Monday, 21 November 2011

PAPAGOMO GENERAL VS AKU PREBET PEJUANG BARU BN...KMS1M

Semalam satu suntikan semangat yang luar biasa telah diberikan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak kepada 2 golongan orang muda di Malaysia ini. Pertama ialah mereka-mereka yang diberi nama Pejuang Baru Barisan Nasional di Alam Maya di Konvesyen  Media Sosial 1 Malaysia  dan satu lagi dalam sesi tertutup Amanat Presiden kepada Kepimpinan Bahagian Pemuda UMNO dan Puteri UMNO seluruh negara yang mana julung kali ianya di adakan.
Disini MNK nak kongsi Amanat dan Petua Presiden yang telah beliau sampaikan kepada Pejuang Baru Barisan Nasional di Alam Maya yang  mana di dalam Ucapan dan Amanat beliau YAB PM berpesan kepada pejuang-pejuang Alam Maya Barisan Nasional yang baru ini bahawa kerajaan Barisan Nasional mengiktiraf kepentingan mereka-mereka yang berjuang bersama BN didalam Alam Maya dalam menangkis, menepis dan membela serta memberi penjelasan kepada rakyat khususnya golongan muda yang lebih gemar melayari alam maya untuk maklumat daripada membaca di akhbar-akhbar atau menonton di siaran berita di kaca tv.

YAB PM Dato’ Seri Najib Tun Razak memberi pengiktirafan dan gelaran baru kepada pelaku-pelaku alam maya sama ada bloggers, facebookers, twitterers dan apa saja didalam Alam Maya ini yang menyokong Kerajaan Barisan Nasional dan mendokong aspirasi Gagasan 1Malaysia sebagai Pejuang Baru Barisan Nasional di Alam Maya.
Dalam amanat beliau YAB berpesan  2 petua yang pejuang baru BN harus peka terhadap cara dan dokongan yang dipegang oleh pihak pembangkang yang mana ianya telah berjaya memberi impak yang cukup hebat pada PRU ke 12 terhadap kerajaan BN.
Kata beliau, ini adalah petua berhubung dengan “ The Game of Perceptions”
Pertama – “Kalau kita tidak boleh mempengaruhi mereka, kita kelirukan mereka”.
“ If you can't win them over, you confuse them”

Contoh seperti Kedai Rakyat 1 Malaysia, pihak pembangkang tahu bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan ini amat baik dan amat berkesan dalam membantu meringan beban rakyat terhadap harga barangan yang tinggi yang dimanipulasi oleh pemborong dan pembekal bahan-bahan tersebut. Dengan kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia ini dimana disamping ianya meringankan beban rakyat kepada barang-barang keperluan asas yang dijual dengan harga murah ianya juga memberi satu tekanan kepada pemborong-pemborong dan pembekal-pembekal agar tidak meletakkan harga sesuka hati mereka dan tidak lagi mereka ini boleh memanipulasi harga pasaran kerana pembeli punya pilihan dan ada kedai yang masih lagi menjual barang-barang tersebut dengan harga yang berpatutan. Maka ini dilihat amat sukar oleh Pembangkang khususnya blogger-blogger pembangkang untuk mempengaruhi rakyat agar membenci Kedai Rakyat 1Malaysia kerana setiap hari begitu ramai rakyat mula mengunjungi Kedai Rakyat 1 Malaysia ini maka apa yang mereka lakukan ialah cuba untuk mengelirukan rakyat dengan dakwaan yang palsu dimana mereka mengatakan harga setengah-tengah barang di Kedai Rakyat 1 Malaysia adalah jauh lebih mahal dari kedai biasa atau di gedung-gedung besar. Rakyat jadi keliru betul ke murah atau mahal harga barangan di Kedai Rakyat 1 Malaysia ini? Apakah barang yang murah dan apa pulak barang yang mahal di Kedai Rakyat 1 Malaysia ini? Ini semua sengaja dilakukan untuk membuat rakyat keliru kerana mereka mengambil pendekatan “ Kalau kita tidak boleh mempengaruhi mereka, kita kelirukan mereka”.


Kedua – “Penipuan yang dilakukan secara berulang-ulang cenderung untuk diterima sebagai kebenaran”
“Repeated lies tend to become the truth”


Contohnya berhubung dengan dakwaan konon anak YAB PM Dato' Seri Najib Tun Razak berbelanja secara boros lebih kurang RM 180,000 kononnya dalam masa satu hari di sebuah gedung termuka David Jones di Australia tempoh hari sewaktu YAB PM Dato Seri Najib menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth Australia. – Baca disini http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/10/anak-najib-belanja-rm180000-di.html
Diatas salah satu contoh blogger pembangkang yang memainkan isu ini. Habis semua mereka menyatakan dan menceritakan serta menfitnah dan memburukkan Perdana Menteri Malaysia dengan menyatakan anak beliau boros dan membazir wang rakyat. Penipuan ini bukan hanya didalam Alam Maya malah pemimpin – pemimpin mereka tidak segan silu berceramah mengatakan perkara yang sama di pentas ceramah di seluruh negara.  

Walhal terbukti bahawa anak Dato' Seri Najib tidak pernah memasuki Australia waktu itu dan tidak berada disana ketika itu. Maklumat yang mereka dapat dari laporan akbar itu terus dipergunakan tanpa apa-apa kepastian dan terus menipu dan menabur fitnah. Akhirnya penipuan mereka itu terbongkar apabila akhbar yang sama telah memohon maaf atas kesilapan mereka namun tiada seorang pun blogger pembangkang atau pemimpin pembangkang yang telah memohon maaf secara terbuka kepada YAB PM Dato' Seri Najib atas penipuan atau fitnah yang telah mereka lakukan itu.




Mereka melakukan penipuan dan tidak memohon maaf secara terbuka baik di Alam Maya atau di pentas-pentas ceramah kerana apa kerana mereka tahu bahawa “Penipuan yang dilakukan secara berulang-ulang akan lebih cenderung untuk diterima sebagai kebenaran”.

Jadi jangan kita mudah terpedaya dengan hanya apa yang dibaca dan didengari. 
Lihatlah...lihatlah..lihatlah disekelilingmu.... 

Gombak!!!! Gempur!!!