Wednesday, 5 December 2012

BUKTI NIAT JAHAT PAKATAN HARAM PADA CERAMAH DI GOMBAK TERBONGKAR...


Kecoh didalam Alam Maya terutama dari pihak pencacai blogger pembangkang memainkan konon mereka di serang oleh Pemuda UMNO Gombak rentetan siri jelajah Merdeka Rakyat Anwar yang mana Anwar telah bertandang ke Bt. 8, Gombak. Inilah modal sedikit yang mereka ada tak habis-habis memutar belitkan fakta kejadian sebenar.

Salah satu auta mereka ibarat sifu mereka Anwar ialah ada salah sorang penyokong mereka ditikam dengan benda tajam. Apa benda tajam tu pisau ker parang ker, pensil ker? Dalam otak MNK kalau benda tajam dan kalau istilah tikam ini adalah pisau atau parang kecil yang hujungnya tajam.


Persoalannya tiada pergaduhan yang betul-betul terjadi kerana setiap masa dihalang oleh baik polis atau FRU di antara penyokong pakatan haram dan Pemuda UMNO Gombak. Setakat tolak-tolak dan pergaduhan mulut sahaja disamping baling -membaling objek antara satu sama lain. Manakala tiada kelihatan baik gambar atau rakaman video Pemuda UMNO Gombak membawa pisau atau senjata kerana arahan Ketua Pemuda UMNO Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain ialah kita nak berhimpun secara aman untuk menyatakan bantahan kita kepada Anwar mengadu domba dan menabur fitnah di kampung kita dan kita kawal disiplin kita. Itu jelas arahan yang diterima dan dipegang oleh Pemuda UMNO Gombak.  Jadi mana datang parang atau pisau yang boleh menyebabkan salah sorang penyokong Pakatan Rakyat terluka dan jelas luka tersebut seperti ditikam dengan pisau atau parang kecil?


Opppss nanti dulu cuba lihat gambar yang diatas sekali tu bukan kah gerai ini terletak di sebelah penyokong pakatan rakyat sewaktu kejadian tersebut berlaku. Kedai ini tak duduk sebelah Pemuda UMNO Gombak yang berkumpul di hadapan rumah mantan wakil rakyat BN Gombak yang pertama. Macam dah ready nak bagi kecoh dan dah standby dengan senjata tajam yang berselindung atas nama perniagaan yaa... Jadi masa mana Pemuda UMNO Gombak seberang jalan pergi beli senjata tajam tu lak? Kalau nak bukti nyata siapa yang bawak parang bawak pisau ialah penyokong pembangkang siap boleh jual pada penyokong depa yang hadir ke ceramah tapi tak bawak senjata kalau bertempur. Harap Polis ambil berat perkara ini dan ambil tindakan. Jangan sekali sewaktu PRU nanti ada lak kedai-kedai menjual senjata tajam penyokong pembangkang seperti ini dibenarkan dalam keadaan yang mungkin akan timbul ketegangan.

Jadi toksah gebang lah kata kena tikam dengan samseng Pemuda UMNO Gombak konon. Rakyat dah muak dengan lakonan propaganda pencacai pembangkang ini....


Gombak!!! Gempur!!!