Monday, 14 May 2012

FAKTOR KEKALAHAN AZMIN ALI DI GOMBAK PADA PRU 13



Kedengaran sejak kebelakangan ini bahawa terdapat pergolakkan dikalangan pimpinan PKR tertinggi di Selangor ini. Ialah memandangkan pilihanraya umum dah dekat sangat jadi berebut-rebut lah kesemua pemimpin PKR khususnya di Selangor ini untuk jawatan-jawatan tertinggi baik dalam parti atau pun bercita-cita dan berangan-angan nak jadi pemimpin tertinggi kerajaan negeri atau pusat. Nak jadi Menteri Besar atau Pak Menteri kononnya. Mana tidaknya, PKR ini sendiri lahir dari kalangan mereka-mereka yang oppurtunist dan gila kuasa baik dari Defactonya yang tergila-gila nak jadi Perdana Menteri turun pulak kepada anak didiknya iaitu pemimpin peringkat nasional mereka yang tergila-gila nak jadi Menteri Besar dan Pak Menteri atau Timbalan Menteri.

Kalau kita kaji-kaji balik, bila dekat pemilihan PKR atau dekat PRU je parti ini akan bergolak dengan begitu hebat sekali. Jelas terbukti sudah ada percakaran di kalangan Pemimpin PKR Negeri Selangor. Mana tidaknya ada ker kita tidak mempertahankan boss kita kalau bilamana boss kita dikaitkan dengan scandal aiskrim tu. "No Comment" katanya. Dah lah tu dengar khabarnya Azmin Ali tidak mendapat apa-apa bantuan dan peruntukkan dari kerajaan negeri Selangor kerana Menteri Besarnya si Khalid Gagap tidak sebulu dengan Azmin Ali dan tidak meluluskannya. Jadi khususnya kepada mangsa banjir di Rantau Gombak ini apa yang Azmin Ali boleh berikan? Hanya sokongan moral sahaja ker? Baca Selanjutnya... 

Jadi tiada lah apa-apa sumbangan yang sepatutnya dari Ahli Parlimen Gombak ini kepada rakyat Gombak yang dilanda musibbah banjir ini yang amat-amat memerlukan pembelaan dari seorang Ahli Parlimen.  Dah lah Wakil Rakyat yang ada dulu yang bertanding atas tiket PAS mewakili Pakatan Rakyat telah dipecat oleh Pas dan dibuang dari menduduki kerusi Exco Kerajaan Negeri. Maka disini tiada lah pembelaan yang boleh dipohon dari Wakil Rakyat sah Dun Gombak Setia ini kerana sudah tidak lagi bersama Pakatan Rakyat di Selangor ini dan bukan lagi mewakili kerajaan negeri. Oleh yang demikian harapan sepenuhnya disandarkan kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang masih kekal bersama Pakatan Rakyat iaitu Azmin Ali agar dapat memohon dari Kerajaan Negeri Selangor bantuan kepada rakyat Gombak ini.  Tetapi terang lagi bersuluh, harapan itu hanya kekecewaan semata-mata kerana berebutkan kuasa dan menjadikan kedudukan dan jawatan masing-masing mengatasi segala-galanya hatta kebajikan rakyat dan kesusahan serta penderitaan rakyat pun tidak diendahkan yang penting aku berkuasa dan kekal berkuasa.

Mujurlah ada Penyelaras Barisan Nasional Dun Gombak Setia yang mana jawatan Penyelaras ini di cipta oleh Kerajaan Pusat dimana tugasan seorang Penyelaras Barisan Nasional ini kalau diperingkat Dun itu sama seperti seorang Wakil Rakyat. Penyelaras Barisan Nasional ini dilantik di tempat di mana Barisan Nasional kalah sewaktu PRU yang lepas. Lihat lah sendiri betapa perihatinnya Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat dalam menjaga hal ehwal kebajikan rakyat walau rakyat menghukum dan tidak memilih calon mereka namun mereka tetap melantik seorang Penyelaras untuk menjaga hal ehwal seluruh rakyat di kawasan tersebut. Apa ini dilakukan oleh Parti Pembangkang di kawasan mereka kalah? Tidak sekali...mereka mengejar jawatan, persetan nasib rakyat.
 

Berbeza dengan UMNO  dan BN, Rakyat Di dahulukan dan Pencapaian di utamakan.


Ini jelas terbukti sewaktu banjir di rantau Gombak tempoh hari Penyelaras Barisan Nasional DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad adalah orang yang pertama turun melawat mangsa-mangsa banjir di Rantau Gombak ini seawal jam 6.30pagi. Bukan sekadar turun menziarahi serta memberi sokongan moral seperti Azmin Ali tu tetapi dalam masa yang sama meninjau kawasan untuk difikirkan apakah bantuan dan keperluan yang boleh disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir dan turut memberikan sumbangan segera berbentuk wang ringgit dan makanan bagi meringankan beban mangsa-mangsa. Setelah tinjuan di buat jentera-jentera BN peringkat DUN Gombak Setia dimaklumkan dan bantuan susulan pula diproses agar Mangsa Banjir dapat pembelaan. Bayangkan banjir melanda Rantau Gombak pada Isnin 07/05/2012 dan pada tarikh yang sama Bantuan Segera telah diberikan oleh Penyelaras BN kepada mangsa banjir dan pada 09/05/2012 barangan bantuan susulan seperti dapur masak, Pek makanan mengandungi beras, gula, kopi, teh, garam, minyak masak etc etc dan Tilam telah siap di Pejabat Penyelaras BN Dun Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar b. Said Ahmad dan telah mula diagih-agihkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terdiri sebanyak lebih 180 rumah kesemuanya.

Maka rakyat Gombak telah melihat sendiri bukti jelas dan telah boleh melakukan penilaian dan mereka  sudah muak dengan retorik pembangkang yang mana jelas Pakatan Rakyat di Gombak ini gagal melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka dalam menjalankan tanggung-jawab mereka kepada rakyat Gombak. Rakyat melihat sendiri betapa kerja keras serta usaha berterusan dan bukan bermusim yang dilakukan oleh pemimpin Barisan Nasional khususnya di Gombak Setia ini yang mana telah benar-benar menghayati saranan YAB Perdana Menteri Malaysia selaku Presiden UMNO sendiri untuk seluruh kepimpinan UMNO melakukan Transformasi terhadap UMNO itu sendiri dalam memastikan pembelaan rakyat dan bangsa Melayu ini akan diteruskan bersesuaian dengan Slogan Rakyat Di dahulukan Pencapaian Di Utamakan. Dan Semangat ini lah yang telah ditunjukkan oleh baik Penyelaras BN Dun Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad, Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain dan hinggalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim selaku Pengerusi Kelab Putera UMNO 1Malaysia yang mana mereka ini berganding bahu bersama-sama menjayakan kesemuanya agar  sumbangan-sumbangan ini dapat disalurkan kepada rakyat Gombak mangsa banjir untuk meringankan bebanan mereka dengan kadar segera. Syabas dan Tahniah MNK ucapkan dan percayalah kalau semangat ini yang dibawa dan diteruskan hingga PRU 13 nanti pasti inilah menjadi faktor utama menyumbang kepada kekalahan Azmin Ali di Gombak ini malah bukan sahaja Azmin Ali, siapa pun jua calon Pakatan Rakyat di Gombak ini sudah pasti kemenangan akan memihak kepada Barisan Nasional.

Gombak!!! Gempur!!!