FOLLOW ME


Sunday, 30 September 2012

BAJET 2013 SIAPA YANG TAHU?


2-3 Hari ini sibuk di serata ceruk di bandar dan di kampung, di kedai-kedai kopi dan di warung-warung orang memperkatakan hal berhubung dengan Bajet 2013 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak tempohari. Ramai yang terpaku di depan kaca tv menonton siaran langsung pembentangan Bajet 2013 oleh YAB PM kita dan tidak kurang pula yang tonton di PC di pejabat atau di kedai-kedai yang menyediakan perkhidmatan Wifi.

Wednesday, 26 September 2012

VIDEO: DAYANG KU INTAN DAN ABBY TAK MAMPU LAKUKAN INI???


 
Cuba lihat tayangan kedua-dua video ini yang mana pembaca-pembaca boleh menilai sendiri sifat dan akhlak artis tanahair dan melakukan perbandingan yang mana lebih baik dan lebih mencerminkan akhlak budaya artis tanahair. Yang dua orang ini dok menyanyi atas pentas ceramah di ceruk-ceruk kampung atas nama politik dan mencari rezeki dari parti-parti politik pembangkang. Dah nama pun atau organizer konsert ceramah kampung-kampung ini parti politik maka sudah pasti kena ikut cakap organizer sebelum nyanyi kutuk-kutuk dulu Kerajaan dan Parti Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Kalau berani dan hebat lagi kutuk negara sekali iaitu Malaysia tercinta ini. Siap kutuk rakan-rakan artis lain yang menyokong parti kerajaan dan menzahir serta tidak takut berkata-kata mempertahankan negara kerana rasa sayang kan negara Malaysia ini.


Yang satu lagi clip video ini pula mempamerkan sifat dan akhlak sorang artis yang telah mengharumkan nama negara di persada dunia. Menyanyi di pentas dunia dan membawa serta menjunjung nama negara  nama Malaysia dibahunya dalam usaha kecilnya untuk membawa kehormatan pada negara dalam industri muzik ini. Beliau ialah Shila Amzah anak kepada ND Lala. Malas nak ulas panjang anda lihat sendiri persembahan dan Shila Amzah ini siap bila di umumkan sebagai Juara pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, China baru-baru ini. Lepas bersalam dengan juri-juri profesional antarabangsa kerana kegembiraan dan kebanggaan serta MNK percaya rasa sayang dan cintakan negara yang cukup tinggi, beliau telah melaungkan Malaysia Boleh!!!. Inilah semangat dan sikap yang patut ada pada artis-artis tanahair dan patut menjadi contoh dan tauladan kepada yang lain. Baru Hebat!!! Tahniah Shila Amzah....



MNK Note: Apa pencapaian Abby dan Dayang Ku Intan nie? Hebat sangat ke macam artis tak berapa nak laku jer... so terpaksa lah raih populariti murahan melalui parti politik pembangkan dan menghentam kerajaan dan parti UMNO dan BN. Rakyat bertambah meluat ler jawapnyer...

Gombak!!! Gempur!!!




Tuesday, 25 September 2012

FILEM HINA RASULLULLAH APA ANWAR CAKAP???


“Tindak balas ganas terhadap filem yang menghina Islam, dia (Anwar) bersetuju bahawa terdapat satu ‘masalah dalam jiwa umat Islam..mudah marah dan emosi,” lapor Eddie Barnes, wartawan The Scotsman, media terbitan British, ketika menemu bual Anwar semasa Ketua Pembangkang itu melakukan lawatan ke United Kingdom baru-baru ini. 

Itu kata-kata Anwar tatkala jiwa umat Islam seluruh negara bergolak dan marak dengan api kemarahan kerana Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dihina dengan begitu keji sekali oleh pihak Yahudi dan Barat dengan penerbitan filem dan karikatur Baginda. Bukan hanya di Malaysia malah di seluruh negara. Kenapa si Anwar ini boleh pulak dia kata umat Islam mudah marah? Ini ciri-ciri seorang pejuang Islam? Ini kah ciri-ciri yang kononnya ustaz PAS yang terencat tu kata Imam Mahdi? Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W di hina dengan begitu dahsyat sekali pun dia boleh kata macam takpa-takpa biarkan jangan melatah jangan mudah marah dan emosi. Jangan berdemo dan jangan kecoh-kecoh. Nak tunggu macam mana lagi baru umat Islam nak bangkit tunjukkan protes dan tuntut hak mereka yang mana jangan di ganggu Agama Islam ini seperti mana Islam tak menganggu agama-agama lain. Kenapa pihak Anwar dan sekutunya tidak melaungkan human rights of the majoriti Muslim? Bukan ini human right kepada 2.1 billion umat Islam dari jumlah 7 billion penduduk dunia ini untuk mengamalkan fahaman agama mereka dengan aman dan damai tanpa di ganggu dan dikeji oleh orang beragama lain?

Kalau pun Anwar yang terkenal dengan fahaman pluralisme dalam erti kata lain kesamaaan semua agama dan tiada agama yang lebih baik dari agama lain kalau mengikut pahaman pluralisme itu tadi, Anwar tetap patut membela agama Islam walaupun dia tidak berminat nak bela atas nama beliau sendiri penganut agama Islam beliau sendiri pemimpin parti politik beragama Islam tetapi beliau patut bela atas nama kesamaan setiap agama dan fahaman pluralisme beliau itu tadi. Islam juga ada hak yang sama dengan agama lain kan kalau mengikut fahaman beliau itu tadi.

Apakah ada tekanan pihak tertentu untuk Anwar mengeluarkan kata-kata begitu? Maklumlah PRU 13 dah dekat. Ramai pelabur dan rakan-rakan Anwar di luar negara nak bagi pakai duit macam tu jer tak payah bayar balik? Macam kawan sorang tu bagi pakai Jet macam bagi pinjam kereta jer tu. Yer lah nak bagi pakai untuk tabung perbelanjaan Pakatan Rakyat untuk kos PRU13 nanti. Takan nak bantai pulak geng-geng tu walau Rasullullah dihina. Nanti tak jadi kasi pakai nanti makin merudum lah nak jadi PM?


Maksudnya apa? Quran dah jelas mengatakan Nabi Muhamad Insan Mulia, Insan Mahsum Insan yang dipelihara kesucian dirinya oleh Allah. Hati hitamnya di bedah oleh Jibrail ketika peristiwa Isra Miraj dan banyak lagi ayat-ayat berkenaan Baginda. Apakah itu tidak cukup buat Anwar? Apakah filem Innocent of Muslim ini jelas bertentangan dengan apa yang diceritakan dalam Quran dan sengaja diterbitkan untuk menghina Baginda? Kenapa nak jual ayat Quran dengan harga yang murah? Kenapa tidak mahu bela Baginda hanya kerana takut rakan-rakan luar negara boikot? Tak bagi pakai percuma?

Ingatlah hari pembalasan di Padang Masyar. Jangan sampai Baginda tak mengaku kita sebagai umat nanti dan hilang dari mendapat syafaat Baginda. Ingatlah....


MNK Note: Tak tahu lah kalau nanti keluar cerita kata akhbar TheScotman tu pula memutar belitkan apa yang dia kata. Macam kes Majalah Asian WallStreetJournal dulu pasal lindung negara Isreal. Sokong Isreal tapi tak sokong Umat 2.1 Billion Umat Islam luahkan bantahan bela Rasullullah? Pelik bin Ajaib Pak Sheikh nie ler....

TQ MyMassa.

Gombak!!! Gempur!!!





VIDEO PEJABAT PENYELARAS BN DUN GOMBAK SETIA JADI PUSAT DUA KUMPULAN MAT REMPIT BERTEMBUNG!!!



Pada Ahad 23/09/2012 telah berlaku kekecohan dan suasana gamat dan riuh rendah di Pejabat Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad di Batu 8, Gombak. Ianya disebabkan selisih faham dua kumpulan mat rempit terbesar di Rantau Gombak yang tidak sehaluan. Kekecohan ini disebabkan kumpulan A (nama terpaksa dirahsiakan) yang dikepalai oleh Brader Edi Cigar dan sekumpulan lagi dikepalai oleh Chot Tempang yang Pro Datuk Said Anuar telah berselisih faham dan menjadi Pejabat Penyelaras BN DUN Gombak Setia tempat untuk " settle". Namun begitu keadaan jadi terkawal apabila Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad Penyelaras BN DUN Gombak Setia sendiri telah turun untuk settle kan perselisihan dua kumpulan terbesar di Rantau Gombak ini. Jom kita tonton Video kejadian yang sempak MNK rakam.


Hehehe... jangan marah ya dua kumpulan terbesar yang MNK maksudkan ini ialah penyokong Liverpool dan Penyokong Manchester United di Rantau Gombak ini. Memahami kehenedak dan citarasa anak muda dan belia kampung sekitar Rantau Gombak Setia ini maka Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad bersama Pemuda UMNO Cawangan-cawangan Rantau Gombak ini telah mengadakan program tayangan siaran langsung perlawanan EPL antara Manchester United vs Liverpool. Program ini bertujuan untuk menggalakan aktiviti sihat dikalangan pemuda dan belia rantau Gombak serta dilihat sebagai satu usaha Penyelaras BN DUN Gombak Setia menjadikan Pusat Khidmat beliau ini sebagai tempat berkumpul dan pusat aktiviti sihat sebegini anak-anak muda rantau. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan gejala rempit dikalangan mereka. Bayangkan tidak perlu lagi pergi jauh dari kawasan kampung untuk melihat perlawanan EPL di layar-layar big screen di kedai-kedai mamak yang mana terletak agak jauh dari rantau Gombak ini. Kini di Pejabat Penyelaras BN Dun Gombak Setia telah disediakan kemudahan untuk tengok bola di layar-layar big Screen sama macam di kedai-kedai mamak.

Minuman dan makan percuma juga turut disediakan kepada siapa sahaja yang datang menonton dan ianya terbuka kepada semua. Cuma makanan tidak lah sama seperti di kedai mamak, cuma di sediakan Mee Hun dan nasi lemak untuk 100 orang pertama. Minuman pula hanya kopi O dan teh O panas. Mungkin buat permulaan ini hanya sekitar 40 orang sahaja yang hadir tetapi MNK percaya usaha yang murni ini sekiranya berterusan makin lama makin ramai yang akan turut serta kerana memang ini minat anak-anak muda di rantau Gombak ini.

MNK difahamkan oleh Datuk Said Anuar sendiri, inisiatif bukan hanya sekadar menonton Perlawanan EPL sahaja ianya juga akan menayangkan perlawanan pasukan Malaysia, Badminton dan juga tayangan filem-filem terkini.  Syabas kepada Penyelaras BN DUN Gombak Setia serta barisan kepimpinan Pemuda UMNO Cawangan di Rantau Gombak ini atas usaha yang baik ini. Teruskan InsyaAllah anak muda akan kembali bersama UMNO dan Barisan Nasional.


Note MNK: Teringat pula MNK kisah Wayang Pacak dulu-dulu dikampung-kampung. Seniman Bujang Lapok heheheh

Gombak!!! Gempur!!!

MB SELANGOR PENIPU - SOAL BELI BAS MEWAH ANWAR???



Lepas satu-satu kes pembaziran dan salah guna kuasa hatta wang rakyat telah dibongkarkan berhubung dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya di Selangor ini. Bermula dengan kes Lori Sampah secondhand berjumlah jutaaan ringgit hingga ke Bas Mewah Pribadi untuk Anwar diikuti pula dengan Lori Transformer pentas ceramah untuk Anwar dan terkini Jet Pribadi untuk Anwar. Segala-galanya untuk Anwar tetapi yang menyediakan serta membayar hatta menyewa katanya datang dari MB salah satu negeri dulunya kepunyaan Kerajaan Barisan Nasional yang kaya raya iaitu Selangor dan MB tersebut ialah Khalid Gagap. Cuma Jet Pribadi untuk Anwar jer katanya dari beri pinjam percuma oleh kawan Anwar yang lain bukan Khalid Gagap. Pinjam la sewa la mana satu pun tak tahu. Oleh kerana tuduhan serta bukti yang telah di dedahkan oleh Blogger-blogger pro-kerajaan BN agak kuat maka tidak lain dan tidak bukan mereka terpaksa menjawab. Baik Anwar sendiri atau pun Khalid Gagap menafikan segala tuduhan serta bukti yang dikemukan. Bak kata Pepatah Ingerris "One lie leads to another". Maknanya kalau kita dah tipu sekali kita akan tipu berkali-kali untuk menutupi penipuan kita yang asal. Lepas tu kita bohong lak lagi. Akhirnya bak kat pepatah Melayu pula Siakap Senohong Gelama ikan duri, Bercakap bohong lama lama mencuri". Ini lah terjadi di Selangor agaknya...Mana tidaknya kejap kata sewa, bukti macam beli sebab daftar nama sendiri. Takan sewa dari diri sendiri kot?  Baca Selanjutnya.... 

Note MNK- TQ SEL13.com. Apakah pemimpin yang suka menipu dan suka mencuri yang kita hendak? Apakah kita nak di tipu selama-lamanya? Jom pakat tolak Pakatan Rakyat pada PRU13....

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!