Tuesday, 1 May 2012

KERAJAAN ARAB SAUDI SIASAT DEMO BERSIH 3.0 DI MADINAH.


KUALA LUMPUR 1 Mei - Pihak berkuasa Arab Saudi dikatakan sedang menjalankan siasatan terhadap penganjuran Bersih 3.0 yang diadakan di Mekah dan Madinah oleh aktivis-aktivis perhimpunan haram itu baru-baru ini.

Perkara itu didedahkan sebuah laman blog iaitu sel13.com yang mendakwa agensi risikan Arab Saudi telah mendapat maklumat penglibatan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang ‘berkiblatkan’ Yahudi dalam penganjuran Bersih di lokasi berkenaan.

Dakwa blog tersebut, kebanyakan mereka yang mengaku sebagai aktivis Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah itu terdiri daripada penuntut-penuntut Malaysia yang mengikuti pengajian Islam tajaan kerajaan Arab Saudi serta rakyat Malaysia yang sedang menunaikan umrah.



MNK NOTE : Patut mereka ini dikenal pasti dan di tarik balik scholarship Kerajaan Saudi tu ataupun dihantar pulang jer ke Malaysia kerana mencemari Madinah dan Masjid Nabi dengan LGBT dan agenda Yahudi... Baca selanjut nya  Klik Sini