Thursday, 25 October 2012

DATO SERI NAJIB RASA KECIL DIRI.....


Walau kadang-kadang kita tidak sedar dan kurang memahami bahawa walau pun beliau adalah Perdana Menteri Malaysia dan beliau adalah Presiden UMNO yang mana kalau nak di ikutkan beliau adalah orang yang paling berkuasa dalam Malaysia ini dalam hal-hal berhubung kait dengan UMNO dan Pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional ini tetapi disudut hatinya, beliau masih lagi seorang insan biasa dan manusia kerdil. Beliau sama macam kita semua mempunyai perasaan dan naluri. Tidak lari dari melakukan kesilapan dan tidak kurang pula mengidamkan serta mencari keredhaan Allah dan kebahagian di dunia dan di akhirat. 
 
Mari kita selami apa yang di lakarkan oleh beliau sempena Hari Raya Adil Adha 2012 ini. Berikut adalah catatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak untuk kita semua....


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya masih ingat lagi pengalaman tahun lepas sewaktu saya ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah Haji bersama para jemaah haji dari serata dunia. Di kala itu, jelas terasa betapa kecilnya kita di pandangan Allah SWT. Tahun ini, biarpun saya tidak ke sana, saya harap para jemaah haji dari Malaysia selamat menunaikan haji yang mabrur.

Sempena Aidiladha ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di Malaysia yang berada di sini mahupun yang sedang berada di tanah suci Mekah. Marilah kita bersama-sama tingkatkan ibadah dan berdoa agar Allah menerima ibadah kita seterusnya mendapat keredhaan Allah SWT Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Kepada rakyat Malaysia yang lain, harap dapat lapangkan sedikit masa di hujung minggu ini untuk melawat rakan-rakan yang menyambut Aidiladha.
Najib Razak