Pada tanggal 13/11/2012 di Perkarangan Batu Caves telah tercatat dalam sejarah tanahair di mana Y.A.B Perdana Menteri Malaysia telah berjanji untuk membawa usul dan pemohonan kepada United Nation berhubung dengan kawasan Komuniti dan Kuil Batu Caves ini untuk di pertimbangkan sebagai "World Heritage". Langkah dan saranan oleh Y.A.B Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak ini adalah demi melindungi Batu Caves dari dirosakkan atau hapus sama sekali oleh pihak yang tidak bertanggung-jawab termasuklah Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor ketika ini.
Dalam ucapan beliau pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali MIC ini beliau berkata dan berjanji sekiranya masyarakat India memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Barisan Nasional bersama masyarakat Melayu dan Cina di Selangor ini dan kita berjaya merampas kembali Kerajaan Negeri Selangor dari tangan Pakatan Rakyat pada PRU-13 ini, Projek yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat untuk membina 2 Blok Kondominium setinggi 29 tingkat berhampiran dengan kuil Batu Caves itu akan dibatalkan sama sekali. Ini kerana pembinaan kuil tersebut sudah pasti akan menggangu-gugat struktur bumi yang mana dikuatiri monumen bersejarah dan lambang kebanggaan masyarakat India di Malaysia ini akan musnah akibat pembangunan yang tidak bertanggung-jawab ini yang mana hanya memikirkan keuntungan beberapa pihak tetapi mengenepikan kepentingan social masyarakat khususnya masyarakat India.


