FOLLOW ME


Friday 10 August 2012

PULANGLAH!!! AISYAH NYANYI KAT AZMIN ALI???



Bulan Ramadhan ini begitu banyak program yang baik dianjurkan oleh parti politik mahu pun NGO bersama anak-anak yatim. Program yang mana baik berbuka puasa, bersahur atau pemberian sumbangan kepada rumah-rumah kebajikan dan anak-anak yatim begitu meriah sekali. Ini satu perkembangan yang amat baik yang mana setiap umat-umat Islam di Malaysia ini berlumba-lumba mengejar amal jariah serta ganjaran dan pahala dalam bersedekah dan membuat kebajikan kepada anak-anak yatim. Amat indah sekali sekiranya sikap dan keperihatinan ini dapat diteruskan dan disambung pada bulan-bulan selepas bulan Ramadhan.


Kita mengisafi dan menyelami perasaan anak-anak ini tadi yang mana tidak pada usia yang begitu muda sudah tidak ada tempat menumpang kasih dan merasai belian kasih sayang bapa dan ibu. Kita patut rasa bersyukur kerana kita bernasib baik dapat merasa kasih sayang bapa dan ibu kita. Walau pun kita sudah meningkat dewasa dan telah berumah tangga kita masih mempunyai bapa dan ibu. Lebih lagi sekiranya kita sendiri telah mempunyai anak dan kita sendiri telah menjadi bapa dan ibu. Kita pasti faham dan ingin memberikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak kita agar anak kita dapat merasai kasih sayang yang kita rasai dari bapa dan ibu kita.

Tetapi dalam ketika itu MNK berasa hairan bagaimana ada dikalangan kita yang masih mempunyai ibu dan bapa tetapi berlagak seperti kita tidak lagi mempunyai ibu dan bapa. Kita sanggup tidak menjenguk malah menalipon bertanya khabar pada ibu kita. Bukan kita nie duduk di luar negara atau beratus kilometer dari rumah ibu kita. Kita duduk di Taman Sri Ukay dan ibu kita duduk di Klang Gate. Hanya sekitar 6.4 kilometer dan tak sampai 10 minit mengikut penilaian Google Map. Dalam kata lain kalau kita nak ke KL atau pulang ke rumah kita dari KL mengikut Jalan Genting Klang pasti kita akan melalui rumah ibu kita pun kita tidak boleh atau hendak singgah jenguk ibu kita hatta 10-15 minit pun jadi lah.



Apakah teruk benar dosa dan kesalahan ibu kita hingga kita sanggup meminggirkan ibu kandung kita yang telah mengandung kita 9 bulan lamanya, yang bertarung nyawa hidup atau mati semata-mata hendak kita lahir di dunia. Yang membesarkan kita dengan penuh kasih sayang dan memberikan kita pendidikan dan ilmu hingga kita berjaya dan menjadi orang ternama didalam arena politik negara. Kenapa kita sanggup dan mampu menderhaka????

Pulanglah wahai sedara seislamku kepangkuan Ibu mu....?


http://m.youtube.com/#/watch?desktop_uri=%2Fwatch%3Fv%3DIyfHVqwhaho%26sns%3Dfb&sns=fb&v=IyfHVqwhaho&gl=MY Gombak!!! Gempur!!!


WAJIB BACA!!!