Monday, 5 November 2012

VIDEO KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR TIPU! - KATA TOK BATIN.



Pada tanggal 04/11/2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia telah mengadakan kunjungan dan lawatan ke kampung orang asli Bukit Kala Batu 12 Gombak. Disamping meninjau dan melihat sendiri keadaan orang asli di Gombak ini beliau juga turut memberikan penerangan isu semasa serta sumbangan kepada keluarga orang asli. Seawal jam 7.45am Datuk Ahmad Maslan telah tiba di Gombak untuk bersarapan pagi di Warung Mak Ngah di Batu 8 Gombak bersama JKKKP setempat dan Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad serta Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin. Turut menyambut ketibaan Datuk Ahmad Maslan ialah Ketua UMNO Bahagian Rahim Kamaruddin.
 

Datuk Ahmad Maslan telah melakukan "walkabout" didalam perkampungan orang Asli Bt. 12 dan telah menyampaikan sumbangan dari rumah ke rumah orang asli. Walaupun terpaksa memanjat dan keadaan jalan yang agak licin namun Datuk Ahmad Maslan bersama rombongan kepimpinan Barisan Nasional Gombak harungi jua. (Saksikan video dibawah). Inilah dinamakan rakyat didahulukan. Sekiranya kita ingin memahami kehidupan orang asli dan benar-benar ingin membela nasib mereka sudah pasti kita kena turun padang dan melihat sendiri keadaan nasib mereka. 

Sewaktu ucapan Datuk Ahmad Maslan beliau bertanya kepada hadirin semua yang terdiri dari rakyat orang asli ini, " Berapa kali Menteri Besar Pakatan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khalid Ibrahim datang menziarahi Orang Asli di Gombak ini?"...bergema jawapan dari hadirin dengan laungan " TAKDE!". Beliau bertanya lagi berapa kali Ahli Parlimen PKR Azmin Ali  datang melawat kampung tuan-tuan? Sekali lagi bergema jawapan dari rakyat orang asli Bt. 12 Gombak dengan laungan "TAKDE!".


Jelas Pakatan Rakyat di Selangor ini tidak ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat di Selangor ini khusus nasib orang asli di Gombak ini. Kalau tidak masakan selama 4 tahun memerintah negeri Selangor sekali pun tidak dapat diluangkan untuk menziarahi dan melihat sendiri nasib masyarakat pribumi di Gombak ini?

Kesimpulannya sudah pasti rakyat orang asli di Gombak ini yang jelas sekali bersama Barisan Nasional dari dulu lagi tidak akan memberi undi kepada Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti. Itu janji Tok Batin bersama masyarakat orang Asli di Gombak ini. Kita akan tukar kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor ini kerana jelas mereka bukan nak bantu rakyat khususnya orang asli di Gombak ini tetapi mereka nak bantu ahli keluarga mereka sahaja.


Gombak!!! Gempur!!!
Note MNK: Nanti MNK paparkan video ucapan Tok Batin Kampung Orang Asli Bt.12 Gombak ini pula.