Wednesday, 7 November 2012

NURUL IZZAH TOLAK HUDUD NAK TUKAR HUKUM ALLAH? APAKATA NIK AZIZ?



Sebelum ini pihak PAS dan pencacainya sibuk mengatakan UMNO tolak hudud dan sampai sekarang lagi demi meraih undi mereka menjaja kononnya UMNO tolak hudud padahal tiada satu pun draft undang-undang hudud yang tepat dan lengkap dapat di sediakan oleh pihak PAS ini. Namun kini Allah nak tunjuk kepada mereka maka Allah balikkan hati si Nurul Izzah Naib Presiden PKR yang mana PAS bercium mulut dengan PKR ini. Dulu DAP terang-terang tolak huduh seperti kata keramat Karpal Singh tu, kini giliran PKR pula terang-terang tolak hudud dengan kenyataan Naib Presiden PKR si Nurul Izzah ini. Persoalannya apakah kata-kata itu lahir dari Nurul Izzah sendiri atau telah ditanamkan oleh Anwar Ibrahim, papa Nurul Izzah tersayang itu?


Apakah dengan mengatakan Kebebasan beragama itu patut diguna pakai kepada orang Melayu Islam itu bukan satu kenyataan yang jelas mengatakan orang Melayu Islam dibenarkan dan bebas memilih apa sahaja anutan agama walaupun seorang Melayu adalah Islam semenjak lahirnya. Maknanya Bayi Melayu itu telah pun mempunyai agama iaitu agama Islam dan kalau bebas menganuti agama apa sahaja maka dalam erti kata lain seorang Islam Melayu dibenarkan untuk murtad sesuka hati mereka.  Kalau lah murtad ini dibenarkan mengikut fahaman Islam Si Nurul Izzah itu dengan melontarkan dalil Quran Ayat Al- Baqarah ayat 256


Terjemaahannya:

Tidak ada paksa dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Walhal ayat tersebut adalah kepada orang yang bukan Islam iaitu Islam tidak memaksa Orang Kafir untuk menganuti Islam kerana kerana Islam itu bukan sahaja ucapan secara lisan, ianya hendaklah disertakan dengan iman dan dinyatakan dengan amalan yang ikhlas. Jadi benarlah ayat Al-Quran ini kepada orang kafir dan tidak memaksa mereka menganuti agama Islam.

Tetapi ayat ini tidak terpakai kepada Orang Islam itu sendiri kerana MNK tidak pernah terjumpa ayat perintah dari Allah kalau seorang Islam itu tidak lagi suka kepada Islam atau dah jemu kepada Islam sila tinggalkan Islam atau dalam erti kata lain gi lah murtad. Tiada !!! tetapi ada dalil ayat quran dan hadis yang menceritakan tentang hukum hudud kepada orang Islam yang murtad ini kalau dia menzahirkannya maka dia akan dikenakan hukuman pancung sampai mati. Apakah bukan ini yang diamalkan sebagai hudud di negara Arab yang mengamalkan hukum hudud?
Apakah bukan ini yang diperjuangkan oleh PAS?

Kategori Pertama: Orang yang murtad, namun menyembunyikannya.

Orang yang murtad namun menyembunyikannya kemurtadannya sehingga tiada siapa yang mengetahui kecuali ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat, tidak dijatuhkan hukum hudud di dunia. Hukuman mereka adalah di sisi Allah di Hari Akhirat kelak.

Orang murtad dari kategori pertama inilah yang mana Syaikh Yusuf al-Qaradhawi hafizhahullah menjelaskan:

Islam tidak menjatuhkan hukuman bunuh atas orang yang murtad yang tidak menghebahkan murtadnya dan tidak menyeru orang lain agar murtad sepertinya. Islam membiarkannya agar menerima balasannya di akhirat kelak jika dia mati dalam kekafirannya itu. Allah berfirman……

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُوْلَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ.
Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (Islam) lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya. [al-Baqarah 2:217]

Tetapi bagi golongan kedua dan ketiga yang murtad dan menzahirkan nya maka hukuman pancung sampai mati seperti hadis dibawah:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ.

Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia
Apakah Nurul Izzah ingin menukar hukum Allah dan perintah Allah ini berhubung dengan Murtad? Apakah maknanya dengan kenyataan Nurul Izzah itu yang para ulamak semua sepakat mengatakan bahaya dan mengelirukan kecuali Nik Aziz dan Hadi Awang yang senyap jer sebab takut , nak jaga hati, gila kuasa nak ke Putrajaya maka tak berani dengan Anwar Ibrahim ker? atau apa sekali sebab pun yang masih membisu. Ketika mana Nurul Izzah Naib Presiden PKR ini  mengatakan  dalam erti lainnya takpa untuk orang Islam murtad kerana tiada paksaan dalam agama ini adalah juga untuk orang Islam orang Melayu. Jadi Hukum murtad ini mengarut dan tidak adil atau tidak benar. Maka hukum hudud yang PAS do canang tu mengarut dan lawak jer tu. Apakah bukan ini maksudnya?

Lu fikir lah sendiri!!!!

Gombak!!! Gempur!!!

Note MNK: Jangan main cakap jer ikut suka apa kamu rasa kamu hebat sangat ker? Belajar pun tak tinggi mana. Bab Agama ini jangan ikut suka nak kata biarlah orang yang ahli bab agama yang kata. MNK tunggu juga apa kata Pemimpin-pemimpin PAS berhubung penolakkan hukum hudud oleh si Nurul Izzah ini.  Psssstt Nurul... Main guitar tu haram tau tak???