Sunday, 8 January 2012

AZMIN AHLI TERKEDU!!! PROGRAM FORUM "MEMERTABATKAN MARUAH UMNO GOMBAK" BERJAYA!!!


UMNO Cawangan Kampung Sungai Chinchin telah melakarkan sejarah dan menjadi satu pencetus gelombang baru bagi UMNO Bahagian Gombak apabila pada tanggal 07/01/2012 selaku tuan rumah dan penganjur bersama iaitu Pusat Daerah Mengundi (PDM) Batu 8 Gombak buat julung-julung kalinya  telah melaksanakan satu Program Forum terbuka. Forum ini telah diadakan kepada bukan sahaja ahli UMNO Cawangan-cawangan didalam Pusat Daerah Mengundi Batu 8 Gombak DUN Gombak Setia tetapi juga kepada rakyat-rakyat dan masyarakat sekitar PDM Batu 8 Gombak. Forum yang bertajuk "Memertabatkan Maruah UMNO Gombak" ini dilihat oleh rakyat setempat sebagai satu tindakan yang amat berani dan ikhlas dilakukan oleh pucuk pimpinan UMNO cawangan-cawangan PDM Batu 8 Gombak, pimpinan diperingkat DUN Gombak Setia dan juga Parlimen, iaitu Penyelaras BN DUN Gombak Setia iaitu Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad dan Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin.

Ahli-ahli panel yang dijemput juga kesemuanya memberikan komitmen yang tinggi yang mana mereka hadir pada program ini. Ahli-Ahli Panel terdiri daripada Datuk Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin selaku Penyelaras BN Parlimen Gombak merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad Penyelaras BN DUN Gombak Setia merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datin Sharifah Salmah Syed Agil Ketua Wanita UMNO Bahagian Gombak, Puan Rozazita Daud Ketua Puteri UMNO Bahagian Gombak dan dua tokoh atau orang lama setempat Encik Basri Mohamad dan En. Zakaria Saidi Mara yang mana kedua-dua mereka ini juga merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Gombak. 

Oleh kerana ia bebentuk Forum maka ianya bukanlah program satu hala yang mana kita memanggil rakyat untuk hanya mendengar apa yang nak disampaikan oleh pimpinan UMNO di Gombak ini tetapi ianya merupakan komunikasi dua hala yang mana rakyat juga boleh menyuarakan apa sahaja persoalan atau pertanyaaan dan lebih dari itu rakyat juga boleh mengkritik, meluahkan apa saja yang terpendam di hati dan terbuku di kalbu kepada setiap ahli panel forum pada majlis ini. Dalam bahasa kasarnya kalau hendak menghentam, balun apa sahaja mereka boleh lakukan. Selain itu rakyat juga boleh memberikan idea-idea dan cadangan-cadangan agar pemimpin-pemimpin UMNO Gombak ini lebih memahami khendak rakyat, detik nadi rakyat dan yang utama permasalahan rakyat setempat.

Idea untuk mengadakan Forum ini tercetus pada mesyuarat PDM Batu 8 Gombak apabila ada cadangan untuk mengadakan Ceramah Perdana sebagai satu aktiviti PDM Batu 8 Gombak ketika itu dan ingin menjemput penceramah-penceramah yang hebat dari luar seperti kelaziman program-program ceramah oleh UMNO Gombak ini. Namun MNK mencadangkan ketika itu agak lebih baik kalau kita buat ceramah dalam kelompok kecil yang mana ianya di laksanakan di dalam kampung-kampung atau cawangan-cawangan itu sendiri dan kita guna penceramah-penceramah tempatan sahaja. Cukup kalau yang hadir hanya 50 orang sahaja tetapi pasti kan PA system boleh dengar satu kampung. Ini lebih menjimatkan kos kerana kadang-kadang kos penceramah luar ini agak mahal dan sudah pasti kalau jemput penceramah hebat kita hendak pastikan yang hadir ramai dan kos akan menjadi lebih besar dan tinggi. MNK melihat setelah beberapa siri ceramah Perdana ini dilakukan ianya lebih kepada orang UMNO yang keluar untuk menghadiri ceramah tersebut tidakpun peratus orang UMNO yang keluar pasti lebih tinggi daripada rakyat atas pagar atau "non-partisan".



Juga selalunya ceramah perdana ini dilaksanakan ditempat yang agak jauh dari kampung-kampung kerana inginkan kawasan yang luas dan kemudahan parking dan sebagainya diambil kira. Maka agak sukar kita ingin membawa kesemua ahli-ahli kita dicawangan untuk menghadiri ceramah perdana tersebut dan mungkin ramai diantara mereka berat hendak pergi kerana agak jauh dan masalah pengangkutan dan sebagainya. Jadi pada pendapat MNK ketika itu kita lakukan ceramah kelompok tetapi kerap, maknanya kalau di PDM Batu 8 Gombak ini ada 5 Cawangan maka akan ada 5 ceramah kelompok kecil dilaksanakan di setiap cawangan tersebut. Perlu dipastikan peralatan PA system yang agak baik digunakan agar mereka yang tidak datang ketempat program masih boleh mendengar apa yang diperkatakan walaupun duduk didalam rumah. Maklumlah rumah dikampung-kampung ini dekat-dekat dan pasti mereka yang tidak menyokong kita juga masih boleh mendengar dari rumah-rumah mereka. Biar mereka tahu apa UMNO Gombak ingin laksanakan apa penjelasan isu-isu semasa tentang segala fitnah dan penipuan mereka.

Cadangan MNK ini mendapat sokongan ramai dan mereka yang hadir bersetuju dan telah memilih cawangan MNK sendiri selaku tuan rumah untuk siri pertama ceramah kelompok ini.Maka dalam mesyuarat itu pada ketika itu ada cadangan kita jemput tokoh lama sebagai penceramah dan salah satu nama yang dipersetujui ialah Dato' Kaharudin selaku bekas Wakil Rakyat Gombak dan Exco Selangor, ada yang mencadangkan nama Pak Basri dan  dan Sdr Ismail Ahmad, Datuk Megat Zulkarnain dan lain-lain. Namun keputusan ketika itu ianya diserahkan kepada Jawatankuasa perlaksanan program iaitu UMNO Cawangan Kg. Sungai Chinchin sebagai penganjur untuk bermesyuarat dan memutuskan persiapan dan aturcara serta penceramah-penceramah itu nanti.

Namun apabila MNK pulang dan menceritakan pada ayah MNK sendiri iaitu Dato' Kaharudin Mo'min beliau telah menyarankan agar ditukar daripada ceramah kelompok kepada Forum dan dia sendiri akan menjadi moderator dan bukan penceramah. Maka pada mesyuarat perlaksanaan program beliau telah memberikan cadangan ini dan kesemua bersetuju atas cadangan tersebut dan kesemua ahli-ahli panel telah diputuskan dalam mesyuarat tersebut. Tajuk Forum juga diberikan oleh beliau sendiri.
Maka Pemuda UMNO Cawangan Sg. Chinchin dan rakan-rakan Pemuda yang lain seperti Pemuda UMNO Cawangan Air Panas, Cawangan Gombak Utara dan lain-lain diberikan tanggung-jawab untuk persiapan urusan Khemah, Kerusi, Banner, Flyers dan hebahan, Pemasangan Bendera. Jamuan Ringan dipertanggung-jawabkan pula kepada Wanita UMNO Sungai Chinchin. Segala tanggung-jawab bagi menjayakan program ini telah digalas dengan sebaik mungkin oleh semua yang terlibat di mana jumlah kehadiran diluar jangkaan semua pihak dimana pada awalnya dianggarkan lebih kurang 150-200 kehadiran yang disasarkan dimana kerusi disediakan hanya sebanyak 200 kerusi nyata meleset dimana lebih daripada 300 kehadirian yang terdiri dari rakyat setempat dan bukan dikalangan majoriti bukan dikalangan ahli UMNO hadir untuk mendengar hala tuju UMNO pada malam tersebut.

Kalau boleh diterjemaahkan mereka yang hadir pada malam itu bersama dengan perjuangan UMNO atau sekurang-kurangnya mereka ini ada minat dan mula hendak mendekati UMNO maka matlamat program tersebut amat berjaya sekali dalam mendekati mereka yang diatas pagar ini. Ianya merupakan satu tamparan hebat kepada parti pembangkang di PDM Batu 8 Gombak ini. Program ini juga membuktikan bahawa pendekatan ini amat bersesuaian dan perlu diperhebatkan dan mungkin di PDM-PDM kawasan lain boleh dipertimbangkan untuk mengadakan program sebegini atau pendekatan sebegini.
Diakhir program Forum in Datuk Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin sebagai anak muda yang mana sudah pasti dibahu anak-anak muda ini telah satu perubahan pemikiran, tindak-kerja, perlaksanaan dan terutama Tranformasi UMNO itu boleh dilaksanakan telah mengepalai pembacaan Ikrar Sumpah Setia UMNO yang telah dibacakan oleh YAB Timbalan Presiden kita pada perhimpunan Agung UMNO 2011 tempoh hari... Dibawah rakaman pembacaan Ikrar Sumpah Setia tersebut. Tahniah kepada semua yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program forum ini khususnya Pemuda-pemuda UMNO Cawangan dari PDM Batu 8 Gombak dan berhampiran dan juga kepada mereka yang telah hadir untuk memeriahkan majlis forum ini.



Gombak!!! Gempur!!!