Tuesday, 10 April 2012

BUKU JINGGA VS GAGASAN 1MALAYSIA

MNK tertarik untuk menulis tentang buku jingga pakatan rakyat yang mana MNK percaya dari kandungan buku jingga ini nanti juga akan lahir menifesto PRU 13 Pakatan Rakyat. Jadi mari kita mengenali apa tertulis didalam buku Jingga ini agar kita benar-benar paham dan tidak lagi tertipu seperti mana pada PRU 12 tempohari. MNK ingin menyeru kepada rakyat Selangor khususnya mereka yang di Gombak ini untuk membaca apa yang tertulis dan hujah MNK secara rasional dan dengan fikiran terbuka agar kita sama-sama dapat mendapat kebenaran.

Helaian pertama Buku Jingga tertulis petikan dibawah.

Dasar Bersama adalah berlandaskan 4 kerangka asas iaitu:


1. Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat;

Komen MNK - Apakah kejatuhan 5 negeri diMalaysia pada PRU 12 itu adalah tidak tulen dan sengaja dirancang dan dimanipulasi oleh Kerajaan BN untuk menjatuhkan kerajaan kelima-lima negeri tersebut ke tangan pembangkang? Kalau Kerajaan BN boleh manipulasi kemenangan Kerajaan BN sudah pasti Kerajaan BN juga boleh manipulasi keputusan pilihanraya untuk menghindar kekalahan 5 negeri ke tangan pembangkang. Jadi tiada timbul demokrasi yang tidak telus dan tulen di Malaysia ini.

2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil;

Komen MNK - Kemakmuran Ekonomi rakyat Malaysia ini terletak dibahu mereka, walau pun Melayu punyai ketuanan melayu di Malaysia dan hak istimewanya tetapi bangsa yang menguasai ekonomi Malaysia ialah bangsa Cina kerana sikap rajin dan usaha gigih mereka sendiri dalam sektor perniagaan telah meletak mereka paling ramai menguasai ekonomi negara. Sekiranya berlaku ketidak adilan di mana bukan kerana usaha gigih dan kerajinan menjadi penentu tetapi berlaku ketidak-adilan sudah pasti bangsa Melayu menguasai Ekonomi Negara dari dulu hingga kini.



3. Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh; dan

Komen MNK - Anak-anak semua bangsa boleh masuk belajar di sekolah kebangsaan sekolah kerajaan. Dalam kelas tadi tak kira anak Melayu, Cina atau India mendapat pendidikan dan pelajaran yang sama dari Guru. Apakah sekolah itu tadi mengasingkan anak india satu kelas, anak Melayu satu kelas dan anak Cina satu kelas lain? Tidak kalau kita menghantar anak kita ke sekolah Jenis Kebangsaan Tamil atau Cina jangan kita salahkan kerajaan konon berlaku ketidak adilan walhal di Sekolah Kebangsaan semua boleh belajar dengan muhibah dan sama. Itu baru bab sekolah dan pendidikan. Pendidikan merupakan faktor penyumbang utama kepada modal insan dan MNK lihat tiada berlaku ketidakadilan pun disekolah Kebangsaan di mana ianya bermula. 


4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.

MNK- Dimana pula berlaku hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang tidak adil - setara? Hubungan Persekutuan-Negeri... Baru PRU 12 ini pembangkang mendapat 5 negeri kalau dulu hanya satu negeri pun iaitu Kelantan dan walaupun teruk PAS teruk memaki fitnah UMNO tetapi Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO tidak pernah menghukum rakyat Kelantan. Pembangunan yang di bawah bidang kuasa pusat tetap dijalankan di Kelantan. Cuma bila berhubung melibatkan tanah maka ianya jatuh dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri jadi kalau Kerajaan Negeri PAS tidak memberikan tanah untuk digunakan oleh Kerajaan Pusat bagaiman Kerajaan Barisan Nasional nak laksanakan pembangunan Kerajaan Barisan Nasional di negeri-negeri bawah pembangkang ini. Lihat sahaja di Selangor berapa banyak projek kerajaan Pusat terpaksa di tangguhkan atau dihentikan kerana Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat tidak membenarkan dan tidak meluluskan penggunaan tanah tempat projek itu hendak dilaksanakan? Contoh pembatalan membuka UITM di Serendah, Tidak meluluskan pembinaan Dam baru untuk atasi masalah Air Selangor  di tapak tanah kerajaan negeri yang mana waktu pemerintah BN di Selangor ianya telah diluluskan. Jadi siapa yang punya angkara dan berlaku tidak adil dalam hubungan antara negeri dan persekutuan ini?



Dasar luar negara yang setara seperti  apa yang dilakukan oleh De Facto Pembangkan Saudara Anwar dengan membawa masalah politik tanahair hingga ke luar negara dengan tindakan memburuk-burukkan Kerajaan Malaysia yang ditadbir oleh Kerajaan Barisan Nasional. Jadi apakah ini pendekatan nak menjalinkan hubungan dan dasar luar negara yang adil dan setara? Apakah maksud adil ialah semua negara diluar sana kita haru menjalinkan hubungan yang sama. Isreal dan Saudi Arabia dilayan dan dijalini dengan saksama dan sama rata? Kalau ini lah pendekatan Saudara Anwar bersama Pakatan Rakyat MNK lebih rela digelar tidak adil dan tidak sama kerana tidak melayan Isreal dan Saudi Arabia secara sama. Isreal tetap kita tidak akan jalan hubungan diplomatik tetapi Saudi Arabia kita jalin dan berkerjasama atas nama Negara Islam.
Dasar Bersama ini menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman.

MNK- Lebih kurang 65 tahun kita telah merdeka dan rasanya hala tuju negara dari negara mundur dunia ketiga telah berkembang pesat hingga menjadi negara membangun paling hebat di kalangan negara-negara Asia dan kini menuju ambang negara maju pada tahun 2020. Kita telah bertukar dari negara pertanian kepada negara industri bersesuaian dengan hala tuju negara-negara maju yang lain. Apakah ini tanda hala tuju negara yang salah? Apakah ini akan berjaya kita laksanakan sekiranya kita diruntun dengan masalah salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman? Kalau benar segara yang dikatakan itu mana mungkin kita boleh hidup aman damai di Malaysia ini lagi-lagi kita mempunyai berbilang kaum. Mana mungkin kalau Kerajaan Barisan Nasional mengamalkan politik perkauman mereka boleh kekal mentadbir negara bersama pemimpin India, Cina dan Melayu duduk dalam kabinet kerajaan Barisan Nasional Malaysia? Apakah ini tanda dan hasil politik perkauman? Apakah ini hasil salah guna kuasa? 


Kat bawah ini semua anda semua baca sendiri dan tafsir dan fikirkan lah sendiri apa ia ke ini akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat? Apa sekarang ini perkara dibawah ini didokongi oleh Pakatan Rakyat di semua 4 negeri yang mereka menjadi Kerajaan Negeri? Siapa yang baring atas jalan? Siapa yang engkar kepada Sultan Selangor hal penggunaan masjid sebagai tempat ceramah politik? Siapa yang derhaka pada Sultan Selangor isu perlantikan SUK Negeri? Siapa yang tipu Sultan Selangor jumlah kutipan pasir? Siapa yang perlekeh Sultan Selangor?

Muafakat asas yang membentuk Dasar Bersama adalah ketulusan parti-parti Pakatan Rakyat meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Tiga perkara pertama yang diangkat dalam Dasar Bersama adalah komitmen Kami untuk:


1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.
2. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan.


3. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.


Dah bacakan kat atas tu...Jadi Malas MNK nak tulis panjang-panjang lagi. Anda semua boleh membaca dan menilai sendiri...  dan akhirnya siapa sebenarnya lebih baik dan menggotakan janji dan manifesto mereka? Anda nilai sendiri.... siapa yang dok cakap dan janji bulan dan bintang sahaja dan kerja dia cakap jer la ke sana cakap ker sini cakap jer.... tetapi siapa yang kurang bercakap namun berkerja keras siang dan malam merancang, menyusun, melaksanakan dan akhirnya memberi khidmat kepada rakyat....


Gombak!!! Gempur!!! BN Pilihan Anak Muda!!!