat terhadap cita-cita beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kalau tidak pun untuk mendapat kembali sokongan ahli-ahli PKR khususnya yang sejak kebelakangan ini sudah mula menyampah dan sedar tentang hakikat dasar perjuangan PKR bukan lagi untuk memperjuangkan nasib mereka apatah nasib Melayu tetapi lebih kepada citai-cita pribadi Anwar dan keluarganya.

Anwar mungkin berpendapat rakyat dan penyokong PKR yang telah lari dari menyokong PKR akan kembali memberi sokongan kepada beliau apabila beliau mengertak untuk bersara. Langkah ini juga untuk menyakinkan serta menarik kembali sokongan ahli parti-parti dalam Pakatan Rakyat kerana kononnya dek sebab Anwar lah mereka telah berjaya menang beberapa negeri pada PRU12 dulu dan kini kalau Anwar takde maka parti PKR serta parti-parti lain seperti PAS dan DAP juga akan berkubur bersama Anwar.

Cuba lihat apa kata Nik Aziz dari parti PAS.

Saya kurang bersetuju dengan hasrat beliau untuk bersara dan kembali mengajar. Berjuanglah di medan politik dan teruskan perjuangan mengajar rakyat," katanya menerusi laman facebook di sini, Khamis 05/07/2012.


Harapan mereka tidak lain tidak bukan apabila para penyokong mereka sendiri mendengar atau membaca kenyataan Anwar ini mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk PRU 13 kerana tidak mahu kehilangan Anwar. Tetapi Anwar silap kerana rakyat dan ahli mereka sendiri dah masak dengan sandiwara Anwar. Mereka tidak mahu lagi tertipu dengan provokasi Anwar yang memang terkenal dengan "Bapak Provokasi". Semenjak tertipu dengan Peristiwa September 16 dulu para penyokong parti mereka dan rakyat telah tahu dan sedar siapa Anwar sebenarnya.

Pak Nik pun patut bersara jugak dah lama sangat dah duduk kat atas tu bagi lah bakat bakat muda dalam PAS tu pulak menentukan corak hala tuju PAS pula. Ingatlah Parti PAS bukan milik kamu seorang jer. Bukan PAK NIK saja malah pemimpin-pemimpin Parti yang ada dalam Pakatan Rakyat tu semua dah patut bersara dah pun. Kadang-kadang kalau dah terlalu lama kita pegang jawatan tu kita rasa kita ini hebat sangat dan kita akan rasa riak dan bongkak nanti. Kita ini manusia biasa tidak lari dari hasutan syaitan dan nafsu.


Apa pun kesimpulannya sama ada benar atau tidak Anwar nak bersara atau Pak Nik ke nak bersara, kami rakyat Gombak khususnya tidak heran dan tidak ambil peduli kalau nak benar bersara itu yang terbaik dan memang itu yang dinanti-nantikan oleh kami. Tetapi jangan ingat dengan statement nak bersara ini kami akan rileks dan kurang bekerja demi memastikan kemenangan BN pada PRU 13 nanti. Kami tetap akan bekerja habis-habisan untuk kemenangan BN pada PRU 13 dan kami akan memberi sokongan undi kami kepada BN nanti sama ada kamu bersara atau tidak.


Note MNK: Jangan ingat nak bersara dari politik hakim akan simpati dan kurangkan hukuman kesalahan-kesalahan kamu tu. Sungai Buloh tetap menanti bersara atau tidak kena pergi.


Gombak!!! Gempur!!!


Wednesday, 4 July 2012

VIDEO KLIP YAB PM TERSEBAR DI YOUTUBE???



MNK tak tahu nak kata apa lah...speechless!!! You all tengok lah sendiri. Siap background guna lagu favourite dia pulak tu... Najib Oh Najib!!! Apa dah Jadi? Ingatkan Anwar jer ada video kat youtube. Rupanya ada jugak.....

Nah saksikanlah sendiri...


Link Youtube...



Tuesday, 3 July 2012

SELANGOR !! AHLI MAJLIS PBT BERPESTA "GERUDI" D JAKARTA?


Jakarta Nite Life

Belum reda isu desakan pecat Faekah dan pemberhentian Rafizi di pejabat penasihat ekonomi...kini ada satu lagi isu bisa gegarkan kerajaan Selangor di bawah Khalid Gagap - Sam ketot!

Baru-baru ini Sam ketot telah disponsor oleh 2 ahli majlis dan 1 kontraktor merangkap taukeh cybercafe judi internet sama2 ke Jakarta! kenapa sam ketot sering ke Jakarta? padahal Anwar aljuburi sendiri pun dah kurang ke Jakarta.

2 ekor ahli majlis yg sponsor Sam ketot ini adalah ahli majlis yg baru dilantik Khalid Gagap tak sampai sebulan! hebat tak hebatlah elaun sebagai ahli majlis bagi bulan pertama pun belum dapat tapi dah mampu bawa Sam ketot ke Jakarta! disahkan duduk di hotel 5 bintang!

Sekor ahli majlis MBPJ yang namanya Azman Yusof khabarnya belum angkat sumpah lagi dah merayau satu MBPJ dgn menjaja jawatan politiknya melobi projek dgn drp pengarah dan timbalan datuk bandar! bukan tu shj si Azman ni pun awal-awal dah lantik tukang pengutip ufti di kawasan Sunway dan Mentari!

So, tak heranlah kalau mamat ni boleh usung Sam Ketot tiap-tiap minggu ke jakarta! ada sekor lagi ahli majlis mps yg namanya Juzarim Isma. kisahnya sama elaun pertama belum rasa tapi nak celebrate Sam ketot punya pasal yg fight utknya jadi ahli majlis pun mampu kongsi bawa Sam ketot ke Jakarta!

Sam Ketot??

Bukan rahsia lagi bawah jajahannya ni banyak pasar2 malam, rumah urut, kedai judi online dan yg special sekali kilang haram! apa lagi collect la...alasan? bos aku Sam ketot mau ke Jakarta! apa nak jadi dgn Sam ketot ni hingga memerah budak2 ahli majlis buat benda tak senonoh demi memuaskan nafsu bermewah di Jakarta!

Kalau nak tuduh UMNO rasuah, si 2 ekor ahli majlis yg baru angkat sumpah, elaun pun belum dapat tapi mampu usung Sam ketot ke Jakarta duduk hotel 5 bintang tidakkah penuh dgn 1001 rasuah!

Kiriman Emel Kakitangan MBPJ
 
Gomo tidak tahu apa yang Shamsul Iskandar Ketua AMK lakukan di Jakarta tetapi pastinya ianya merupakan satu urusan peribadi. Urusan Peribadi kerana sudah berbini dua kata orang? Ntah benar atau tidak adalah elok jika Sam Ketot sahaja jawap berhubung pekara ini.

 
Ahli Majlis MBPJ

Berkenaan dengan perbelanjaan Sam Ketot ke Jakarta yang ditanggung oleh ahli majlis MBPJ itu Gomo tidak mahu mengulas panjang kerana kita semua tahu sejak Pakatan PAS,PKR,DAP mengambil alih Kerajaan Selangor banyak rumah Pelacuran, Urut , Pusat Judi wujud dalam meraih untung yang disalurkan buat pemimpin Pakatan Selangor. Jadi perbelanjaan Sam Ketot ke Jakarta yang disponsor oleh dua Ahli Majlis MBPJ bukanlah satu pekara yang pelik sama sekali.

 
SUMBER PAPAGOMO 

TQ Papa Gomo & AAJK 


Gombak!!! Gempur!!!

SELANGOR SCANDAL 1 BILLION - KHALID GAGAP BUKTI KEPAKARAN KOPARAT BELIAU???


Luar biasa dan mengejutkan! Tan Sri Khalid Ibrahim - anda benar-benar cemerlang. Talam Corporation Bhd yang dimiliki oleh Tan Sri Chan Ah Chye berhutang negeri Selangor RM392 juta tetapi melalui kecemerlangan dan kepakaran koparat anda, kerajaan Selangor Pakatan Rakyat kini berhutang kepada kroni  Tan Sri Chan Ah Chye.

Apakah hubungan istimewa anda dengan Tan Sri Chan Ah Chye ini?

Cube beri penjelasan bagaimana yang pada awalnya bahawa Talam Corporation yang kepunyaan Tan Sri Chan Ah Chye berhutang kepada kerajaan negeri sebanyak RM392 juta namun kini atas kebijaksanaan Khalid Gagap ianya telah menjadi RM1 bilion - Tetapi yang peliknya dan perbezaannya adalah bahawa kerajaan negeri kini berhutang kepada Tan Sri Chan Ah Chye dan bukan sebaliknya!

Apa yang berlaku ini "reversed" kan pemiutang ini adalah hasil dan merupakan satu langkah cukup bijak dan licik yang terancang dalam apa yang boleh diklasifikasikan sebagai "penipuan dan pengaburan korporat"  abad ini.

Tiga Syarikat GLSs yang dimaksudkan iaitu Universiti Selangor dan Permodalan Negeri Selangor Bhd sebanyak RM277 juta, dan SAP Holdings Bhd RM115mil, anak syarikat Kumpulan Hartanah Selangor jumlah keseluruhan RM 392 juta tetapi mereka tidak mendapat satu sen pun dari Chan Ah Chye. Maknanya hutang RM 392 juta kepada mereka belum berbayar.

Anda memberitahu orang yang mengundi kerajaan negeri PR ke tampok kuasa yang anda perbodohkan bahawa Unisel tidak mempunyai wang dan perlu untuk menjual aset-aset UNISEL. Mereka sudah tentu percaya semua yang anda beritahu mereka.

Portal ini telah lama mendengar cerita urus niaga yang melibatkan urus niaga tanah yang telah membawa berjuta-juta ringgit kepada Khalid Ibrahim dan Chan Ah Chye.

Kami telah dimaklumkan bahawa Menteri Besar telah menggunakan wang kotor ini untuk membeli sebuah banglo yang berharga berjuta-juta pound di bahagian yang berprestij dan mewah di Central London. Kami mencabar MB untuk menafikan atau menyangkal kenyataan ini!


Gambar Hiasan
Rumah teres Di Central London - Pada Pasaran Untuk GBP 100 Juta
Pandangan am 10 Belgrave Square, sebuah rumah teres enam tingkat yang telah diletakkan harga untuk dijual sebanyak 100 juta GBP pada 15 April, 2009 di London, England. Rumah tersebut dimiliki oleh seorang pemaju Lubnan Musa Salem dan ianya mempunyai keluasan lebih daripada 21,000 kaki persegi.
KLIK SINI!!!

Super kroninya Chan Ah Chye pula telah cuba untuk mengubah dirinya menjadi seorang "Super Kudus",  mengubah syarikatnya yang sudah bankrap  itu kepada Trinity Corporation Bhd dalam susah untuk mengaburi orang ramai.

Sudah tiba masanya Badan Pencegah Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia  menyiasat dakwaan-dakwaan yang dibangkitkan oleh salah seorang pemimpin Parti MCA yang juga ahli Parlimen Labis iaitu Chua Tee Yong ini kerana ia melibatkan wang pemegang saham biasa dan rakyat yang mempunyai saham daripada ketiga-tiga GLC ini malah ada GLC ini yang yang tersenarai awam.

Skandal ini lebih mengejutkan Penasihat Ekonomi Selangor iaitu Anwar Ibrahim akan tetapi beliau memberitahu kita dia tidak mengetahui apa apa dan berada dalam kegelapan soal perkara ini.

Pemimpin DAP termasuk Teresa Kok dan Ronnie Liu juga perlu bertanggung-jawab juga kerana mereka yang terlibat dalam meluluskan bajet Tambahan, meluluskan geran sebanyak RM392 juta kepada Menteri Besar Incorporated on Nov 9, 2009. Atau mereka begitu bodoh dan mereka tidak tahu apa yang telah mereka luluskan? Adakah Hannah Yeoh pula terlalu sibuk dengan perkara remeh-temeh seperti Facebook beliau? Terdapat 13 melaun DAP di dalam sana....

Terjemaahan daripada Stop The Lies. Baca versi English dan selanjutnya di Klik Sini...

TQ Stop The Lies
Note MNK: Macam magic daripada berhutang dengan kerajaan Negeri Selangor RM 392 juta boleh terbalikkan Kerajaan Negeri pulak berhutang 1 billion??? Hebat Kerajaan Negeri Selangor bawah pentadbiran Pakatan Rakyat ni....

Gombak!!! Gempur!!!


WAJIB BACA!!!