Monday, 18 July 2011

PATRIOT BERJIHAD, BERSIH BERMAKSIAT......


Terkejut saya apabila seorang rakan mengirimkan gambar dibawah ini kepada saya tempoh hari. Ahli Parlimen Ampang(PKR) YB Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Indera Mahkota (PKR) YB Azan Ismail dalam kedudukan berpelukan tangan yang mana kedua-dua mereka ini bukan mahram dan masing-masing dah bersuami dan beristeri. Apakah mereka ini tidak malu dengan tindakan mereka ini yang mana mereka merupakan pemimpin yang mencerminkan dan membawa imej Islam.


Mana pemimpin parti yang konon memperjuangkan Islam yang mana ayat-ayat Al-Quran dan Hadis amat dekat dibibir apabila berceramah dan berhujah? Seorang pemimpin dari parti PKR yang mungkin jahil sedikit dari PAS kerana PKR tidak memperjuangkan Islam. Itu kita boleh terima namun imej bertudung itu membuatkan kita agak kecewa dengan sikap beliau. Kenapa tidak mendidik beliau dan menegur untuk tidak berpelukan tangan itu. Apa mereka lupa dengan hadis dibawah ini atau kerana taksub kepada Ambiga sikafir itu mereka menolak Hadis dan Ayat Al-Quran dibawah.....

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu riwayat Bukhary-Muslim, Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa ‘alahi wasallam menegaskan :

إِنَّ اللهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيْبَهُ مِنَ الزَّنَى مُدْرِكٌ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زَنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذَنَانِ زِنَاهُمَا الْإِسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلاَمُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ

“Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi setiap anak Adam bagiannya dari zina, ia mengalami hal tersebut secara pasti. Mata zinanya adalah memandang, kedua telinga zinanya adalah mendengar, lisan zinanya adalah berbicara, tangan zinanya adalah memegang dan kaki zinanya adalah berjalan dan hati berhasrat dan berangan-angan dan hal tersebut dibenarkan oleh kemaluan atau didustakan”.

Imam An-Nawawy dalam Syarah Muslim (16/316) menjelaskan : “Hadits ini menerangkan bahwa haramnya memegang dan menyentuh selain mahram karena hal itu adalah pengantar untuk melakukan zina kemaluan”.

Dan ini pula dalil Al-Qurannya

Al Quran : (17) Al Israa’ : Ayat 32

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (QS. 17:32)

Sedih apabila pejuang-pejuang PAS telah mengenepikan larangan Agama Islam dan menurut kehendak Si Kafir Ambiga didalam keghairahan mereka berdemo di perhimpunan Demo Bersih pada 9hb Julai 2011. Sedar atau tidak DAP dan Ambiga telah Berjaya menyasarkan pejuang-pejuang PAS dari landasan Islam apabila mereka telah berjaya sedikit demi sedikit memisahkan PAS dari Islam itu sendiri. Buktinya yang nyata PAS telah mula melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama Islam demi Politik dan membutakan mata dan memekakkan telinga mereka apabila sekutu mereka melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Pejuang PAS sanggup berpelukan dengan sekutu politik mereka atas perjuangan Bersih. Ibarat Bapa Borek anak Rintik sudah pasti pengikut dan akar umbi turut melakukan perkara yang sama apabila pemimpin mereka telah menunjukkan tauladan sebegini.

Berbeza dengan Patriot, awal-awal lagi arahan pemimpin Patriot adalah hanya Pemuda atau lelaki yang berumur bawah 40 tahun sahaja yang akan berhimpun pada tarikh yang sama. Ini sudah pasti untuk mengelakkan perkara diatas berlaku. Kenapa tidak dihimpun sekali Wanita dan Puteri? Kenapa Pemuda Bahagian-bahagian yang bersama Patriot tidak membawa turun Wanita dan Puteri mereka sekali?



Kalau dilihat Patriot lebih peka dan patuh pada tuntutan agama yang mana hanya lelaki berhimpun dan tiada percampuran atau berpelukan  lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti gambar diatas itu. Patriot menghimpunkan hanya anak-anak muda dibawah 40 tahun menyertai perarakan itu agar sekiranya apa apa berlaku anak-anak muda yang lebih sihat dan mantap dari segi fizikal dan jasmani ini tidak akan memudaratkan diri sendiri atau pun kurang kebarangkaliannya. Walhal kita sudah menjangka apa akan berlaku pada hari tersebut kerana sudah pasti pihak Polis akan melakukan tanggung-jawab mereka meleraikan himpunan haram itu baik dari Bersih ataupun Patriot dan kedua-duanya telah mendapat layanan yang sama dan saksama.  Jadi mengapa dibawa orang tua dan wanita, anak kecil dan warga tua?

Jadi siapa yang mengikut dan berlandaskan agama pada perhimpunan tersebut? Siapa yang benar-benar memperjuangkan dan mempertahankan agama, raja/Agong atau Ulil Amri Khalifah Agama Islam di Malaysia ini? Siapa yang Berjihad dan siapa yang Bermaksiat?

 Fikir-fikirkanlah…….

Gombak!!! Gempur!!!!