Wednesday, 6 July 2011

PKR VS ILLUMINATI / FREEMASON



Illuminati Online website http://www.illuminati-online.co.nr/



Logo Parti PKR.


Saya agak terkejut bila melayari internet baru-baru ini dan tertarik dengan persamaan yang hampir tepat logo Parti PKR dan Logo sebuah website Illuminati Online seperti paparan pertama diatas itu. Ianya berkonsepkan "all seeing eye"  atau “Eye of Providence”

Popular di kalangan ahli-ahli teori mendakwa bahawa Mata Providence yang ditunjukkan di atas piramid yang belum selesai pada Mohor Besar Amerika Syarikat menunjukkan pengaruh Freemason dalam pengasasan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, penggunaan biasa Masonic tetang lambang Mata ini  telah berlaku selepas 14 tahun penciptaan Mohor Besar.

Hari ini, “Eye of Providence” biasanya dikaitkan dengan Freemason. Mata mula-mula muncul sebagai sebahagian daripada ikonografi yang standard Freemason pada tahun 1797, dengan penerbitan Monitor Thomas Smith Webb, Freemason. Biasanya bentuk, Mata Masonic Providence ialah kemuliaan separuh bulat di bawah mata. Kadang-kadang mata tertutup oleh segitiga.


Apa itu “all seeing eye”?


“All Seeing Eye” ini adalah lambang kebanggaan kumpulan Illuminati ini yang mana ia bermakna “Mata Satu” yang melihat segala-galanya. Ia merujuk kepada Dajjal yang bermata satu yang mana ianya menjadi ikutan dan apa yang disembah oleh kumpulan Illuminati ini sebagai Tuhan mereka. Pergerakan Illuminati ini diasaskan pada 1 Mei 1776, di Ingolstadt (Upper Bavaria) dikenali sebagai Order of Illuminati, dengan keahlian awal sebanyak lima orang oleh Adam Weishaupt yang merupakan profesor undang-undang kanun pertama di Universiti Ingolstadt. Anggota pergerakan ini terdiri dari kalangan ‘freethinkers’ dan turut berpegang pada konsep “Enlightenment”  dan  hari ini Freemason merupakan dilihat hampir menyerupai dan mengikuti atau lebih tepat mencontohi gerakan Illuminati ini.

Dalam zaman moden, Illuminati (Freemason) ini dikatakan juga digunakan untuk merujuk kepada sebuah organisasi yang berupa pengomplot yang bertindak sebagai "kuasa di sebalik takhta" bayangan, mengawal hal ehwal dunia melalui syarikat korporat atau kerajaan sebagai penjelmaan moden atau kesinambungan kepada Bavarian Illuminati.

Antara senarai ahli Freemason

Perdana Menteri Isreal yang merupakan Ahli Freemason

Dari pada 13 Perdana Menteri Isreal, 8 daripada mereka merupakan ahli Freemason. Berikut senarai nama Perdana Menteri Isreal yang menganggotai Freemason.

David Ben-Gurion - Freemason
Golda Meir - Co-Mason
Yitzhak Rabin - Freemason
Shimon Peres* - Freemason and Jesuit (Roman Catholic) trained
Benjamin Netanyahu - Freemason
Ehud Barak - Freemason
Ariel Sharon - Freemason
Ehud Olmert** - Freemason

President Amerika yang merupakan ahli Freemason

George Washington
James Monroe
Andrew Jackson
James Polk
James Buchanan
Andrew Johnson
James Garfield
William McKinley
Theodore Roosevelt
Howard Taft
Warren Harding
Franklin Roosevelt
Harry Truman
Gerald Ford

Lain – lain nama yang kita kenali merupakan ahli Freemason:-

·     Mustafa Kemal Atatürk pengasas Republik Turki moden.
·     Aguinaldo, Emilio - President of the Philippines

Saya rasa tidak perlu lagi saya menulis panjang kerana dengan melihat mereka-mereka yang menganggotai Freemason ini kita sudah boleh menilai apakah kebaikan kepada Islam ataupun kehancuran pada Islam yang mereka ini perjuangkan. Yang pasti mereka ini merupakan mereka yang di agung-agungkan oleh Kuasa Barat dan cuba dipotraitkan sebagai insan hebat namun yang boleh kita nilai mereka ini memilih untuk mengikuti si mata satu. “All Seeing Eye” kononnya.

" Daku memberi amaran kepada kamu tentangnya yakni Dajjal dan tiada satu nabi pun yang tidak memberi amaran kepada umatnya tentang Dajjal. Nabi Nuh telah memberi amaran kepada kaumnya tentangnya, tetapi daku memberitahu kamu satu kenyataan yang tiada seorang Nabi pun yang tidak mengingatkan kaumnya. Kamu haruslah ketahui bahawa ia adalah bermata satu dan Allah tidak bermata satu." Asal hadis ini telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari, di atas autoriti Salim.
( Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Jilid 3, Musnad Ahmad 57, 1353-1355 dan Muslim, 2930-2931).

Persoalannya kenapa lambang Parti PKR menyerupai Lambang Illuminati? Adakah ianya kebetulan atau memang telah dirancang?