Wednesday, 16 January 2013

LISTEN!!! APA YANG SHARIFAH ZOHRA TAK KATAKAN PADA BIWANI....

Jumlah kemasukkan pelajar pada 2012/2013 ker IPTA adalah lebih kurang 38,000 orang pelajar setahun. dari jumlah itu tidak diambil kira pelajar-pelajar yang dihantar keluar negara untuk melanjutkan pembelajaran dengan biasiswa kerajaan. Namun begitu purata bayaran untuk satu course dianggarkan lebih kurang 1500RM per semester dan kita ambil 8 semester untuk seseorang student menamatkan pembelajaran di Universiti misalnya jadi jumlah keseluruhan yang perlu ditanggung dianggarkan lebih kurang 500juta setahun untuk 38,000 pelajar yang masuk ker IPTA setahun di Malaysia. Maka mungkin ada yang memikirkan ini jumlah yang kecil yang mana seperti kata Cik Bawani dalam skandal UUM Listen,listen, listen mengikut pengiraan beliau hanya 2 billion ringg kalau di ambil keseluruhan pelajar-pelajar yang masuk IPTA dan IPTS di negara ini. Tidak tahu dari mana sumber pengkiraan yang dilakukan oleh beliau mungkin dari saudara Rafizi sewaktu Debat Rafizi dan KJ satu ketika dulu untuk menghapuskan PTPTN. 

Namun begitu kesimpulannya Biwani mengatakan apalah sangat 2 billion digunakan dari Bajet tahunan negara untuk menyediakan pendidikan percuma di Malaysia. Mungkin beliau lupa atau hanya mementingkan diri sendiri sahaja yang dia tahu dia nak free. MNK terfikir daripada pembayaran yuran-yuran itu tadi pihak universiti mempunyai income untuk menyelanggara, membaik taraf, membaik pulih, membayar gaji pensyarah, pekerja am, tukang kebun, security guard, kos-kos perkhidmatan api & air dan sebagainya yang mana kalau tiada income dari yuran yang dibayar oleh pelajar sudah pasti Kerajaan akan terpaksa menanggung kesemua kos-kos mentadbir urus sebuah universiti tersebut yang mana jumlahnya akan mencecah  ratusan juta malah billion ringgit setahun. Cuba kita lihat cost perbelanjaan University of Michigan untuk 2012 seperti berikut.


Itu dalam USD dollar katakan lah kita convert terus kepada RM untuk sebuah universiti malah kita tolaklah RM sebillion kerana mungkin UM tidak setaraf dengan Universiti of Michigan misalnya. Tapi tetap mencecah ratusan juta malah billion ringgit untuk cost yang terpaksa ditanggung oleh sebuah universiti untuk setahun. Jadi persoalannya dari mana duit itu akan diperolehi sekiranya student fees yang merupakan sumbangan terbesar revenue kepada sesebuah universiti itu dihapuskan dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan? Itu tidak termasuk lagi dengan Goverment Grant atau subsidi kerajaan beri sudah pasti akan meningkat untuk sebuah universiti. Ini baru satu contoh perbelanjaan sebuah universiti. Berapa universiti kerajaan yang kita ada di Malaysia ini? Kira sendiri dan darab kan jer lah berapa pula perbelanjaan yang harus ditanggung oleh kerajaan. Bagaimana pula pula dengan universiti swasta dan kolej-kolej swasta?


Pendidikan percuma bukan semata-mata dibuat pengiraan dengan menghapuskan yuran pembelajaraan yang dibayar oleh seorang pelajar atau mahasiswa, tetapi perlu diambil kira juga penyediaan wang untuk membayar gaji pensyarah, pekerja am, yuran penyelanggaraan padang bola hingga ke gymnasium university tersebut, dana untuk research dan insentif atlit uni dan banyak lagi kalau nak dikira satu persatu. Ini kerana kalau dihapuskan yuran yang mana merupakan salah satu punca revenue universiti tersebut atau dalam erti kata lain ditanggung oleh kerajaan sepenuhnya maka keseluruhan kos untuk mentadbir urus perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh sebuah universiti itu tadi perlu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Kalau sebahagian besarnya bajet kerajaan diberikan kepada golongan mahasiswa yang mana mereka ini agak terjamin masa depan mereka kerana selepas mereka keluar nanti mereka akan bekerja besar dan bergaji besar, bagaimana pula golongan yang tidak dapat masuk universiti, golongan yang sekadar lepasan SPM sahaja? Siapa yang perlu lebih kita bantu? Jadi jangan lah kita asyik meminta-minta sahaja, sebagai mahasiswa dan mahasiswi fikirkan apa peranan dan sumbangan kita boleh berikan untuk masyarakat am nya dan negara. Itu ciri-ciri mahasiswa dan mahasiswi sejati, bukan jadi pencacai....

Gombak!!! Gempur!!!