Monday, 30 January 2012

WANITA UMNO GOMBAK TUNJUK TARING MENGEMPUR PRU 13


Pada 29/01/2012 di Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu Gombak Batu 7 telah di adakan satu program Himpunan Jalinan Rakyat(JR) Wanita UMNO Bahagian Gombak bersama Dato' Sri Ir Mohd Zin Mohamed Pengarah Operasi Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Selangor. Ketua Wanita UMNO Bahagian Gombak Datin Sharifah Salmah Syed Agil bersama barisan jentera Wanita UMNO Bahagian Gombak telah memenuhi segenap ruang Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu itu seawal jam 8.00malam. Turut hadir pada program tersebut ialah Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin dan Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad disamping tetamu terhormat dari Perhubungan UMNO Negeri yang lain.
Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj Said Anuar Said Ahmad sedang memberikan ucapan
MNK yang berkesempatan untuk hadir ke program tersebut amat terkejut dengan jumlah kehadiran srikandi-srikandi Wanita UMNO Gombak ini yang akan menjadi barisan hadapan Wanita UMNO Gombak selaku jentera Wanita pada PRU13 nanti. MNK dimaklumkan bahawa seramai 1670 orang jentera yang hadir dan berdaftar pada malam itu dan pada pandangan MNK kehadiran mencecah 2000 orang kerana turut hadir ialah suami mereka, anak-anak mereka, Pemuda, Puteri dan juga ahli Wanita UMNO sendiri tetapi tidak mendaftarkan diri kerana tidak menjadi jentera tetapi sekadar membantu jentera atau ketua masing-masing diperingkat Cawangan atau Pusat Daerah Mengundi.

Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu itu dipenuhi dengan warna biru baju rasmi BN Selangor dan tudung Merah yang dipakai oleh ibu-ibu atau srikandi-srikandi Wanita UMNO Gombak ini. Ada segelintir kelihatan bertudung merah jambu itu pasti ahli Puteri UMNO Gombak yang mungkin dilantik untuk membantu jentera Wanita. Semangat dan komitmen ibu-ibu Wanita UMNO Gombak ini amat memberangsangkan sekali walaupun pada malam yang sama pertandingan Akhir Juara-juara lagu sedang berlangsung. Namun seperti kata salah sorang ibu yang hadir pada malam itu. "Perjuangan ini lebih penting dari AJL". Sorang lagi ibu berkata, Lagu Keramat UMNO lagi sedap dan best dari lagu-lagu yang dipertandingkan pada AJL.



Riuh berkumandang nyanyian lagu UMNO di dewan ini apabila hampir 2000 orang wanita UMNO Gombak menyanyikan nya sewaktu permulaan program ini. YB Dato Sri Ir Zin juga dalam ucapan dan taklimat dia berseloroh mengatakan kalau diadakan pertandingan nyanyian lagu UMNO nescaya Wanita UMNO Gombak akan memenanginya. Kalau diukur dari segi komitmen dan semangat Jentera JR Wanita UMNO Gombak pada malam itu dan semangat dan komitmen ini dapat dikekalkan hingga ke Pilhanraya ke-13, sudah pasti harapan untuk merampas kembali DUN Gombak Setia, DUN Batu Caves, DUN Hulu Kelang dan Parlimen Gombak dari tangan Pakatan Rakyat adalah amat cerah. Perpaduan dan kesepakatan Wanita UMNO Bahagian Gombak yang ditunjukkan pada malam itu dibawah kepimpinan Datin Sharifah Salmah Syed Agil selaku Ketua Wanita UMNO Bahagian Gombak amat hebat dan wajar diambil perhatian oleh semua.
Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak sedang menyampaikan ucapan.
Jelas kelihatan Ikatan Wanita UMNO Gombak dan Pemuda UMNO Gombak ibarat ikatan kasih Ibu dan Anak - MNK 

Sokongan  yang ditunjukkan oleh Jentera JR Wanita UMNO Bahagian Gombak kepada kedua-dua penyelaras yang hadir juga amat hebat apabila dewan menjadi gamat dan riuh gemuruh dek sorakan dari JR Wanita UMNO Bahagian Gombak yang hadir apabila MC mengumumkan nama kedua-dua Penyelaras, Datuk Hj Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin Penyelaras BN Parlimen Gombak dan Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad Penyelaras BN DUN Gombak Setia. Namun MNK percaya hatta siapa pun menjadi calon PRU-13 di Gombak ini Jentera JR Wanita UMNO Bahagian Gombak akan menyokong, bekerja dan bertungkus lumus untuk memastikan kemenangan kepada Barisan Nasional pada PRU 13 nanti. Bak kata Dato Sri Ir Zin, UMNO Gombak takan kalah dalam PRU kalau ini lah semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh Wanita UMNO Bahagian Gombak kecuali ada unsur-unsur sebotaj dan khianat dari dalaman sendiri. Prinsip Perdana Menteri kita YAB Dato Seri Najib Tun Razak apa itu khianat dalam kamus beliau? Jawabnya hatta kalau ada pemimpin UMNO mengatakan pada PRU 13 ini kawasan itu atau kawasan ini BN atau UMNO akan kalah maka itu sudah merupakan satu pengkhianatan pada parti. Jadi di Gombak kita mesti menang. Bukan kita yakin menang atau kita hendak menang tetapi kita mesti menang. Tidak sekali-kali kita akan mengaku kalah atau ada dalam kamus diri kita yang Gombak kita tidak boleh menang. Biarlah kalau ada yang mengatakan Gombak kawasan hitam tetapi yang pasti kita akan bekerja sehabis-habisnya hingga ke wisel penamat untuk memastikan kemenangan pada Barisan Nasional di Gombak ini untuk ketiga-tiga DUN dan satu Parlimen.


Tahniah kepada kepimpinan Wanita UMNO Bahagian Gombak Datin Sharifah Salmah Syed Agil dan yang lebih penting lagi Tahniah dan Syabas kepada semua srikandi-srikandi Gombak, ibu-ibuku wahai ahli-ahli Wanita UMNO Bahagian Gombak.


Gombak!!! Gempur!!!