Tuesday, 5 June 2012

PAKATAN RAKYAT GAGAL TADBIR KERAJAAN NEGERI SELANGOR DENGAN BAIK?




Siapalah ahli majlis Pakatan Rakyat yang duduk kat Majlis Perbandaran Selayang nie? Langsung tak produktif dan ini bukti nyata kelemahan Pakatan Rakyat dalam urusan pentadbiran. Dulu boleh gebang besar sebab belum ada kuasa dan belum dibebankan dengan pentadbiran yang sebenar di Selangor ini. Ingat senang ker nak tadbir kerajaan negeri dengan berkesan dan baik? Cakap senang, bila ditanggung sendiri baru tahu susah senang mentadbir kerajaan negeri. Jelas sudah Kerajaan Pakatan Rakyat gagal mentadbir kerajaan negeri Selangor dengan baik setelah diberi mandat untuk menjadi pemerintah kerajaan negeri Selangor.

Usahkan negeri Selangor di peringkat Perbandaran dan Majlis Daerah pun dah gagal seperti contoh diatas. Petugas-petugas Majlis Perbandaran Selayang sedang menurunkan bendera-bendera Barisan Nasional di Gombak ini di Kampung Nakhoda. Macam dah takde kerja dah dia orang ini. Masa dia orang ini macam banyak terluang jer. Walhal  banyak lagi masalah setempat dan kerja-kerja lain yang sepatutnya lebih penting dilaksanakan oleh petugas-petugas Majlis Perbandaran Selayang ini dari menurunkan bendera Kerajaan Barisan Nasional. Masalah Sampah belum selesai. Masalah penyelenggaraan infrastruktur dan parit serta longkang yang mengakibatkan banjir kerap berlaku di Gombak sejak Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan negeri Selangor belum selesai. Masalah rumah-rumah urut haram, judi on-line, perlacuran, dan macam-macam lagi masih belum selesai malah tidak nampak apa-apa tindakan pun.



Hak ini tak leh turun lah sebab atas tanah persendirian kan....Penat woo Pemuda Gombak buat tu...

Apalah sangat bendera Barisan Nasional tu kalau nak dibanding dengan masalah-masalah diatas? Takat sakit mata dan sakit hati pemimpin Pakatan Rakyat khususnya pemimpin tempatan mereka jer lah. Tak pun tak leh tidor malam jer 2-3 kerat pemimpin Pakatan Rakyat Gombak. Iklan-iklan haram Along dan rumah urut yang dipasang di tiang-tiang lampu di sekitar Gombak ini tak pulak di turunkan. Banner-banner haram  NGO atau Syarikat tak pulak di turunkan. Tapi Bendera BN cepat pulak diturunkan. Dengar khabar lepas ini mereka nak masuk Kampung-kampung lain di sekitar Gombak. Sampai ceruk kampung pun nak masuk nak turunkan bendera BN? 


Betul punya takut dan gerun Pakatan Rakyat hanya pada Bendera Barisan Nasional. Ini petanda baik dan satu lonjakkan semangat kepada penyokong Barisan Nasional ni. Pada Bendera pun mereka dah gerun kat kita. Baru naik cepat-cepat mereka arah Petugas-petugas Perbandaran turunkan. Itu baru bendera belum lagi Jentera-jentera Barisan Nasional tu.
BACA SELANJUTNYA....:

Pemuda Gombak makin di cabar makin tabah dan makin gigih kerjanya...

Kita buat jer kerja yang diamanahkan kepada kita wahai jentera-jentera Barisan Nasional khususnya Jentera Pemuda. Bab naik bendera ini kerja kita. Dia turun kita naikkan dia turun kita naikkan. Dalam depa syok-syok naikkan terfikirlak MNK. Kalau bendera di pasang di kampung di jalan-jalan dlaam kampung atau di tanah persendirian atau pun tanah kepunyaan kerajaan persekutuan seperti reserved jalan, reserved sungai etc etc, Majlis Perbandaraan ada kuasa atau hak ke atas tanah-tanah tersebut dan ada hak ker turunkan bendera itu?Hmmmm

Apapun ayuh semua jentera-jentera Barisan Nasional khususnya di Gombak ini. Kita rapatkan barisan dan kita perkemaskan gerak kerja kita. Seia sekata langkah kita menuju kemenangan... Tengok bendera kita pun depa dah gerun tuu...


Gombak!!! Gempur!!!