Monday, 5 September 2011

KOMUNIS MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN TANAH MALAYA????

Pembangkang Kehabisan Bahan Propanganda.
Saya terpanggil untuk menulis luahan dan persepsi saya berhubungan dengan isu yang ditimbulkan oleh Mat Sabu Timbalan Presiden Pas berhubung dengan isu Komunis di Tanah Malaya ini. Saya juga berpeluang membaca komen-komen dan penulisan blog pembangkang yang menyatakan tentang jasa dan pengorbanan komunis kononnya yang turut memperjuangkan kemerdekaan Tanah Malaya ini sebelum wujudnya UMNO itu sendiri. Salah satu blog yang saya baca berhubung perkara ini ialah Amenoworld.blogspot.com. Izinkan saya melontarkan pandangan saya kepada 15 dalil daripada 30 dalil yang dilontarkan oleh Penulis Amenoworld.blogspot.com yang mana selebihnya lebih kepada dalil berdasarkan emosi kebencian dan ketaksuban kepada perjuangan Komunis pada hemah saya. Namun 15 komen saya ini mungkin sudah cukup untuk kita menilai sendiri sejauh mana kebenaran penulis amenoworld.blogspot.com ini.

Berikut di bawah ialah sebab kenapa (Amenoworld. Blogspot.com) menolak umno sebagai parti yang memerdekakan tanah melayu pada tahun 1957.

1. Buku teks sejarah tidak menulis hakikat sejarah berpandukan fakta sebenar.

Komenku – siapa penulis amenoworld ini untuk mempertikaikan buku sejarah yang telah ditulis oleh pakar sejarah tanahair dan dari mana fakta yang didapati oleh penulis untuk mempertikai teks sejarah tanahair? Sila kemukakan bahan rujukan.

2. Sejarah tentang pengorbanan komunis dimatikan.

Komenku – Apakah matlamat Komunis ialah untuk membebaskan tanahair Malaysia dari penjajahan Jepun dan memberikannya  kembali kuasa Tanah Melayu kepada bangsa Melayu ataupun sebenarnya Komunis yang berpusat di China ini memperjuangkan survival Komunis diseluruh dunia termasuk di Tanah Malaya kerana diancam oleh Jepun yang anti China dan anti Komunis. Akibat perkara ini rakyat Cina di mana jua yang ditakluk oleh Jepun menghadapi seksaan dan mereka lari menyembunyi di hutan dan dibantu oleh orang Melayu dikampung termasuk membekalkan mereka dengan bahan makanan dan sebagainya seperti scenario yang berlaku di Tanah Malaya pada ketika itu. Apakah ini dinamakan Pengorbanan?

3. Sejarah mengenai kejahatan komunis dicanangkan. Memang benar komunis menjadi jahat sesudah mereka ditipu.

Komenku – apa yang ditipunya? Adakah apa-apa dokumen sebagai bukti seperti surat perjanjian misalnya yang kononnya British hendak menyerahkan kuasa Tanah Malaya kepada Komunis? Kenapa Komunis walhal Tanah ini asalnya kepunyaan Orang Melayu? Kalau pun ditipu apakah ini boleh dijadikan alasan kepada kekejaman Komunis?

4. Sejarah bahawa orang melayu terlibat dalam komunis disembunyikan.

Komenku – Kita tahu pasal Rashid Maidin dan Shamsiah Pakir orang Melayu yang terlibat dalam Komunis. Dimana pula ia disembunyikan seperti dakwaan penulis? Sila berikan fakta dan bukti seperti nama-nama mereka-mereka yang terlibat didalam Komunis serta rujukan penulis seperti dakwaan Penulis Blog Amenoworld ini.

5. Mengungkit dan mengaitkan cina dengan komunis bagi menyebarkan elemen kebencian melayu terhadap cina.

Komenku – Ini fakta memang 98% mereka yang menyertai Komunis ini adalah mereka yang berbangsa Cina. Ini kerana semangat pendatang dari Cina yang baru menjejak kaki di Tanah Melayu yang mana pada diri mereka masih menebal semangat kenegaraan China mereka dan pahaman Komunisme mereka lalu mereka bertindak untuk mempertahankan tanahair mereka (China) dan tempat mereka mencari rezeki iaitu Malaya dari penjajah yang sama iaitu Jepun. Ini fakta sejarah bukan mengungkit atau mengaitkan

6. Ramai cina kena pancung ketika jepun tawan malaya tidak dikisahkan dalam sejarah. Ketika itu china berperang dengan jepun dan orang cina di tanah melayu dibunuh bagi membalas dendam.

Komenku – Jepun menang perperangan di China itu dan China dan bangsa Cina yang kalah kenapa pula  Jepun yang membalas dendam dengan memancung ramai Cina? Jepun memang zalim dan mereka akan menghukum sesiapa yang disyaki menentang Jepun samada di China atau di Tanah Malaya samada mereka bangsa Cina ataupun Melayu. Itu fakta. Tetapi ramai mereka “Cina” yang kena pancung kerana mereka ini terlibat dengan Komunis. Cina yang tidak terlibat dengan Komunis tidak dipancung.

7. Jepun bukan kejam pada orang melayu sahaja. Jepun kejam pada cina, pada india, pada semua penduduk tanah melayu. Sejauh mana sedihnya ahti orang melayu pada ketika itu, sama banyak sedihnya ahti bangsa2 lain di tanah melayu. Sama2 menderita dan sama2 tersiksa. Sama2 memberontak dan sama2 bersatu melawan kezaliman. Kuantiti bukan ukuran tetapi keazaman itu lambang betapa rakyat tanah melayu pada ketika itu berkongsi suka dan duka yang sama banyak.

Komenku – Tak pasti apa yang cuba disampaikan oleh penulis ini. Benar semua kaum sedih dan merasa kesengsaraan zaman Jepun Cuma Melayu ditambah sikit dengan kezaliman Jepun dan kezaliman Komunis kepada bangsa Melayu. Bangsa Cina yang bersama Komunis hanya merasa kezaliman Jepun sahaja kerana tiada kezaliman orang Melayu pada bangsa Cina atau India berlaku ketika itu.


8. Ketika itu komunis dilihat harapan oleh rakyat tanah melayu untuk disandarkan keyakinan bagi membebaskan mereka dari kezaliman.

Komenku – Ini mungkin pandangan pribadi sipenulis yang terlalu taksub dengan perjuangan komunis di Malaya ini. Cuba tanya atuk-nenek kita apakah mereka menyandarkan keyakinan mereka kepada KOMUNIS untuk membebaskan meraka dari Kezaliman? Penulis mungkin lupa Komunis ini menolak Tuhan dan kita orang Melayu beragama Islam lebih lebih atuk nenek kita itu biar lah mereka hidup dalam penindasan dan kezaliman tetapi untuk menolak Allah untuk bersama perjuangan yang tidak percayakan Tuhan... Nauzubillah jauh sekali dan simpang malaikat 44 ibarat kata orang-orang tua dulu?

9. Jangan dilupa pada melayu talibarut. Melayu talibarut neh sapa? MELAYU YANG TIKAM MELAYU dan berkerjasama dengan tentera jepun bagi menyeksa rakyat pada ketika itu.. Ia wujud sejak dahulu dan masih ada sehingga kini.

Komenku – Ya memang ada talibarut-talibarut ketika itu yang memang nak menjahanamkan bangsa Melayu hingga ke hari ini pun ada Talibarut itu dan mungkin lahir dari salahsilah Talibarut dari zaman Jepun ini. Mereka yang hari ini yang ingin menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu, Mereka yang merendahkan mertabat Agama Islam. Mereka yang menyokong tuntutan IFC, Murtad, mereka yang mengadaikan Bangsa Melayu hanya kerana kepentingan pribadi untuk berkuasa dan berjawatan paling tinggi dalam Negara. Mereka ini talibarut pada zaman ini.

10. Ramai tidak tahu bahawa komunis pada ketika itu dibantu oleh british dari segi alatan.senjata dan taktikal perang. Ia pernah didedahkan di dalam astro discovery channel. Ya, jangan pernah mimpi tv1 nak siarkan benda neh. 

Komenku – British pada ketika itu menggunakan apa saja dan sesiapa saja untuk mereka berkuasa di Tanah Malaya ini. Apa kesimpulannya penulis ini? Apakah dengan bantuan British itu menyatakan yang British setuju dengan perjuangan Komunis? Mungkin Penulis melihat dengan pandangan yang cetek dan lupa yang “ The enemy of my enemies is my friend” British memperalatkan Komunis untuk menghalau Jepun dari Tanah Malaya tanpa mereka perlu bersusah payah menggunakan seluruh tentera British itu sendiri untuk menentang Jepun. Ini dapat menyelamatkan ribuan nyawa rakyat/tentera British. Seperti mereka mengunakan majoriti tentera terdiri dari mereka yang berasal dari India, rakyat India dan bukan Rakyat British dari England sendiri.

11. British juga berjanji bahawa komunis akan jadi kerajaan sementara setelah jepun dikalahkan.

Komenku – Sila beri surat perjanjian yang mana ditandatangani oleh kedua-dua pihak berhubungan dengan dakwaan penulis ini. Atau ianya ditulis dari anggapan atau agak-agak mengikut penilaian penulis sahaja.

12. Tetapi jepun undur diri dari tanah melayu dan menutup pintu kepada dunia luar setelah diserang amerika.

Komenku-Jepun undur diri kerana mereka telah tewas peperangan dunia apabila Hiroshima dan Nagasaki telah dibom dengan bom Atom oleh Amerika dan telah memberi kemenangan kepada Tentera Bersekutu  

13. Pemimpin komunis pada ketika itu memegang janji2 british yang mahu merdeka kan tanah melayu dan membiarkan komunis menjadi pemerintah negara.

Komenku – Sila beri surat perjanjian yang mana ditandatangani oleh kedua-dua pihak berhubungan dengan dakwaan penulis ini. Atau ianya ditulis dari anggapan atau agak-agak mengikut penilaian penulis sahaja.

14. Lalu mereka menjadi kerajaan sementara selepas jepun undur diri. Tetapi tidak lama selepas bristish kembali. Terlalu banyak kerugian yang mereka tanggung pada ketika itu dan mereka tidak boleh membiarkan tanah melayu merdeka sekurang2nya sehingga mereka mendapat kembali kerugian mereka.

Komenku- Memang dari asal lagi British tidak mahu melepaskan Tanah Malaya ini? Kerana kekayaan Tanah Malaya ini apatah lagi hendak serahkan dengan begitu mudah kepada Komunis walhal pengunduran Jepun dari Tanah Malaya bukan kerana Komunis atau hasil perjuangan Komunis. Jepun mengundurkan diri dari Malaya kerana kekalahan Jepun secara Global renteten dari serangan balas tentera Amerika terhadap serangan Pearl Harbour yang mana Amerika telah mengebom Hiroshima dan Nagasaki dengan Bom Atom.  

15. Komunis marah kerana janji dimungkiri. Di sini silap komunis apabila dia marahkan british, lalu rakyat yang jadi mangsa. Dia boleh balon bristish hanya dengan balon british, dia tak boleh babitkan rakyat tak kira lah apa sebab yang dia pegang. Talibarut ka, informer ka, apa ka, kekejaman ialah kekejaman. Pembunuhan ialah pembunuhan. Dari saat komunis menembak rakyat tanah melayu yang mempertahankan mereka daripada dihidu oleh tentera jepun, ialah saatnya perjuangan komunis telah tersasar.

Komenku-Akhirnya penulis mengaku bahawa Komunis itu Zalim dan mereka sendiri membunuh rakyat dan secara logiknya rakyat Melayu kerana pada ketika itu Komunis bersembunyi dihutan-hutan dan penempatan yang paling hampir dengan hutan ialah kampung-kampung dan memang kita ketahui dasar penempatan British sebelum dijajah Jepun ialah Orang Melayu ditempatkan dikampung-kampung dan orang India di Ladang-ladang estet dan orang Cina dibandar-bandar. Jadi pada ketika ini ramai Melayu yang ditinggal dikampung-kampung dibunuh dengan kejam oleh Komunis apabila mereka keluar dari hutan dan masuk kekampung-kampung.


Cuba tanya atuk, nenek, ayah, emak kita yang masih hidup atau orang tua di kampung kita atau sedara mara kita yang masih hidup tentang benarkan Komunis memperjuangkan kemerdekaan kita ataupun Komunis banyak membantu orang Melayu sewaktu zaman penjajahan Jepun sekiranya buku-buku teks atau fakta sejarah disembunyikan oleh UMNO dari kita. Cerita pengalaman mereka yang kita kenali mana mungkin menipu kita.

Tindakan atau perkara yang salah itu tetap salah walaupun kadang-kadang dilihat benar.....

Gombak!!! Gempur!!!