Wednesday, 9 May 2012

AZMIN ALI GAGAL BELA RAKYAT GOMBAK!!!



Sedang rakyat Gombak dirundung bencana dan bersedihan akibat bencana alam banjir yang melanda rumah-rumah mereka? Mana tanggung-jawab Ahli Parlimen PKR Gombak Azmin Ali? Rumah kampung ditepi sungai dinaikki air hingga ke paras pinggang tidak sama dengan rumah banglo Azmin Ali yang diatas Bukit Antarabangsa tersergam indah. Rakyat memikirkan bagaimana pagi ini aku hendak makan atau malam ini kami hendak makan kerana barang mentah dan dapur habis musnah kerana banjir tetapi Azmin Ali tidak perlu memikirkan itu semua. Dia tidak perlu risau kerana rumah dia atas bukit tidak akan sekali-kali dilanda banjir. Rumahnya besar bernilai jutaan ringgit.  



Itu rezeki dia bukan MNK dengki atau irihati atas kekayaan Azmin Ali ini atau peduli apa tentang dia makan atau tidak? Sama ada dia ada tempat tinggal atau tempat untuk tidur? Ada baju sekolah anak-anak untuk kesekolah esok? Tetapi selaku Ahli Parlimen Gombak yang mana rakyat Gombak telah mengundi dan memberi mandat kepada beliau untuk memastikan segala urusan rakyat Gombak di selesaikan beliau mesti ambik tahu dan sudah pasti beliau seharusnya orang yang pertama turun ke padang meninjau keadaan mangsa-mangsa banjir di Gombak ini kerana beliau adalah Ahli Parlimen Gombak. Beliau harus turun bukan sekadar turun jam 11.30 pagi dan hanya  beri sokongan moral!!! Tetapi turun awal pagi dengan segala jentera yang ada dibawah kuasa bidang kerajaan negeri untuk meringankan beban rakyat Gombak. Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat sekarang ini? Berapa dana khas yang Azmin Ali mintak dari kerajaan Selangor untuk meringankan beban mangsa banjir Gombak misalnya? Apa sumbangan dari kerajaan negeri kepada mangsa banjir Gombak ini? Itu yang patut Azmin Ali dan Kerajaan Negeri Selangor lakukan untuk mangsa banjir dan rakyat Gombak ini. 


Alhamdullilah dan syukur MNK kerana orang yang pertama hadir dan melawat mangsa-mangsa banjir seawal jam 6.30 pagi lagi adalah Penyelaras Barisan Nasional DUN Gombak Setia yang tinggal di Batu 8 Gombak sendiri iaitu Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad. Dari seawal pagi jam 6.30am hingga ke petang jam 5.00pm beliau melawat seluruh kawasan banjir dari Batu 11 Gombak hingga ke Batu 8 Gombak. Bukan hanya Batu 11 dan Kampung Sg. Salak sahaja. Kampung Sg. Chinchin juga turut dilanda banjir kenapa Azmin Ali tak lawat. Tempoh hari beliau lawat untuk berseronok dalam satu program penutup sukaneka tetapi bila dilanda musibah tidak pula dilawati?


Bukan hanyat Penyelaras BN Dun Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad turun melawat, Penyelaras BN Parlimen Gombak juga melawat dan memberi terus sumbangan segera berbentuk wang ringgit. Kedua-dua Penyelaras ini bukan hanya sekadar melawat dan memberi sokongan moral tetapi turut memberi sumbangan segera berbentuk wang ringgit untuk mangsa gunakan untuk meringankan bebanan mereka. Makanan untuk mangsa banjir juga turut dihantar kerumah-rumah mangsa.

Tidak cukup dengan itu pada 9/05/2012 pula sekali lagi kedua-dua Penyelaras Barisan Nasional Gombak bersama dengan Presiden Kelab Putera 1Malaysia merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia  Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim telah turun melawat mangsa-mangsa banjir di Gombak dan  memberi sumbangan susulan pula. Sumbangan yang mana setiap rumah akan diberikan 1 dapur masak. 1 kotak " food supply kit" utk tahan 1 bulan yang mengandungi Beras, minyak, tepung, gula, kopi, teh dan lain-lain. 2 tilam bersize "Queen" setiap rumah untuk seluruh 180 buah rumah yang telah dikenal pasti terlibat dengan banjir di Rantau Gombak ini. Sekurang-kurangnya dengan sumbangan ini mereka tidak perlu risau tentang apa nak makan atau soal bagaimana nak masak? dapur baru dah ada dan bahan-bahan untuk dimasak juga dah ada. Ini sepatutnya yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Gombak fikirkan kalau banjir apa yang perlu disumbang atau diberikan dan yang paling utama sudah pasti bahan mentah dan alat untuk memasak bahan mentah itu. Bukan berikan sokongan moral je.

Syabas dan tahniah MNK ucapkan kepada mereka yang telah menjayakan dan mengusahakan segala hal yang berkaitan bermula dengan gotong-royong membersihkan kawasan dan rumah mangsa banjir oleh Pemuda UMNO Cawangan masing-masing di ikuti pula dengan lawatan Penyelaras-penyelaras Barisan Nasional dan sumbangan segera Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar dan Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain dan tidak lupa segala urusan dan hal dalam merealisasikan lawatan dan sumbangan dari Datuk Hj. Azeez bersama  Kelab Putera UMNO 1Malaysia. Jelas terbukti Pemimpin Barisan Nasional baik di peringkat Nasional mahupun di Gombak sendiri lah yang benar-benar bekerja keras dan benar-benar menjaga kebajikan rakyat walaupun Kerajaan negeri Selangor dan Gombak ini bukan lagi dibawah kuasa kerajaan Barisan Nasional tetapi dibawah kuasa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Namun demi kesejahteraan rakyat Pemimpin Barisan Nasional tidak pernah menghampakan rakyat.

Note MNK: Mana Menteri Besar Selangor Pakatan Rakyat Khalid Gagap? Tempat Azmin Ali ker jadi tak nak turun atau tak nak luluskan peruntukkan kerajaan negeri kepada mangsa banjir sebab itu Azmin Ali hanya turunkan sokongan moral jer??? Ketepikan masalah dalam parti kerana ini hal kebajikan rakyat Selangor lerrr....HamPas betul.


Gombak!!! Gempur!!!!