Tuesday, 24 April 2012

LEPASAN MAHASISWA DESAK MANSUH PINJAMAN SEWA BELI KERETA???



Seminggu dua ini kita asyik dihidangkan dengan berita-berita semasa yang amat memalukan dan menjijikan tentang perangai sekumpulan kecil mereka yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi yang kononnya menuntut keadilan dan hak mereka. Mereka telah kononnya menawan Dataran Merdeka dan berkhemah disana dalam usaha untuk mendesak kerajaan untuk memansuhkan Pinjaman PTPTN mereka. Tindakan mereka ini amat memalukan bagi mereka yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi kerana jelas apa yang mereka lakukan ini langsung tidak mengambarkan kecerdasan minda dan akal mereka sesuai dengan status mereka selaku pelajar-pelajar di IPTA dan IPTS. Seharusnya mereka boleh berfikir dengan lebih bijak dalam usaha mereka untuk merealisasikan impian mereka untuk tidak perlu membayar hutang yang mereka ambil dari PTPTN untuk tujuan menyambung belajar di IPTA dan IPTS itu.

Mungkin ramai yang keliru dan tidak paham kenapa pula hutang PTPTN mereka ini hendak dimansuhkan begitu sahaja? PTPTN ini adalah skim pinjaman. Nama pun pinjaman maka sudah pasti kalau anda seorang yang berprinsip dan bertanggung-jawab kalau kita pinjam barang orang sudah pasti kita kena pulangkan. Ia bukan hak kita. Lepas pulangkan kita patut berterima kasih lagi kerana si peminjam sudi memberikan kita pinjaman tersebut. Kita selaku si penghutang haruslah menjaga tatasusila dan adab kita selaku penghutang. Apa kata Rasullullah dalam hal berhutang ini?


Sabda Rasullullah
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW :

من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله

Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Dalam bab Pinjaman PTPTN ini, mereka diberi peluang untuk mengambil atau tidak pinjaman ini. Mereka hanya di tawarkan bagi meringankan bebanan kos pembelajaran mereka. Ada yang ambil dan ada juga yang tidak ambil. Bagi mereka yang mengambil pinjaman PTPTN ini mereka harus lah memohon untuk mendapatkannya. Dalam erti kata lain mereka minta kepada si peminjam untuk meminjamkan mereka wang tersebut dan mereka sanggup untuk menjadi orang yang berhutang. Jadi apa masalahnya?



Lagi satu mungkin kita lupa pinjaman PTPTN ini ditawarkan kepada mereka yang tidak mendapat biasiswa penuh dalam erti kata lain mereka yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM untuk melayakkan mereka mendapat biasiswa penuh dari kerajaan atau pihak swasta. Namun mereka masih ingin menyambung pelajaran dan mereka diterima masuk ke IPTA dan IPTS maka untuk meringankan bebanan mereka ini tadi lah Pinjaman PTPTN diberikan. Apakah kita tidak tahu bersyukur dan berterima kasih? Orang berbudi kepada kita tetapi kita pula ingin menganiya orang yang tabur budi kepada kita?

Apa beza kumpulan mahasiswa ini yang meminta hutang PTPTN mereka ini dimansuhkan dengan bekas-bekas mahasiswa yang tidak mengambil pinjaman PTPTN tetapi ada mengambil pinjaman Sewabeli kereta atau rumah. Kenapa tidak menuntut untuk memansuhkan pinjaman sewabeli kereta atau rumah itu tadi? Bagaimana pula dengan kakitangan kerajaan yang mengambil pinjaman beli rumah dari kerajaan? Apa mereka tidak ada hak ker macam mahasiswa ini menuntut untuk dimansuhkan pinjaman perumahan kerajaan mereka itu? Jelas sudah bahawa kumpulan mahasiswa ini tadi tidak mengunakan akal yang waras dalam menuntut sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak munasabah. Atau mungkin mereka ini tahu tindakan mereka ini satu tindakan yang bodoh tetapi mereka sanggup kerana ada agenda tersirat yang dirancang oleh mereka-mereka yang mempunyai kepentingan politik dalam memperalatkan mahasiswa-mahasiwi ini.

Sabda Rasullullah lagi:

Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah"

( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Adab bagi penghutang seperti mahasiswa-mahasiswa yang berdemo di Dataran Merdeka dan ini yang diajar oleh Islam adalah bukan bersekedudukan dengan bukan muhrim, tidak menutup aurat, bercampur laki dan perempuan, menganggu ketenteraman orang etc etc. PAS bersama Pakatan Rakyat menyokong???

Apa tuntutan Islam dari penghutang? Lihat dibawah ini.

Sebaik-baik orang adalah yang mudah dalam membayar hutang (tidak menunda-nunda). (HR.Bukhari, Nasa’i, Ibnu Majah, Tirmidzi).

Yang berhutang hendaknya berniat sungguh-sungguh untuk membayar. (HR. Bukhari, Muslim)

Menunda-nunda hutang padahal mampu adalah kezaliman. (HR. Thabrani, Abu Dawud).

Barangsiapa menunda-nunda pembayaran hutang, padahal ia mampu membayarnya, maka bertambah satu dosa baginya setiap hari. (HR. Baihaqi).

Bagi yang memiliki hutang dan ia belum mampu membayarnya, dianjurkan banyak-banyak berdoa kepada Allah agar dibebaskan dari hutang, serta banyak-banyak membaca surat Ali Imran ayat 26.(HR. Baihaqi)
Disunnahkan agar segera mengucapkan tahmid (Alhamdulillah) setelah dapat membayar hutang. (HR Bukhari, Muslim, Nasa’i, Ahmad).


Gombak!!! Gempur!!!