Monday, 8 October 2012

DAP TIDAK MAMPU HALANG PENYATUAN PAS DAN UMNO.


Berbual dengan salah sorang tokoh veteran UMNO Selangor, MNK diberikan sedikit nasihat dan pengajaran yang agak berguna dan kalau difikir mengikut logik akal ada benarnya. Kata tokoh ini kita bangsa Melayu beragama Islam ini adalah bersaudara, fitrah yang dijadikan oleh Allah semua umat Islam itu bersaudara. Hatinya walaupun jauh tapi masih terpaut secara fitrahnya kerana kita semua telah diikat dengan sumpah Kalimah Shahadah.



Jadi pada pendapat tokoh ini hanya satu cara sahaja untuk kita menarik kembali Melayu yang diluar sana yang tidak bersama-sama dengan UMNO ketika ini khususnya saudara kita didalam parti PAS untuk bersama-sama dalam perjuangan kita ini. Caranya ialah hanya dengan kasih sayang dan toleransi. Jangan kita mengata dan memburuk-burukkan PAS secara amnya kerana sedar tak sedar mereka itu masih sebangsa kita, mereka itu masih seagama dengan kita, mereka itu orang Melayu. Beliau mengatakan kita tidak boleh salahkan PAS kerana mereka terpedaya dengan permainan politik PKR dan DAP. Pada asalnya PAS juga memperjuangkan Islam dan secara tidak langsung Melayu akan turut diperjuangkan kerana Islam dan Melayu atau Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan. Pemimpin PAS tahu itu. Sama ada berjuang dalam UMNO atau berjuang dalam PAS sudah pasti matlamat untuk memertabatkan Melayu dan Islam atau Islam dan Melayu akan tetap menjadi agenda perjuangan parti masing-masing.


Namun semenjak PAS bergabung dengan DAP, hala tuju perjuangan PAS agak tersasar. Prinsip perjuangan terpaksa dikorbankan sedikit demi sedikit demi menjaga pakatan yang begitu rapuh. PAS sedar mereka terpaksa mencari rakan sekutu politik sekiranya mereka ingin meluaskan jangkauan kuasa pemerintahan mereka kerana faktor kewangan dan sokongan dikawasan-kawasan baru. Kesilapan PAS adalah demi kuasa mereka bergabung dengan parti DAP yang jelas agenda mereka untuk menghapuskan Islam dimuka bumi ini. Menjadikan Malaysia ini bukan lagi sebuah negara Islam walhal PAS dan UMNO lah parti yang mampu menjaga kesucian agama Islam di Malaysia ini.

Kalau Pemimpin Pas boleh turut bertolenrasi dan Pemimpin UMNO boleh bertolak ansur nescaya tidak mustahil gabungan yang begitu baik hanya lah PAS dan UMNO yang mana sudah pasti kedua-dua parti ini akan boleh memastikan kesucian agama Islam tetap terpelihara di Malaysia ini. Malah akan menjadi lebih baik dalam perlaksanaan dan penyebaran konsep serta fahaman Islam dinegara ini.Tidak mustahil kira diizinkan dan hanya dengan kehendak Allah satu hari nanti bila Islam benar-benar diambang kehancuran di Malaysia ini didoakan dan diharapkan agar Allah akan gerakkan hati-hati pemimpin PAS untuk bersama-sama dengan UMNO.


Hingga saat itu jangan lah kita bakar dan kita simbah minyak kepada hati-hati para pengikut PAS mahupun pemimpin mereka tetapi lebih baik kita ikut pendekatan berbaik sangka dan berhemah. Musuh kita bukan PAS tetapi DAP si kafir Harbi yang menggunakan PAS yang terlalai seketika buat masa ini. Didoakan agar pengikut PAS agar dibukakan hati pintu mereka untuk menerima dan bersama dengan perjuangan UMNO. Kita punyai senjata yang tidak ada pada bangsa lain. Senjata kita yang paling dahsyat ialah Doa. Marilah kita bersama-sama baik pemimpin dan pengikut UMNO mahu pun PAS berdoa bersama-sama kepada Allah agar Allah satukan lah umat Islam berbangsa Melayu di tanahair Malaysia tercinta ini. Allhamdullilah Allah telah buka dan beri pertunjuk kepada beberapa tokoh pemimpin PAS dan moga-moga Allah akan beri petunjuk kepada seluruhnya InsyAllah.

Gombak!!! Gempur!!!