Sunday, 23 September 2012

GOMBAK PUSAT PENGKADERAN MAHASISWA KEDALAM PARTI PEMBANGKANG?

Terkejut MNK apabila membaca artikel pendedahan rakan blogger AAJK.COM yang mana dalam artikel beliau ini pendedahan tentang Gombak lah pusat pengkaderan para mahasiswa-mahasiswi di IPTA dan IPTS seluruh Malaysia berpusat. Berselindung atas nama PKPIM atau nama lainnya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. Apa dalilnya ialah kerana Seketariat Puast Persatuan ini rupanya terletak di Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7, Kampung Tengah, Batu 6  1/2, Jalan Gombak.

Difahamkan di lot ini lah pelbagai aktiviti dan penyaluran matlumat kepada Ketua-ketua pelajar atau para mahasiswa yang pro-pembangkang untuk menarik lebih ramai mahasiswa dan mahasiswi untuk menyertai dan mendukung perjuangan parti pembangkang ini.

Sekretariat PKPIM Pusat
Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Emel: pkpim_spp@yahoo.com
Facebook : www.facebook.com/pkpimalaysia
twitter: www.twitter.com/pkpim1

Sekretariat PKPIM Pusat ini begerak aktif dalam menyampaikan maklumat dan wadah pihak pembangkang untuk menyalurkan maklumat kepada para mahsiswa di kampus-kampus seluruh Malaysia. Bergerak atas dasar persatuan pelajar Islam, namun disebaliknya pihak pembangkang seperti PAS, PKR dan ABIM sebagai NGO’s terus meneraju persatuan ini.

Di Serkretariat ini juga menjadi markaz untuk para nakib usrah dan kepimpinan mahasiswa Islam untuk berkumpul dan bermesyuarat bagi mengerakkan para mahasiswa dan program serta aktiviti di kampus-kampus. Mereka tidak perlu lagi masuk ke universiti dan dengan hanya menggunakan rangkaian para nakib, maklumat tarbiah dan arahan gerak kerja terus sampai hingga ke akar umbi. Baca Selanjutnya....


Note: MNK Rupanya di Gombak bukan hanya ada Markaz PAS tetapi ada juga Markaz pengkaderan Mahasiswa-mahasiswi Pembangkang. Apalagi Pemuda Gombak tugasan berat menanti anda untuk melumpuhkan pihak pembangkang dari terus menjadikan pusat bermulanya penambahan ahli parti pembangkang dari kalangan mahasiswa dan mahasiswi seluruh negara. Pastikan kemenangan pada PRU13 agar kita boleh lumpuhkan markaz-markaz ini. Kampung sahabat den nie...aduhai.

TQ AAJK.Com atas pendedahan ini.

Gombak!!! Gempur!!!