Wednesday, 28 March 2012

RAKYAT INDIA GOMBAK SUDAH KEMBALI BERSAMA BN


Semalam MNK sempat mengikuti program santai dan ramah mesra diantara Exco-exco Pemuda UMNO Bahagian Gombak dan Exco-exco Pemuda MIC Bahagian Gombak. Kedua-kedua Ketua Pemuda Bahagian baik UMNO iaitu Datuk Hj. Megat Zulkarnain yang juga merupakan Penyelaras BN Parlimen Gombak dan Ketua Pemuda MIC Bahagian Gombak Sdr. Kanna juga turut hadir.

Banyak isu-isu perbincangan yang menarik dan bernas telah dilontarkan oleh kedua-dua sayap parti komponen Barisan Nasional ini. Tidak kurang juga keluhan dan masalah yang telah mengakibatkan kekalahan Barisan Nasional di Gombak ini pada PRU ke-12. Juga jelas kelihatan Kepimpinan Pemuda MIC Bahagian Gombak amat selesa dan menghormati kepimpinan Datuk Hj. Megat Zulkarnain selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak yang mana beliau juga merupakan Ketua Pemuda Barisan Nasional Parlimen Gombak. Ini telah dinyatakan sendiri oleh Ketua Pemuda MIC Bahagian Gombak yang mana beliau berkata bagi diri beliau dan Pemuda MIC Bahagian Gombak cuma ada satu General sahaja iaitu Datuk Hj. Megat Zulkarnain selaku Ketua Pemuda BN Parlimen Gombak. Beliau yang begitu mesra dengan Datuk Megat Zulkarnain sejak dulu membahasakan Datuk Megat Zulkarnain dengan panggilan "Abang Megat". Begitu juga Datuk Megat Zulkarnain membahasakan Sdr Kanna dengan panggilan "Adik abang". Jelas kelihatan ikatan kemesraan antara kedua pemimpin sayap parti komponen Barisan Nasional Gombak ini begitu mesra seperti adik beradik.

Begitu juga dari pihak Pemuda UMNO Bahagian Gombak menyatakan mereka berterima kasih atas kerjasama dan komitment yang begitu tinggi ditunjukkan oleh Pemuda MIC Bahagian Gombak. Pemuda UMNO Bahagian Gombak juga menghormati MIC dan menyatakan kesedaran bahawa kalau Barisan Nasional ingin kembali menguasai Gombak dan Selangor ini, kerjasama dan bantuan Pemuda MIC Bahagian Gombak amat-amat diperlukan. Undi Orang India amat-amat diperlukan untuk membantu kemenangan Barisan Nasional pada PRU 13 nanti. Datuk Hj. Megat Zulkarnain berkata " Tipu lah kalau ada pemimpin UMNO atau individu yang berkata bahawa mereka tidak memerlukan undi orang India untuk memenangi PRU-13, bukan sahaja undi orang India, undi Orang Cina juga kita perlukan"


Yang menarik bagi MNK ialah apabila Datuk Megat Zulkarnain bertanyakan kepada salah sorang tetamu yang hadir yang mana beliau merupakan Pengerusi sebuah kuil walaupun baru berumur 36 tahun tentang pengalaman beliau dan pengamatan beliau selaku pengerusi persatuan keagamaan orang India ini tentang mood dan trend orang-orang India sekarang ini. Sahabat ini tadi menjawab.

"Bang secara terus terang bang saya sendiri dulu masa PRU 12 dulu, peringkat DUN Batu Caves saya undi Calon BN tetapi peringkat Parlimen saya undi Parti Pembangkang. Dan ramai yang macam ni bang."

Datuk Megat Zulkarnain, terus mencelah bagus-bagus Abang suka cara kau berani dan berkata benar, ini kita mahu kita paham dulu Barisan Nasional pun ada lakukan sikit-sikit kesilapan tetapi percayalah tiada satu selain BN yang benar-benar memperjuangkan nasib semua bangsa selain BN. Mana ada kerajaan BN buat rampas tanah orang India sebab dia India. Kerajaan rampas tanah seperti contoh setinggan tak kira you India pun you kena you Melayu pun you kena.

Terus malam MNK terdetik di fikiran MNK pada ketika Datuk Megat berkata demikian, "Dalam Pakatan Rakyat, DAP mewakili orang Cina, PAS mewakili orang Melayu Islam, PKR mewakili Melayu jugak sebab mereka ini semua Ex-UMNO yang giler jawatan tapi tak mampu nak bersaing dalam UMNO. Habis tu siapa parti mana pulak dalam PKR yang mewakili orang India?  Jadi wajarlah orang India semua menolak Pakatan Rakyat dan buat apa nak sokong mereka?

Datuk Megat Zulkarnain turut bertanya kepada lagi kepada  salah sorang Exco Pemuda MIC Bahagian yang hadir "Secara peribadi you tell me from your personal observation apa betul ker orang India sudah kembali bersama BN di Gombak ini? Terus sahabat kita ni jawab betul bang... saya boleh kasi abang 2 faktor lah bang yer ini saya sendiri dan rakan-rakan saya, kami lihat pertama ya bang. Pasal kerajaan banyak bantu rakyat sekarang, harga barang tak naik, paling penting bantuan persekolahan dan universiti bang. Bagi kita orang India kita lihat pendidikan paling penting la bang.  Kedua Bang Faktor PM, orang India sangat suka dengan cara PM dia jaga semua bangsa la bang. Ini orang India nampak bang. Dia really work hard turun padang tengok masalah semua bangsa.


Banyak lagi lah yang diperbincangkan dan di utarakan dan kalau MNK nak cerita semuanya memang panjang nanti ialah hampir 3 jam punya perbincangan. Diakhir majlis Ketua Pemuda MIC Bahagian Gombak menyatakan terima kasih sangat-sangat kepada Datuk Hj. Megat Zulkarnain dan barisan Exco Pemuda UMNO Bahagian Gombak yang hadir kerana dulu perkara ini tidak pernah dibuat sebegini dimana Pemuda MIC dan Pemuda UMNO duduk bincang dan beramah mesra, masing-masing buat hal masing masing cuma masa Pilihanraya kita bersama. Datuk Hj. Megat Zulkarnain pun setuju dan berkata pada zaman dia menerajui kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Gombak we change Kanna, kita selalu bersama dan this is my style. Dan ini jelas apabila sudah beberapa kali program bersama Pemuda UMNO dan Pemuda MIC telah dijalankan di Gombak ini. MNK rasa perkara ini mungkin bukan hanya di Gombak tetapi ditempat-tempat lain pun hadapi masalah yang sama. Mungkin masing-masing tertumpu pada target point masing-masing dan kurang kelihatan melakukan program bersama atas nama Barisan Nasional. Program UMNO menjurus kepada orang Melayu dan Program MIC menjurus kepada orang India.

Apapun Tahniah kepada Pemuda UMNO Bahagian Gombak dan Pemuda MIC Bahagian Gombak kerana telah mencapai kata putus malam tadi yang mana perpaduan dan kemesraan antara kedua-dua sayap ini akan dipereratkan lagi dan akan diterjemaahkan dengan lebih banyak program bersama akan dirangka dibawah payung Pemuda Barisan Nasional Gombak. Apa yang telah dicetuskan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak ini Datuk Hj. Megat Zulkarnain dan Ketua Pemuda MIC Bahagian Gombak Sdr. Kanna ini harap akan berkekalan dan diteruskan dimasa-masa hadapan oleh pemimpinan kedua-dua sayap komponen BN Gombak ini.  Bersama-sama kami akan mengempur PRU 13 bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional di Gombak.

Gombak!!! Gempur!!!