Thursday, 18 April 2013

IKRAR SUMPAH SETIA PEMUDA BN GOMBAK

Pembuka kata Bismillahirahman nir Rahim, Semboyan telah pun berbunyi, tiba masa kita menghadapi saat ujian yang maha getir iaitu PRU 13 yang mana ianya menentukan nasib bangsa dan agama kita. Apakah nilai perjuangan kita untuk agama bangsa dan tanahair ini boleh di ukur dengan wang ringgit, boleh dihitung dengan saat dan ketika atau di timbang dengan neraca? Apakah erti sebuah pengorbanan perjuangan kita?
 
Masih MNK ingat pantun Ulil Amri kita Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin.
 
Dalam Bahtera jangan ada dua nakhoda,
Akan hilanglah rindu dan kenangan,
Sungguh murni perjuangan Pemuda,
Ditegur boleh dicantas jangan,
 
Izinkan MNK nak tambah pantun diatas, memandangkan kini semboyan perang telah dibunyikan,
 
Dalam Bahtera mesti ada sorang nakhoda,
Membaca arah dilangit bulan dan bintang,
Siapa lah lagi kalau bukan Ketua Pemuda,
Dibarisan hadapan menentang petualang,
 
Jom saksikan VT Sumpah Ikrar Taat Setia Pemuda BN Gombak....
 
Gombak!!! Gempur!!!
 
 
IKRAR PEMUDA BN GOMBAK
KAMI,
PEMUDA BN GOMBAK,
ADA JIWANYA,
ADA WUJUDNYA,
ADA ASAS-ASAS JIWA DAN SEMANGATNYA,
KAMI PEMUDA GOMBAK,
 BERIKRAR,
AKAN BERUSAHA GIGIH,
MENCURAH TENAGA,
DAN KUDRAT YANG ADA,
MENYAMBUT SERUAN,
YAB PERDANA MENTERI,
MENGEMBELENG USAHA,
BAGI MEMASTIKAN,
KEMENANGAN MUTLAK,
BARISAN NASIONAL,
DI BUMI GOMBAK INI,
BERJUANG DENGAN IKHLAS,
BERKERJA DENGAN JUJUR,
UNTUK MASA DEPAN KAMI,
UNTUK PARTI,
KERANA HANYA BARISAN NASIONAL,
YANG MAMPU MENJANA KESEJAHTERAAN KAMI,
ITU JANJI DAN IKRAR TAAT SETIA KAMI,
KEPADA YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI,
DAN PARTI TERCINTA INI.
GOMBAK!!! GEMPUR!!!