FOLLOW ME


Tuesday, 4 September 2012

BUDAK TUNJUK PUNGGUNG MALAM MERDEKA SUDAH DIREMAN???



MNK harap pihak PDRM akan memberikan layanan seperti penjenayah yang lain kepada budak biadap nie. Baca Selanjutnya... Reman jer dia 14 hari untuk soal siasat motif yang cuba dibawa boleh budak ini. Apakah dia didalangi oleh ejen asing yang sengaja ingin mencetuskan huru-hara di tanahair dengan memainkan sentimen sensitif antara penyokong dan pengikut setia YAB Perdana Menteri dan UMNO khususnya.

Trend ini tidak ubah seperti budak Adam Adli satu ketika dulu yang mana ianya memang ingin dijadikan ikon oleh Pakatan Haram dan Parti Keadilan Rakyat. Apakah mungkin budak ini di bayar dan dijanjikan macam-macam sekiranya beliau sanggup melakukan pekara sebegini. Kerana bukan mudah nak bogel dan tunjukkan punggung dikhalayak ramai.  Nak kencing pun kita kalau dah terdesak benar baru kita berhenti tepi jalan itu pun belakang pokok atau semak tersorok. Inikan pula nak berak dan dedahkan punggung di tengah-tengah dataran Merdeka tu dikhalayak ramai. Mana sifat malu dan maruah budak ini. Mesti kena bayar nie tak? Siapa yang bayar? berapa bayaran? Itu semua perlu dikorek dan disoal siasat hingga dapat jawapan oleh pihak PDRM so kena la reman semaksimum mungkin dan di layani seperti samseng yang lain yang ditangkap atau direman. Padan muka ko Setan!!! Baru tahu langit itu rendah atau tinggi.

MNK teringat dulu sewaktu belajar di Jordan ketika Mantan Perdana Menteri ketika itu Tun M nak adakan lawatan rasmi ke Jordan dan akan diadakan perjumpaan dengan pelajar-pelajar Malaysia. 2 minggu sebelum Tun M akan tiba Pegawai keselamatan dan pegawai Perdana Menteri akan tiba dan meninjau keadaan untuk memastikan semuanya terancang dengan baik dan selamat serta teratur. Ketika itu adalah budak sorang ini konon nak tunjuk hero, anak totok PAS dah canang ajak budak budak lain boikot sessi perjumpaan Perdana Menteri dengan pelajar. Dengar khabar dapat lawatan dari salah sorang pegawai dan diberi amaran serta diambil tindakan terus tak jadi boikot.

Budak ini patut dijadikan contoh dan diberi hukuman yang berat agar maruah negara dibela dan tidak akan ada kali kedua siapa-siapa berani lakukan perkara yang serupa. Kita marah bukan sebab DS Najib Tun Razak tu Presiden UMNO, tetapi kita marah kerana beliau adalah Perdana Menteri Malaysia. Selaku Perdana Menteri Malaysia beliau merupakan simbol dan ikon Malaysia. Kalau dia Perdana Menteri Indonesia ke Singapura ke MNK peduli apa. Cuba ada rakyat Malaysia lakukan perkara yang sama kepada gambar Perdana Menteri Singapura, sudah pasti Wisma Putra dan Kerajaan Malaysia akan memohon maaf dan memastikan akan menyiasat serta mengambil tindakan yang tegas kepada si pelaku. Sama juga kalau rakyat sendiri melakukan perkara yang sama kepada Perdana Menteri kerajaan itu sendiri. Sudah pasti ada akta yang boleh diguna pakai untuk menghukum si pelaku tersebut. Kalau takde kena lah adakan akta tersebut. MNK percaya rakyat yang tidak berpolitik dan tidak mengambil tahu sepak terajaang politik pasti marah apabila melihat Perdana Menteri Malaysia dilakukan sebegitu rupa. Maruah Perdana Menteri Malaysia diletakkan dikaki kaki dan dipunggung sebegitu. Apakah ini corak politik yang kita ingin dukungi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat ini dimasa hadapan? Tentu sekali tidak! Ayuh kita pakat tolak Pakatan Haram kerana rakyat Malaysia cintakan keharmonian dan sikap tolenrasi serta saling hormat menghormati. Bukan politik didikan Pakatan Rakyat yang tanam sifat kebencian hinggakan budak ini sanggup lakukan sedemikian. Pikir-pikirkan lah!!!

MNK Note: Boleh kasi buang negeri atau dearah ker Yang Arif Tuan Majistret? Kalau kasi buang negara lagi bagus hantar dia kat Myanmar tuu... baru ada akal. Lihat gambar dibawah dua posisi yang sama tetapi dua negara yang berbeza dan dua punca yang berbeza. Belajarlah Bersyukur!!! 



Gombak!!! Gempur!!!

Monday, 3 September 2012

AZMIN ALI TAK MAMPU TANDINGI.....


Jelas dengan paparan video dibawah ini membuktikan bahawa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Gombak Sdr. Azmin Ali jauh ketinggalan baik dari segi akhlak dan budi pekerti selaku seorang pemimpin. Perkara sebegini tidak mungkin dapat dilakonkan oleh beliau untuk menipu rakyat Gombak lagi. Kalau dulu mungkin beliau telah berjaya menipu rakyat Gombak hinggakan Gombak tumpas ke tangan Pakatan Rakyat pada PRU12. Tetapi sayang tempoh hampir 4 tahun yang telah diberikan oleh rakyat Gombak kepada beliau telah disia-siakan begitu sahaja tanpa membawa apa-apa pembangunan atau menabur apa-apa budi kepada rakyat Gombak. Sebaliknya beliau sibuk mengejar jawatan yang lebih tinggi dalam kerajaan negeri Selangor dan parti sehingga beliau berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden Parti Keadilan.  

Namun apa bakti yang telah dicurahkan kepada rakyat Gombak selaku Ahli Parlimen Gombak? Apakah beliau ada ambik tahu tentang permasalahan yang menimpa atau mengambil berat nasib anak-anak yatim, warga emas, OKU, ibu tunggal di Gombak ini, khususnya Gombak Setia? Atau pernah menziarahi mereka khususnya rumah-rumah anak yatim seperti yang dilakukan oleh Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin bersama Pemuda UMNO Bahagian Gombak ini? Kalau nak tahu program ini merupakan Program Tahunan dan pasti setiap kali Ramadhan Datuk Hj. Megat Zulkarnain bersama Pemudanya tidak akan melepaskan peluang untuk bersahur bersama-sama anak-anak yatim sekitar Gombak. Ini merupakan satu latihan untuk mendidik jati diri untuk dirinya dan juga pemuda-pemuda Gombak agar sentiasa menginsafi nasib anak bangsa yang kurang bernasib baik. 

MNK malas nak tulis panjang anda lihat lah sendiri apakah dibawah ini satu lakonan untuk menarik pengundi semata-mata atau ikhlas lahir dari kesedaran diri? Anak-anak yatim ini tidak boleh mengundi. Ibu bapa pun tiada untuk ditagih undi mereka. Tiada wartawan, tiada rakaman cameran mana-mana TV atau media masa hanya rakaman yang MNK lakukan sendiri. Jadi untuk apa program ini dilakukan kalau tidak akan mendapat apa apa pulangan seperti apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Namun begitu MNK paparkan disini untuk tatapan rakyat kerana rakyat perlu tahu sikap dan sifat Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak ini.  InsyaAllah walau rakyat tak tahu dan kita tidak akan mendapat apa-apa pulangan di dunia ini tetapi pasti Allah akan membalas kebaikkan yang ikhlas satu hari nanti kalau tidak didunia di akhirat nanti. Aminnn...

Gombak!!! Gempur!!!



Sunday, 2 September 2012

KHALID GAGAP DERHAKA PADA SULTAN KERANA BODEK ANWAR???


Apa yang nak dikecohkan apabila Sambutan Hari Kemerdekaan Negeri Selangor Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak menjemput Baginda Sultan Selangor sebaliknya menjemput Anwar? Siapakah Sultan dimata Pakatan Rakyat? Siapakah Sultan di mata DAP, PKR dan PAS? Bukankah mereka tak iktiraf Sultan dan mereka inginkan sebuah negara Republik? Kalau negara Republik, Sultan tidak wujud lagi. Raja-raja Melayu tidak wujud lagi dan akan dihapuskan. Kan Negara role model mereka ialah Singapuran dan ingin menjadikan Malaysia ini seperti Singapura. So negeri mana yang DAP paling ramai dan paling bermaharajalela kalau tidak Selangor?


Jadi Selangor lah akan bermula segala-galanya. Segala tindakan biadap mereka akan dimulakan di Selangor dan ini terbukti sekali lagi dengan tidak menjemput atau memaklumkan pihak Istana dan Baginda Sultan Selangor tentang majlis sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 negara peringkat negeri Selangor kepada Baginda. Sepatutnya Baginda lah tonggak tertinggi Kerajaan Negeri Selangor menjadi tetamu kehormat dan memberi ucap tama selaku Sultan Negeri Selangor tetapi tidak, sebaliknya Kerajaan Negeri menjadikan Anwar selaku Tetamu Kehormat dan memberi ucapan. Pelik MNK kenapa budak penasihat ekonomi pula diberikan penghormatan sebegitu rupa? Apa Penasihat Ekonomi Negeri lebih besar dari Menteri Besar Selangor sendiri ataupun lebih dihormati dan lebih utama dari Sultan Selangor Sendiri?


Ohh Lupa kebetulan Si Anwar penasihat ekonomi Negeri Selangor ini juga perupakan orang paling "power" dalam Parti Keadilan dan Si Menteri Besar Khalid Gagap ini dari Parti Keadilan. Tindakan Khalid Gagap ini tidak lain tidak bukan nak bodek Anwar agar masih lagi memberi kepercayaan kepada Khalid Gagap untuk bertanding kerusi DUN sebagai calon Parti Keadilan,  masih lagi pilih beliau untuk menjadi Menteri Besar Pakatan Rakyat di Selangor. Bodek punya pasal Khalid Gagap sanggup derhaka dan ketepikan Sultan Selangor. Dah lah guna duit rakyat Selangor untuk menghadiahkan bus kepada khas untuk kempen kepada Anwar katanya? Baca Selanjutnya!!!

Tidak cukup dengan itu kini beliau sekali lagi membuktikan bukan hanya rakyat beliau sanggup pinggirkan dan ketepikan malah Sultan pun beliau sanggup. Pendek kata beliau sanggup lakukan apa sahaja untuk Anwar. Konon beliaulah paling setia dan paling sayang Anwar. Malah lebih hebat dari Azmin Ali.

Ini penting bagi Khalid untuk membuktikannya kerana lawannya bukan calang-calang orang. Azmin Ali yang juga sanggup lakukan apa sahaja untuk Anwar. Sanggup kongsi apa sahaja dengan Anwar. Apa Khalid sanggup? Jadi kerana perebutan jawatan, kekayaan dan kepentingan sendiri bukan hanya rakyat menjadi mangsa dan korban tetapi turut melibatkan Sultan.


Apakah kita masih lagi ingin mendiamkan diri dengan sikap kurang ajar pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Selangor ini? Kalau pemimpin kurang ajar, pengikut apa lagi lihat apa yang berlaku di malam sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka. Apakah pernah berlaku perkara sebegini sepanjang 55 tahun kita sambut kemerdekaan sebelum wujudnya Pakatan Haram ini? Tidak bukan. Inikah budaya anak bangsa dan negara kita yang ingin kita bawa dan sokong? Tentu Tidak jadi kuasa ditangan kita pada PRU13 nanti. Jom kita pakat tolak Pakatan Haram di Selangor ini.

Gombak!!! Gempur!!!

VIDEO KENAPA RAKYAT SOKONG YAB DATO' SERI NAJIB







WAJIB BACA!!!