Monday, 5 March 2012

AYUH KITA HALAU JIN DAN SYAITAN DARI GOMBAK!!!


Rasa-rasanya di Gombak ini banyak dewan-dewan yang terkunci mati apabila Barisan Nasional tumbang di Selangor semenjak 2008 hingga kini. Dulu dewan-dewan ini merupakan pusat komuniti kampung dan kawasan setempat tanpa mengira parti. Siapa-siapa boleh menggunakan dewan terutama anak-anak muda untuk melakukan aktiviti-aktiviti belia yang sudah pasti aktiviti yang sihat yang dapat menghindarkan anak-anak muda bangsa kita ini dari gejala-gejala social yang tidak sihat. Tetapi kerana nak tunjukkan kuasa mereka memerintah Negeri Selangor sekarang ini, nak tunjukkan rasa marah dan dendam mereka kepada orang-orang UMNO dan Barisan Nasional, dewan-dewan ini dirampas, dikosongkan dan ditukarkan kunci-kuncinya.

Gambar Hiasan
Yang menyedihkan mereka lebih suka melihat dewan-dewan ini tidak lagi menjadi pusat aktiviti masyarakat tanpa mengira parti seperti dahulunya tetapi menjadi tempat jin dan syaitan bertandang. Menjadi dewan kosong yang langsung tidak dimanfaatkan oleh mereka. Apa salahnya kalau diberikan penggunaan dan penjagaan dewan itu tadi kepada masyarakat setempat asalkan ianya tidak digunakan untuk kepentingan politik atau apa apa aktiviti politik. Benarkan lah orang kampung, orang melayu guna dewan tersebut untuk aktiviti sihat golongan belia dan warga tua misalnya.

Gambar Hiasan

Kalaulah Barisan Nasional dan UMNO nie busuk hati seperti mereka memang lama dah semua dewan-dewan itu tadi dirobohkan kerana memang benar ianya dibina atas tanah kerajaan negeri dan memandangkan kerajaan negeri sekarang berada ditangan mereka jadi mereka boleh merampas tanah tersebut namun duit pembinaan dewan tersebut dari UMNO dan BN maka mereka juga ada hak keatas bangunan tersebut jadi mereka nak rampas tanah dan kita boleh apa kalau nak dirobohkan dewan tersebut untuk diserahkan tanah tersebut seperti keadaan asalnya.

Gambar Hiasan

Tetapi kerajaan BN tidak busuk hati, UMNO tidak busuk hati lalu dibiarkan dewan tersergam indah, pakai lah guna lah dewan tersebut untuk kebaikkan masyarakat kampung dan anak muda bangsa dikampung dan dikawasan tersebut. Manfaatkan lah kemudahan yang sedia ada, walau kamu yang akan dapat pulangan dan nama asalkan anak bangsa selamat dan terhindar dari pelbagai gejala social yang tidak sihat diluar sana. Tetapi tidak mereka kunci dan larang penggunaannya.

Gambar Hiasan

Takpalah dah tak lama dah, sikit masa lagi InsyaAllah dengan izin tuhan anak muda bangsa dan belia serta beliawanis kampung dan kawasan setempat MNK di Gombak ini akan dapat kembali menggunakan dewan-dewan yang ada disekitar Gombak ini untuk aktiviti mereka. Dewan-dewan di Gombak ini akan kembali makmur dan meriah seperti dulu-kala. Kita imarahkan kembali pusat-pusat aktiviti masyarakat ini. Kita halau Jin-jin dan syaitan-syaitan itu dari Gombak.... Untuk merealisasikan niat kita ini, kita tawan kembali Gombak ke tangan Barisan Nasional pada PRU 13 nanti.

Gambar Hiasan


Gombak!!! Gempur!!!


Baca seterusnya cerita hal dewan yg dirampas KLIK SINI