Friday, 17 February 2012

KEISTIMEWAAN BR1M DUN GOMBAK SETIA!!!


Alhamdullillah seramai 7000 penerima voucher sumbangan Bantuan Rakyat 1 Malaysia daerah DUN Gombak Setia telah berjaya selesaikan oleh petugas-petugas dan jentera-jentera Pejabat Penyelaras BN DUN Gombak Setia yang diketuai sendiri oleh Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad selaku Penyelaras Parlimen BN Dun Gombak Setia. Syabas dan Tahniah MNK ucapkan kepada semua yang telah bersengkang mata dan memerah keringat untuk menyelesaikan penyerahaan 7000 voucher kepada semua penerima dengan kadar paling segera yang terdaya. Matlamat utama Pejabat Penyelaras BN DUN Gombak Setia ialah hendak menyerahkan voucher tersebut dalam kadar paling segera kerana tidak mahu rakyat merungut dan rasa marah kerana kelewatan menerima sumbangan dan voucher tersebut. Bab duit beb...mana boleh lambat-lambat...boleh jadi isu nanti. Apa pun tahniah sekali lagi MNK ucapkan  jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya....


Ketua PAS kampung MNK ini yang berkopiah putih tu..takpa pakcik ini hak pakcik tak perlu malu atau segan...jangan lupa ucapkan Alhamdullilah dan terima kasih cukup la...Orang berbudi kita Berbahasa ya pakcik...

 Namun MNK ingin berkongsi detik-detik yang menarik sekitar penyerahan borang tersebut di mana seperti dibawah ini jelas membuktikan Barisan Nasional dan pemimpin Barisan Nasional berlaku adil dan tidak pernah membezakan rakyatnya. Tidak kira mereka ini dari parti pembangkang. Yang tua tetap dihormati, yang kalau misalnya mereka ini pernah satu ketika dulu memaki, hamun, fitnah diri kita, pemimpin kita, parti kita namun itu semua ketepikan demi bangsa, agama dan negara. Lihat sahaja gambar pertama diatas ini. Pakcik ini memakai baju Bersih 2.0 lagi tu. Walaupun mungkin pada awalnya ada niat provokasi atau hendak menyindir pemimpin Barisan Nasional tetapi sikap yang ditunjukkan oleh Penyelaras BN DUN Gombak Setia, Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad dengan melayan secara adil dan saksama pakcik ini akhirnya pakcik ini boleh berlembut dan sudi pula bergambar bersama. Siap lemparkan senyuman lagi tu. Yerlah sekeras-keras hati kalau di siram dengan kasih sayang nescaya akan cair juga hati yang keras itu.

Penerima-penerima sedang menunggu giliran masing-masing untuk menerima sumbangan BR1M

Wahai pemimpin UMNO ingatlah rakyat sentiasa melihat kita dan kalau dilihat kita ini adil, ikhlas, amanah dan jujur dalam menjalankan tanggung-jawab kita dalam semua perkara nescaya mereka akan pasti kembali bersama kita dan menyokong UMNO. Jangan kita berpura-pura dalam menjalankan tugas kita. Ibarat kata ayah MNK kalau nak terjun dalam politik ini kena tanya diri kita dengan ikhlas, apa betul ko minat atau ada perkara lain. Kalau betul minat abah restu dan izinkan. Sekarang baru MNK terfikir ialah ibarat kita minat kereta, kita sanggup berhabis wang ringgit untuk menghiasi kereta kita, kita jaga dan habiskan masa kita kat kereta kita, satu hari 2-3 kali kita basuh kereta kita misalnya. Begitu juga dengan Politik kalau kita minat kita sanggup keluar kan duit kita membantu atau menjayakan program, kita sanggup habiskan masa kita, tenaga kita. Bila disuruh lakukan tugasan membantu parti kita, kita tidak mengharap upah dan bayaran. Ada kita mintak bayaran bila kita main bola bersama pasukan kampung kita atau pasukan persatuan sukan daerah kita? Kenapa kerana kita minat main bola. Kita seronok main bola.  Dan apa kita dapat dek kerana minat kita pada baik kereta, bola dan politik?  Jawapannya ialah kita rasa kepuasan tanpa mendapat apa apa balasan. Kepuasan itu kita sendiri yang rasai. Kita mampu duduk keseorangan tersenyum tanpa perlu pujian atau sanjungan orang lain apabila kita tahu kita telah berjaya melaksanakan apa yang kita minat.


Ibarat Adik dan Abang kedua Penyelaras ini..Mak mana mak.. Opps sorry Ketua Wanita Bahagian nampak setengah jer berbaju dan bertudung biru tuu. Sibuk melayan penerima sumbangan ya mak..

Mungkin itulah tanda senyuman Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad dan Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain didalam gambar diatas. Syabas dan Tahniah sekali lagi MNK ucapkan kepada Penyelaras BN DUN Gombak Setia, Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain dan para para petugas dan jentera baik Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Dun Gombak Setia kerana berjaya melaksanakan dengan jayanya Program Penyerahan Sumbangan BR1M ini tempoh hari.


Gombak!!! Gempur!!!