Tuesday, 17 July 2012

IM4U BELIA GOMBAK DEKATI PEMIMPIN BN GOMBAK



Pada tanggal 15/07/2012 di mana pada petang Kerajaan Barisan Nasional menganjurkan pelancaran IM4U untuk mendekati dan bersama dengan belia-belia di KLCC namun berlaku sebaliknya di Gombak. Mengapa MNK berkata demikian? Kerana di Gombak pula pada malam harinya bermula jam 9 malam Belia Gombak menganjurkan program BBQ Belia Gombak 2012 untuk bersama dengan pemimpin-pemimpin BN Gombak. Untuk mengenali dengan lebih rapat lagi Pemimpin BN Gombak sambil mendengar dan menilai sendiri apa yang hendak disampaikan oleh pemimpin Barisan Nasional Gombak.


Pemimpin yang dimaksudkan itu ialah Penyelaras Parlimen Barisan Nasional Gombak merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak Datuk Megat Zulkarnain dan Penyelaras Barisan Nasional DUN Gombak Setia merangkap Timbalan Ketua Bahagian UMNO Gombak Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad. Segala persiapan dan perancangan program ini telah diatur dan dirancang oleh Belia tempatan di Rantau Gombak ini yang mana mereka ini bukan dikalangan Pemuda UMNO Gombak dan bukan juga dari kalangan Belia 4B. Mereka ini adalah anak-anak muda yang telah timbul kesedaran dan keinsafan dihati mereka di mana mereka ingin mendekati para pemimpin UMNO khususnya di Gombak ini dan bersama perjuangan UMNO. Rata-rata rakan-rakan mereka juga menyatakan hasrat yang sama dan ingin bersama dan menyokong usaha program ini yang mana hampir 100 belia dari sekitar Gombak ini yang bukan dikalangan Pemuda UMNO Rantau Gombak telah hadir pada program ini.


MNK turut bersama pada program ini setelah selesai acara pelancaran IM4U di KLCC dan pada pengamatan MNK cara dan corak penganjuran mereka ini agak berlainan sedikit. Lihat saja pada banner yang telah dinaikkan seminggu lebih awal dari tarikh program ini yang mana tidak ada satu pun tanda-tanda iainya program anjuran Barisan Nasional atau UMNO. Mereka sendiri menyatakan walaupun ingin mendekati pemimpin BN dan UMNO, mereka tidak mahu iainya dilihat seperti program parti dan mereka inginkan perlaksanaan program ini mengikut cara mereka. MNK puji sikap terbuka Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain dan Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad yang bersetuju untuk mengikuti rentak anak-anak muda atas pagar rantau Gombak ini.

Seperkara lagi dalam mengisi aturcara program ini atas initiatif belia-belia ini sendiri mereka telah menyediakan tayangan video yang mana ianya pada penilaian MNK akan pasti menimbulkan rasa semangat dan rasa cinta dan sayangkan bangsa kepada setiap yang menonton video ini dengan teliti. Disamping itu turut mengisi aturcara program ini penceritaan ala ala santai tentang pengalaman beliau iaitu mantan Exco Kerajaan Negeri Selangor Dato' Hj Kaharudin Momin merangkap mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Beliau telah berkongsi pengalaman dan cerita beliau bermula dari 1957 hingga lah 1969 cerita yang menurut kata beliau "Tidak akan dapat di mana mana buku atau apa saja bahan bacaan. Cerita sebenar dari pengalaman seorang yang melalui dan melihat sendiri tragedi berdarah 13 Mei". Tak terbeli waktu dan ruang ketika mendengar pengalaman pribadi Datuk Hj Kaharudin Momin ketika itu.


Para tetamu disamping menonton tanyangan video, mendengar penceritaan dan ucapan serta penerangan isu-isu semasa turut di sajikan dengan makanan nasi lemak, BBQ ayam, daging, hotdog, burger dan menu istimewa Kambing panggang. Turut diadakan cabutan bertuah untuk menceriakan majlis tersebut. Pendek kata program santai sambil beramah mesra itu serta penuh ceria itu dikatakan mencapai objektif zahir dan tersembunyi disambil seronok-seronok dan enjoy belia ini disuntikkan kesedaran dan maklumat serta saranan kepada anak muda bangsa agar jangan mudah lupa dan jangan mudah percaya kepada fitnah dan hasutan pembangkang dan perlu belajar bersyukur dan menabur budi sekurang-kurangnya pada ibu bapa sendiri yang telah membesarkan kita.

Pantun kata nasihat Hamka seperti apa yang disampaikan oleh Datuk Hj Kaharudin Momin.

Kuat Rumah Kerana Sendi,
Rosak Sendi Rumah Binasa
Kuat Bangsa Kerana Budi,
Rosak Budi Bangsa Binasa

Seperkara lagi yang masih terngiang-ngiang di telinga MNK persoalan yang dilontarkan oleh Datuk Hj Kaharudin Momin kepada mereka yang hadir.

Kata beliau:-
Benar kata DAP sekiranya Pakatan Rakyat Menang Jawatan Perdana Menteri akan diberikan atau disandang oleh Anwar Ibrahim, tetapi Jawatan-jawatan Menteri Kanan dan Menteri Utama akan disandang oleh siapa? Menteri Keselamatan Dalam Negeri? Menteri Pertahanan? Menteri International Trade? Sudah pasti DAP semuanya.. PAS dia bagilah Menteri Kebajikan, Menteri Agama kepada PAS. Jadi apa akan jadi sudah pasti yang kaya belah sana akan bertambah kaya yang miskin akan bertambah miskin.


Ayuh Belia dan Anak Muda Gombak jangan kita tersilap lagi. Mari kita bersama merealisasikan Impian kita semua mencapai wawasan 2020 dan kita tidak ketinggalan dalam bersama Perdana Menteri menuju kearah itu. Belia cintakan keamanan dan kesejahteraan!!! Belia Gombak Setia!!! Nama pun dah Setia.....

Gombak!!! Gempur!!!