Friday, 16 November 2012

ANWAR DAN AZMIN TERKEDU? PROJEK KONDO MEWAH BATU CAVES AKAN DIBATALKAN...



Pada tanggal 13/11/2012 di Perkarangan Batu Caves telah tercatat dalam sejarah tanahair di mana Y.A.B Perdana Menteri Malaysia telah berjanji untuk membawa usul dan pemohonan kepada United Nation berhubung dengan kawasan Komuniti dan Kuil Batu Caves ini untuk di pertimbangkan sebagai "World Heritage". Langkah dan saranan oleh Y.A.B Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak ini adalah demi melindungi Batu Caves dari dirosakkan atau hapus sama sekali oleh pihak yang tidak bertanggung-jawab termasuklah Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor ketika ini.

Dalam ucapan beliau pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali MIC ini beliau berkata dan berjanji sekiranya masyarakat India memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Barisan Nasional bersama masyarakat Melayu dan Cina di Selangor ini dan kita berjaya merampas kembali Kerajaan Negeri Selangor dari tangan Pakatan Rakyat pada PRU-13 ini, Projek yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat untuk membina 2 Blok Kondominium setinggi 29 tingkat berhampiran dengan kuil Batu Caves itu akan dibatalkan sama sekali. Ini kerana pembinaan kuil tersebut sudah pasti akan menggangu-gugat struktur bumi yang mana dikuatiri monumen bersejarah dan lambang kebanggaan masyarakat India di Malaysia ini akan musnah akibat pembangunan yang tidak bertanggung-jawab ini yang mana hanya memikirkan keuntungan beberapa pihak tetapi mengenepikan kepentingan social masyarakat khususnya masyarakat India.





Dato' Seri Najib Tun Razak juga berkata bahawa Janji Barisan Nasional ini adalah Janji Yang Ditepati dan sekiranya saya Berjanji pasti akan saya tepati dan disambut dengan tepukan gemuruh lebih 10 ribu rakyat yang menghadiri Rumah Terbuka Deepavali MIC itu. Bukan hanya masyarakat India, malah masyarakat Melayu, Cina dan pelancong luar juga yang turut hadir memeriahkan Rumah Terbuka tersebut bertepuk tanda sokongan kepada apa yang diucapkan oleh Y.A.B Perdana Menteri itu.


Jelas bahawa rakyat inginkan sebuah kerajaan yang bukan hanya pandai berkata dan berjanji tetapi hendaklah pandai mengotakan janji dan melaksanakan apa yang dijanjikan. Rakyat inginkan pemimpin yang mempunyai credibiliti dan bukan hanya pandai berceramah dipentas ceramah dan manabur segala janji tetapi tidak dikotakan. Rakyat inginkan pemimpin yang menabur budi dan bukan kekosongan janji. Inilah salah satu lagi bukti di Batu Caves ini dimana pemimpin Barisan Nasional dan Y.A.B Berhormat Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak bekerja kuat siang malam menabur budi pada rakyat Malaysia tetapi Pemimpin Pembangkang Anwar Ibrahim hanya pandai menabur janji kepada rakyat yang mana janji-janji tersebut hingga kini tidak ditepati dan akhirnya menjadi janji kosong.

Kami tidak mahu ditipu Lagi.......

Gombak!!! Gempur!!!

Note MNK: Kalau projek batal pasti lah takde masyuk la kan..... pasti kontraktor dapat projek ini bengang kan..hehehe. Oh ya siapa Ahli Parlimen Gombak yer yang mana Batu Caves ni dalam Parlimen Gombak? Siapa tahu...