FOLLOW ME


Sunday, 12 February 2012

AHLI PAS GOMBAK MULA SERTAI PROGRAM PEMUDA UMNO GOMBAK!!!



Pada 10/02/2012 Pemuda UMNO Cawangan Permata bersama Pemuda UMNO Bahagian telah mengadakan satu program yang amat berkesan untuk mendekati rakyat dan pengundi di DUN Hulu Kelang. Program Forum Ilmiah yang bertemakan "BIAR BERBEZA POLITIK ASAL SEPAKAT TOLAK SYIAH" telah diadakan di Dewan KRT Taman Permata(A) yang telah di rasmikan oleh Datuk Hj. Megat Zulkarnain iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak merangkap Penyelaras BN Parlimen Gombak. Program ini telah turut mendapat kerjasama Ulama Muda UMNO dimana CEO Ulama Muda UMNO iaitu Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya merupakan salah seorang panel forum tersebut.

Seperti kata Datuk Hj. Megat Zulkarnain dalam ucapan perasmian tujuan utama Pemuda UMNO Bahagian Gombak menganjurkan program ini kerana atas rasa kebimbingan Pemuda UMNO Gombak diatas gejalah-gejalah yang sekian berleluasa yang menyentuh dan takut boleh memesongkan akidah akidah umat Islam di Malaysia sejak kebelakangan ini maka Pemuda UMNO Gombak mengambil inisiatif untuk menganjurkan program penerangan ini kepada masyarakat setempat. 


MNK sendiri amat bersetuju kerana sewaktu mendengar penerangan dan penjelasan tentang Syiah oleh Ustaz Fathul Bari itu MNK terfikir apakah golongan-golongan yang bertindak menolak, memperlekehkan atau menyatakan Sambutan Maulidur Rasul tidak penting, tidak perlu diadakan malah ada yang hingga mengatakan iainya haram dan berdosa kerana menyerupai agama Kristian itu telah termakan atau terpedaya dengan fahaman Syiah. Adakah mungkin doktrin Syiah telah meresap kedalam kefahaman mereka dan telah menjadi anutan mereka ini. 

Seperti kata Ustaz Fathul Bari golongan syiah yang ada dalam Syiah ini terbagi kepada 4 iaitu  al-Kaisaniyyah, al-Zaidiyah, Imamiyyah dan Ismailiyah yang mana terdapat dikalangan kelompok yang begitu eksterim hingga menolak Rasullullah. Ada pula yang mengatakan Saidina Ali lagi hebat dari Jibrail dari segi ilmunya walhal Jibrail hanyalah perantara yang membawa ilmu Allah kepada Rasullullah.
Mereka begitu mengagungkan dan mengangkat mertabat Saidina Ali begitu tinggi sekali sehingga melebih dari Rasullullah sendiri. Jadi bagi MNK tidak mustahil sekiranya ada usaha-usaha untuk menghalang atau ada fahaman-fahaman yang menolak atau mengatakan tidak perlu kita meraikan hari jadi keputeraan Baginda Rasullullah Nabi Muhamad S.A.W, tidak perlu kita menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran dan mengadakan perarakkan Maulidur Rasul ini ini adalah usaha yang sengaja dilakukan oleh mereka yang menganuti fahaman Syiah atau mereka yang telah termakan dengan fahaman Syiah agar ikatan pengikut-pengikut Ahli Sunii Wal Jamaah terhadap Baginda Rasullullah menjadi longar.


Ibarat kata Ustaz Kazim, sewaktu ceramah Maulidur Rasul di Taman Harmonis Gombak tempoh hari sewaktu Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat DUN Gombak Setia dimana kalau kita tidak kenal maka kita tidak cinta, kalau kita tidak kenal maka kita tidak faham. Jadi kalau sambutan Maulidur Rasul tidak lagi wujud di Malaysia ini maka ramai anak-anak kita dan cucu-cucu kita tidak mempunyai ikatan yang kuat atau ingatan yang dekat terhadap Baginda Rasullullah maka akan mudah lah ditanam doktrin Syiah yang mengutamakan meletakkan darjat Saidina Ali lagi tinggi dari darjat Rasullullah itu. Malah Darjat Iman 12 mereka pun diletakkan sama taraf dengan Rasullulah. Maksum kesemuanya.

Sambutan penduduk setempat pada program in juga amat hebat hingga melimpah ruah dewan KRT Taman Permata ini yang mampu memuatkan 300 orang sahaja. Namun bagi tetamu yang hadir yang tidak dapat masuk kedewan disediakan khemah-khemah tambahan diluar dewan yang mana mereka dapat menonton melalui skrin layar yang menayangkan secara live forum yang sedang berlangsung didalam dewan.                                                          


Sekali lagi Pemuda UMNO Gombak mencipta sejarah tersendiri dimana  pada kali ini program Pemuda UMNO Gombak merentasi sempadan dunia. Adik-adik dan rakan-rakan kita terutama pelajar-pelajar Malaysia baik di London, Washington, Russia, Australia, Jepun, Mesir, Jordan atau dimana-mana sahaja dapat mengikuti Forum anjuran Pemuda UMNO Gombak ini secara live. Mereka boleh mengikuti forum ini secara live di internet. Seluruh dunia boleh menonton forum ilmiah anjuran Pemuda UMNO Gombak ini secara live di internet di alamat http://www.justin.tv/abuaqif. Ramai yang hadir pada malam itu juga terdiri dari mereka-mereka yang merupakan dari penyokong PAS sendiri dan ada yang terdiri dari kelompok penyokong tegar mereka. Ramai lagi yang mengikuti dari "Live Streaming" di Internet. Ini yang kita inginkan dimana penyokong-penyokong atau ahli-ahli PAS sudah mula ingin mendengar dan penerangan kita atau ingin mengikuti program-program kita. Ibarat kata pepatah " Tak kenal maka tak cinta". 

MNK juga percaya tentu ramai adik-adik kita juga khususnya dari Kelab UMNO Luar Negara yang berada diperantauan juga mengikuti program ini secara live kerana salah seorang Jawatankuasa persiapan program merangkap Ustaz yang membacakan doa pada program tersebut merupakan Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara Pekan Baru. Harapan MNK akan timbul kesedaran walau sekecil zarah sekalipun pada mereka yang berada diluar negara sana dan menilai keikhlasan dan perjuangan yang sedang dihadapi oleh UMNO khususnya Pemuda UMNO Gombak dalam membela nasib-nasib bangsa baik dari segi maruah, harta,ekonomi, hak, survival dan juga akidah.

Syabas dan Tahniah MNK ucapkan kepada Pemuda UMNO Cawangan Permata dan Pemuda UMNO Bahagian Gombak dibawah kepimpinan Datuk Hj. Megat Zulkarnain. Program Seumpama ini perlu diperhebatkan dan kalau boleh dibuat roadshow ker seluruh pelusuk Parlimen Gombak.

Gombak!!! Gempur!!!!

Tuesday, 7 February 2012

TOK GURU NIK AZIZ PENING LALAT??


Pada 05/02/2012 yang lepas bersamaan dengan Hari Keputeraan Baginda Rasullullah S.A.W atau lebih dikenali dengan Maulidur Rasul, MNK berkesempatan untuk bersama-sama meraikannya dan turut serta dalam Majlis-majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat DUN Gombak Setia. Bermula seawal jam 8.00 pagi dengan perarakan di Pusat Daerah Mengundi Kampung Tengah Gombak Setia, kemudian di Kampung Changkat pula diadakan pertandingan untuk kanak-kanak seperti hafazan, laungan azan dan sebagainya dan berakhir pada malamnya dari 8.30 malam hingga jam 12.00 tengah malam di mana telah diadakan Forum Sempena Maulidur Rasul yang bertajuk Persefahaman Asas Perpaduan  di Taman Harmonis yang mana ahli panel terdiri dari Dato' Fadzilah Kamsah dan Ustaz Muhammad Kazim Elias serta di pengerusikan oleh Dato' Dr Masitah Ibrahim Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri.

Rata-rata rakyat memberikan sambutan dan kerjasama dengan begitu memberangsangkan apabila di setiap program yang dijalankan ini ratusan rakyat DUN Gombak Setia telah keluar  dan turut serta dalam program ini. Yang lebih mengharukan ialah ada rakan-rakan kita dari pihak sebelah sana pun turut serta dalam Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul yang telah di adakan di Kampung Tengah itu. Bila ada rakan yang bertanya kepada mereka, mereka menjawab "Pihak dia tak buat jadi dia turut sertalah perarakan yang UMNO buat".

Rakyat Gombak Setia sekarang sudah bijak menilai, mana yang baik dan mana yang buruk. Siapa yang buat dan siapa yang tak buat. Jadi kalau ada pihak yang buat maka mereka turut serta kerana itu lebih baik dari tidak terlibat dan tidak turut serta sedangkan pihak kita sendiri tidak berbuat apa-apa. Kehadiran mereka ini amat-amat dialukan dan diharap mereka akan turut serta pada program-program yang seumpamanya dimasa-masa hadapan sekiranya pihak mereka tidak melakukannya hatta ada melakukannya

Namun begitu MNK secara pribadi agak terkeliru terutama dengan kenyataan Mursyidul Am mereka kerana pada satu ketika dia menyatakan bulan Maulud tidak mempunyai fadilat dan sebarang kelebihan berbanding bulan Ramadan.

Kata Nik Abdul Aziz, sambutan Maulidur Rasul yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia, adalah meniru kaum Kristian. - dipetik dari http://badutrakyat.blogspot.com/2012/02/nik-aziz-kata-sambut-maulidur-rasul.html

Punyalah dia tak mahu bertasyabbuh dengan kaum Kristian, Nik Aziz sanggup mengeluarkan kenyataan seperti itu. Dihujahkannya pula, pada zaman Sahabat r.a, tabiin, tabiit tabiin dan solafus-soleh, tiada sambutan sebegitu rupa. Hanya selepas 300 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, barulah ada Maulidur Rasul.

Golongan yang beranggapan membuat sambutan Maulidur Rasul adalah TASYABBUH kepada Kristian kerana Kristian menyambut hari kelahiran Jesus Christ pada sambutan Hari Krismas. Mungkin atas ilmu dan pemahaman ini lah beliau menyokong kerajaan DAP Pulau Pinang dalam pengharaman perarakan sempena menyambut Maulidur Rasul di Pulau Pinang dulu.



Tetapi yang memeningkan kepala MNK ialah dalam masa yang sama beliau menyatakan dan menyokong perhimpunan dan perarakan Bersih. Apa kata Nik Aziz tentang perarakan dan Perhimpunan Bersih?

Kata Nik Aziz, Islam tidak menghalang demonstrasi atau berhimpun kerana ianya ada pada agama suci itu sendiri.
“Hari-hari kita berhimpun sebanyak lima kali sehari iaitu di masjid atau sekali setiap minggu, iaitu solat Jumaat,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan. - dipetik dari http://ntvirus.wordpress.com/2012/01/04/nik-aziz-minta-beri-hak-rakyat-berhimpun/


Persoalannya berhimpun dan berarak Sempena Maulidur Rasul tidak sokong sebab tiru agama Kristian lah, takde fadhilat la, Bidaah la macam macam tetapi berhimpun dan berarak untuk Bersih ke, Anwar Ibrahim ke dia kata dituntut oleh Islam dan digalakkan oleh Islam. Mana satu nie?

Mana lebih baik? Berhimpun untuk Rasullullah dan berarak untuk Rasullullah atau untuk Anwar Ibrahim atau Ambiga? Mana lebih Agung lebih Mulia? Kenapa bila berarak untuk Anwar dan Ambiga guna dalil digalakkan oleh Islam tetapi untuk Rasullullah guna dalil tidak ada dalam Quran dan meniru agama Kristian? Malas lah MNK nak cakap banyak dan panjang-panjang lagi. Pening kepala MNK....


Apa pun MNK ingin mengucapkan Tahniah kepada Penyelaras DUN Gombak Setia Datuk Hj Said Anuar Said Ahmad bersama Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin dalam mengimarahkan sambutan dan meraikan serta mengajak rakyat Gombak berhimpun dan berarak sempena Maulidur Rasul tempoh hari. MNK seronok dapat berarak sama kerana perarakan ini, demonstrasi aman ini diadakan untuk mengingati Insan mulia yang sebenarnya Anugerah Tuhan kepada setiap insan dimuka bumi ini iaitu Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Biar lah apa pun fatwa Tuan Guru Nik Aziz tu... kita tetap dengan cara kita.


Gombak!!! Gempur!!!

TERESA KOK AHLI PARLIMEN SEPUTEH DAN ADUN KINRARA DAP SEORANG YAHUDI???



MNK terbaca penulisan yang mengatakan bahawa YB Teresa Kok merupakan seorang Yahudi atau lebih tepat Cina Yahudi (Chinese-Jewish). Beliau merupakan Exco Selangor yang bertanggung-jawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian Dan Perdagangan Negeri Selangor. Apakah rakan-rakan kita dari PKR atau PAS tidak mengetahui perkara ini atau sengaja disorokkan perkara ini dari Rakyat Negeri Selangor khususnya yang beragama Islam yang amat sensitif berhubung perkara yang melibatkan Isreal dan Yahudi ini. Cuba baca link dibawah ini.


"Teresa Kok Suh Sim (Cina: 郭素 沁) lahir 31 Mac 1964) menjadi wanita Cina-Yahudi yang pertama yang akan dipilih ke Parlimen Malaysia. Beliau adalah graduan dari Universiti Malaya dan mempunyai ijazah dalam bidang falsafah. Beliau masih belum berkahwin, berkata dia mahu komited sebagai ahli politik sepenuh masa. Dia sentiasa menjadi pengkritik yang panjang anti-Semitisme yang diperjuangkan oleh akhbar-akhbar Malaysia.Dia sentiasa menyokong untuk Malaysia mewujudkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara Israel" - terjemaahan dari website di bawah ini seperti gambar dan link dibawah ini.

  


Perkataan orang Yahudi (Ibrani (עברית ['Ivrit]) digunakan dalam beberapa cara yang luas, tetapi secara umumnya merujuk kepada pengikut agama Yahudi, anak seorang ibu Yahudi, atau seseorang yang berketurunan Yahudi yang mempunyai talian kepada Yahudi.

MNK heran kalau mereka rakan-rakan DAP dari Parti PKR dan parti PAS tidak tahu menahu hal ini. Kalau PKR mungkin kita tak heran kerana big boss mereka memang semacam jer ceritanya dengan Yahudi ini tetapi pemimpin-pemimpin PAS so called ulamak ini bagaimana? Apa pegangan mereka?

Tahukah kita siapa sebenar bangsa Yahudi ini? Mereka adalah bangsa yang membunuh nabi-nabi orang Islam. Kita jangan lupa dalam al-Quran, keganasan bangsa Yahudi yang membunuh atau akan membunuh atau mengaku membunuh banyak nabi direkodkan dalam beberapa ayat sucinya.



Ia direkodkan setidaknya dalam 11 ayat dengan menggunakan sama ada kata kerja mudari’ (continuos tense), madi (past tense) dan dalam bentuk kata benda dasar.

Sebagai contoh, ayat yang menggunakan kata kerja mudari’ adalah ayat bermaksud-

‘‘Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu kepada apa yang diturunkan Allah, mereka menjawab: Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami. Dan mereka ingkarkan yang lain yang diturunkan kemudiannya, padahal al-Qur’an itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah: Jika demikian, mengapa kamu membunuh Nabi-Nabi Allah yang dulu kalaulah kamu orang beriman?” (Surah al-Baqarah: 91)

Pada suatu hari Abu ’Ubaidah ibnu al-Jarrah bertanya kepada Rasulullah SAW:

‘Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling dahsyat azabnya pada hari kiamat?” Baginda menjawab: ‘‘Seseorang yang membunuh nabi atau orang yang melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar.” Kemudian baginda membaca ayat yang bermaksud: ‘‘Sesungguhnya orang yang kufur ingkar ayat keterangan Allah, dan membunuh Nabi dengan jalan tidak benar, serta membunuh orang yang menyeru manusia berbuat adil, maka sampaikanlah berita menggembirakan mereka dengan azab pedih.” (Surah Ali ’Imran: 21)

Baginda meneruskan ceritanya: ‘‘Wahai Abu ’Ubaidah, ketahuilah bahawa Bani Israel sudah membunuh 43 nabi pada sebelah pagi dalam satu masa. Kemudian ada 170 orang Bani Israel yang mengajak mereka membunuh nabi berkenaan kepada ma’ruf dan mencegah mereka daripada mungkar tapi mereka juga membunuhnya pada sebelah petang.” (Hadis riwayat Abu Hatim dan Ib Jarir). Dan dalam riwayat lain, Abdullah ibn Mas’ud meriwayatkan bahawa Bani Israel membunuh 300 nabi dalam satu hari.

MNK tak belajar tinggi bab Quran dan Hadis ini jadi MNK tak nak tulis panjang-panjang bab hukum atau dalil-dalil Quran dan hadis ini berhubung dengan Islam dan Yahudi ini. Elok lah Ulama-ulama khusus dari Parti PAS ini menceritakannya sebab tak tahu lah dalil dan nas apa yang mereka pakai kitab mana yang mereka guna untuk menghalalkan apa saja tindakan mereka terutama dalam bab mereka bekerjasama dengan Teresa Kok dan sekutunya dalam usaha menjatuhkan kerajaan dan parti UMNO yang dipimpin oleh seorang Islam, setiap ahli parti UMNO itu beragama Islam dan masih mengamalkan dan berpegang pada ajaran Islam.

Apapun MNK cuma ingin mengingatkan rakan-rakan kita dalam PAS tu tentang ayat ini kitab suci Al-Quran

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.  - Al-Baqarah Ayat 120

Sedarlah wahai pengikut PAS khususnya PAS Gombak dan marilah kembali kepangkal jalan..... Dulu kalau pasukan dari Israel hendak bermain di Malaysia, PAS berdemonstrasi. Ada peninju dari Israel, PAS ke depan untuk membantah... Kini? Ayuh kita duduk dalam saf yang satu, kita duduk dalam barisan yang lurus, kalau pun tak lurus kita tetap bersama dalam BARISAN.

Gombak!!! Gempur!!!

Thursday, 2 February 2012

ANWAR SETUJU ISREAL TINDAS ISLAM DI PALESTINE???


Apakah ini pendirian seorang yang berjuang untuk Islam atau kata mudahnya pejuang Islam. MNK selalu dengar bahawa Anwar dulu begitu hebat sewaktu bersama ABIM memperjuangkan Islam. Kononnya beliau dibawa masuk UMNO pun kerana ingin membawa Islam dan menegakkan Islam dalam dasar dan kepimpinan UMNO sendiri. Kononnya banyak pembelaan Islam di dalam UMNO kerana Anwar bersama UMNO. Benarkah?

Apa jadi dengan akidah seorang Islam sekiranya mengiktiraf dan menyokong negara kafir harbi laknatullah Isreal yang kerja dia tidak lain tidak bukan 24 jam menindas dan menzalami orang Islam kaum Palestine itu? Dalam kamus MNK takde dibumi ini sebuah negara bernama Isreal ini yang ada negara Palestine... depa merampas tanah negara Palestine dan merupakan pendatang di bumi Palestine dan memandai menamakan tanah yang mereka rampas dari bumi Palestine itu kepada nama baru Isreal....

 MNK belajar di Jordan sebelah jer dengan Palestine. Hampir 6 tahun duduk Jordan tiada kebaikkan yang MNK dengar dilakukan oleh Isreal kepada Palestine. Tiba-tiba ada pemimpin pembangkang yang hebat dari Malaysia. Menjadi Idola ribuan anak-anak muda. Yang satu hari nanti akan menjadi Perdana Menteri Malaysia berkata begini....

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians. Malaysia has consistently refrained from establishing diplomatic relations with Israel, although limited commercial ties exist between private companies in the two countries.  - The Wall Street Journal Asia Friday, January 27, 2012

 


Terjemaahan melalui Google Translate seperti dibawah.

Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel, "kata Encik Anwar, walaupun dia berhenti pendek mengatakan beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu, satu langkah yang katanya masih bergantung pada Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin. Malaysia telah secara konsisten tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, walaupun hubungan perdagangan terhad wujud antara syarikat swasta di kedua-dua negara

 
Sepatutnya sebagai pejuang Islam dan pemimpin berbangsa Islam beliau sepatutnya menyatakan sokongan kepada negara Palestine dan rakyat Palestine. Mereka ini seagama dengan kita. Mereka ini rakyat Palestine yang ditindas dan dizalami. Rakyat dan Palestine dan negara Palestine yang dianaiya sekian lama hingga ke hari ini dan yang sewajarnya mendapat pembelaan dan usaha yang patut dijalankan dalam melindungi keselamatan rakyat dan negara Palestine. Bukan negara Isreal. Siapa yang anaiya tindas rakyat Isreal. Amerika pun tak berani nak serang atau tindas Isreal, apa yang nak dilindungi keselamatan Isreal itu? 



Ini Gambar-gambar mereka yang sepatutnya dapat pembelaan bukan Isreal

Apa perkara ini pun Anwar tak boleh fikir ker? Orang macam ini nak jadi Perdana Menteri Malaysia? Jahanam lah Malaysia ini. Apakah ada motif kenapa Anwar kelihatan macam nak mengampu Orang Isreal nie? PRU 13 dah dekat punya pasal ker? Ini macam statement nak bodek boss yerr?

MNK takut satu hari jangan lah terjadi di bumi bertuah ini apa yang terjadi di Palestine. Asalnya mereka itu pendatang di bumi Palestine, sedikit demi sedikit mereka rampas hak dan tanah orang Palestine dan mereka gelar dan tubuh negara baru Isreal. Jangan pula terjadi seperti rakyat dan negara Palestine di bumi barakah ini. Mereka dulu datang sebagai pelombong bijih kemudian berpolitik dalam DAP dan akhirnya dek sebab Anwar dan DAP ini maka tertubuh negara DAPsia... Nauzubillah...

Kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional dan UMNO sibuk membela Palestine, kita menghantar misi bantuan kepada rakyat Palestine kita kutuk penindasan dan kita kutuk kezaliman yang dilakukan oleh Kerajaan Isreal terhadap rakyat Palestine di pentas dunia sejak zaman Tun M lagi. Kita menghantar misi kemanusian ke Gaza. Tapi pemimpin Pembangkang Pakatan Rakyat, Parti Keadilan ini menyokong pihak yang melakukan kezaliman dan penindasan terhadap rakyat Palestine. Menyokong pihak yang berkuasa dan mempunyai kuasa ketenteraan yang boleh menghentikan segala kezaliman yang sedang berlaku kepada Rakyat Palestine ini. Kalau nak bangkang tindakan kerajaan BN menghantar bantuan kemanusian kepada rakyat Palestine di Gaza itu atau nak bangkang pendirian Kerajaan BN Malaysia menyokong dan membela Palestine  pun jangan lah sampai menyokong Isreal tu. Agak-agak lah nak jadi pembangkang sekali pun... ini bodoh tak bertempat punya pembangkang kalau tanya MNK la.


Wahai Anwar apakah orang yang melakukan ini, kerajaan dan negara yang melakukan ini kepada saudara Islam kamu yang ingin kaum bela dan pertahankan....

Gambar yang gemparkan Dunia.
Imej dari rakaman video kanak-kanak yang berusia 12 tahun, Muhammad al-Durrah ditembak mati di Semenanjung Gaza. Tempat kejadian telah difilemkan oleh jurukamera Palestin, Talal Abu Rachmah.

Muhammad and his father cower behind a concrete wall
 

Muhammad's father, Jamal, tries to shield him (Israeli troops to far right)
"Don't shoot", Jamal shouts towards Palestinian cameraman

A shot rings out and camera shakes

Muhammad collapses in his father's arms

Muhammad dies and the father is badly wounded

Jangan kita serahkan negara ini kepada insan yang meyokong Kerajaan dan negara yang melakukan sebegini kepada saudara kamu dan kepada rakyat dan insan yang tidak berdosa....

Gombak!!! Gempur!!!

GEMPAR VIDEO LIVE !! ANWAR DENGAN BANGGA KATA DIA BEBAS KERANA DOA KRISTIAN ?!! ASTAGHFIRULLAH !! ...AAKJ.COM



Terkejut MNK bila dengar kisah statement Anwar ini. Apa dah jadi dengan akidah Anwar ini? Demi kuasa begitu jauh tersasar jalan. Kembali lah kepangkal jalan. kesian MNK tengok saudara kita sorang ini. Nak tanya Tok Guru Nik Aziz ler kalau macam ni apa hukumnya? Takpa la dah tahu dah jawapan dio...takpo-takpo esok dio tobat selesai masalah....

AAKJ.COM: GEMPAR VIDEO LIVE !! ANWAR DENGAN BANGGA KATA DIA ...: Di dalam video ini, Anwar Ibrahim sendiri mengaku bahawa beliau kalah di setiap peringkat di dalam perbicaraan kes liwat beliau. Beliau juga...

WAJIB BACA!!!