Tuesday, 23 October 2012

ABBY NAK JADI MURSYIDAH AM PAS?



Abby Abadi yang khabarnya akan bertanding kerusi Mursyidah PAS kini nampak lebih popular dikalangan orang-orang PAS berbanding dengan Musyidul PAS Nik Aziz dan kelihatan lebih kerap mengeluarkan fatwa merapu berbanding Nik Aziz. Malah di kalangan orang UMNO pun populariti Abby lebih meningkat berbanding dengan Musyidul Am Pas. Mana tidaknya... sejak bersama PAS Abby kelihatan lebih bijak dan lebih hebat mengeluarkan fatwa dan hukum-hakam lebih merapu dari Nik Aziz. Walaupun tiada latar belakang agama, tiada ijazah agama atau belajar sekolah agama, fatwa Abby lebih popular dan lebih merapu dari Nik Aziz.
 
Nak tanya sikit lah kat Minah nie, kalau benarlah apa yang dikatakan itu seperti yang dilaman tweeter beliau. Apakah pergorbanan Abby kepada Agama Islam? Adakah Abby dah serahkan semua akaun wang simpanan harta seperti barang kemas Abby kepada Baitul Mal atau Akaun PAS untuk digunakan untuk berdakwah atau atas nama perjuangan PAS untuk menegakkan agama Islam? Apakah Abby dah bergadai harta benda demi membantu saudara Islam di Rohingya atau Syria? Apakah Islam Abby hanya di Malaysia? Jadi apakah Abby hanya pandai bercakap tak serupa bikin? Buat lah dulu pengorbanan Abby untuk Agama Islam ini lepas tu baru lah nak nasihat dan keluar hukum kalau tak takut nanti jatuh munafik pula.

Kalau tak pun jangan cakap kalau tak boleh keluarkan dalil Al-Quran atau Dalil Hadith mengatakan Ibadah Korban kita tidak akan diterima kalau kita tidak berkorban demi agama. Tafsirkan pula lah maksud Korban untuk agama itu apa cabang-cabang dia. Kalau setakat baru belajar pakai tudung lepas tu ceramah pasal agama atas pentas politik sebagai penceramah Pas dan dibayar pula itu apakah itu namanya pengorbanan untuk Agama Islam?

Eh Jalan daaa....

Note MNK: TQ MPP....

Gombak!!! Gempur!!!