Monday, 11 June 2012

KENAPA AZMIN ALI TAK BUAT???


Selaku Ahli Parlimen Gombak Sdr Azmin Ali sepatutnya lebih perihatin dan mengambil berat tentang golongan muda di Gombak ini. Beliau sepatutnya lebih kuat bekerja mendekati dan memahami golongan muda di Gombak ini tetapi tidak. Sebaliknya Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin yang benar-benar bekerja mendekati, memahami serta membantu golongan-golongan muda di Gombak ini. Tahniah dan syabas MNK ucapkan kepada Penyelaras BN Parlimen Gombak ini yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak.


Mungkin kerana Datuk Hj. Megat Zulkarnain sendiri masih dalam lingkungan umur Pemuda dan mengetuai Pemuda UMNO Bahagian Gombak maka beliau lebih arif tentang apa kehendak golongan Muda di Gombak ini antara faktor yang memungkin beliau lebih mudah memahami masalah golongan muda. Ini jelas dibuktikan apabila sudah siri ke 3 Program Jom Tengok Bola bersama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak anjuran Pemuda UMNO Bahagian Gombak bersama Pejabat Penyelaras Barisan Nasional Gombak sempena Kejohanan Euro 2012 ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan di luar jangkaan. Inisiatif ini amat tepat dan bijak kerana rata-rata ramai belia dan golongan muda yang meminati permainan bolasepak tidak akan melepaskan peluang untuk menonton perlawanan-perlawanan pasukan-pasukan ternama dunia pada kejohanan tersebut. 

Disamping itu hadiah cabutan bertuah yang disediakan juga amat tepat dan apa yang MNK perhatikan memang dinanti-nantikan oleh golongan muda yang menyertai acara cabutan bertuah itu. Apa yang mereka perlu lakukan ialah mengisi Nama penuh, No. Ic dan No. talipon pada sekeping kertas yang telah disediakan ruang untuk mereka mengisi maklumat tersebut dan pada separuh masa pertama dan diakhir perlawanan akan diadakan sesi cabutan bertuah dan mereka yang bertuah akan memenangi Jersey pasukan yang bertanding pada malam itu. Seperti contoh pada malam kelmarin perlawanan diantara England menentang France, 2 jersey disediakan sebagai hadiah utama cabutan bertuah di samping hadiah-hadiah lain iaitu sehelai jersey France dan sehelai Jersey England. MNK pun berharap kot kot dapat menang Jersey pasukan kegemaran MNK iaitu England inikan pula golongan muda yang tidak tahu sama sekali ada cabutan bertuah diadakan kerana mereka hanya keluar dan singgah kerana ada big screen di gerai makan tersebut dan hanya ingin menonton Euro 2012 bersama rakan-rakan mereka. Tahu-tahu ada program Pemuda UMNO Bahagian Gombak dan mereka berpeluang memenangi Jersey pasukan kegemaran mereka.



Kalau nak tahu kenapa program ini MNK katakan amat bijak ialah ianya diadakan dengan tujuan khusus untuk mendekati golongan muda atas pagar dan diluar kelompok Pemuda UMNO Bahagian Gombak itu sendiri. Ahli Jawatankuasa penganjur telah berbincang dan mengenal pasti tempat-tempat "hotspot" golongan muda menonton pertandingan bola dan juga tempat-tempat "hotspot" golongan muda berkumpul dan bersantai. Pada tarikh yang telah dipersetujui, ajk-ajk program ini akan tiba awal lebih kurang sejam sebelum sepakmula dan memasang kelengkapan seperti big screen, projector, PA system setelah mendapat persetujuan tuan punya kedai. Sekiranya kedai tersebut telah dilengkapi dengan big screen maka hanya PA system sahaja akan dipasang. 

Anak-anak muda yang mengisi borang tadi yang mana mereka harus membekalkan no Ic mereka sebagai syarat untuk menyertai acara cabutan bertuah juga dimaklumkan bahawa IC mereka akan disemak berhubung daftar pemilih mengundi dan sekiranya mereka belum berdaftar sebagai pengundi, khidmat pendaftaran juga disediakan dan akan dilakukan oleh Pemuda UMNO Bahagian Gombak. Datuk Hj. Megat Zulkarnain juga akan memberikan kata-kata aluan dan beliau bijak untuk tidak menyentuh tentang politik dan pilihanraya pada ucapan beliau yang serba ringkas tetapi memberi gambaran keadaan aman damai ini tanpa apa apa rusuhan inilah yang membolehkan kita bersantai hingga lewat malam menonton kejohanan Euro ini. Ini yang kita mahukan dan ini yang kita harus pertahankan iaitu keadaan aman damai. Secara tidak langsung bagi MNK anak muda ini tadi akan terfikir bahawa Parti yang aman damai = Barisan Nasional. Parti rusuhan dan huru-hara = Pakatan Rakyat. Maka sudah pasti dengan pendekatan ini golongan muda ini tadi akan tertarik dengan Barisan Nasional.


Silap besar Azmin Ali kerana hanya menggunakan golongan muda khususnya di Gombak ini hanya apabila tiba pilihanraya. Selaku Ahli Parlimen Gombak apa yang Azmin Ali dah buat untuk golongan muda di Gombak ini? Apa program yang Azmin Ali sendiri anjurkan untuk Golongan Muda di Gombak ini? Kenapa Azmin Ali tak buat? Jawapannya mudah, beliau lebih suka berceramah dan mendoktrinkan pemikiran anak muda untuk membenci kerajaan Barisan Nasional, membenci agensi kerajaan, menghasut minda mereka melalui siri-siri ceramah sebab itu program yang banyak di lakukan hanya ceramah. Anak muda di Gombak telah sedar dan tidak mahu ditipu buat kedua kali. Mereka tidak  mahu pemimpin yang hanya retorik dan hanya bercakap tapi tidak melaksanakan apa yang mereka cakap dan janjikan. Golongan muda Gombak mahukan pemimpin yang " Walk the talk" dan ini yang dilaksanakan pemimpin muda Barisan Nasional Gombak iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin.


Gombak!!! Gempur!!!