Wednesday, 12 December 2012

BUAT ADIK-ADIK PARA PERWAKILAN KELAB UMNO LUAR NEGARA...PART 2


Sambungan......
Untuk mengadakan lebih banyak aktiviti yang melibatkan kemahiran seperti pengucapan awam, debat dan pembangunan jiwa dan keperibadian bagi menyediakan diri mereka  selaku pemimpin pelapis UMNO dan bukan hanya sekadar aktiviti sukan atau aktiviti hiburan semata-mata. Saya berfikir bahawa sekretariat harus mempertimbangkan apa sebenarnya peranan KULN kepada UMNO. Sejak dari pengalaman peribadi saya dengan UMNO di Malaysia dan di kampung saya selepas berakhirnya hari-hari saya sebagai pelajar adalah tidak seperti apa yang saya alami dan lalui semasa hari-hari saya di Kelab UMNO Jordan. Apa yang saya suarakan di atas pada hemat saya amat diperlukan untuk benar-benar menyediakan semua Pengerusi atau pemimpin yang berpotensi dari Kelab UMNO Luar Negara agar dapat menyesuaikan diri dan membiasakan diri dengan budaya UMNO dan proses UMNO di peringkat Cawangan dan Bahagian di Malaysia.
 
Sebagai contohnya: Dengan mempunyai Perhimpunan Agung KULN Pusat dan pemilihan kita menyediakan Pengerusi-pengerusi KULN yang ingin menjadi pemimpin pelapis di cawangan-cawangan atau Bahagian dengan ilmu bagaimana cara mendekati dan meyakinkan Pengerusi KULN yang lain  bagi  mendapatkan pencalonan mereka. Di sini hubungan manusia ( kemahiran PR), kaedah yang digunakan akan secara tidak langsung menberi pengalaman yang mereka tidak boleh mendapatkannya dengan membaca buku.

Anda perlu untuk benar-benar mengamalkan dan belajar daripada proses itu sendiri untuk mendapatkan  pengetahuan dan ilmu ini. Ini juga akan membantu mereka untuk belajar daripada diri mereka sendiri, keupayaan mereka dan mengukur diri sendiri dan menilai bagaimana orang lain melihat dan menerima anda. Mereka juga dapat membina rangkaian dan pasukan serta penyokong setia melalui proses ini. Seseorang perlu menggunakan sebaik mungkin peluang yang diberikan selaku ahli KULN.


Perhimpunan Agung KULN ini harus dijadikan salah satu landasan untuk Pemimpin UMNO mengenal pasti pemimpin muda berpotensi dari KULN untuk di jadikan anak didik dan diberi tunjuk ajar kepada mereka ini untuk memastikan peralihan  dua era UMNO boleh dirancang dalam menyediakan parti dengan kuasa dan ruang pilihan yang lebih luas.

a) berpendidikan, baik berhubung manusia, Ex-KULN Pengerusi atau Pengerusi yang di didik oleh Pemimpin UMNO
b) Seorang pemimpin yang naik tangga UMNO melalui karisma diri sebenar dan kemuliaan yang tinggi
c) Seorang pemimpin yang naik tangga UMNO melalui politik kotor atau politik wang.

Saya percaya sesiapa sahaja dengan keadaan minda yang betul dan kasih sayang sejati kepada UMNO hanya akan memilih pilihan (a) dan (b) tetapi malangnya pilihan (a) tidak wujud pada masa ini dan pilihan (b) yang kita lakukan sekarang ini bilangannya boleh dikira dengan jari dan berada di ambang kepupusan.

Anda boleh menjadi sangat pintar dalam masa yang sama selaku Pengerusi KULN dengan
PHD / Sarjana / ACCA dari sudut ilmu tetapi sekiranya anda sombong dan lemah dalam hubungan sesama manusia yang mana anda tidak akan dapat mempelajarinya sehingga anda menjalani proses dimana orang tidak menyokong dan mengundi anda atau tidak mencalonkan anda semasa Perhimpunan KULN Pusat. Dengan menjalani proses ini, anda boleh belajar daripadanya dan berubah kepada yang lebih baik. Semoga apabila anda kembali ke kampung halaman, anda merasakan terdapat keperluan untuk melibatkan diri dalam UMNO di kampung atau cawangan malah hingga ke peringkat bahagian anda. Anda perlu kesabaran dan kuat ketabahan serta keyakinan di hati semasa fasa pertama proses penerimaan anda ahli Pemuda Cawangan anda. Dalam sesetengah keadaan anda tidak akan diterima sama sekali. Namun begitu dengan adanya saranan saya ini maka anda telah dilatih dan dilengkapi dengan pengetahuan tentang bagaimana anda perlu menggambarkan diri anda kepada rakan-rakan dalam UMNO Cawangan dan Bahagian anda.


Jangan ingat keutamaan dalam memilih pemimpin UMNO diperingkat Pemuda sekarang ini bergantung pada faktor usia tetapi kebanyakan bahagian dan cawangan keutamaan diberikan kepada penglibatan mereka. Masa pemuda kampung dan cawangan anda ramai yang lebih lama mencurah bakti di Cawangan UMNO tersebut daripada anda yang baru pulang dari luar negara. Jangan terkejut apabila seorang lelaki muda berusia 21 tahun dianggap kanan daripada anda yang sudah mencapai 30-an kerana anda baru sahaja pulang dan hanya mula membantu atau bekerja sebagai Pemuda di Cawangan UMNO anda dalam tempoh yang singkat kerana belajar atau bekerja di luar negara selama 6-8 tahun. Walhal pemuda yang berumur 21 tahun itu dari baligh hingga sekarang melaksanakan kerja-kerja Pemuda UMNO di Cawangan tersebut walaupun pemuda ini tidak berpelajaran tetapi percayalah ahli akan lebih cenderung memilih pemuda ini dari anda.
UMNO tidak boleh lagi mempunyai ahli yang sombong, pemimpin dalam UMNO tetapi tidak mempunyai pilihan untuk mengambil orang-orang seperti anda yang setengahnya dilahirkan dengan jiwa dan akhlak selayaknya ada pada pemimpin. Jika di teliti masalah kepimpinan  dalam UMNO ini dan sekiranya KULN yang mempunyai ramai anak-anak muda yang dilengakapi dengan PHD / Sarjana /Ijazah sekiranya tidak dapat di gunakan sepenuhnya untuk menyumbang kepada masalah kepimpinan dalam UMNO hari ini maka di mustahil UMNO akan lemah dan pupus pada masa-masa hadapan. Inilah  masanya dimana KULN perlu memainkan peranan yang lebih besar untuk memastikan kesinambungan UMNO pada masa depan.

Hidup KULN!!! Hidup ALUMNI KULN!!!

Note MNK: Sepatutnya mereka yang menjadi Ahli Kelab UMNO Luar Negara apabila pulang ke Malaysia seharusnya secara automatik menjadi Ahli Alumni Kelab UMNO Luar Negara agar mereka dekat dengan UMNO dan boleh mendapat tunjuk ajar dan bimbingan abang-abang senior yang dah masak dengan asam garam UMNO di Malaysia di peringkat Cawangan, Bahagian dan Pusat. Kenapa ada pemisahan???

Gombak!!! Gempur!!!