Thursday, 31 May 2012

AZMIN ALI GAGAL KELENTONG RAKYAT???


Baru-baru ini kita dikejutkan oleh khabar berita yang mana Padang Bola PKNS Kelana Jaya yang begitu simbolik dan bersejarah yang telah melahirkan ramai bintang-bintang bolasepak tanahair ingin dihapuskan dan di bangunkan sebuah shopping Mall jutaan ringgit diatas tapak tersebut.

Pada tanggal  23 Mei 2012 - Sesi dialog diantara penduduk Kelana Jaya, PKNS dan pemaju yang diadakan di Kompleks Sukan Kelana Jaya, dalam usaha untuk menyakinkan rakyat Kelana Jaya untuk menerima pembangunan mall tersebut telah bertukar menjadi agak tegang apabila rata-rata penduduk yang hadir dengan lantang menolak pelan pembangunan di tapak Kompleks Sukan dan Padang PKNS Kelana Jaya.


Wakil PKNS yang hadir ialah YB Azmin Ali dan Pengurus Besar PKNS itu sendiri Othman Omar , ahli Dewan Undangan Negeri (Seri Setia) , YB Nik Nazmi yang juga bertindak sebagai pengerusi majlis, manakala yang lain yang turut hadir ialah konsultan-konsultan dan peguam yang terlibat dalam projek pembangunan di dalam kawasan padang PKNS Kelana Jaya.

Penduduk yang hadir dalam sesi dialog mendakwa tujuan sebenar dialog diadakan adalah usaha PKNS dan pemaju untuk berkompromi dengan penduduk bagi menerima cadangan pembangunan yang diubahsuai bagi kepentingan penduduk setempat. Namun kehendak majoiriti penduduk ialah untuk mengekalkan padang bola dan Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya tanpa ada apa-apa lagi pembangunan lain.



Azmin Ali kelihatan berang dan merah padam kerana tidak berjaya menyakinkan rakyat Kelana Jaya. Agak-agaknya pemikiran beliau macam mana UMNO merancang dan melaksanakan kerja ini kerana sudah menjadi resam Pakatan Rakyat apa sahaja perbuatan mereka yang tidak disukai rakyat mereka akan meyalahkan UMNO dengan mengatakan ini kerja UMNO. Tapi opppss nanti dulu... rata-rata yang menentang dan membangkitkan isu penolakan pelan tersebut adalah mereka yang berbangsa Cina. Pakar analysis politik khusus dari Pakatan rakyat juga dalam diam mengatakan Bangsa Cina masih menolak BN dan Bangsa Cina tidak lagi menyokong BN jadi takan ini pun kerja UMNO. Apakah Bangsa Cina sudah mula sedar dan mula kembali menyokong Barisan Nasional?


Namun semalam satu bukti mungkin ada berlaku salah laku baik dengan sengaja atau tidak telah didedahkan. Tetapi agak mustahil tidak sengaja kerana macam mana satu kawasan boleh punyai dua status? Rupa-rupanya padang bola Kelana Jaya telah digazetkan sebagai kawasan lapang dan rekreasi yang tidak boleh dibangunkan perumahan bertingkat dan pusat komersial disitu.


Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman berkata, MBPJ hanya akan mengguna pakai Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) yang dicetak oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD), Selangor.

"Dalam RTPJ2 itu, padang tersebut digazetkan sebagai kawasan lapang dan rekreasi. Jadi, tidak boleh dibangunkan perumahan bertingkat dan pusat komersial di situ dan MBPJ hanya akan merujuk dokumen asal tersebut dalam mesyuarat pusat sehenti (OSC) akan datang.
"Kini, siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mengetahui mengapa terdapat perbezaan dalam RTPJ2 yang dicetak JPBD, Selangor dan dokumen sama yang dicetak MBPJ. Baca Selanjutnya

Persoalannya kenapa ada dua status tanah tersebut yang mana jelas status yang dipakai oleh mereka yang beria-ia nak bangunkan pusat komersial jutaan ringgit di situ adalah status yang membolehkan mereka melaksanakan pembangunan tersebut. Apakah mereka telah menukar status tanah tersebut bagi mengaburi rakyat dan pihak berkuasa kerana ingin mengaut keuntungan jutaan ringgit?  Ini persoalan yang akan terjawab apabila siasatan telah dijalankan seperti kata Datuk Bandar Petaling Jaya yang beliau akan memastikan siasatan berhubung dua status tanah itu akan dijalankan.


Dimanakah nanti kita ingin melahirkan insan seperti Super Mokh dimasa hadapan untuk mengharumkan nama negara di persada Dunia kalau habis semua padang-padang di samun dan dibangunkan pusat komersial jutaan ringgit?  Oh lupa pula.. kerja Pakatan Rakyat bukan ke arah mengharumkan nama negara tetapi lebih kepada menjahanamkan nama baik negara hinggakan sedikit yang ada yang boleh menyumbang ke arah itu pun mereka jijik dan nak hapuskan.

Inilah padah bagi kuasa kepada mereka yang hanya hendak menyamun kekayaan yang telah dibina dan dikumpul oleh Kerajaan terdahulu iaitu Kerajaan Barisan Nasional. Ayuh kita pulangkan kembali kuasa kepada Kerajaan Barisan Nasional demi masa depan kita bersama. Kita sayangi negara dan kita sokong usaha mengharumkan nama negara dan apa saja legasi kearah itu. Hanya Kerajaan Barisan Nasional sahaja yang berusaha kearah itu....


Gombak!!! Gempur!!!