Monday, 29 October 2012

VIDEO: PEMUDA UMNO SUNGAI CHINCHIN LAKSANAKAN KORBAN DS NAJIB TUN RAZAK



27/10/2012 - Pemuda UMNO Sungai Chinchin dan Belianya telah melaksanakan satu program yang agak istimewa dan buat julung-julung kalinya di adakan oleh Pemuda UMNO Cawangan di Bahagian Gombak ini. Apa yang menarik kerana Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak turut mengambil bahagian dalam program ini yang mana 4 ekor kambing telah di sumbangkan oleh beliau kepada Pemuda UMNO dan Belia Sungai Chinchin melalui Najib Razak Club 11 (NRC 11). Pada siang harinya terdiri semuanya dari kalangan Pemuda dan Belia kampung sekitar antara umur 18 tahun hingga 40 tahun melakukan ibadah korban mereka sendiri yang telah mengorbankan 2 ekor lembu dan 4 ekor kambing sumbangan Dato' Seri Najib Tun Razak itu tadi. 3 ekor kambing di laksanakan sebagai ibadah korban manakala 1 ekor lagi untuk majlis Santai dan BBQ Pemuda dan Belia pada malam harinya.
 

Initiatif dari Pemuda UMNO Sungai Chinchin dan Belia telah merancang dan melaksanakan penghantaran daging korban Dato Seri Najib Tun Razak ini pada malam hari dari rumah ke rumah yang telah dikenal pasti sebagai penerima yang terdiri dari  mereka yang susah, kurang upaya, ibu tunggal, warga emas dan lain-lain. lebih kurang 30 orang pemuda dan lebih 15 biji motor terlibat dalam program ini. Para penerima disumbangkan daging kambing korban dari Dato Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia  dan juga diberikan daging korban lembu dari Pemuda UMNO Sungai Chinchin sendiri. Jelas terpampang kegembiraan penerima-penerima daging sumbangan itu tadi kerana disamping dapat daging kambing dan lembu, apa yang istimewa ialah bila di nyatakan kepada mereka ini sumbangan dari daging korban Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri dan dari NRC 11.


Selesai penghantaran daging korban kesemua peserta pulang ke khemah program di rumah Saudara Ayie yang mana ibadah korban dan BBQ akan dilaksanakan. Dari Tengahari seekor kambing yang diperap tadi untuk program BBQ sedang "digolekkan". Kesemuanya dilaksanakan oleh para Pemuda UMNO dan Belia kampung. Lebih kurang jam 10.30mlm baru lah BBQ dimulakan setelah selesai penghantaran daging dan kambing golek siap dipanggang.   Program ini turut diserikan dengan kehadiran 2 orang kuat NRC 11 yang turut serta dari awal hingga akhir yang tanpa mereka ini sudah pasti program ini tidak dapat dilaksanakan. Wakil kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin iaitu PSU Pemuda UMNO Bahagian Gombak Saudara Hafiez Malik juga turut hadir dan turut serta menyampaikan sumbangan daging kepada penerima. Jelas kepuasan kelihatan dari wajah-wajah pemuda dan belia kampung diatas satu program yang mereka laksanakan sendiri disamping dapat meringankan serta menghargai mereka yang kurang bernasib baik didalam kampung mereka sendiri. Program ditutup dengan pertunjukkan bunga api.




Gombak!!! Gempur!!!



Note MNK: Harap sedikit sumbangan dari Pemuda UMNO Sungai Chinchin ini dapat mengubat hati rakyat dan penduduk kampung Sungai Chinchin yang diketepikan akibat politik Masjid PAS (Baca Selanjutnya) kerana tidak diberikan kupon untuk menerima daging korban pada tahun ini sekiranya mereka dipinggirkan pasti Pemuda UMNO Sungai Chinchin akan tampil untuk membela.... InsyaAllah. Terima Kasih kepada NRC 11 dan Saudara Aizad dari NRC 11 dan juga kepada Saudara Ayie dan keluarga selaku tuan kawasan dan tuan rumah dan semua Pemuda dan Belia Sungai Chinchin yang telah menjayakan program ini. Tidak lupa istimewa buat Y.A.B Dato Seri Najib Tun Razak atas sumbangan kambing-kambing kepada Pemuda UMNO dan Belia Kampung Sungai Chinchin. TQ Dato Seri'.