FOLLOW ME


Tuesday, 6 November 2012

BALA DITURUNKAN TEMPAT ANWAR CERAMAH??? SUBAHANALLAH!



Jarang kita dengar bila mana Masjid atau rumah suci Allah dilanda mussibah. Pasti kesucian Masjid akan dipelihara oleh Allah seperti Masjid Rahmatullah di Aceh yang mana apabila satu bandar Aceh musnah dilanda Tsunami namun Masjid yang terletak ditengah-tengah Bandar Aceh itu tidak sedikit pun terjejas malah dikhabarkan air tidak atau lumpur tidak masuk langsung kedalam masjid tersebut.

Itu tanda kebesaran Allah sekiranya Masjid dipelihara dan diselenggarakan dengan baik hanya untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Nya. Tetapi sedih sekali...



Sebuah masjid di Kampung Bukit Naga yang telah dimasuki ditengelami air banjir. Habis ruang solat ditengelami air sebulan setelah Anwar memberi ceramah dan tazkirah di dalam masjid ini. Apakah ini petanda yang Allah tidak redha rumah Nya digunakan oleh orang yang tidak suci dan tidak ikhlas dalam hal berurusan dengan Agama Allah ini. Seorang yang membenarkan serta mengamalkan LGBT untuk dan memberi ceramah pula dalam rumah Allah ini. Apakah ini bala dari Allah kepada Qariah Kampung Naga kerana menggunakan Rumah Allah ini untuk insan Anwar Ibrahim ini berceramah? Baca Selanjutnya...


Gombak!!! Gempur!!!


Note MNK: TQ Sumber AAJK

Monday, 5 November 2012

VIDEO KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR TIPU! - KATA TOK BATIN.



Pada tanggal 04/11/2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia telah mengadakan kunjungan dan lawatan ke kampung orang asli Bukit Kala Batu 12 Gombak. Disamping meninjau dan melihat sendiri keadaan orang asli di Gombak ini beliau juga turut memberikan penerangan isu semasa serta sumbangan kepada keluarga orang asli. Seawal jam 7.45am Datuk Ahmad Maslan telah tiba di Gombak untuk bersarapan pagi di Warung Mak Ngah di Batu 8 Gombak bersama JKKKP setempat dan Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad serta Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin. Turut menyambut ketibaan Datuk Ahmad Maslan ialah Ketua UMNO Bahagian Rahim Kamaruddin.

Sunday, 4 November 2012

VIDEO BANJIR GOMBAK: AZMIN ALI TAK PEDULI NASIB RAKYAT GOMBAK?



Mangsa Banjir: "Rumah saya naik air lagi bang...banjir sampai paras peha. Habis semua barang rumah rosak.
MNK: Berapa rumah kali ini adik yang terlibat?
Mangsa Banjir: Sama macam hari tu bang. Dalam 10 rumah di belah paya ini.
MNK: Pihak kerajaan negeri (Pakatan Rakyat) atau Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali ada datang melawat tak?
Mangsa Banjir: Takde Bang yang datang pun 2 orang iaitu Ketua Pemuda PAS Nasaruddin Tantawi bersama sorang lagi saya tidak kenal.
MNK: Ada tak diberi apa-apa bantuan? Takde bang dengan Boot getah baru dibeli dia hanya melihat dan boleh dia cakap Banjir ya!... hmm memang lah banjir bang takan itu pun nak tanya.
MNK: Lepas tu?
Mangsa Banjir: Dia blah jer bang takde pun kata apa-apa pasal apa-apa bantuan pun.
MNK: Biasalah tu dia tidak boleh buat apa-apa kalau yang boleh buat pun ialah Azmin Ali sebab dia Ahli Parlimen. Wakil Rakyat PAS dah kena pecat Hassan Ali dah kena pecat dik. Takpa nanti Abg cuba mintak tolong dekat Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain.

MNK menghubungi Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin Penyelaras BN Parlimen Gombak.

Truuttt truttt...truttt truttt deringan talipon.....

Thursday, 1 November 2012

BADRUL AMIN HASUT AL-ARQAM BENCI KERAJAAN BN?




 
Seperti yang semua maklum Pertubuhan Al-Arqam ini telah diharamkan oleh kerajaan satu ketika dulu. Markaz Pusat mereka di Sungai Pencala telah dikosongkan. Ramai para pengikut Ustaz Ashaari atau lebih dikenali dengan panggilan Abuya telah diberikan kesedaran melalui program kaunseling dan penerangan oleh pihak-pihak dan agensi kerajaan yang bertanggung-jawab. Ramai dikalangan para pengikut Al-Arqam dahulunya telah kembali menjalani kehidupan seperti rakyat biasa dan mula bercampur kembali dengan masyarakat. Namun begitu masih ramai juga yang masih tetap dengan pegangan dan ajaran Al-Arqam yang mengamalkan Tareqat Muhammadiah ini. Apa hal pula Badrul Amin yang mengelarkan Anwar sebagai Al-Mahdi ini bersama dengan Al-Arqam ini?

MANA PAS SELANGOR NAK LETAK MUKA???


Masih terngiang-ngiang di telinga MNK pada kempen PRU 12 PAS di Selangor dahulu apabila PAS melaungkan ingin menegakkan negara Islam dan menyucikan kerajaan negeri Selangor ini kononnya dari segala rasuah, perkara yang haram dan segala kemungkaran. Islam sebagai Ad-din dan sebagainya. Rasa-rasa semua di Selangor ini khususnya orang Melayu dan Islam pasti masih ingat laungan sekiranya kita dapat tawan Selangor sebelum ayam berkokok kita akan tutup Kilang Calsberg di Shah Alam itu. Tapi hingga ke hari ini kilang itu masih beroperasi.

WAJIB BACA!!!