Sunday, 12 August 2012

KERAJAAN NEGERI SELANGOR ABAI DUN GOMBAK SETIA.



Setelah kisah pemecatan Wakil Rakyat DUN Gombak Setia iaitu Datuk Hassan Ali dari Parti Pas, maka bermakna wakil rakyat yang dulu bersama Kerajaan Negeri kini tidak lagi menjadi kerajaan negeri dan hanya sekadar menjadi wakil rakyat bebas. Maka dek kerana itu tiada lagi wakil kerajaan Pakatan Haram negeri Selangor di Gombak Setia ini. Semenjak tarikh pemecatan Wakil Rakyat Selangor ini pada bulan Januari 2012 hingga kini MNK lihat tiada langung pembelaan yang dapat diberikan oleh siapa siapa kepada rakyat Gombak Setia ini dari Kerajaan Negeri. Tiada lagi wakil dan sumbangan atau peruntukan dari Kerajaan Negeri kepada rakyat DUN Gombak Setia ini. Ialah wakil rakyat dah takde, nak harap Ahli Parlimen yang memang tak boleh harap tu lagi lah jauh. Jadi siapa bela Rakyat DUN Gombak Setia? Jadi di Bulan Ramadhan ini siapa yang membela nasib anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal dan fakir miskin di Gombak Setia ini agar mereka turut dapat menikmati sedikit kemeriahan Hari Raya?

11/08/2012 - Penyelaras Barisan Nasional DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad telah mengadakan majlis berbuka puasa dan pemberian sumbangan kepada anak-anak yatim dan juga sumbangan kepada surau-surau yang di Rantau Gombak Utara peringkat DUN Gombak Setia. Program ini bermula dari jam 5.30pm di mana pemberian sumbangan di berikan kepada penerima-penerima dan selesai majlis pemberian sumbangan diteruskan pula dengan program berbuka puasa bersama anak-anak yatim.


Datuk Said Anuar dalam ucapan menegaskan bahawa pemberian sumbangan ini bukan lah "gula-gula pilihanraya" seperti dakwaan pembangkang, BR1M bukan gula-gula pilihanraya, Bantuan persekolahan, bukan gula-gula pilihanraya tetapi inilah kerajaan Barisan Nasional sentiasa memberi bantuan. Bukan tahun ini sahaja tapi kita buat benda macam ini secara tetap setiap tahun kita berikan sumbangan kepada mereka yang layak apabila tiba bulan Ramadhan. Malah bulan bulan lain pun kita beri sumbangan dan subsidi pada rakyat tak kira dah nak pilihanraya atau tidak. Ini tanggung-jawab kami selaku kerajaan Barisan Nasional, kerajaan pusat yang kami lakukan.

Bagi MNK betul kata Datuk Said Anuar itu. Ini bukan gula-gula pilihanraya, ini adalah bukti sebuah kerajaan yang bertanggung-jawab yang mengambil berat permasalahan dan bebanan yang ditanggung oleh rakyatnya. Kerajaan yang senantiasa berusaha untuk meringankan bebanan rakyat. Sebuah kerajaan yang berpegang teguh kepada janji dan mengotakan janji-janjinya. Janji YAB Perdana Menteri Rakyat di Dahulukan Pencapaian Diutamakan dalam moto Transformasi UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional sedikit sebanyak telah berjaya di serapkan kepada pemimpin diakar umbi di peringkat DUN - DUN dan Bahagian yang mana ianya menjadi budaya pemimpin UMNO sekarang ini di mana mana Bahagian sekalipun untuk sentiasa melafaz dan melaungkan selogan tersebut yang mana akhirnya slogan yang dilaungkan itu tadi menjadi budaya dan keperibadian pada semua pemimpin UMNO yang mana sentiasa mengutamakan rakyat dalam apa cara sekali pun.


Lihat sahaja di dalam clip dan vt ini semua dah berbuka dan menikmati juadah yang lazat tersebut tetapi bagi Penyelaras Barisan Nasional DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad masih lagi kehulu ke hilir melayan tetamu dan beliau bersama pegawai beliau yang dikenali dengan panggilan Tok Ompek Ridwan merupakan orang yang terakhir mengambil nasi dan lauk untuk berbuka.

Syabas Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad kerana menjiwai semangat Rakyat Didahulukan Pencapaian di utamakan.



Gombak!!! Gempur!!!