Thursday, 27 December 2012

VIDEO YG BUAT ABBY TERMENUNG??? ARTIS-ARTIS SOKONG BN DI PARLIMEN GOMBAK

Rupanya bukan Abby sahaja yang artis tak berapa nak famous satu ketika dulu yang terang-terangan menyatakan sokongan kepada parti politik. Namun yang kesiannya kat artis sorang ini dia menyertai parti politik yang mengajar beliau menfitnah dan mengutuk kerajaan Barisan Nasional dan Parti UMNO yang memperjuangkan Melayu dan Islam. Atas alasan hendak bertaubat dan mendekati Allah si Abby telah tersalah jalan kerana berpolitik bukan cara yang tepat dalam kita mencari jalan mendekati Allah. Ingatkan Abby sahaja dan berapa kerat artis tak berapa nak laku menyatakan sokongan dan menyertai parti PAS, rupanya ramai juga artis lain yang tidak mengejar publisiti murahan menyatakan sokongan mereka secara terang kepada parti politik.

Kali ini artis-artis ini menyatakan sokongan mereka bukan atas agama tetapi kerana yakin dengan perjuangan dan kejayaan Kerajaan Barisan Nasional mentadbir urus negara selama ini berdasarkan fakta dan record kejayaan negara baik dari segi perpaduan, kesejahteraan, ekonomi dan kemakmuran negara Malaysia bukan hanya di mata rakyat tempatan tapi di dunia luar. Mereka ini bersama menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan Barisan Nasional dan UMNO dan mereka tidak berceramah dan menfitnah atau mengutuk parti pembangkang tetapi mereka mencurahkan bakti dan bakat mereka demi satu tujuan murni untuk umat Islam. Iaitu mengadakan konsert amal untuk mengutip derma dan sumbangan bagi membantu rakyat Palestine dan Gaza yang amat memerlukan bantuan. Konsert Amal Sayangi Selangor yang mereka sertai ini buat julung kalinya diadakan di Parlimen Gombak di hadapan Pejabat Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin ini telah dianjurkan bersama oleh Seniman dan Pejabat Penyelaras BN Parlimen Gombak.


Artis yang terlibat untuk menjayakan konsert ini termasuk Zed Zaidi, Julia Ziegler, Almy Nadia, Man Raja Lawak, Shaheizy Sam, Qazeem Nor, Ika Nabella, Salman Al Farisi, Pian Cecupak, Lan Zailan, Nas Adila, Isma AF, Haiza, Ani Mayuni, Ifa Raziah, Keena Mentor, Munir Phyne Ballerz, Fazli Zainal, Alif AF, Radhi OAG dan ramai lagi yang mana semuanya turut hadir pada tanggal 25/12/2012 bermula jam 8.45mlm - 12.00mlm. Disamping menyaksikan konsert amal ini rakyat dan pengunjung turut menderma untuk Tabung Palestin Gaza pada malam itu.

Inilah kalau benar nak bantu dengan mencurahkan bakat kita pada benda yang berfeadah dengan berlandaskan kapasiti bidang kita. Ini juga merupakan satu dakwah yang dilakukan oleh artis-artis ini tidak semestinya kena ceramah dan kutuk sana fitnah sini semata-mata ingin mengatakan kita dah insaf dan kita hendak berdakwah kononnya. Dakwah ke mana tambah dosa adalah. Asal nak dekat diri kepada Pencipta tetapi makin jauh kita dari Nya.
Disamping persembahan para artis, turut disediakan kaunter pendaftaran pengundi SPR dan juga kaunter daftar BRIM 2.0 kepada para pengunjung. Disamping itu para pengacara dan artis tidak lekang memberi ingatan kepada para pengunjung tentang tanggun-jawab kita sebagai rakyat dan hak kita untuk mengundi dan menggesa mereka yang belum lagi mendaftar sebagai pengundi untuk pergi mendaftar di kaunter yang disediakan.

Tahniah Persatuan Seniman Malaysia dan Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin atas inisiatif yang amat baik ini disamping kita berhibur kita memberi kesedaran kepada rakyat.


Gombak!!! Gempur!!!