FOLLOW ME


Thursday 21 June 2012

LAWAK PAS DI PAGI JUMAAT


PAS yang dulu merupakan sebuah parti politik yang terkenal dengan kelantangannya dalam memperjuangkan Islam, yang dulu cukup hebat dan tidak boleh berkompromi dengan mana-mana parti hatta parti yang semua ahlinya beragama Islam seperti UMNO sekiranya didapati parti tersebut tidak melaksanakan dasar dan agenda yang berlandaskan Al-Quran mengikut tafsiran dan fahaman PAS hingga pada satu ketika mengkafirkan UMNO kerena tidak memperjuangkan negara Islam dan berkerjasama dan berpakat dengan parti yang beragama lain seperti MIC dan MCA.

Tapi itu PAS dulu, PAS sekarang sudah tidak sama dan relevan lagi seperti PAS dulu. Kalau dulu mereka mengkafirkan UMNO dan melarang ahlinya menyokong UMNO kerana kononnya UMNO parti Islam yang sudah menjadi kafir maka kini mereka kata pada ahli mereka sokong lah parti yang pada azali lagi memang kafir. Malah bukan kafir Zimmni tetapi kafir Harbi yang terang-terang menolak Islam dan penubuhan Negara Islam di Malaysia ini. Yang menyedihkan bukan hanya menyokong malah menurut telunjuk dan bekerja untuk parti kafir harbi ini.

Apa kafir Zimmni dan apa pula kafir Harbi?

Kafir Harbi ialah orang kafir yang tidak diberi jaminan keamanan mahupun hak-hak umum dari Negara Islam serta tidak ada jaminan khusus untuknya.  Kafir harbi terdiri dari 2 jenis iaitu kafir harbi fi’lan dan kafir harbi hukman. Harbi fi’lan adalah orang kafir yang sedang memusuhi Negara Islam secara langsung dan sedang memerangi umat Islam manakala kafir harbi hukman pula adalah orang kafir yang tidak ada apa-apa perjanjian dengan Negara Islam dan tidak juga mereka ini berada di dalam kedudukan perang dengan umat Islam. Bagi kafir harbi fi’lan, tidak ada perbezaan pendapat di kalangan ulama bahawa darah mereka adalah halal. Seorang Muslim bukan sahaja tidak akan dikenakan apa-apa hukuman jika membunuh mereka, malah hukumnya wajib ke atas kaum Muslimin untuk memerangi mereka di mana sahaja mereka berada. Jika dahulu mereka ini adalah golongan kafir Quraish yang kedudukan mereka sentiasa memerangi Daulah Islam Madinah, sekarang ini kedudukan mereka sama seperti tentera-tentera Amerika atau Israel atau British yang sedang memerangi kaum Muslimin. Mana-mana negara kufur boleh bertukar status menjadi harbi fi’lan apabila mereka mengisytiharkan perang ke atas umat Islam.

Adapun kafir harbi hukman, seorang Muslim (serta golongan kafir dzimmi dan mu’ahid) tidak akan dibunuh jika membunuh harbi hukman. Ia hanya dikenakan diyat yang jumlahnya adalah separuh dari diyat pembunuhan ke atas Muslim. Diriwayatkan dari Amru bin Syu’aib dari bapanya dari datuknya, bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Seorang kafir (harbi hukman) separuh diyatnya seorang Muslim”. Ini adalah kerana kita tidak mengumumkan perang ke atas mereka dan di antara kita dengan mereka juga tidak terjadi peperangan secara langsung. Imam Ahmad meriwayatkan dari Ali RadhiAllahu ‘anhu bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Perhatikan, seorang Mukmin tidak dibunuh kerana membunuh seorang kafir (hukman), demikian pula kafir yang memiliki perjanjian”. Makna dari hadis ini adalah seorang Muslim itu tidak dibunuh jika dia membunuh seorang kafir harbi hukman. Begitu juga keadaannya bagi seorang kafir yang memiliki perjanjian (yakni kafir dzimmi dan kafir mua’hid), mereka juga tidak akan dibunuh jika ia membunuh kafir harbi hukman.  Bagaimanapun, wajib ke atas mereka membayar diyat yang jumlahnya separuh dari diyat seorang Muslim.

 

Karpal Singh dengan jelas menentang Islam, menentang penubuhan negara Islam dan hukum Hudud.

Kafir mua’hid adalah orang kafir (termasuk sebuah negara) yang mempunyai perjanjian keamanan dengan Daulah Islam. Kafir dzimmi juga termasuk kafir yang mempunyai perjanjian dengan Daulah Islam. Bezanya dengan kafir mua’hid adalah adalah mereka ini (dzimmi) menetap (bertempat tinggal) di dalam Daulah dan tunduk kepada pemerintahan Islam. Mereka membayar jizyah sebagai balasan perlindungan dari Daulah Islam ke atas mereka. Mereka ini adalah warganegara Daulah dan segala undang-undang Islam terpakai ke atas mereka kecuali dalam beberapa perkara yang dikecualikan syara’. Hak mereka adalah sama sebagaimana hak kaum Muslimin warganegara Daulah yang lainnya serta harta, darah dan kehormatan mereka adalah terjaga. Darah mereka haram ke atas kaum Muslimin seperti haramnya darah seorang Muslim.  Imam Bukhari meriwatkan dari Abdullah bin Amri dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Barangsiapa yang membunuh kafir mua’hid, maka ia tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga boleh tercium dari jarak 40 tahun perjalanan.”. Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Abu Hurairah, dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Perhatikan, barangsiapa membunuh kafir mua’hid, maka ia mendapat celaan Allah dan RasulNya. Sungguh aku berlindung dari celaan Allah dan ia tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga boleh tercium dari jarak 40 tahun perjalanan.”

Hadis-hadis di atas menunjukkan keharaman membunuh kafir mua’hid dan dzimmi dan Rasulullah memberi ancaman yang keras ke atas pembunuhan yang dilakukan ke atas golongan tersebut. Imam Baihaqi mengeluarkan hadis dari Abdurrahman al-Bilmani, “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah membunuh seorang Muslim yang membunuh kafir mua’hid. Kemudian beliau bersabda, ‘Aku telah memuliakan darah orang yang memohon perlindungan”.


Dulu PAS kata Negara Islam siapa tak sokong penubuhan negara Islam dianggap kafir. Lupa ker amanat Hadi Awang? Siapa bekerjasama dengan Kafir mereka jatuh kafir sokong mereka yang kerjasama dengan kafir kita jatuh kafir. Tapi itu PAS dulu. Pas sekarang pun bekerjasama, menyokong kafir. Kafir yang jelas menolak dan menentang penubuhan negara Islam. Walhal Islam dan bukti nyata Rasullullah benarkan kita bekerjasama dengan Kafir Zimni dan bukan Kafir Harbi. Siapa Kafir Zimni dan siapa Kafir Harbi?

Jadi apa lagi yang nak dipertahankan PAS? Pertahankan konsep negara kebajikan? Kalau takat Negara Kebajikan kita pakat sokong Barisan Nasional lah kerana terbukti Barisan Nasional juara Negara Kebajikan? Kat Selangor apa kebajikan yang PAS dah laksanakan? Kerusi Exco Agama pun tak dapat dipertahankan nak pertahankan Negeri Selangor? Opps lupa Pas bukan lagi perjuangkan Negara Islam tetapi Negara Kebajikan. Exco Kebajikan kot dia tukarkan dengan Exco Agama kepada Adun PKR merangkap Menteri Besar Khalid Gagap dan sekarang ini Exco Kebajikan yang dijawat oleh Adun PAS? Ehhh jawatan Exco yang berkaitan kebajikan yang bersangkut dengan kebajikan atau boleh membantu kebajikan rakyat Selangor atau Orang Melayu Selangor dijawat oleh Adun-Adun DAP kan? Ohh lupa PAS ikut telunjuk DAP sekarang ini.

Apa tunggu lagi Rakyat Selangor? PAS dulu tak sama macam PAS sekarang. Jom pakat sokong Barisan Nasional.

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!